Support My Blog

Friday, November 6, 2020

WAK SOPAR - GERABAK NANAS

WAK SOPAR merupakan satu nama yang kurang dikenali dikalangan orang biasa akan tetapi beliau merupakan salah seorang usahawan nanas yang berjaya di Parit Kemin, Muar, Johor dimana beliau adalah petani yang ada mencipta dan menggunakan mesin dan jentera pertanian melalui inovasi. Penulis blog yang pernah berkunjung kerumah dan kebun beliau mendapati pesara tentera ini memang gigih didalam mengusahakan sehingga 10 ekar kawasan nanas di Muar dimana beliau juga pernah menerima bantuan daripada pihak LPNM pada peringkat awal sehingga kini. Tanaman nanas (Ananas comosus) merupakan tanaman yang diusahakan di kawasan tanah gambut sejak awal tahun 1960'an dahulu dimana kini penulis blog dapati telah banyak kawasan nanas telah bertukar kepada tanaman kelapa sawit bermula sekitar tahun 1990'an kerana kelapa sawit dilaporkan mampu dalam memberikan pulangan yang lebih baik pada masa itu daripada tanaman nanas (kebanyakan nanas masa itu adalah nanas Moris yang murah). Pada masa dulu nanas yang ditanam kebanyakannya adalah untuk kegunnaan kilang bagi di kaleng (canning pineapple) yang mana harga diberikan kepada penanam nanas adalah murah. Bagaimana pun kini Wak Sopar telah menukar varieti nanas kepada jenis nanas segar seperti nanas MD2, Nanas Josapine dan juga N36. Kawasan kebun yang terletak berhampiran kampung dan juga didalam kawasan TKPM PPNJ Air Hitam ini mampu memberikan pendapatan baik kepada beliau. Penulis blog yang pernah menjadi pegawai pertanian Daerah Muar mendapati kawasan tanah gambut di sekitar Mukim Bukit Nanaing memang secara tradisinya popular dengan tanaman nanas. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai seorang usahawan nanas bernama Wak Sopar sebagai satu lagi usahawan berjaya untuk bahan rujukkan anda semua.


Penanaman nanas memerlukan ilmu kemahiran dan dan kemahuan gigih. Wak Sopar pernah menanam sehingga 20 ekar dahulu tetapi kini sekitar 10 - 15 ekar sahaja di kawasan kampungnya. Bagaimana pun kini beliau berusaha memperluaskan tanaman nanas varieti Josapine dan MD2. Ini kerana menurutnya nanas Josapine mudah ditanam, cepat di tuai dan juga mudah untuk dijual dipasaran. Benih nanas Josapine juga mudah didapati dan murah berbanding dengan benih nanas MD yang agak mahal dan sukar diperolehi. Menurut Wak Sopar, bantuan dari LPNM adalah didalam bentuk benih atau baja mengikut skim bantuan yang dipohon beliau. Beliau yang dibantu oleh 4 orang pekerja upahan akan mengatur jadual penanaman dan penuaian mengikut keperluan pasaran dan juga pusingan tanaman. Dakwanya antara masaalah yang dihadapi di kawasan kebun berhampiran dengan ladang PPNJ adalah kejadian banjir terutama pada bulan November dan Disember setiap tahun. Walau pun beliau ada mengutarakan masaalah banjir kepada JPS Daerah Muar akan tetapi kejadian banjir tahun 2019 lepas adalah disebabkan pihak JPS bertindak menutup empangan dan menyebabkan limpahan air memusnahkan tanaman nanas. Menganai pasaran nanas biasanya ia akan dihantar ke Melaka, Johor Bahru dan ada yang diambil pemborong sehingga ke Kuala Lumpur dan Singapura. 


Antara keperluan untuk kebun nanas adalah penggunaan beberapa peralatan dan mesin membantu didalam kebun tanah gambut. Di rumah beliau ada bengkel yang membuat gerabak atau trak yang sesuai digunakan untuk aktiviti pertanian di atas tanah gambut (Sila lihat foto disebelah). Terdapat beberapa lagi bengkel membuat gerabak di sekitar Muar, Batu Pahat dan Pontian yang ada membuat jentera Gerabak (disini dipanggil sebegai Gerabak Air Hitam atau GAH) atau di Batu Pahat dan Pontian ia dipanggil sebegai 'Ceketeng'. Gerabak standard yang ramai pekebun gunakan untuk mengangkut buah kelapa sawit, nanas atau baja serta racun berukuran 10 kaki panjang dengan menggunakan injin Motorsikal jenis Vespa. Bagaimana pun ada juga gerabak yang dibuat dengan menggunakan injin kereta atau injin van. Walau pun menggunakan injin kecil dengan kapasiti 150 cc (motorsikal) atau injin kereta kancil (660 cc) akan tetapi inovasi gerakam  ini dibuktikan dan menunjukkan bahawa gerabak ini mampu membawa muatan sehingga 2 tan diatas tanah gambut. Jentera ini yang menggunakan 6 buah tayar dimana (2 hadapan) dan 4 dibelakang) berukuran 17 inchi membolehkan ia tidak mudah terbenam dalam tanah gambut yang lembut dan biasa dilalui. Bagaimana pun kecekapan pemandu ini menurut Wak Sopar amat penting kerana jika salah jalan ia mudah terbenam dan muatannya perlu diturunkan dahulu untuk elakkan kerosakan mekanikal.


Penulis blog kemudian berkunjung ke Bengkel Gerabak Wak Wagiman yang berskala besar. Beliau antara usahawan yang gigih membuat gerabal GAH ini sejak berpuluh tahun dulu dengan mendapat pelbagai anugerah inovasi dari pelbagai authoriti. Bagaimana pun dakwa Wak Wagiman, apa yang lebih penting adalah lebih ramai pekebun yang mempunyai tanah gambut menggunakan gerabak buatan mereka bagi memudahkan kerja kebun. Setakat kunjungan penulis blog, sebanyak 65 buah gerabak telah dibuatnya dan digunakan oleh pekebun diseluruh Malaysia. Kebanyakan pembeli GAH adalah pemilik kebun sawit dan sebahagian kecil adalah usahawan nanas. Setakat ini jika pekebun yang menggunakan pandai menyelenggara injin GAH ini boleh tahan sehingga 10 tahun dan mudah dikendalikan. Sepanjang perjalanan penulis dikawasan kampung tersebut dilihat beberapa pekebun sawit telah menebang tanaman kelapa sawit mereka dan diganti dengan tanaman nanas terutama nanas varieti MD2. Ini kerana semanjak tahun 2017 harga kelapa sawit adalah rendah berbending dengan harga dahulu. Penanaman nanas kij=ni dilaporkan memberikan pendapatan lebih baik daripada kelapa sawit Perkara ini disahkan oleh Wak Sopar berdasarkan kepada kebun kelapa sawit dan kebun nanas yang diusahakannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada smeua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENGGUNA GERABAK....CEKETENG SAMA...
DITANAH GAMBUT... SESUAI TEKNOLOGINYA..
BUATAN TEMPATAN... MURAH HARGANYA...
BOLEH MEMBANTU.. PEKEBUN SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Satelit, Bandar Muadzam,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(20 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...