Support My Blog

Thursday, March 3, 2022

MAKANAN - UBI TALEMPONG

MAKANAN UBI TALEMPONG  merupakan sejenis makanan tradisional yang popular di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Kedah. Penulis blog baru sekali dapat buat ujirasa makanan Talempong Ubi Kayu semasa membuat tinjauan teknologi nanas di Kedah kira-kira empat tahun dahuu dalam program melawat beberapa tanaman Nanas MD2 kelolaan LPNM. Pada saya memang sungguh enak makanan tradisi Kedah ini dimana ia seakan sama dengan masakan ubi rebus dengan gula merah oleh ibu di kampong zaman dahulu akan tetapi makanan ubi talempong saya fikir jauh lebih enak. Dari rakan yang turut sama dalam lawatan ini menyatakan dimana ubi telampong ini juga merupakan sejenis makanan tradisi di Kedah terutama di beberapa daerah di negeri tersebut  seperti yang penulis blog ujirasa di Kampung Kubu, Mukim Binjal, Jitra, Kedah serta beberapa kampong tradisional lain. Biasanya ubi kayu segar yang dibuang kulitnya dibersihkan dan ia perlu dimasak dengan air tebu dan ubi ini dibungkus didalam anyaman jut yang unik. Makanan tradisi di Kedah ini memang penulis blog percaya sesiapa juga yang sudah biasa makan makanan asas ubi memang sudah tahu keenakannya dan juga kesedapannya. Kali pertama penulis blog dapat ujirasa juga sangat suka memakannya sehingga juga merasa kekenyangan. Ciri pertama adalah kerana ia perlu dimasak dengan lama iaitu sekitar 8 - 12 jam didalam air tebu sehingga menjadi air tebu kering dan ubi kayu tersebut sudah bertukar daripada warna putih kepada warna seakan kemerahan dan likat serta amat manis.  Makanan ini selalu disediakan secara berjemaah bersama beberapa penduduk kampong didalam memasaknya kerana memerlukan beberapa petugas menjaga semasa memasaknya. Aktiviti ini seakan sama juga dengan pesta memasak dodol zaman dulu dikampong saya di Johor dimana perlu ada ramai orang atau adikberadik didalam kerja mengacau dodol dalam kuali agar ianya tidak hangus dan menghasilkan dodol berkualtiti untuk hidangan Hari Raya Puasa. Pembuatan ubi talempong ini bukan sahaja mendapat produk makanan ubi telampong yang lazat akan tetapi juga sebagai  juadah untuk ramai orang kampung kerana dibuat secara gotong-royong. Mungkin siapa yang rajin memburu makanan ini boleh membelinya di mana-mana premis IAT atau pun membuat tempahan khas daripada pengusaha di Kedah. Artikel malam in sambil menonton program Majalah 3 di TV3 mengenai pembuatan ubi talempong dalam blog "Anim Agro Technology' dikongsikan info makanan tersebut untuk ianya dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam pada itu akhbar Berita Harian (BH) telah melaporkan dimana 'Ubi telampong, sajian tradisi yang semakin dilupakan' yang menarik untuk dikongsikan. Bagi penduduk di Kampung Telok Mukim Binjal di sini dimana mereka sehingga kini masih mengekalkan sejenis makanan tradisi yang dikenali sebagai ubi telampong. Apa pun uniknya ubi ini perlu dimasak bersama air tebu selama lapan jam sehingga dua belas jam dimana ia selalunya hanya dimasak pada musim kemarau setiap tahun. Bagi seorang ahli JKKK kampong tesebut dikenali sebagai Zakaria Salleh  (62 tahun) mendakwa dimana jenis makanan itu adalah warisan nenek moyang mereka dahulu (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya kalau mereka tidak menyambung warisan ini maka orang muda tidak akan tahu makanan tradisi keturunan yang enak dan berkhasiat ini. Semasa ini ada di buat kajian mengenai makanan ini didapati dimana generasi muda ramai yang sudah tidak tahu apakah benda makanan ini apa lagi cara-cara untuk membuatnya. Zakaria mendakwa dimana antara 
dua bahan utama dalam masakan ini adalah ubi kayu dan air tebu. Ubi Kayu (Manihot esculenta) dan air tebu dari tanaman tebu (Saccharum officinarum) adalah dua jenis tanaman yang sering ditanam dikawasan kebun keiling kampong di Kedah. Ubi kayu yang dibuang kulit ini akan mereka masukkan kedalam jut (raga) yang sudah dianyam secara khusus dengan menggunakan kulit kayu bemban. Pokok Bemban (Donax grandis) merupakan sejenis lagi tumbuhan liar yang tumbuh dikawasan belukar dengan sedikit berair. Pokok bemban ini pun ramai kalangan generasi muda yang tidak mengenalinya dimana ia juga kurang dijalankan kajian saintifik. Hanya mereka yang mahir menyediakan raga dari kulit bemban tahu membuatnya dan ada dijual kepada pembuat ubi talempong dengan harga antara RM8 - RM12 sebuah mengikut saiz di Kedah. 

