Support My Blog

Monday, November 23, 2020

KULTUR TISU - HASILKAN BENIH KELADI

TANAMAN KELADI
(Colocasia esculenta L.) merupakan sejenis tanaman kontan yang tumbuh liar di Malaysia dan beberapa negara asia (Indonesia, Thailand dan Filipina) serta kepulauan Asia Pasifik. Ubi keladi atau juga di panggil 'Taro' atau 'Yam' mengandungi sumber karbohidrat yang tinggi di samping protein, lemak, mineral dan vitamin. Harga pasaran ubi keladi adalah tinggi berbanding umbisi lain iaitu sekitar RM5.00 - RM8.00/kg. Saya ada menulis mengenai tanaman keladi dalam blog ini lebih daripada 40 artikel yang boleh dibaca dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Keladi boleh digunakan secara segar (sebagai sayuran) ataupun diproses sebagai perisa makanan, kerepek dan filem pembungkus makanan yang boleh dimakan sebelum dijual ke pasaran. Keseluruhan bahagian keladi daripada bahagian ubi, batang dan daun boleh digunakan untuk dimakan atau dibuat produk. Statistik menunjukkan pada tahun 2018 seluas 812 hektar keladi di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 4,643 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Kawasan penanaman utama keladi di Malaysia ialah Johor, Selangor dan Perak. Secara umumnya terdapat peningkatan luas kawasan penanaman keladi dari tahun ke tahun terutama ketika PKP akibat dari pandemik covid19. Langkah proaktif perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bahan tanaman yang kebiasaannya diperoleh melalui sulur ataupun anak yang keluar daripada sisi induk keladi matang. Mmendapatkan benih keladi antara persoalan yang penulis blog selalu terima dari seluruh negara. Memang benih keladi agak sukar diperolehi dengan jumlah besar dan varieti tertentu sukar diperolehi. Teknologi pengeluaran benih dengan cara Kultur tisu tanaman adalah salah satu kaedah menghasilkan anak pokok yang lengkap telah dibuat penyelidikan oleh MARDI. Penulis blog menulis semua laporan kajian dilakukan MARDI daripada info e-bulletin didalam blog "Anim Agro Tehnology" sekadar memberikan maklumat ini kepada kepada jutaan pembaca blog ini sebagai bahan rujukan dan bacaan semua.

Secara tradsinya benih keladi diperolehi daripada anak yang dihasilkan apabila pokok matang. Ada juga jenis keladi yang benihnya ditanam daripada umbisinya itu sendiri. Antara varieti keladi yang ppular di tanam di Malaysia adalah Keladi Cina, Keladi Minyak, Keladi Mawar, Keladi Putih dan sebagainya. Benih keladi memang sukar diperolehi secara pukal kerana kurangnya penanaman keladi secara meluas komersil. Kebanyakan keladi ditanam pekebun kecil ditanah gembur atau diatas tanah gambut. Bagaimana pun dilaporkan MARDI telah membuat kajian menggunakan teknologi kultur Tisu (Tissue Culture - TC) didalam usaha memperbanyakan pengeluaran benih keladi. Kaedah ini 
bermula dengan mana sebahagian kecil tisu tumbuhan seperti hujung pucuk, tunas ketiak, meristem atau bahagian tumbuhan yang aktif akan membahagi. Bahagian tisu tumbuhan atau dipanggil eksplan perlu dikultur ke dalam medium tertentu yang terkandung di dalam botol kultur secara steril untuk tumbesaran. Melalui penyelidikan kultur tisu keladi, pengeluaran anak benih klon berskala besar dapat dilakukan mengikut jenis keladi yang diperlukan dalam masa yang singkat berbanding dengan kaedah konvensional. Selain itu dilaporkan kultur tisu dapat menghasilkan anak benih yang bebas penyakit, seragam tumbesarannya dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Kadar pengeluaran anak benih kultur tisu adalah lebih tinggi dan cepat berbanding dengan kaedah konvensional melalui sulur. Pengeluaran benih keladi melalui kaedah kultur tisu dapat memudah dan mempercekapkan pengurusan dan perancangan di ladang. Selain itu, bahan tanaman kultur tisu juga memudahkan proses pengangkutan. 

