Support My Blog

Sunday, March 13, 2022

SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA - BAGAIMANA?

SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA
merupakan salah satu sektor yang penting dalam menjana KDNK negara dan punca pekerjaan kepada penduduknya. Ekonomi Malaysia telah mengalami transformasi struktur yang ketara daripada satu ekonomi yang berasaskan pertanian kepada satu ekonomi yang pantas menuju ke taraf negara perindustrian sejak merdeka. Transformasi ekonomi ini telah meningkatkan kekangan bekalan sumber bagi pembangunan sektor pertanian. Di peringkat antarabangsa pula penulis blog dapati dimana pembentukan Pertubuhan Perdagangan Dunia untuk mempercepat liberalisasi perdagangan dan globalisasi telah menambahkan persaingan, cabaran dan peluang pasaran bagi sektor pertanian. Perubahan struktur ekonomi Malaysia serta liberalisasi perdagangan dan globalisasi telah pun menimbulkan beberapa isu dan cabaran baru serta matriks persekitaran perdagangan yang berlainan bagi sektor pertanian. Di tahap global dimana berlaku sektor pertanian yang terpaksa menghadapi antaranya perdagangan yang lebih terbuka lantas persaingan yang lebih sengit, keperluan pengguna yang mengutamakan kualiti, kemajuan bioteknologi yang mempengaruhi pengeluaran dan perubahan dalam paradigma perniagaan dengan kemunculan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT). Cabaran dalam negara pula adalah seperti persaingan ke atas sumber pengeluaran, cita rasa pengguna yang berubah, penerapan teknologi yang dila[orkan sesetangah pihak masih lembab, persaingan bahan import yang lebih murah, isu persekitaran dan kelestarian sumber dan kekangan sumber tenagakerja. Walaupun sektor pertanian menghadapi beberapa isu dan cabaran apa yang penulis blog nilaikan dimana sektor ini adalah penting sebagai pembekal dan penjamin sekuriti makanan, peluang pekerjaan, pendapatan eksport dan penjana ekonomi negara. Sektor ini juga akan sentiasa relevan sebagai sumber penting dalam bekalan bahan mentah untuk pembangunan industri lain yang berasaskan pertanian. Dalam pada itu aspek pembangunan sumber manusia akan terus menjadi keutamaan bagi ianya dapat memastikan terdapat tenaga buruh yang dinamik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Sektor pertanian di Malaysia masih memerlukan pekerja asing didalam kerja-kerja ladang kerana kekurangan pekerja tempatan yang lebih suka dalam sektopekerjaan lain. Walau pun kini didakwa ada pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi yang disertai dengan kemunculan teknologi baru dan aspek globalisasi tetapi ianya terus mempengaruhi arah aliran pertumbuhan permintaan terhadap kemahiran dan kepakaran. Dilaporkan dimana pada masa hadapan akan wujud peluang ekonomi baru yang dapat membawa kepada peningkatan pendapatan rakyat Malaysia. Sumber manusia akan terus menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi dan akan menentukan kedudukan daya saing negara. Oleh itu memang aspek kejayaan membangunkan ekonomi banyak bergantung pada kualiti sistem pendidikan dan latihan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira menulis mengenai beberapa aspek penting sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan sebagai bahan bacaan dan rujukkan semua.

