mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, November 10, 2020

PASARAN GETAH KAITAN DENGAN COVID19

PASARAN GETAH MALAYSIA 
berkemungkinan meneruskan momentum aliran menurun adalah kerana perisytiharan pandemik Coronavirus (Covid-19) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada awal Mac 2020 lepas menyebabkan tinjauan negatif untuk pasaran global. Tanaman getah merupakan jenis tanaman yang penting di Malaysia dimana ia mendudukki keluasan kedua selepas tanaman kelapa sawt dari segi penggunaan tanah. Getah diusahakan oleh seektor perladangan (estet) dan sektor pekebun kecil diseluruh negara sebagai satu komoditi penting semenjak sebelum merdeka lagi. Malaysia pernah menjadi pengeksport utama komoditi getah dunia untuk jangkamasa yang lama. Akibat serangan wabak pandemik covid19 ini dilaporkan dimana kadar permintaan sarung tangan getah meningkat berlipat kali ganda untuk rawatan kesihatan.  Menggambarkan situasi semasa sebagai 'sangat tidak menentu', Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) iaitu Denis Low mendakwa dimana dalam keadaan yang sentiasa berubah dijangka permintaan komoditi dan harga komoditi akan terjejas teruk. Kini pasaran getah tempatan dijangka kekal lemah dalam bulan yang akan datang dan ia mungkin menjadi lebih rendah. Ini kerana disepanjang minggu pertama awal tahun 2020 lalu, pasaran getah Malaysia didagangkan bercampur-campur ke tahap rendah ditambah dengan ada tekanan harga minyak mentah yang menjunam jatuh dan kebimbangan Covid-19 yang semakin meningkat berikutan perisytiharan pandemik WHO. Pada awal bulan Oktober 2020, dilaporkan harga fizikal rujukan Lembaga Getah Malaysia (MRB) bagi gred tayar SMR 20 turun kepada 515.50 sen sekilogram (RM5.155/kg)  iaitu ia adalah paras terendah sejak Disember 2018 selepas harga minyak mentah dunia jatuh sebanyak serendah 30 peratus berikutan perang harga dicetuskan oleh Arab Saudi terhadap Rusia. Perkara ini juga telah menyebabkan pengeluar getah asli dunia harus bersiap sedia untuk menghadapi keadaan yang paling teruk dalam tempoh wabak ini.  Bagaimanapun didakwa apa yang jadi penyelamat dalam keadaan ini ialah sektor lateks pukal (susu getah cair) yang akan melihat beberapa permintaan meningkat yang disebabkan peningkatan permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dalam persekitaran Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. 
Menurut laporan mingguan  harga rujukan fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi gred tayar SMR 20 susut 10.0 sen kepada 527.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot 11.5 sen kepada 437.0 sen sekilogram. Bagaimana pun harga rujukan fizikal LGM bagi SMR 20 menokok 2.5 sen kepada 539.0 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 12.5 sen kepada 435.5 sen sekilogram pada minggu sebelumnya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kesan harga kepada komoditi getah asli dlam keadaan wabak covid19 untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Bagaimana pun terkini pasaran 
getah Malaysia telah ditutup tinggi dengan mengambil petunjuk daripada asas keuntungan di pasaran niaga hadapan getah serantau. Prestasi menggalakkan ini disokong oleh keyakinan diperbaharui terhadap pakej rangsangan oleh USA.  Presiden USA Donald Trump dalam Twitter terbaru telah menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menandatangani Stand Alone Bill bagi Cek Rangsangan sebanyak AS$1,200. Posting artikel ini mendapati Donald Trump dikalahkan oleh Joe Biden (290 vs 214 undi). Dalam pada itu seorang peniaga yang ditemui wartwan berkata niaga hadapan getah Jepun turut melonjak ke paras tinggi dalam tempoh lima minggu hari ini kerana berita mengenai pakej rangsangan ini telah mendorong keyakinan pelabur dan meningkatkan kehendak risiko. Selain itu didakwa pasaran tempatan turut disokong oleh peningkatan harga minyak mentah Brent iaitu telah mengukuh 1.21 peratus kepada AS$42.50 setongBagaimana pun dilaporkan keuntungan seterusnya telah dikekang oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS. Pada Oktober 2020 mata wang tempatan diniagakan pada 4.1520/1570 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1600 ketika ditutup. Harga rujukan getah fizikal Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 meningkat dua sen kepada 579 sen sekilogram (kg) sementara lateks pukal naik dua sen kepada 513 sen sekilogram. Kemudian harga rujukan fizikal LGM untuk SMR 20 menokok setengah sen kepada 579.5 sen sekilogram manakala lateks pukal melonjak satu sen kepada 514 sen sekilogram.

