mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, November 5, 2020

SANTAN KELAPA VS SANTAN SAWIT

SANTAN
merupakan sejenis cecair yang dihasilkan daripada tumbuhan keluarga Arecaceae (dahulu sebagai Palmae) yang juga merupakan tumbuhan tropika. Di Malaysia penggunaan santan diperbuat daripada buah Kelapa (Cocos nucifera) merupakan memang telah menjadi satu bahan penting didalam banyak jenis makanan. Antara yang pasti adalah didalam membuat Nasi Lemak, Masakan semua jenis Kari, Kuih muih, makanan snack dan banyak lagi. Bagaimana pun terkini terdapat produk santan berasaskan kepada buah Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) yang dihasilkan dimana ia telah digunakan di Malaysia dalam banyak jenis produk dan makanan. Bagaimana pun antara makanan yang popular menggunakan santan kelapa sawit adalah Cendol (Sila klik disini). Penulis blog dapati dimana 
minyak kelapa sawit yang digunakan untuk membuat santan diproses daripada minyak sawit mentah yang berwarna jingga pekat sehingga bertukar menjadi kuning keputihan selepas melalui proses penapisan. Ia berbeza daripada minyak kelapa sawit olein untuk masakan yang difraksinasikan dan ditapis sehingga menjadi kuning jernih. Keistimewaan santan sawit adalah ia didakwa tidak meningkatkan kadar kandungan kolesterol LDL (tidak baik) dalam badan yang sekali gus tidak menjejaskan jantung, berbeza dengan santan kelapa yang boleh meningkatkan kandungan LDL yang tinggi dan mengurangkan HDL yang diperlukan oleh badan. Lemak tak tepu yang ada pada santan sawit seperti palmitik (C16:0) dan oleik (C18:1) tidak menggalakkan pembentukan mendakan kolesterol pada dinding arteri. Beliau berkata, serangan jantung dan strok akan berlaku jika kolesterol terus mendak pada dinding arteri sehingga arteri menjadi keras dan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan menyebabkan serangan penyakit jantung dan strok. Penggunaan santan kelapa berhubung kait dengan peningkatan kandungan kolesterol LDL (tidak baik) yang boleh menyebabkan penyumbatan pada saluran arteri jantung kerana santan kelapa mempunyai kandungan asid lemak tepu yang tinggi seperti asid laurik (C12:0) dan miristik (C14:0). Kandungan asik laurik dalam santan kelapa adalah sebanyak 49.1 peratus berbanding santan sawit yang hanya 0.25 peratus saja. Malah asid miristik dalam santan kelapa adalah 18.4 peratus, manakala santan sawit sebanyak 1 peratus saja. Itulah sebabnya, kadangkala apabila kita makan nasi lemak bersantan selalunya kita akan rasa mengantuk. Artikel malam ini dari Melaka dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai santan kelapa dengan santan kelapa sawit dari segi pro dan con sebagai bahan rujukan anda semua.

Apa yang menarik adalah satu kenyataan daripada pihak tertentu menyatakan dimana s
antan Kelapa Sawit yang mena ia dihasilkan pertama di dunia adalah sejeni sproduk yang didakwa terbaik, berkualiti dengan kandungan tanpa kolestrol dimana ia adalah setanding dengan produk dari santan kelapa. Penulis blog dapati memang bisasnya orang awam lebih mengetahui santan kelapa dimana ia sudah diterima oleh msyarakat sejak lama. Bagaimana pun kini santan kelapa sawit walau baru dipasaran mempunyai rasa yang sedap dan digunakan mungkin diterima dalam pelbagai masakan sama ada lauk pauk atau kuih, terutama dalam makanan tradisional tempatan. Ada dakwaan dimana santan kelapa dilaporkan enak didalam makan akan tetapi ia didakwa sesetengah pihak kurang baik kerana mempunyai tahap asid lemak tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan jika diambil dengan kadar berlebihan serta boleh menyebabkan kegemukan. Apa yang dikaji oleh pihak sekumpulan penyelidik dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya mencipta santan daripada minyak kelapa sawit yang setanding santan kelapa dari segi rasa dan rupa, malah mempunyai pelbagai khasiat, termasuk kandungan lemah tepu yang rendah dan lebih tahan lama. Kenyataan daripada Ketua Penyelidik, Bahagian Pemakanan MPOB, Dr Zaida Zainal mendakwa kejayaan menghasilkan santan sawit itu mampu mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia yang gemar menggunakan santan kelapa dalam masakan, sekali gus boleh menjejaskan kesihatan.

