KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, November 12, 2011

TEBUAN

TEBUAN (Vespa tropica tropica) adalah sejenis serangga dari keluarga Vespidae iaitu serangga yang mempunyai sengat dan mampu membunuh manusia terutama kanak-kanak. Tebuan atau Tabuan atau WASP ini mempunyai sebanyak 24 spesis mengikut lokaliti, negara dan iklim sesuatu negara. Antara spesis yang ada di Malaysia adalah Tabuah Tanah (Vespa tropica tropica) sementara di Filipina pula jenis Vespa philipinensis dan banyak jenis lagi. Sering di keluarkan dalam akhbar dan media eletronik mengenai kes serangan tebuan kepada manusia sehingga mampu mengakibatkan maut atau tahap kesakitan teruk sehingga masuk wad ICU. Venom atau racun yang di masukkan melalui sengatan tebuan tanah mampu menyebabkan bengkak-bengkak yang teruk dan boleh menghentikan jantung manusia jika dos sengatan banyak (Orang dewasa yang menerima lebih 15-20 sengatan boleh meninggal dunia jika tidak dirawat dengan segera). Malam ini saya menulis mengenai tebuan dan ilmu mengenainya serta kaitan dalam sektor pertanian berdasarkan pembacaan, pengalaman serta rujukan kepada beberapa pakar.


Tebuan adalah sejenis serangga yang mempunyai segmen Kepala, Badan (Thorax) dan Perut (Abdomen atau Gaster). Bahagian hujung ekor inilah yang ada sengat dimana mempunyai venom atau racun untuk melemahkan atau membunuh musuhnya sebagai senjata perlindungannya. Bahagian kepala tebuan hampir sama saiz dengan bahagian thorax berwarna coklat gelap atau coklat kemerahan. Mata tebuan adalah jenis kompoun dan tebuan juga mempunyai sepasang sesungut yang berbulu (13 segmen) berwarna coklat gelap atau kemerahan. Saiz tebuan betina (Queen) sekitar 30 mm , Tebuan Jantan (26 mm) dan Tebuan Pekerja (24-26 mm). Tanda paling ketara tebuan tanah adalah warna kuning terang pada abdomen kedua bahagian ekor dimana bahagian lain adalah berwarna hitam gelap. Sepasang kepak yang lebar membantu tebuan terbang dalam pelbagai arah dengan cepat. Terdapat 3 pasang kaki yang membantu tebuan hinggap pada pautan.


Sarang tebuan atas pokok.
Tebuan merupakan serangga pemangsa atau 'predator' yang menangkap atau memakan serangga lain dan memberikannya kepada anak tebuan di peringkat larva dalam sarang. Peranan tebuan penting sebagai serangga kawalan biologi semulajadi yang musnahkan serangga perosak yang lain. Tebuan di Malaysia mempunyai sarang yang dibuat diatas pokok seperti kertas yang diperbuat daripada tumbuhan yang dilumatkan dengan mempunyai pintu dan banyak ada juga ruang-ruang didalamnya. Sarang ini berwarna kelabu cerah keputihan dan dikawal oleh tebuan pekerja. Bilangan koloni tebuan tidak banyak macam lebah iaitu sekitar 10-25 ekor sahaja. Tebuan akan menyerang manusia, binatang, haiwan atau apa sahaja yang menghampiri sarangnya dengan menyengat. Awas jangan sampai kita terlanggar sarang tebuan tanpa disedari...Nahas!

   
Kajian saya mendapati tebuan dewasa memakan dan menghisap nektar atau manisan daripada bunga-bungaan, buah-buahan gugur yang masak ranum atau lebah madu. Tebuan merupakan musuh utama didalam industri ternakan Lebah Madu di Malaysia terutama untuk Lebah Impot (Apis melifera) dan juga Lebah Keran (Apis cerana). Pengalaman saya di beberapa lokasi ternakan lebah madu di Sg Balang Muar, di Kg Serkat Pontian, Kg Paya Melaka dan di Bagan Datok Perak mendapati jika terdapat koloni tebuan dikawasan haif lebah akan menyebabkan koloni mengecil dan akhirnya akan lari. Tebuan akan menunggu sahaja di pintu masuk haif dan menyambar lebah pekerja yang telah penoh berisi nektar didalam kantungnya dan tebuan akan menghisap keluar. Sarang tebuan dan koloni tebuan boleh dimusnahkan dengan membakar atau menyembur dengan racun serangga aerosol pada malam hari dan pastikan operasi memusnahkan sarang tebuan tidak menyebabkan anda disengat.


