Support My Blog

Saturday, March 5, 2022

TIKUS DAN KELAPA SAWIT

TIKUS
(Rat) merupakan salah satu haiwan perosak bagi tanaman kelapa sawit dimana jika tidak dikawal akan merugikan dimana tanaman akan dirosakkan. Lazimnya di kebun sawit di Malaysia terdapat 3 spesis tikus yang boleh didapati iaitu Tikus Belukar (Rattus tiomanicus), Tikus Rumah (Rattus rattus diardii) dan Tikus Sawah (Rattus argentiventer). Tikus belukar lazimnya mempunyai habitat di hutan belukar dan tinggal dibawah timbunan pelepah sawit dan boleh memanjat pokok sawit dengan pantas. Jenis tikus rumah pula asalnya tinggal dalam rumah tetapi kini banyak dijumpai dikawasan sawit dan selalu memakan buah sawit yang telah relai diatas tanah dan kurang menyerang tandan diatas pokok. Jenis tikus sawah pula memang lazimnya berada disawah padi dan kini sering tinggal di kawasan sawit berumue 1 - 10 tahun. Tikus sawah suka menggali lubang di bawah batang kayu dan himpunan pelepah sawit serta disekeliling tunggul kayu dimana tanahnya lembut. Populasi tikus dalam ladang sawit dilaporkan boleh meningkat daripada 60 ekor kepada 300 ekor sehektar dalam masa singkat iaitu kurang 6 bulan sekiranya tidak dibuat kawalan. Penulis blog yang pernah menjalani latihan industri di Pamol Estate, Kluang, Johor dulu diberitahu dimana serangan tikus boleh mengakibatkan pengurangan hasil BTS (Buah Tandan Segar) sekitar 5 - 15%. Dua keadaan berlainan serangan tikus berlaku di pokok muda di nurseri dan pokok matang dimana buah matang atau buah muda dimakan sehingga rosak. Buah sawit yang dimakan adalah semua bahagian mesokarp sehingga ke bahagian isirongnya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan info mengenai kelapa sawit dan tikus untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Pengusaha tanaman sawit perlu sering memeriksa sama ada adalah kebun sawitnya ada serangan tikus. Sebaiknya pekebun atau pengurus perlu sering mereka menjalankan rondaan untuk memeriksa keadaan status serangan perosak dan penyakit termasuk serangan tikus. Tanda serangan apabila dilihat buah dimakan dan berterabur kesan buah yang katuh diatas tanah (Sila lihat foto disebelah). Ada kala akan dijumpai keadaan dimana ada pokok sawit yang telah dirosakkan seperti ditakik-takikkan. Paling jelas dilihat ada tanda gigitan dan kerosakan segar pada buah sawit sama ada pada tandan sawit belum masak atau tandan sawit telah masak. Ramai kena faham perbezaan antara tanda serangan tikus dengan serangan oleh tupai. Ini kerana tupai hanya memakan bahagian mesokarp sahaja dan tidak sampai kepada bahaian isirong. Buah sawit yang diserang tikus ini tentunya akan tidak berkualiti dengan beratnya yang sangat berkurangan jika ia berbanding dengan tandan yang tidak diserang. Mungkin mula-mula hanya diserang untuk satu tandan sahaja tetapi apabila populasi tius bertambah banyak maka akan ada banyak tandan buah yang diserang. Perlu diingat dimana apabila ia sudah selesa dimana ada makanan dan tempat tinggal selesa maka tikus akan membiak dengan cepat dan perlu dikawal.