Kaedah kultur tisu adalah melibatkan penggunaan kemudahan makmal khusus yang memerlukan ruang kerja yang bersih dan bebas kuman, peralatan dan bahan kimia yang tertentu serta tapak semaian bagi proses aklimatisasi bahan tanaman. Proses pengeluaran Proses pengeluaran benih keladi melalui kaedah kultur tisu ditunjukkan dengan ringkas seperti dalam Carta alir 1. Medium kultur Medium membekalkan segala keperluan nutrien dan zat makanan, hormon dan bahan-bahan lain yang mempengaruhi tumbesaran tanaman. Medium yang digunakan ialah medium Murashige dan Skoog (MS) (1962). Kandungan nutrien medium MS adalah perlu mengikuti piawaian. Penyediaan eksplan keladi Untuk menyediakan kultur pemula keladi, bahagian umbisi dipilih sebagai eksplan. Umbisi perlu dibersihkan daripada kotoran tanah sebelum dibawa ke makmal untuk diproses. Terdapat empat jenis keladi yang dikultur menggunakan protokol kultur tisu iaitu keladi putih, keladi mawar, keladi wangi dan keladi minyak. Aktiviti p
engkulturan dan penghasilan kultur pemula dengan melalukan pensterilan permukaan eksplan perlu dilakukan sebelum pengkulturan. Ubi keladi dipotong kecil hingga meninggalkan bahagian hujung pucuk berukuran 4-5 cm dan tapak berukuran 2.5 cm yang mempunyai lebih kurang 5-6 kelopak daun. Eksplan diberus bersama Teepol dan dibasuh dengan Dettol selama satu minit dan dibilas bersih dengan menggunakan air suling sebanyak tiga kali sebelum dipotong dengan saiz 2.5-3.5 cm dengan diameter tapak berukuran 1 cm (3-4 kelopak daun). Eksplan tadi dibiarkan di bawah aliran air paip selama satu jam dan dibawa masuk ke dalam kabinet aliran udara laminar yang steril. Eksplan direndam dalam larutan streptomisin 0.3 g/100 mL selama 30 minit lalu dibilas sebanyak tiga kali menggunakan air suling. Seterusnya, eksplan direndam dalam larutan Clorox® 50%, ditambah tiga titisan Tween 20 dan dikacau selama 15 minit lalu dibilas menggunakan air suling sebanyak tiga kali (Gambar 3). Beberapa helai pangkal daun dan tapak dirapikan (trim) dan dipotong sehingga bersaiz 0.4-0.6 cm. 

Eksplan direndam ke dalam etanol 70% selama 30 saat dan dibilas menggunakan air suling sebanyak tiga kali. Seterusnya, eksplan direndam di dalam bikar berisi Clorox® 10%, ditambah tiga titisan Tween 20 selama lima minit dan dikacau serta dibilas dengan air suling sebanyak empat kali hingga bersih. Eksplan tadi kemudiannya dikultur ke dalam medium Murashige dan Skoog tanpa hormon dan diinkubasi di rak kultur menggunakan lampu LED (16 jam cahaya, lapan jam gelap) di dalam bilik tumbesaran kultur bersuhu 25 ± 1 °C (Silal lihat foto disebelah). Selepas empat minggu di dalam kultur, ia perlu dipindahkan ke dalam medium mengandungi sitokinin (BAP/TDZ) bagi tujuan penggandaan pucuk. 
Penggandaan pucuk (multiplikasi) dan subkultur Pengawal atur tumbesaran tumbuhan sitokinin seperti 6-Benzylaminopurine (BAP) dan Thidiazuron (TDZ) perlu ditambah ke dalam medium kultur untuk menggalakkan pembentukan dan penggandaan pucuk berlaku. Bagi keladi, penambahan BAP berkepekatan 2 mg/L adalah yang optimum untuk menggandakan pucuk keladi. Hormon TDZ yang berkepekatan 0.5 mg/L juga boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang sama dengan 2 mg/L BAP. Namun, penggunaannya tidak digalakkan untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya variasi somaklonal. Subkultur adalah proses pemindahan tunas pucuk atau plantlet yang baru terhasil daripada medium yang lama ke medium penggandaan baru untuk mengelakkan kekurangan nutrien yang dapat menjejaskan pertumbuhannya. Subkultur perlu dilakukan dalam keadaan yang steril di bawah kebuk laminar. Subkultur dilakukan dengan memotong dan membelah plantlet bagi mengecilkan saiznya dan membuang sel-sel mati pada plantlet tersebut. Kekerapan proses disubkultur disyorkan 1 – 3 bulan sekali mengikut keperluan. Pengakaran Kultur yang ingin dikeluarkan daripada botol kultur perlu lengkap mempunyai akar dan daun supaya plantlet tidak mati. Medium MS tanpa hormon boleh digunakan sebagai medium pengakaran kerana plantlet menghasilkan bilangan akar, panjang akar dan tinggi plantlet yang sesuai dan mencukupi. Pemilihan medium tanpa hormon ini juga dapat kurangkan kos pengeluaran anak benih. Plantlet yang saiz lebih daripada 2-3 cm sesuai untuk dikultur ke dalam medium pengakaran. Proses pengakaran mengambil masa enam minggu sebelum dikeluarkan untuk proses aklimatisasi. Aklimatisasi plantlet di nurseri Aklimatisasi merupakan proses penyesuaian anak pokok kultur tisu dengan persekitaran luar sebelum ditanam di ladang. Aklimatisasi dapat mengurangkan peratusan anak keladi mati di ladang kerana cuaca yang terlalu ekstrim.

