Support My Blog

Friday, March 25, 2022

MEKANISASI NANAS DI TANAH GAMBUT (Pt 1)

TANAMAN NANAS (Ananas commosus) merupakan salah satu tanaman yang semakin popular di Malaysia kerana potensi penghasilan dan pulangan yang agak baik. Penulis blog yang terus aktif didalam pembangunan nanas negara telah menulis lebih dari 300 artikel berkaitan industri nanas dan dibaca oleh tarusan ribu orang dalam blog ini. Nanas merupakan salah satu komoditi tanaman yang memberi hasil pulangan yang tinggi kepada petani di Malaysia terutama bagi beberapa varieti nanas seperti MD2, Josapine, Gandul dan beberapa lagi. Pada tahun 2021 penulis blog dapati jumlah pengeluaran nanas Malaysia dilaporkan melebihi RM500 juta dengan jumlah keluasan tanaman sebanyak 14,072 hektar dengan jumlah hasil sebanyak 325,078 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Di Malaysia industri tanaman nanas diterajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang beribupejabat di Johor Bahru. Penulis blog merupakan bekas Ketua Pengarah LPNM dalam memajukan industri tersebut. Sejak dahulu dilaporkan nenas banyak ditanam di kawasan tanah gambut akan tetapi kini penanaman nanas pada tanah mineral semakin meluas. Bagi penanaman di kawasan tanah mineral biasanya penulis blog dapati dimana cara operasi pengeluaran nanas dapat dijalankan secara mekanisasi kerana tanah mineral mempunyai keupayaan galas yang tinggi untuk menampung berat traktor dan jentera. Beberapa pihak agensi penyelidikan kerajaan dan swasta pernah menyediakan beberapa pakej teknologi mekanisasi ladang lengkap bagi pengeluaran nanas di tanah mineral yang terdiri daripada implemen-implemen untuk aktiviti penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, pengairan, penuaian dan pengurusan sisa selepas penuaian. Bagaimana pun penulis blog dapati malangnya kebanyakan teknologi tersebut tidak dapat digunapakai bagi aktiviti penanaman dan pengeluaran nanas di tanah gambut (peat soil). DIlihat dari analisa dan pemerhatian dimana diantara punca masalah penggunaan mekanisasi di kawasan tanah gambut adalah kekuatan tanah yang tidak dapat menyokong atau jentera itu tidak boleh menampung berat traktor kerana tanah gambut mempunyai keupayaan galas yang rendah iaitu bawah daripada 0.3 MPa secara puratanya di kebanyakan kawasan. Memang isu dalam penggunaan mekanisasi sukar dilaksanakan di kawasan tanah gambut untuk pengeluaran nanas dengan mengguna pakai traktor beroda biasa. Artikel pada petang Rabu ini dari tingkat 12, Hotel Thistle, Johor Bahru saya menulis blog "Anim Agro Technology" mengenai mekanisasi nanas untuk kawasan tanah gambut bagi dijadikan bahan bacaan semua.

Beberapa penyelidikan telah dan sedang dijalankan dimana dilaporkan sudah ada teknologi mekanisasi yang boleh ianya direalisasikan dengan cara penggerak utama yang khusus. Ini termasuk aplikasi dengan penggunaan beberapa jentera mempunyai luas permukaan sentuhan yang besar dan tekanan permukaan yang rendah. Penulis blog amat suka melihat 'Gerabak Nanas' atau 'Cikiteng' yang popular di gunakan dibeberapa kebun nanas di Johor untuk mengangkut buah nanas. Artikel mengenai gerabak ini ada saya tulis didalam beberapa siri penulisan termasuk yang boleh dibaca dengan pautan yang berikut (Sila klik disini). Jentera ini hanya menggunakan injin motor vespa (150 cc) atau injin kereta Kancil (660 cc) yang lebih berkuasa dimana keduanya akan disesuaikan dalam inovasi usahawan tempatan ini menggunakan tayar yang besar mampu membawa sehingga 2-4 tan buah nanas mengikut kapasiti truk dan kuasanya yang ada dibelakangnya (Sila lihat foto disebelah). Salah seorang pembuat gerabak ini iaitu Wak Sopar di Bt 14, Air Hitam, Muar telah berbincang dengan penulis blog dimana beliau selalu yang memfokuskan mengenai pengubahsuaian bahan terpakai yang murah untuk membina jentera gerabak ini. traktor sebagai penggerak utama mekanisasi di kawasan tanah gambut termasuk implemen-implemen yang boleh diguna pakai. Tanah gambut merupakan sejenis tanah yang lembut dimana ia terbentuk daripada pengumpulan sisa-sisa tumbuhan yang separuh terurai seperti daun, ranting dan kayu yang telah mereput secara perlahan dan membentuk satu lapisan yang memang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dikategorikan sebagai tanah marginal atau tanah yang bermasalah seperti tanah asid sulfat, tanah BRIS dan banyak lagi. Dianggarkan terdapat lebih kurang 2.43 juta hektar kawasan gambut di Malaysia iaitu lebih kurang 8% daripada jumlah keseluruhan keluasan tanah di Malaysia. Negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai tanah gambut yang terluas iaitu sekitar 1.59 juta hektar. Tidak semua tanaman boleh ditanam di kawasan tanah gambut kerana sifat berasidnya yang tinggi tetapi nanas dan tanaman kontan serta sayuran sesuai ditanam dengan pengurusan agronomi yang khusus untuk tanah gambut. Antara tanaman yang sesuai ditanam di kawasan tanah gambut ialah kelapa sawit, nanas, keladi, ubi kayu dan banyak lagi. Antara syarat yang perlu dipatuhi untuk penanaman di kawasan tanah gambut ialah dimana sistem saliran yang baik bertujuan untuk mengelakkan berlakunya air bertakung atau kekeringan yang melampau pada musim kemarau. Isu kebakaran tanah gambut musim kemarau menjadi masaalah besar. Jika kedua-dua ini tidak dapat dikawal dengan baik kesannya adalah dimana hasil tanaman akan terjejas dari segi kuantiti dan juga kualiti. Ini berkait rapat dengan kaedah pengawalan aras air di ladang.