Rakyat Malaysia pada pendapat penulis blog memang boleh 
mengubah minda masyarakat negara ini supaya menukar gaya hidup dengan lebih sihat secara ubah pemakanan yang betul. Santan sawit ini menjadi alternatif adalah salah satu daripada alternatif untuk menggantikan santan kelapa kerana khasiatnya yang banyak dan baik untuk kesihatan. Cara menyediakan santan kelapa dengan santan dari kelapa sawit adalah agak berbeza dimana memang sangat mudah bagi santan dari kelapa. Kelapa tua (biasanya buah kelapa akan matang dalam masa 12 bulan) akan gugur atau dipetik dengan pelbagai cara. Buah kelapa ini akan dibuang sabut dan temmpurung bagi mendapatkan isi daging putinya. Ia kemudian di parut atau dikisar sebelum diperah dan santan segar berwarna putih akan dihasilkan. Santan segar ini boleh terus digunakan serta merta didalam masakan untuk penghasilan citarasa makanan hebat yang dikehendakki. Kelapa tua ini biasanya boleh dibeli daripada kedai runcit atau pun kalau dikampong-kampong dikutip dari kawasan rumah atau kebun. Bagaimana pun bagi masyarakat moden kini mereka lebih mudah mendapatkan santan dari kedai dan supermarket sahaja didalam beberapa bentuk pembungkusan dengan banyak jenama. Santan cair atau santan serbuk (powder) boleh dibeli dengan mudah dan murah. Santan ini tidak perlu disimpan dalam peti ais seperti santan segar diproses sendiri.

Berbeza dengan santan kelapa sawit dimana dilaporkan bagi tujuan me
nghasilkan santan sawit serbuk dengan teknik penyemburan kering bermula daripada tahun1998 dan tidak mudah didapati ddipasaran. Santan ini adalah hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik MPOB sehingga mereka telah pun berjaya menghasilkan santan cecair daripada minyak kelapa sawit yang diambil daripada mesokarp (sabut) yang dikenali sebagai minyak sawit RBD (ditapis, diluntur dan dinyahbau). Apa pun secara ringkasnya, minyak kelapa sawit terdiri daripada mesokarp (sabut) dan kernel (inti). Mesocarp mengandungi kandungan minyak sebanyak 56 peratus,  manakala kernel mengandungi minyak 44 peratus. Apa pun didakwa dimana minyak kelapa sawit yang digunakan untuk membuat santan adalah diproses daripada minyak sawit mentah yang berwarna jingga pekat sehingga ianya akan bertukar menjadi kuning keputihan selepas melalui proses penapisan. Ia berbeza daripada minyak kelapa sawit olein untuk masakan yang difraksinasikan dan ditapis sehingga menjadi kuning jernih. Antara keistimewaan santan sawit adalah seperti dimana ia tidak meningkatkan kadar kandungan kolesterol LDL (tidak baik) dalam badan yang sekali gus tidak menjejaskan jantung, berbeza dengan santan kelapa yang boleh meningkatkan kandungan LDL yang tinggi dan mengurangkan HDL yang diperlukan oleh badan. Bahan seperti lemak tak tepu yang ada pada santan sawit seperti palmitik (C16:0) dan oleik (C18:1) tidak menggalakkan pembentukan mendakan kolesterol pada dinding arteri. Ada penjelasan dimana serangan jantung dan strok akan berlaku jika kolesterol terus mendak pada dinding arteri sehingga arteri menjadi keras dan pengaliran darah tersekat. Ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan ianya akan menyebabkan serangan penyakit jantung dan strok. Apa pun dilaporkan dimana penggunaan santan kelapa berhubung kait dengan peningkatan kandungan kolesterol LDL (tidak baik) yang boleh menyebabkan penyumbatan pada saluran arteri jantung kerana santan kelapa mempunyai kandungan asid lemak tepu yang tinggi seperti asid laurik (C12:0) dan miristik (C14:0). Kandungan asik laurik dalam santan kelapa adalah sebanyak 49.1 peratus berbanding santan sawit yang hanya 0.25 peratus saja. Malah asid miristik dalam santan kelapa adalah 18.4 peratus, manakala santan sawit sebanyak 1 peratus saja. Dilaporkan dimana kadangkala apabila kita makan nasi lemak bersantan selalunya kita akan rasa mengantuk, ini disebabkan lemak dalam santan kelapa itu bertindak dan menyumbat arteri menyebabkan perjalanan oksigen agak lambat. Apa pun penggunaan santan kelapa masih terbaik pada sesetangah pihak berbanding dengan santan kelapa sawit yang masih sukar diperolehi dengan harga pasaran yang berlainan. Kepada semua inovasi kajian santan kelapa sawit adalah disanjung untuk masa akan datang. Harga runcit santan kelapa segar dipasar sekitar RM6.00 sekilogram sementara hargaa bagi santan kelapa sawit sekitar RM8.00 sekilogram. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SANTAN SAWIT ... SANTAN KELAPA...
BERLAINAN BUAH... SAMA NAMANYA...
GUNA SANTAN... ENAK MAKANANNYA...
BACA ARTIKEL... HATI PUN GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(18 RabiulAwal 1442H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...