Tebuan dewasa menjadikan Lebah Madu, Rama-rama dan Kupu-kupu sebagai mangsa untuk mendapatkan makanan. Ada jenis Tebuan betina jenis Parasit pula akan menangkap dan menusuk 'ovipositor' dan masukkan telur dalam serangga atau haiwan lain dimana telur yang menetas akan menjadi larva yang akan memakan perumah dan akibatmya perumah akan mati. Tebuan merupakan serangga bersaiz agak besar yang hinggap pada banyak jenis bunga tumbuhan untuk mendapatkan nektar dan secara tidak langsung banyak membantu dalam proses pendebungaan pada banyak jenis tumbuhan berbunga. Debunga yang melekat pada kaki, badan dan sesungut akan dipindahkan dari satu bunga kebunga lain.


Sengat Tebuan..ada Venom!
Dalam pemerhatian saya terhadap Tebuan mendapati ianya tidak akan mati selepas menyengat seperti Lebah Madu kerana sistem Sengat (Hornet system) berbeza. Sengat tebuan tidak akan terkeluar malahan hanya venom sahaja yang ditusuk dalam tubuh mangsa dan ianya mampu menyengat berkali-kali kemudian. Kajian saintifik mendapati venom tebuan mengandungi bahan acetylcholine (5%) iaitu jatuh pada Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam 'Shcmidt Sting Pain Index'. Lebah Madu jatuh pada tahap 2.0 sementara sengatan Labah-labah Tarantula adalah paling bisa iaitu Tahap Maksimum 4.0. Venom Acetylcholine telah saya buat rujukan adalah bahan kimia yang mampu melemahkan dan melumpuhkan sistem saraf manusia iaitu sistem PNS (Pheripheral Nervous System) dan CNS (Central Nervous system) dengan bertindak sebagai 'neurotransmitter'. Jika sampai kepada jantung maka ianya akan mampu melumpuhkannya dan akibatnya mangsa boleh ......apa?


Tebuan merupakan serangga yang bagus kerana ianya membantu dalam proses pendebungaan (Pollination) banyak jenis pokok buah-buahan di negara kita tetapi ianya juga adalah musuh kepada industri ternakan lebah madu. Kebanyakan orang akan cuba memusnahkan sarang tebuah yang djumpai di kawasan kediaman atau dekat dengan rumah demi menjaga keselamatan ahli keluarga. Walau pun sifat semulajadi tebuan hanya akan menyerang sebagai 'self defence' apa sahaja yang mendekati sarangnya tetapi ianya adalah membahayakan kepada manusia dan binatang ternakan. Belum ada saintis atau usahawan yang berminat untuk menternak tebuan di negara kita sebagai satu industri untuk mendapatkan venom tebuan sehingga kini. Kajian dan penyelidikan mengenai faedah tebuan perlu dijalankan bagi mengetahui kelebihan serangga ini!.


TEBUAN TANAH....SENGATAN BERBISA...
WARNA HITAM ...EKORNYA KUNING JUGA...
PEMANGSA LEBAH...KOLONI MENDERITA... 
ARTIKEL TEBUAN...ADAKAH DAH DIBACA!...


Related Article:
1. Lebah Madu (Klik disini)
2. Kerengga (Klik disini)
3. Cengkerik (Klik disini)
4. Fruit Fly (Klik disini)
5. Lalat (Klik disini)
6. Kutu Beras (Klik disini)
7. Pepatung-Dragonfly (Klik disini)
8. Semut Hitam (Klik disini)


By,
M Anem
Pct 11. Putrajaya,
Malaysia
(15 Zulhijjah 1432)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...