Pengurusan air dikawasan tanah gambut apa yang penulis blog faham adalah penting dimana sebaiknya ia boleh dikawal dengan mudah menggunakan sistem empangan dan perlu dikawal pada aras yang optimum bagi pertumbuhan dan penghasilan tanaman secara maksimum (Sila lihat foto disebelah). Parit ladang hendaklah mampu untuk mengalir keluar air lebihan dari ladang dengan kadar segera bagi tujuan untuk mengelakkan berlakunya banjir dan air bertakung bagi tempoh yang lama. Tanaman nanas terutamanya Varieti Nanas MD2 memang mudah rosak apabila banyak air sama ada ditanah mineral atau pun tanah gambut dengan Pengakit Reput Perdu (Heart Rot). Ramai pengusaha nanas yang memulakan projek penanaman nanas perlu tahu dimana kos pembangunan kawasan baharu tanah gambut adalah tinggi berbanding dengan tanah mineral untuk peringkat permulaan dan juga seterusnya untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Pengalaman penulis blog sebagai paka dalam menguruskan ladang nanas seluas 4,500 ekar di Rompin, Pahang pada tanah gambut dilihat memang ianya melibatkan kos tinggi untuk kerja bina jalanladang, sistem perparitan dan kerja selenggara unfra tersebut. Perlu difahami dimana sistem perparitan yang terdiri daripada Parit Utama sehingga kepada Sistem Parit Ladang dan Parit Tertiary perlu dibina di kawasan tanah gambut agar sesuai untuk ditanam nanas. Parit-parit di kawasan tanah gambut perlu sentiasa diselenggara dengan kerap kerana mudah tertimbus dan menjadi cetek dalam masa yang singkat. Cuaca musim hujan pada hujung tahun selalunya menyebabkan air bertakung dan ini menjadi risiko kepada pokok nanas rosak pada semua peringkat penanaman. Pada November dan Disember 2020 berlaku banjir dikawasan ladang nanas di Rompin dimana ia telah menyebabkan kematian lebih dari 200,000 pokok nanas MD2 yang berumur 6-8 bulan dan merugikan. Penting agar disediakan sistem saliran yang mampu mengelakan kejadian banir dikawasan tanaman nanas.

Memang diketahui dimana k
eupayaan galas tanah merupakan salah satu pertunjuk yang digunakan sebagai pertimbangan untuk menentukan sama ada penggunaan mekanisasi boleh dijalankan atau tidak di sesuatu kawasan. Mesin atau jentera untuk kawasan tanah gambut yang embut perlu ada ciri-ciri ringan, mudah bergerak, tidak terbenam, cukup kuasa dan sebagainya untuk boleh beroperasi. Itulah sebabnya penulis blog sering lihat dimana jentara dikawasan tanah gambut dan untuk tanaman nanas selalunya adalah 'Tinggi' dan sesuai. Sebaiknya perlu difahami dimana sesuatu kawasan tanah perlu mempunyai keupayaan galas lebih daripada 0.3 MPa untuk tujuan dalam penggunaan mekanisasi seperti dengan traktor beroda biasa. Keupayaan galas tanah diukur menggunakan alat yang mana ia  dikenali sebagai 'Soil penetrologger' yang boleh mengukur kerintangan tusukan tanah. Laporan yang dilakukan beberapa pihak mendapati dimana hasil daripada kaji selidik yang dijalankan di beberapa kawasan tanah gambut di Malaysia bagi pengeluaran nanas memang ia ada keupayaan galas tanah gambut tertinggi hanya pada kedalaman 5 - 20 cm dari permukaan tanah iaitu purata dalam julat 0.15 - 0.25 MPa seperti dilakuksn dalam kajian MARDI. Adalah disyorkan agar sistem mekanisasi di tanah gambut memang ianya boleh direalisasikan dengan penggunaan penggerak utama khusus yang mempunyai tekanan pemukaan tanah yang rendah. Salah satu pilihan adalah dengan penggunaan trek getah bagi menggantikan roda pada traktor, boleh mengurangkan tekanan sentuh permukaan sesuatu traktor daripada 0.1 MPa kepada 0.01 MPa (Sila lihat foto disebelah). Tekanan sentuh permukaan yang rendah membolehkan traktor bergerak di atas tanah gambut dengan mudah tanpa jerlus. Penggunaan traktor bertrek getah telah membuka peluang penggunaan mekanisasi dengan lebih meluas di kawasan tanah gambut. Bagaimana pun dilapangan penulis blog belum jumpa jentera seperti ini digunakan secara meluas dikalangan penanam nanas komersil dikawasan tanah gambut. Kemungkinan faktur harga dan faktur kecekapan serta penyelenggaraan selain sukar mendapatkan jentera tersebut menjadi penyebabnya. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAH GAMBUT ... NANAS TANAMNYA...
TANAH LEMBUT... TIADA BERJENTERA....
I.ADA NOVASI .. BELUM NBANYAK DIGUNA...
PERLU TERUSKAN... PENYELIDIKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1205, Executive Suite,
Jalan Sungai Chat,
Hotel Thistle, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(23 Syaaban 21443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...