Penulis blog yang telah berkecimpong dalam sektor pertanian lebih daripada 40 tahun mendapati sektor ini telah banyak mengalami perubahan yang jelas dari segi teknologi, dasar serta strategi dan sebagainya. Bagi sektor pertanian negara dapat dilihat dimana sehingga akhir tahun 1990-an dilaporkan memang sebahagian besar pergantungan adalah pada pelaburan input dari banyak pihak untuk pertumbuhan sektor ini. Kerajaan yang telah memperkenalkan Dasar Pertanian Negara (DPN) dan kini dengan Dasar Agro Makanan Negara (DAM) didapati telah pun berjaya mengenal pasti strategi pembangunan pertanian negara termasuklah dasarnya untuk beralih daripada strategi pertumbuhan pertanian yang didorong oleh pertambahan input kepada yang didorong oleh produktiviti. Ini kerana faktur modal, tanah dan input adalah terhad dan aspek peningkatan hasil dan produktiviti mesti diutamakan. Tanah-tanah pertanian yang subur dipinggir bandar sudah banyak digunakan untuk sektor lain terutama untui sektor industri dan perumahan. Ini dapat dimungkinkan dengan menerapkan pengetahuan dan inovasi dalam sektor pertanian. Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) kelolaan Jabatan Pertanian dilapor diantara strategi terbaik untuk produk sektor makanan. Walaupun faktor pengeluaran yang lazim seperti buruh, modal, tanah dan keusahawanan terus penting akan tetapi aspek lain iaitu kepentingan ilmu pengetahuan dan inovasi akan menjadi faktor utama yang menerajui pertumbuhan pertanian juga. Ini akan dapat untuk menghasilkan nilai tambah dan menyediakan asas untuk menambahkan potensi daya saing dengan sektor-sektor lain. Adalah penting agar nadi utama bagi mempetingkatkan daya saing sektor pertanian adalah mengenai sumber manusia terutama didalam keupayaan mencipta dan adaptasi (create and adoption), berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan buah fikiran baru serta mampu untuk mereka yang terlibat dlam sektor pertanian mampu menggunakan teknologi dan kemahiran keusahawanan yang terbaik. Dipihak akademik pula penting dimana sektor pertanian adalah diperlukan bagi mempertingkatkan sumbangan sektor pertanian dalam pembangunan negara melalui penyediaan profesional dan pekerja terlatih seperti apa yang dilakukan oleh negara-negara maju.

Malaysia merupakan negara membangun yang masih mempunyai banyak i
su dan cabaran dalam sektor pertanian. Dunia masa kini terus terdedah dengan perubahan struktur dimana dengan terdedahnya ekonomi Malaysia kepada globalisasi maka sektor pertanian sedang dan akan terus mengalami perubahan. Perubahan ini semakin ketara masa ini dimana ia tidak mudah untuk diunjurkan apakah dia persekitaran pertanian yang akan berlaku masa hadapan. Peperangan Rusia-Ukraine yang bermula awal Febuari 2022 juga telah mengubah kestabilan pertanian dunia. Ini kerana Ukraine merupakan sebuah negara pertanian yang banyak menghasilkan gandum, kapas, minyak masak (rape seed oil), susu, daging dan produk makanan lain yang signifikan.  Antara beberapa perubahan yang mempengaruhi persekitaran sektor pertanian dunia yang memberi kesan kepada sektor pertanian di Malaysia adalah seperti berlaku perubahan cita rasa dan gelagat pengguna. Perubahan dalam keperihatinan terhadap keselamatan dan kualiti makanan juga telah berlaku. Kesan daripada pengaruh liberalisasi perdagangan dan globalisasi memberi kesan kepada barangan import dan eksport makanan serta harga. Telah berlaku dimana aspek keperihatinan tentang alam sekitar sering dijadikan iisu dunia. Beberapa kempen anti minyak sawit dilakukan dengan dakwaan Malaysia menmusnahkan hutan dimana orang utan sudah tiada tempat tinggal. Pengaruh dalam kemajuan bagi  teknologi terus berkembang dimana terkini penggunaan drone sebagai alat dan jentera pertanian sudah mula digunapakai di Malaysia (Sila lihat foto disebelah).  Dalam pada itu isu tentang berlaku persaingan dan kecekapan pengeluaran diantara sektor pertanian dengan sektor industri terus berlaku dimana banyak kawasan pertanian bertukar ststus kepada sektor industri. Kalangan usahawan pertanian dilihat masih perlu meningkatkan akan kefahaman tentang struktur dalam pasaran domestik dan antarabangsa dan persaingan dalam aspek kualiti dan harga. Beberapa piawaian baru perlu diikuti untuk produk-perouk makanan dan pertanian seperti MyGAP, MyOrganik, Global GAP, HACCP, HALAL dan beberapa lagi bagi mematiti syarat baru dalam bidang ini. Banyak sekatan dan syarat dikenakan dalam pengeksportan dan pengimpotan produk makanan oleh banyak negara yang digunapakai sebagai sekatan.