Memang memasak ubi talempong ini juga memerukan kemahiran, kesabaran dan ilmu pengetahuan. Hanya ubi kayu segar yang digunakan dan dikupas kulitnya dan dicuci bersih. Sebaiknya kemudian ubikayu ini dimasukkan kedalam bekas raga atau 'jut' dari pokok bemban dengan isi sekitar dua kilogram ubi bergantung kepada saiz jut yang digunakan (Sila lihat foto di sebelah). Bagi air tebu pula sebaiknya diambil daripada tebu kuning atau tebu hitam yang sudah matang. Batang tebu tersebut dibuang kulitnya dan dimesin untuk mendapatkan air tebunya. 
Kemudian air tebu ini perlu ditapis untuk membuang sisa kekotoran hampas tebu. Sediakan tungku dan letakkan kuali diatas api dan masukkan air gula kedalamnya. Setelah itu dimasukkan ubikayu yang telah disusun dalam raga atau jut tersebut kedalam kuali besar tersebut. Kemudian api hendaklah dijaga sentiasa agar tidak terlalu kuat atau terlalu kecil. Lazimnya ubi kayu perlu dimasak selama lapan hingga dua belas jam lamanya sehingga air tebu berkenaan menjadi lembut dan melekit seakan sejenis manisan. Dari hasil kajian dilaporkan biasanya setiap kawah menggunakan kira-kira 70 liter air tebu dimana sepanjang jangkasa memasak itu memang perlu untuk menambah air tebu secara berkala sehingga semua air tebu tersebut sampai habis. Apabila sudah cukup masa sekitar 8 - 12 jam maka biasanya ubi kayu ini sudah pun masak dengan sendirinya. Dalam pada itu dilihat dimana selain ubi sebagai ubi talempong dimana manisan yang terhasil dari air tebu berkenaan juga boleh dimakan. Manisan tersebut pula boleh buat cendol atau pun ia boleh makan dengan kuih atau juga boleh makan dengan ketupat. Rasanya yang memang manis ini adalah macam madu walau pun sebenarnya ia adalah pekatan air tebu. Ada kalangan penduduk juga yang suka meminumnya sebagai manisan dengan mencampur bersama air masak sahaja dimana semasa diminum memang berbau wangi dan sedap. Memang makanan ubi talempong ini enak dan semakin sukar untuk mendapatkannya masa kini.

Dalam media lain dilaporkan dimana 'Buat talempong erat ukhuwah' yang patut dikekalkan tradisi ini. Dilaporkan dimana makanan unik ini memang rasanya memang manis dan enak, ditambah lagi dengan teksturnya yang lembut dan sedikit liat menyebabkan talempong adalah sejenis makanan tradisi di daerah Kubang Pasu, Kedah sentiasa dicari ramai penggemarnya. Akan tetapi untuk mendapatkan ubi talempong yang asli dan rasanya yang sebenar bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut penduduk kampong tersebut iaitu Hamzah Adnan (67 tahun) untuk memastikan keenakan dan ubi dimasak dengan empuk maka proses memasaknya biasanya mengambil masa sehingga 12 jam. Biarpun bahan utama iaitu ubi kayu dan air tebu mudah diperolehi namun ia memerlukan kuantiti yang banyak. Ubi kayu ini akan direbus dengan air tebu dan air tebu ini perlu ditambah dari semasa ke semasa ke dalam kawah dan proses ini dikenali sebagai 'suyung'. Bagi sekawah air tebu iaitu hampir 350 kilogram tebu diperlukan dan dimesin setiap masa untuk suyung ke dalam kawah.  Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kubu mendakwa dimana makanan ini sudah wujud sejak dia masih kecil. Masa dahulu memang kerbau digunakan untuk menarik pengapit bagi memerah air tebu dan seluruh penduduk kampung datang membawa ubi kayu untuk bergotong-royong membuat talempong. Menjelaskan lanjut dimana lazimnya dahulu, ia dilakukan selepas musim menuai padi dan selepas penat membanting tulang di sawah dimana penduduk berkumpul dan seolah-olah menjadi pesta menghasilkan talempong ini.  Namun kini berlainan apabila proses membuat talempong lebih moden dan ia tertumpu musim kemarau sahaja kerana musim ini selalunya tanaman tebu akan menghasilkan air yang lebih manis. Pesta ini mereka akan melakukannya iaitu setahun sekali sahaja iaitu sekitar Februari hinggan Mac saban tahun. Ubikayu dan tebu yang ditanam setahun lsebelumnya akan digunakan untuk proses kali ini dan pokok yang baru ditanam akan digunakan untuk tahun hadapan pula. Ikatan silaturahim yang erat dalam kalangan penduduk kampung ini yang kukuh ini dieratkan lagi setiap kali musim memasak ubi talempong. Sehari sebelum proses memasak selalunya penduduk sudah mula berkumpul dan membuat persiapan. Ada yang mengupas tebu dan ada membersihkan ubi kayu. Di samping itu juga lazimnya dihidangkan pula makanan sampingan seperti pulut ikan masin bersama kopi. Bagi yang mereka yang berkemahiran menganyam, mereka akan mula memuat sarung atau raga atau jut yang diperbuat daripada kulit pokok bemban. Jut ini berperanan mengikat ubi ini supaya tidak terlerai apabila masak nanti. Ubi kayu dan air tebu perlu dimasak serentak bagi memastikan ia betul-betul diserap ke dalam ubi. Setelah 8 - 12 jam sehingg air tebu akan menjadi pekat dan menghasilkan manisan atau lebih dikenali di Kedah sebagai nisan. Nisan ini jika disimpan dengan betul selalunya ia mampu bertahan sehingga setahun dan boleh digunakan sebagai pemanis kuih-muih atau juga dimakan bersama cendol dan air batu campur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blg anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
UBI TAEMPONG... PERNAH UJIRASA...
UBIKAYU... PERLU DIBUANG KULITNYA...
DALAM JUT.. DIREBUS AIR TEBU LAMA...
MAKANAN ENAK... ADA DI KEDAH SANA...

By,
M Anem,
Taan Cendana, 
Jaan Cendana ioff Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...