KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, November 7, 2011

KELAPA KOMENG

KELAPA KOMENG adalah satu peribahasa Melayu yang bermaksud buah kelapa dari tandan Kelapa (Cocos nucifera) yang telah rosak. Terdapat peribahasa iaitu 'Satu Tandan Kelapa ada yang Komeng' maksudnya dalam satu keluarga yang mempunyai ramai anak tidak semuanya jadi baik dan akan ada yang akan jadi kurang baik diantara mereka. Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan pelbagai guna dari keluarga PALMAE yang mana bahagian batang, bunga, mayang, pelepah, daun, buah, tempurong, sabut, air kelapa dan banyak lagi boleh digunakan. Madu Lebah, Air Nira, Air Kelapa Muda, Cocoapeat, Santan Kelapa, Gula Melaka, Tuak, Jambatan Batang Buloh, Ketupat , Penyapu Lidi adalah diantara hasilan pokok kelapa. Tanaman kelapa di Malaysia manjadi satu tanaman industri yang di tanam secara besar-besaran oleh estet swasta atau kecil-kecilan oleh petani biasa. Terdapat seluas lebih dari 110,000 hektar tanaman kelapa di Malaysia pada tahun 2011 dimana paling luas ditanam di Sarawak (22,250 ha), di Johor (21,250 hektar) dan di Sabah (14,290 hektar) dengan kapasiti pengeluaran 571,850 mt buah kelapa setahun. Artikel petang Hari Raya Korban kedua ini saya berkongsi maklumat mengenai tajuk lain sedikit iaitu  'Kelapa Komeng' berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan idea tersendiri.


'Kelapa Komeng' walau pun merupakan satu peribahasa Melayu yang biasa kita dengar merupakan perkara yang boleh berlaku pada tandan kelapa. Apakah punca berlakunya kelapa komeng dan bolehkah amalan agronomi dijalankan bagi mengatasi masaalah tersebut?...Pada saya ini tidak menjadi masaalah dengan mencari ilmu pengetahuan mengenai pengurusan tanam kelapa dari sumber yang betul dan belajar dari guru yang berpengalaman. Kelapa di kategorikan sebagai tanaman yang mudah diuruskan dengan syarat mempunyai ilmu pengetahuan teknikal, modal yang mencukupi , bilangan pekerja yang cukup dan Amalan Pertanian Baik (APB). Pengawalan musuh seperti serangga perosak, haiwan perosak dan penyakit (disebabkan oleh Kulat dan Bakteria) perlu dilaksanakan bagi mengelakan banyak Kelapa Komeng.


Buah Kelapa yang baik mempunyai bentuk dan warna kulit yang licin sama ada Kelapa Muda atau Kelapa Tua. Kelapa Muda mempunyai kulit berwarna hijau, permukaan kulit licin dan apabila di digoncang kita akan mendengar ada air didalamnya. Begitu juga dengan kelapa tua yang dipetik atau gugur sendiri mempunyai kulit berwarna coklat gelap dan licin serta ada kedengaran kocakan air didalamnya. Kelapa yang baik apabila di belah dua maka akan mengandungi air kelapa, lapisan isi kelapa berwarna putih dan kadang-kadang ada 'Kentos' (Dalam bahasa jawa maksudnya tombong kelapa yang hendak tumbuh). Buah kelapa ini juga berat serta mempunyai susunan sabut yang rapi susunannya. 


