Support My Blog

Saturday, November 14, 2020

TEKNOLOGI HALIA FERTIGASI (Pt 3)

TANAMAN HALIA
(Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan umbisi dari keluarga Zingiberaceae yang mempunyai nilai perubatan dan komersial yang tinggi. Halia lazimnya akan menghasilkan rizom yang mempunyai daun berbentuk bilah serta batang yang mencecah tiga kaki tinggi. Tumbuhan ini mengeluarkan bunga seperti orkid yang dilihat berwarna kuning kehijauan yang menjadikan halia sesuai sebagai tanaman hiasan dan biasanya ditanam di kawasan tanah tinggi 1,200 - 1,500 m dari aras laut. Di Malaysia dari apa yang penulis blog tinjau, tanaman halia ditanam secara komersial di Bentong, Pahang, Keningau dan Tambunan, Sabah serta Sarawak. Varieti utama yang menjadi pilihan pengusaha ialah Halia Bentong, Halia Bara, Halia Cina, Halia Tanjung Sepat dan Halia Indonesia. Tanaman halia ini dikatakan dapat membantu didalam menghadam makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan mampu membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubatan daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada. Permintaan halia di Malaysia bagi pasaran domestik dan antarabangsa sangat tinggi terutama bagi halia Bentong yang mempunyai kualiti tinggi jika dibandingkan dengan halia daripada Indonesia, Thailand, China (Hong Kong), Taiwan dan Amerika Syarikat. Halia Bentong juga mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran Hong Kong dan Britain. Tahap pengeluaran yang rendah mengehadkan jumlah kapasiti eskport halia dimana ia disebabkan kekurangan tanah yang sesuai untuk penanaman halia dan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) yang menjangkiti tanaman halia. Sistem fertigasi ialah satu teknik alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit bawaan tanah. Kedua-dua masalah ini merupakan masalah utama pengeluaran halia secara komersial di seluruh dunia. Penanaman sayuran daun dan buah dengan menggunakan teknologi fertigasi telah terbukti berkesan dan efisien. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat 3-5 kali ganda berbanding dengan cara konvensional. Penanaman halia secara fertigasi di tanah rendah turut meningkatkan hasil rizom halia berbanding dengan sistem konvensional. Dengan menggunakan sistem fertigasi, halia di tanah rendah dapat ditanam secara berulang di tempat yang sama secara berterusan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis teknologi penanaman halia secara fertigasi untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Antara f
aktor yang penting dalam usaha pengeluaran tanaman adalah aras keasidan larutan nutrien yang dinamakan pH iaitu pengukuran asid atau alkali sesuatu larutan. Larutan itu berasid jika pHnya kurang daripada 7, neutral pada nilai 7 dan alkali jika nilai bacaannya lebih daripada 7. Bagi tanaman halia secara fertigasi, pH yang disyorkan adalah antara pH5.5 - 6.5. Nilai pH dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunakan kertas litmus. Teknik pengairan baja hendaklah dilakukan setiap hari dengan kekerapan 4 - 6 kali sehari, bergantung pada keadaan cuaca dan peringkat umur pokok. Pada hari yang panas pembajaan fertigasi dilakukan 4 - 6 kali sehari. Pada hari hujan atau mendung dan lembap pembajaan dilakukan 1 - 2 kali sehari. • Pokok yang baru ditanam tidak memerlukan banyak baja berbanding dengan pokok yang telah mengeluarkan rizom. Jangka masa penitisan ini dilakukan bergantung pada saiz paip dan tekanan air (pam) iaitu 3 - 5 minit. Biasanya pam dimatikan apabila kelihatan tanda-tanda lembap pada medium tanaman dan lebihan air mula keluar daripada lubang lebihan air. Secara umumnya, tanaman memerlukan 1 - 1.5 liter air sehari. Pada peringkat awal iaitu selepas dipindahkan ke dalam polibeg, kuantiti larutan baja yang diperlukan adalah antara 200 - 300 ml sehari. Selepas minggu ketiga dipindahkan ke dalam polibeg, keperluan larutan baja bertambah kepada 500 - 800 ml sehari. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan penitis yang tersumbat bagi mengelak pokok layu kerana tidak mendapat larutan baja. Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara jam 9.00 –10.00 pagi. Biasanya pokok halia akan layu bermula daripada daun. Apabila ini terjadi sebaiknya di cabut penitis daripada tiub mikro dan bersihkan. Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangkan masalah ini.