Mungkin kalangan pekebun sawit hanya masuk ladang pada siang hari sahaja dan tidak melihat seekor pun tikus sepanjang pemeriksaan dijalankan. Ini kerana tikus adalah haiwan nokturnal iaitu sejenis haiwan yang aktif diwaktu malam juga. Pada siang hari tikus pun datang merosakan buah sawit diatas pokok. Kalangan saintis mendapatu dan melihat dimana bagaimana tikus buat kerja pada waktu malam dalam kajian mereka. Kemudian mereka akan mengkaji apakah yang pekebun perlu lakukan untuk kurangkan tikus kerana ada banyak cara cara untuk membendung kerosakan tikus. Antaranya ialah dengan mengurangkan populasi tikus seperti meletakkan racun tikus yang ada banyak jenama di pasaran dilokasi strategik dan juga terkini dengan kaedah kawalah mesra alam adalah dengan memasang Rumah Burung Hantu dikawasan kebun. Pekebun juga boleh menghancurkan sarang atau tempat tinggal dia. Biasanya tikus suka tinggal di tempat yang semak dan kebun yang kurang penjagaan. Cara untuk elak dia buat rumah dalam kebun seperti dengan meracun rumput supaya keadaan semak dielakkan, menyusun pelepah dengan kemas, membuang tempat paku pakis atau semak dalam kebun sawit dan juga membuat cantasan (pruning) pokok sawit dengan kemas kerana haiwan tikus pun suka tinggal di atas pokok sawit. Mengenai bagaimana cara d
an waktu tikus merosakkan tanaman sawit boleh diketahui. Biasanya tikus merupakan antara perosak utama bagi kelapa sawit dan tanaman-tanaman makanan yang lain. Kerana itu untuk membasmi perosak tikus kita kena kenali perangai dan perkara perkara yang disukai tikus.

Teknik 
kawalan populasi tikus dalam kebun sawit pertama sekali adalah aktiviti pemeriksaan yang kerap kerana pekerja yang memotong pelepah sawit atau pekerja yang menuai tandan sawit idak kisah perkera tersebut. Antara perkara penting perlu diketahui dimana tikus suka tempat yang semak dan kotor. Lazimnya kalau pekebuna pergi kedai makan atau gerai selalu dilihat ada tikus di kawasan lorong belakang dan longkang. Ini kerana antara ciri-ciri habitat sesuai tikus adalah dia suka tempat gelap (sebab tikus adalah haiwan nokturnal iaitu aktif di waktu malam) dan juga ditempat semak dan kotor. Oleh itu cara penyelesaian disyorkan dikebun sawit adalah seperti meracun kawasan kebun supaya tidak semak, membuang sungkupan yang berlebihan. Pekebun sawit juga perlu mempastikan stor kebun adalah bersih dan bebas tikus. Cara mudah adalah dengan menggunakan racun tikus jika memerlukannya. Oleh kerana tikus aktif pada waktu malam (haiwan nokturnal) maka memang tikus mencari makanan dan tempat tinggal pada waktu malam. Dlam pada itu juga tempat yang semak berteduh dan gelap juga merupakan tempat dia tinggal. Perlu diketahui dimana permakanan tikus biasanya terbahagi kepada 3 jenis iaitu ia memakan buah sawit, Larva atau Ulat serangga dan juga memakan benih bijirin tanaman. Pastinya adalah dimana tikus merosakkan proses dalam pendebungaan buah sawit. Ini akan berlaku kerana diantara punca buah sawit masak separuh atau busuk atas adalah 'Pendebungaan Tidak Sempurna' disebabkan gangguan oleh tikus. Dikebun sawit dimana agen pendebungaan yang aktif adalah sejenis kumbang yang dikenali sebagai Kumbang atay Weevil (Elaidobius kamerunicus) yang membawa pollen dari bunga jantan kepada bunga betina. Anda boleh baja artikel saya disini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Memang tanpa kumbang berfaedah ini memang bunga betina sawit tadak akan jadi buah. Kerosakan akibat kehadiran tikus dipokok sawit dan ianya tidak ditangani dan dibiarkan maka kesannya populasi weevil ini akan hilang dan hasil sawit juga akan rosak. Sebaiknya pengurusan mengawal tikus dilakukan apabila serangan berlaku dan amalan agronomi awal perlu dilakukan sebelum kehadiran tokus dikebun anda. Wasallam!!
MENANAM SAWIT.. SATU USAHA...
SERANGAN TIKUS... DILIHAT JUGA...
PERIKSA KEBUN...PERLU SENTIASA...
TEKNIK KAWALAN... PELBAGAI CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana Off Jalan Istana,
Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(1 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...