Kelapa Komeng pula sama ada kelapa muda atau kelapa tua adalah buah kelapa yang rosak disebabkan oleh isu kerosakan fizikal mahu pun kerosakan mekanikal. Paling mudah hendak mengenal kelapa komeng adalah dengan melihat ciri-ciri fizikal seperti bentuk yang tidak sama, warna berlainan, terdapat rekahan jelas pada kulit kelapa atau ada lubang pada kelapa. Jika di ambil sebiji dan di goncang kita tidak akan mendengar adanya 'air kelapa' didalamnya (Maknanya tiada air kelapa - kosong). Buahnya adalah ringan dan kadang-kadang mengeluarkan bau busuk apabila di belah.  Buah kelapa komeng dalam satu tandan kelapa yang baru dipetik agak sukar dikenali dari bawah pokok sebelum memetik hasil. Apabila tandan kelapa diturunkan dan dibuat penggredan baru kita kenal yang mana satu kelapa komeng untuk diasingkan. Pekebun Kelapa dan Peraih Kelapa yang biasa dengan kerja ini bagi mereka amat mudah mengenalinya. Kadar keujudan kelapa komeng dalam satu kawasan kebun adalah bergantung kepada umur pokok, kadar infestasi, pengurusan kebun, jenis kelapa dan sebagainya.


Kebun kelapa yang mempunyai banyak pokok kelapa tua yang tidak pernah dibaja, tidak di uruskan dengan baik dan terbiar dalam semak berpotensi ujud banyak kelapa komeng.  Ini kerana pokok tersebut kekurangan nutrien penting bagi pokok kelapa terutama baja NPK dan lain-lain unsur mikro nutrien yang diperlukan pokok. Semasa proses pendebungaan kadang-kadang berlaku serangan oleh kulat yang menyebabkan proses pembentukkan buah terbantut dan akibatnya buah akan rosak dan ianya akan berpenyakit. Kekurangan nutrien akan menyebabkan pembentukan tempurung , sabut dan komosisi air dalam kelapa tidak normal. Akibatnya buah kelapa akan menjadi kelapa komeng. Serangan oleh Tupai dan Monyet juga pada buah kelapa menyebabkan buah rosak dan komeng. 


Bagi mempastikan hasil buah kelapa baik maka pekebun perlu mengawal dari serangan Kumbang Tanduk (Oryctes rhinocerous), Kumbang Jalur Merah (Rhynchoporus schach) dan lain-lain seranga perosak seperti Serangan Ulat Pemakan Daun Artona ( Artona catoxantha) dan Coconut Leaf Miner (CLM).  Program pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 sebanyak 5.5 kg sepokok setahun diberikan sebanyak 3 kali aplikasi setahun. Bagi pokok kelapa pandan kejadian buah kelapa yang komeng dilaporkan agak kurang berbanding dengan jenis Malaysia Tall, MAWA dan jenis-jenis lain.  Ada juga perbincangan saya dengan beberapa pekebun kelapa di Batu Pahat, Muar dan Pontian yang mengatakan panahan petir juga menyumbang kepada kejadian kelapa komeng. Betul ke dakwaan tersebut?...yang ini kena buat kajian lagi.


Walau pun isu Kelapa Komeng bukan menjadi satu masaalah serius kepada petani dan penanam kelapa tetapi ianya terus jadi popular kerana isu ini lebih kepada penggunaan peribahasa Melayu. Sepertimana beberapa perkataan berkaitan kelapa lain seperti 'Minyak Kelapa Dara', 'Lebih Tua Santan Lebih Pekat', Kelapa Pandan, Kelapa Wangi, Madu Kelapa dan sebagainya ungkapan kelapa komeng akan terus di perkatakan. Semuga artikel kali ini memberikan sedikit ilmu dan maklumat kepada pembaca semua.  Pastikan anda tidak membeli kelapa komeng untuk kegunaan dirumah!


KELAPA KOMENG....DIKEBUN KELAPA....
BUAH ROSAK...KELAPA MUDA DAN TUA...
MERUGIKAN PETANI....PERAIH PUN SAMA...
JANGAN MEMBELI...HATI TIDAK TERLUKA...


Artikel Berkaitan kelapa:
1. Coconut (KLik disini)
2. Minyak Kelapa Dara (Klik disini)
3. Santan Kelapa (Klik disini)
4. Coocopeat (Klik disini)
5. VCO Technology (Click here)
6. Klon Buah Popular di Malaysia (Klik disini
7. Benih Kelapa MATAG (KLik disini)


By,
M Anem
Persimpangan Bukit Beruang,
Jalan Istana, Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1432H)    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...