Banyak perkata terkait dalam perubahan ini disekuruh dunia yang menyebabkan beberapa isu utama ini telah pun ianya mempengaruhi sektor pertanian negara. Walau pun ia dilihat sebagai halangan yang negatif akan tetapi penulis blog berpendapat ianya perlu dilihat dalam aspek positif juga. Cabaran baru seperti dlam negara dimana telah berlaku apa yang dikatakan sebagai fenomena berlak pola perubahan pemakanan masyarakat Malaysia sudah ketara. Kini masyarakat Malaysia sudah makan makanan korea (pelbagai makanan korea), Makanan Arab (Nasi Arab, Kebab), Makanan Jepun (Sushi dan Ramen bermacam lagi) apa lagi dengan makanan negara barat (Burger, Kentang Fun Fries, Steak, Salad, Macaroni, Pasta, Pizza dan banyak lagi). Siapa tidak kenal dengan KFC, Mc Donald, Starbuck, Hadramaut, Burger King, Nando's dan banyakl lagi restoren fastfood diseluruh negara. Kebanyakan bahan mentah makanan dari luar negara adalah diimport dimana pola permakanan yang berubah ini telah mengubah juga sektor pertanian negara. Umum tahu dimana dalam perkara ini jika inginkan pembangunan ekonomi yang berterusan memberikan kesan kepada sistem pelaburan dan perbelanjaan agak tinggi. Di Malaysia jelas dilihat dimana berlaku keadaan persaingan sangat ketara untuk tenaga buruh antara sektor ekonomi negara. Sektor pertanian, pembinaan dan perkhidmatan dilihat bersaing untuk mendapatkan tenagakerja murah dari warga asing berbanding dengan tenagakerja tempatan yang kebanyakannya mahukan gaji yang jauh lebih tinggi.  Kini dalam sektor perladangan sawit lebih 75% pekerja adang merupakan tenagakerja asing dari pelbagai negara. Keadaan lebih parah apabila pandemik covid-19 berlaku disleurh dunia dimana sektor perladangan sawit dilaporkan kekurangan 56% tenagakerja asing. Kerugian ratusan juta dirasai apabila hasil sawit tidak dapat dituai sepenuhnya walau pun harga sawit agak baik. Memang ramai faham dimana berlaku kenaikan dalam nilai tanah pertanian apabila persaingan untuk tanah yang sesuai bagi pertanian berbanding dengan sektor pembangunan lain di Malaysia.  Dilaporkan juga ada i
mpak negatif apabila ada perjanjian antarabangsa seperti AFTA dan WTO kepada perdagangan dan kesannya kepada eksport dan import dari Malaysia. Dalam pada itu isu mengenai kesan teknologi baru seperti bioteknologi dan teknologi maklumat kepada daya saing dan peluang pasaran baru menjadikan sektor pertanian menjadi lebih kompetitif lagi. Berlaku juga apa yang didakwa sebgau anjakan kuasa pasaran kepada pengusaha-pengusaha besar terutamanya dalam aktiviti pemprosesan, pengagihan dan peruncitan. Sebagai contoh rantaian pasaraya TESCO, GIANT dan banyak lagi sudah mengikat dengan beberapa negara yang mampu membekalkan kepada pasaraya ini dalam jangkamasa lama, murah dan berterusan. Di Malaysia perlu difikirkan bagaimana membuat penstrukturan semula sektor pertanian untuk menjadi lebih kompetitif dan cekap untuk menangani persaingan global yang terus berlaku. Banyak pihak perlu dilibatkan dalam halatuju ini termasuk darip pihak kerajaan, swasta, IPT), pengusaha, petani, bank, penternak, nelayan dan penguaha IAT secara proaktif perlu dalam merangka startegi terbaik. Perlu diingat bahawa kedaulatan makanan dan sektor pertanian adalah berkait dengan kecukupan makanan, keselamatan makanan dan berkait seterusnya dengan Keselamatan Negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
SEKTOR PERTANIAN... MESTI DIJAGA..
HASILKAN MAKANAN... RAKYAT SEMUA...
STRATEGI TEPAT.. PERLULAH DIRANGKA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syaaban 11443H).  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...