Plantlet yang lengkap mempunyai akar dan pucuk yang sihat bersaiz 10-15 cm dikeluarkan daripada botol kultur dan dibasuh dengan berhati-hati dengan menggunakan air paip bagi membuang medium kultur yang melekat pada akar (Sila lihat foto disebelah)
Anak benih keladi berumur enam minggu dan bersaiz 10-15 cm dikeluarkan daripada bekas kultur dan dibersihkan menggunakan air paip sebelum dibawa ke nurseri penanaman untuk diaklimatisasikan . Bagi anak benih keladi, akarnya mudah tumbuh dengan sendirinya tanpa memerlukan hormon pengakaran tambahan. Oleh itu, selepas membasuh, anak benih perlu dipindahkan terus ke dalam tray semaian bersaiz 28 cm x 28 cm yang mengandungi tanah gambut sahaja atau campuran gambut dan perlit (1:1). Tray semaian yang mengandungi anak benih ini dimasukkan ke dalam bekas takungan air bagi tujuan melembapkan tanah semaian. Air dimasukkan setinggi 1 cm di dalam bekas takungan dan boleh bertahan selama seminggu tanpa memerlukan siraman tambahan. Pada dua minggu semaian kemudian anak benih disungkupi dengan plastik lut sinar bagi mengekalkan kelembapan persekitaran dan mengelakkan medium daripada kekeringan. Kekerapan siraman adalah mengikut keadaan cuaca semasa.

Pemindahan anak benih kultur ke ladang sebaiknya boleh dilakukan selepas enam minggu anak pokok diaklimatisasikan di nurseri (Sila lihat foto disebelah). Benih ini sudah sedia dipindahkan ke ladang dengan saiz benih yang sesuai. Lubang tanaman di atas batas perlu digali terlebih dahulu sedalam 5-7 cm bergantung kepada saiz anak pokok keladi. Semasa menanam sebaiknya mengelakkan memadatkan tanah di sekeliling akar anak pokok keladi. Kajian mendapati dimana kadar kematian anak benih kultur tisu yang ditanam di ladang adalah sebanyak 0-20% bergantung kepada cuaca dan musim semasa penanaman. Baja NPK 15:15:15 pada kadar 135 kg/ha diberikan selepas seminggu penanaman. Pembajaan kali kedua diberikan pada usia pokok dua bulan dengan kadar 270 kg/ha kawasan. Pada usia pokok empat bulan, baja NPK 12:12:17:2 boleh diberikan pada kadar yang sama bagi menggalakkan pertumbuhan ubi. Sekiranya pertumbuhan masih tidak menggalakkan, penambahan baja perlu dilakukan. Foto paling bawah menunjukkan penanaman keladi (2-9 bulan) di ladang menggunakan benih kultur tisu. asil tuaian Purata berat hasil ubian keladi berumur tujuh bulan adalah lebih kurang 600 g (purata) manakala pada umur sembilan bulan beratnya meningkat kepada 1,044 g (purata). Hasil kajian ini dimana kaedah p
embiakan keladi secara kultur tisu merupakan kaedah alternatif terbaik yang dapat untuk pengusaha menggandakan tanaman dalam masa yang singkat, sama seperti induk, bebas daripada penyakit dan perosak. Keadah kultur tisu juga dapat menggantikan teknik konvensional yang sering digunakan oleh petani iaitu melalui pembiakan tampang menggunakan sulur. Tanaman keladi amat terdedah kepada bahaya penyakit virus. Oleh itu, kawalan penyakit sejak dari awal penanaman adalah penting yang merangkumi pemilihan anak benih keladi yang bersih dan bebas daripada sebarang penyakit. Pembesaran anak benih kultur tisu keladi yang seragam dapat memudahkan pengurusan tanaman di ladang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
BENIH KELADI... SUKAR BELINYA...
PERLUKAN BANYAK...BAGAIMANA...
CARA KULTUR TISU... SUDAH DICUBA...
APA LAGI... SUDAH PERLU DILAKSANA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 RabiulAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...