KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, November 7, 2011

PANDUAN MENGENALI SIRI TANAH DI MALAYSIA




TANAH adalah asas penting dalam pertanian untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan  sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk dimuka bumi yang mempunyai pelbagai cir-ciri untuk dipelajari. Pakar Sains Tanah telah membuat pelbagai pengkelasan mengenai tanah untuk dijadikan panduan kepada semua pihak bagaimana hendak menguruskan tanah tersebut bagi memberikan pulangan optima dalam aktiviti penanaman. Bagi tujuan perancangan pertanian maka tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman.  Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan. Artikel kali ini saya membuat post mengenai panduan asas mengenali siri tanah berdasarkan Laporan daripada Jabatan Pertanian dan ketika belajar di Universiti dahulu sebagai subjek wajib lulus.
Di Semenanjung Malaysia, unit asas yang digunakan bagi pemetaan tanah ialah siri tanah (soil series).  Sistem klasifikasi tanah yang digunakan di Semenanjung Malaysia adalah berasaskan sistem “USDA Soil Taxonomy, 1992” yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan.  Dengan menggunakan sistem ini, nama siri-siri tanah dikenalpasti.  Sehingga kini, lebih daripada 240 siri tanah telah diwujudkan dan disusun semula kepada 11 kumpulan berasaskan bahan induk, ciri-ciri tanah yang utama, landskap dan cara pembentukan tanah . Kumpulan tersebut adalah:-
  1. Tanah yang terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi.
  2. Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah.
  3. Tanah yang terbentuk dari aluvium lama.
  4. Tanah laterit.
  5. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai terbaru.
  6. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai hampir tua.
  7. Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales)
  8. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat.
  9. Tanah lempung laut tidak berasid sulfat.
  10. Tanah organan (gambut) cetek.

http://pertanianmjg.perak.gov.my/imej/tanah1.jpg

Tanah terbahagi kepada 2 Jenis iaitu TANAH MINERAL dan TANAH ORGANAN (Rujuk Rajah diatas). Tanah Mineral dari segi pengkelasan mempunyai 3 kumpulan utama iaitu Tanah Bukit, Tanah Pengubahan Semula dan Tanah Aluvium. Tanah Bukit mempunyai 2 Kumpulan iaitu Kumpulan 1 terdiri dari tanah diatas batuan igneus dan batuan metamorfik berggred tinggi seperti Siri Rengam, Jeranggau dan Prang. Sementara Kumpulan 2 tanah terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred rendah seperti Siri Durian, Batu Annam dan Kemuning. 

Tanah Pengubahan Semula ada dua kumpulan iaitu Tanah Alluvium Lama dan Tanah Laterit iaitu dari Kumpulan 3 dan Kumpulan 4. Tanah Kumpulan 3 seperti Tanah Siiri Harimau dan Siri Kawang sementara Tanah Kumpulan 4 seperti Siri Melaka, Gajah Mati dan Pokok Sema. Tanah siri ini saya dapati kurang subur untuk kebanyakan jenis tanaman kerana mengandungi banyak batu dan kerikil. 

Tanah Alluvium merupakan jenis tanah paling banyak terdapat dinegara kita Malaysia mempunyai 2 kelas iaitu Tanah Alluvium Sungai dan Tanah Alluvium Laut serta mempunyai 5 kumpulan dari Kumpulan 5, 6, 7, 8 dan 9. Kelas 5 adalah tanah alluvium terbaru (T1) seperti tanah Siri Telemong dan Siri Tok Yong. Tanah Kumpulan 6 adalah Tanah alluvium Hampir Tua (T2) seperti tanah siri Holyrood dan Siiri Sogomana. Tanah Kumpulan 7 adalah dari jenis Tanah Bris seperti tanah Siri Rudua dan Siri Rusila yang banyak dijumpai dipantai Timur Semenanjung Malaysia. Tanah Kumpulan 8 adalah tanah Asid Sulfat atau kita panggil tanah masam seperti siri Sedu dan banyak didapati dikawasan pantai. Tanah Kumpulan ke 9 adalah tanah kumpulan tanah lempung laut tidak berasid sulfat seperti Siri Tualang.

Bagi Jenis Pengkelasan Taksonomi TANAH ORGANAN terdapat kumpulan tanah Organan Cetek dan Tanah Gambut Sederhana Dalam dan Gambut Dalam.  Kumpulan 10 adalah kumpulan tanah otganan cetek yang merupakan tanah yang mengandungi banyak bahan organik. Kumpulan 11 adalah tanah gambut sama ada gambut sederhana dalam atau gambut dalam. Yang ini saya amat faham kerana tanah di kampong saya di gersik Muar adalah jenis gambut sederhana dalam 45 tahun dulu tetapi kini telah bertujar kepada tanah organan cetek.

Pengkelasan siri tanah merupakan subjek yang menarik minat ramai pakar sains tanah yang kini bilangannya semakin berkurangan. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia telah menghasilkan buku panduan mengenai pengkelasan siri tanah dan dijadikan bahan rujukkan di universiti dan ramai pakar. Buku ini menjelaskan semua perkara yang dibincangkan diatas secara terperinci dan sangat berguna. Sebarang pertanyaan mengenai pencirian tanah akan dibincangkan dalam entry saya pada masa akan datang. Sayonara!

SIRI TANAH...PERLU DI PELAJARI...
ADA 11 KUMPULAN...TANPA DISEDARI...
KENA BELAJAR...BARULAH MENGETAHUI..
BANYAK FAEDAH...TERUTAMA PETANI...

Artikel berkaitan:
1. Tanah Gambut (Klik disini)
2. Tanah Terbiar (Klik disini)
3. Keasidan Tanah dan Pengaporan (Klik disini)
4. What's in the soil (Click here)
5. Bintil akar (Klik disini)

By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia
(11 Zulhijjah 1432H)

2 comments:

  1. tuan ada maklumat lajut mengenai tanah siri keranji, kerana saya sudah rujuk kepada buku "panduan mengenal siri-siri tanah utama di semenanjung malaysia" tersebut, namun tiada diperincikan mengenai tanah jenis siri keranji..
    mohon maklumbalas.- mustafa s.alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik boleh cek tanah saline atau saline soil... Nama lain bagi tanah keranji

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...