Support My Blog

Monday, November 2, 2020

PENGURUSAN SEMAIAN KELAPA (PART 2)

TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan tanaman yang ke 4 terpenting di Malaysia selapas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Industri tanaman kelapa di Malaysia dahulu merupakan satu komoditi yang menghasilkan pendapatan baik kepada pekebun kecil sebelum tanaman kelapa sawit dan getah popular. Kebanyakan varieti kepala sedia ada dikawasan utama tanaman kelapa adalah Malayan Tall (CN1) dan kini terdapat beberapa varieti kelapa yang digalakan penanamannya termasuk Kelap Matag (CN13, CN14 dan CN15), Kelapa Tacunan, Kelapa Pandan (CN6) dan beberapa varieti lain. Kesemuanya memerlukan benih sebagai asas untuk menanam baru kelapa. Terdapat beberapa semaian kelapa yang di miliki oleh Jabatan dan Agensi serta beberapa usawasan swasta di Malaysia. Bagaimana pun untuk pengeluaran kelapa hibrid seperti kelapa Matag ianya masih dipunyai oleh pihak tertentu sahaja. Pengurusan tapak semaian yang bersistematik diperlukan bagi menyediakan bekalan bahan tanaman yang berkualiti dan terbaik untuk pembangunan kawasan baharu atau penanaman semula kelapa di kawasan pekebun kecil dan estet. Bahan tanaman yang berkualiti hanya akan diperolehi daripada amalan dan kaedah pengurusan tapak semaian kelapa yang betul dan mengikut semua prosedur yang telah ditetapkan serta mempunyai perancangan yang rapi dan sistematik. Ini termasuklah dari aspek pemilihan kawasan yang sesuai, pembangunan infrastruktur yang lengkap, reka bentuk yang sesuai dan yang paling penting adalah kaedah pengurusan yang betul dari semua aspek di tapak semaian. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan teknologi pengurusan semaian kelapa dari tinjauan penulis blog dan rujukkan dari jurnal MARDI, Risalah Jabatan Pertanian serta pihak swasta untuk rujukkan pembaca semua.

Proses menyemai bahan tanaman dimana sebelum biji benih disemai lakukan aktiviti penyiraman air secukupnya iaitu ke dalam polibeg digalakkan supaya tanah akan lebih lembut dan memudahkan biji benih ditanam. Jangan menanam biji benih terlalu dalam sehingga menyukarkan tunas anak pokok kelapa bercambah (Sila lihat foto disebelah). Elakkan menanam biji benih secara terbalik dengan memastikan bahagian pucuk menghala ke atas dan akar menghala ke bawah. Siram sekali lagi selepas kerja-kerja menyemai siap. Lindungan Bahan tanaman yang baharu disemai memerlukan lindungan daripada cahaya matahari terik yang berterusan. Lindungan ini adalah bersifat sementara sehingga biji benih bercambah dan dua helai daun kembang. Penggunaan pelepah sawit, kelapa, nipah atau jaring nyamuk boleh digunakan sebagai lindungan. Lindungan ini mestilah diletakkan kepada setiap anak benih. Pembangunan tapak semaian di bawah kanopi pokok yang bersaiz besar (kelapa/kelapa sawit atau pokok lindungan yang besar) dapat memberi 50% lindungan daripada sinaran panas yang terik di samping mampu memberi sedikit kelembapan dan mengurangkan suhu persekitaran. Selepas 10 minggu anak pokok bercambah, lindungan perlu dialih untuk mendedahkan anak pokok (hardening) kepada cahaya matahari.

Bagi teknologi Semaian Tapak Semaian Dua Peringkat pula lazimnya sistem tapak semaian dua peringkat ini mempunyai dua fasa iaitu (i) fasa tapak semaian kecil dan (ii) fasa tapak semaian besar. Fasa tapak semaian kecil adalah apabila buah kelapa tua atau matang yang telah bercambah disemai di petak nurseri berpasir yang mempunyai naungan (shading) dalam tempoh 2 - 3 bulan sebelum dialihkan ke dalam polibeg besar. Manakala fasa tapak semaian besar pula adalah di mana polibeg bersaiz 12 inci x 15 inci digunakan dengan jarak 0.6 m segi tiga sama untuk mengisi anak pokok daripada semaian kecil ke polibeg besar untuk tempoh 7 - 9 bulan selanjutnya sebelum dipindahkan ke ladang. Antara aktiviti penting dalam sistem tapak semaian satu peringkat adalah seperti yang berikut: Mengisi tanah ke dalam polibeg Sama seperti amalan yang dipraktikkan dalam sistem tapak semaian satu peringkat. Lindungan Untuk sistem ini, tapak semaian kecil yang mempunyai bumbung jaring nyamuk perlu dibina sebelum bahan tanaman disemai. Maksimum saiz tapak semaian kecil hanya 1/10 daripada keluasan tapak semaian. Ini bertujuan memberikan kelebihan kawasan untuk peringkat tapak semaian besar. Kebiasaannya tapak semaian ini mempunyai permukaan tanah berpasir untuk tujuan serapan air yang cekap dan memudahkan kerja-kerja mengalih anak pokok tanpa merosakkan akar. Kemudahan sistem penyiraman overhead sprinkler adalah diperlukan. Lindungan ini adalah bersifat kekal untuk kemudahan penyemaian kelapa yang seterusnya. Anak pokok akan berada di tapak semaian kecil ini sehingga berusia 2-3 bulan selepas tunas bercambah atau selepas dua helai daun kembang. Pembangunan tapak semaian kecil ini dapat memberi 50% lindungan daripada sinaran panas yang terik di samping mengelakkan kejutan semasa mengalihkan anak benih kelapa ke dalam ke dalam polibeg yang lebih besar.