Sebaiknya alat penapis perlu sentiasa dibersihkan dari semasa ke semasa supaya dapat berfungsi dengan baik. Mengawal penyakit dan serangga perosak Penanaman halia secara fertigasi di bawah struktur pelindung hujan menghadapi beberapa masalah serangga perosak dan penyakit. Faktor seperti kebersihan persekitaran ladang, kebersihan sistem pengairan fertigasi dan amalan kultur oleh pengusaha dan pekerja ladang memainkan peranan penting dalam mencegah sebarang serangan serangga perosak dan penyakit. Jika berlaku serangan serangga perosak dan penyakit utama tanaman halia boleh dikawal dengan cara amalan kultur yang betul atau menggunakan racun perosak atau kedua-duanya sekali. Penyemburan racun perosak hanya digunakan apabila perlu sahaja dan semua tatasusila penggunaan racun kimia mesti betul dan dipatuhi. Cara mengawal serangga perosak dan penyakit masing-masing adalah dengan semburan racun serangga dan melaksanakan amalan kultur yang baik iaitu membersihkan kawasan ladang daripada sisa-sisa tanaman seperti daun yang berpenyakit. Aktiviti menuai hasil dijalankan apabila halia boleh dituai sebagai halia muda atau halia tua/matang. Halia boleh dipungut sebagai halia muda selepas 4 - 6 bulan selepas dipindahkan ke dalam polibeg. Manakala halia tua atau matang boleh dituai dalam tempoh 9 bulan selepas dipindahkan ke dalam polibeg. Diantara tanda-tanda halia sudah matang atau tua adalah berlakunya nekrosis di bahagian hujung daun dan daun halia mulai kering pada usia 7 - 8 bulan. Secara purata setiap rumpun halia di dalam polibeg akan menghasilkan 2.4 sekilo halia muda manakala bagi halia tua, rizomnya mampu mencecah 5.4 sekilo. Proses penggredan dilakukan berdasarkan saiz rizom, timbangan berat dan rasa kepedasan rizom halia. Pengendalian lepas tuai yang teratur bagi halia amat penting untuk mengawal kerosakan dan kemerosotan mutu kualiti rizom. Mutu dan harga pasaran halia boleh menurun akibat jangkitan kulat, kehilangan air (kecut dan berkedut-kedut) dan juga percambahan tunas. Polibeg halia dialihkan ke bangsal atau tempat yang redup pada awal pagi ataupun petang. Halia akan dikeluarkan daripada polibeg dan dicuci dalam keadaan persekitaran yang redup bagi mengelak kehilangan kandungan air yang boleh menyebabkan halia menjadi kecut. Kesan pancaran matahari juga boleh menyebabkan penghijauan yang akan menjejaskan mutu halia. Rumpun halia akan dipotong dan diasingkan daripada beg tanaman. Halia dan medium tanaman akan dikeluarkan daripada beg tanaman. Seterusnya, rizom akan diasingkan daripada medium tanaman dengan menggunakan semburan air separa kuat supaya tidak menjejaskan rupa dan bentuk halia. Halia yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam bakul plastik. Bahan pengalas seperti kertas atau span perlu bagi mengelak geseran antara bakul dan rizom halia. Kutipan harus dibawa dengan secepat mungkin ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan bagi operasi penyediaan yang seterusnya.

Penulis blog membuat temubua dengan beberapa usahawan halia gertigasi di Pahang, Johor dan Selangor. Dalam membuat analisa ekonomi saya ambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan (hasil) yang diramalkan daripada projek ini. Kos pembangunan awalan ini melibatkan kos pembangunan (kos permulaan) yang tinggi terutama untuk pembinaan struktur pelindung hujan dan sistem pengairan fertigasi. Bagi satu hektar tanah, sebanyak 30 unit struktur pelindung hujan tanpa jaring kalis serangga sesuai dibangunkan yang melibatkan kos sebanyak RM355,400. Kos operasi dan penyelenggaraan Kos operasi dan penyelenggaraan meliputi upah/gaji serta kos untuk kerja membaik pulih infrastruktur. Kos penyelenggaraan merangkumi 5% daripada jumlah kos pembangunan. Kos pengeluaran Kos pengeluaran merangkumi kos input (baja fertigasi, benih, racun dan lain-lain. Anggaran kos pengeluaran bagi halia muda dan tua dimana hasil dan pulangan Jumlah hasil yang diperoleh dianggarkan daripada bilangan [satu SPH x hasil sepokok x bilangan musim setahun x jumlah SPH (30 unit sehektar)]. Anggaran harga purata ini diambil daripada harga purata jualan di ladang bagi tempoh 3 tahun (2011 – 2013). Analisa bagi Halia Muda dengan anggaran hasil sebanyak 2.4 kg/pokok/musim, bilangan musim/tahun sebanyak 3 kali dimana iani menjadikan bilangan pokok/SPH sebanyak 500. Jika jumlah hasil sebanyak 108,000 kg dengan harga ladang purata adalah RM3.00/kg maka anggaran jumlah Kasar pendapatan/tahun sebanyak RM324,000. Dalam pada itu bagi analisa Halia Tua dengan anggaran hasil sebanyak 5.4 kg/pokok/musim atau bilangan musim/tahun adalah 1 kali  (Tua dlam masa 12 bulan) dengan bilangan pokok/SPH sebanyak 500 pokok. Jumlah hasil didapati sebanyaak 81,000 kg dimana dengan harga ladang pada purata RM3.60/kg maka anggaran jumlah pendapatan kasar setahun sebanyak RM291,600. Dari segi analisis dayamaju akan projek ini bolh diukur dengan menggunakan tiga petunjuk iaitu  Nilai kini bersih (NKB/BC Ratio), Kadar pulangan dalaman (IRR) dan Jangka masa pulang balik modal.  Bagi Halia tua Halia muda Nilai kini bersih (NKB) @ 10% sebanyak 493,420 36,674 dengan nilai kadar pulangan dalaman (KPD) 34.57 dan bagi halia tua adalah 12.31. Bagi nilai tempoh pulangan modal (tahun) halia muda sekitar 3 tahun dan halia tua selama 5 tahun. Nilai Nisbah kos faedah (NKF) @ 10% 1.78 bagi halia muda dan 1.68 bagi halia tua. Berdasarkan analisis di atas projek ini boleh dijalankan bagi pengeluaran halia muda dan halia tua yang mana ia berupaya memberi pulangan yang baik kepada pelabur yang ingin menceburi bidang ini. Artikel ini ada 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana ia perlu dibaca bersama. Semuga anda memdapat info berguna dari artikel blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HALIA FERTIGASI... SUDAH DICUBA...
ADA PELINDUNG HUJAN...ASASNYA...
POLIBEG ADA MEDIA... PAIP AIR JUGA...
MUDAH DIJAGA... ANDA BOLEH CUBA...


By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(30 Safar 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...