Di Kuala Lumpur dilaporkan beberap ahli-ahli ekonomi mengunjurkan Malaysia bakal menguasai
65 peratus bahagian pasaran sarung tangan getah dunia tahun ini meningkat tiga peratus daripada 62 peratus sekarang. Kenyataan daripada Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Datuk Dr Zairossani Mohd Nor telah nyatakan dimana ia berikutan jangkaan lonjakan permintaan terhadap sarung tangan getah perubatan susulan penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia. Seterusnya didakwa dimana dari segi impaknya kepada pendapatan negara maka berlaku kenaikan tiga peratus itu berjumlah RM3 bilion namun ia turut bergantung pada situasi COVID-19. Jika dilihat industri getah terutama sektor sarung tangan ianya memang telah lama berkembang sejak tahun 1980-an di Malaysia. Ini juga adalah berpunca kerana penyakit juga iaitu Penyakit HIV (Human Immunodeficiency Virus) sejenis virus yang telah pun memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan Penyakit AIDS (sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit). Daripada situlah sektor sarung tangan getah di Malaysia berkembang sehingga kini kita adalah pengeluar terbesar di dunia. Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara kelolaan Bernama TV, yang membincangkan mengenai tajuk ‘COVID-19: Kesan Kepada Industri Getah dan Hala Tuju Seterusnya’. Dilaporkan dimana apabila berdepan dengan sebarang pandemik maka industri getah serta sektor yang berkaitan penjagaan perubatan adalah antara sektor yang akan mendapat manfaat, terutama sektor sarung tangan.

Sebenarnya s
elain sarung tangan, Malaysia juga ada juga menghasilkan kateter iaitu alat untuk pembedahan (yang memerlukan gantian getah). Apabila industri getah Malaysia berdepan dengan situasi harga rendah maka sektor sarung tanganlah yang menjadi penyelamat dengan sektor tersebut dijangkakan berkembang lima hingga 25 peratus dan ini juga bergantung pada situasi COVID-19. Pada 2019 dilaporkan dimana sektor sarung tangan getah menyumbang sebanyak  RM17 bilion kepada pendapatan negara justeru Malaysia perlu memastikan industri ini kekal menjadi peneraju pasaran dunia. Apa pun isu harga getah yang rendah adalah berkait kerana fungsi kawalan harga getah bukan di bawah LGM, pihak RISDA ataupun mana-mana agensi yang terbabit namun ia dikawal oleh pasaran duniaSecara umumnya kalau dilihat sejarah industri getah, ia akan turun naik, ini adalah kitarannya dimana pada waktu ketika ini iaitu pada tahun 2020 - 20201 ianya adalah berada dalam kitaran harga yang rendah. Harga getah yang jatuh merudum daripada RM3.00 sekilogram beberapa tahun 2019 kepada RM1.70 sekilogram pada 2020 ini telah memberikan kesulitan kepada penoreh dan pekebun kecil. Kini ramai rakyat berpendapat bahawa industri getah adalah ‘sunset industry’ yang tidak akan kekal lama sama ada di bahagian huluan mahupun hiliran akan tetapi tidak dapat disangkal bahawa sumbangan getah kepada eksport negara tetap meningkat dari tahun ke tahun. Dilaporkan sejak tahun 1990 lagi sehingga sekarang, industri getah kita berkembang lima hingga enam peratus setahun dimana ia adalah antara industri yang paling cepat berkembang di Malaysia. Jika kita lihat dari segi pengagihan kepada ekonomi negara, pada 1990 eksport kita adalah RM1.3 bilion dan eksport getah Malaysia adalah bernilai sebanyak RM31 bilionDi peringkat global, Malaysia hanya menguasai tiga peratus daripada nilai industri getah dunia dan berpendapat banyak lagi peluang untuk industri itu berkembang. Malaysia harus pastikan pembangunan yang strategik dan industri getah serta pekebun kecil tidak boleh lagi bertindak menghasilkan getah cara seperti 20 hingga 30 tahun lalu. KP LGM nyatakan lagi dimana memandangkan tanah yang terhad pekebun kecil negara digesa untuk menggunakan teknologi kerana ia adalah cara yang paling baik untuk meningkatkan pengeluaran. Didakwa apabila pekebun mampu meningkatkan pengeluaran dan kualiti yang kita hendakkan maka bukan sahaja pekebun kecil akan dapat faedah dari pendapatan yang meningkat, tetapi yang penting sekali produk getah yang kita hasilkan dapat menyokong keseluruhan industri kita. Kerajaan masih yakin serta berpandangan jauh bahawa Malaysia ada masa depan yang cerah dalam industri getah. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
INDUSTRI GETAH ... SUDAH LAMA...
KEDUA TERLUAS.. ADA DI MALAYSIA...
EKSPORT 31 BILLION... BANYAKNYA...
ADA PANDEMIK...PATUT NAIK HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, utrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Rabiul Awal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...