Lazimnya bagi menyemai bahan tanaman dilakukan sebelum biji benih disemai dimana penyiraman secukupnya ke permukaan tapak semaian kecil adalah digalakkan supaya dapat mengekalkan kelembapan permukaan tanah. Jangan menyemai biji benih di bawah permukaan tanah hingga menyukarkan tunas anak pokok kelapa bercambah. Elakkan meletak biji benih secara terbalik dan bertaburan. Siram sekali lagi selepas aktiviti menyemai biji benih siap. Biji benih akan disusun rapat dalam setiap petak yang mempunyai 1,000 pokok (10 baris dan 100 biji setiap baris) sehingga mencapai usia sesuai untuk dialihkan ke dalam polibeg besar. Membaris polibeg besar Barisan polibeg besar di tapak semaian besar perlu disiapkan dua minggu sebelum aktiviti mengalihkan anak pokok dari tapak semaian kecil. Polibeg yang telah diisi hendaklah disusun dengan jaluran jarak 0.6 m x 0.6 m segi tiga sama. Disarankan agar setiap petak mengandungi 100 pokok (4 baris dan 25 pokok setiap baris) bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan. Jaluran susunan polibeg mestilah dibuat mengikut arah timur-barat untuk tujuan mengurangkan kesan pancaran cahaya matahari.

Bagi aktiviti untuk mengalih anak pokok  selalunya hanya anak pokok normal sahaja akan dipilih dan dipindahkan ke dalam polibeg besar. Pengalihan ini dilakukan selepas 2 - 3 bulan anak pokok tumbuh di tapak semaian kecil. Kerja mencabut anak pokok dari tapak semaian kecil perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak merosakkan akar. Sebelum mengalih, siram terlebih dahulu kawasan tapak semaian kecil agar proses mencabut anak pokok lebih mudah. Tanah di dalam polibeg besar juga harus dibasahkan agar mudah membuat lubang dan seterusnya menanam anak pokok. Tanah di bahagian tengah polibeg besar dikorek dengan menggunakan skop kecil atau gerimit (auger) dengan garis pusat lubang sekurang-kurangnya 10 cm lebar. Tekan tanah di sekeliling anak pokok agar ia mendap dan padat. Elakkan menanam anak pokok terlalu dalam ke dalam tanah. Siraman selepas selesai menanam amatlah sangat digalakkan. Pengurusan tapak semaian yang sempurna bukan hanya tertumpu kepada bahan tanaman sahaja, tetapi turut meliputi amalan kultur (seperti penyediaan kawasan, sistem pengairan, pemilihan jenis tapak semaian, amalan kultur dan kawalan perosak serta penyakit) dan pengurusan yang sistematik. Bahan tanaman yang baik dan berkualiti hanya diperoleh daripada amalan dan kaedah pengurusan tapak semaian kelapa yang sistematik. Pemilihan jenis tapak semaian juga sangat penting bagi tujuan menjimatkan kos input, mengelakkan jumlah anak pokok tidak normal ditanam di ladang dan mengurangkan penggunaan tenaga kerja. Dengan permintaan yang tinggi dan harga kelapa yang stabil, industri tapak semaian kelapa mampu menjana pendapatan yang lumayan untuk jangka masa panjang kepada pengusaha tempatan selain membuka peluang perniagaan dan pekerjaan di sektor pertanian untuk masyarakat Malaysia.  Artikel ini mempunyai tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KELAPA... DAPATKAN BENIHNYA...
BUAT SEMAIAN... UNTUK BENIH KELAPA...
AMALAN AGRONOMI... PENTING ASASNYA...
BENIH TERJAMIN... TANAMAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka, Melaka,
Malaysia.
21 Muharam 1442H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...