Support My Blog

Sunday, March 6, 2022

POKOK BEMBAN - KENALI DIA?

POKOK BEMBAN
(Donax grandis) merupakan sejenis lagi  tumbuhan dari keluarga Marantaceae berumpun yang apabila dilihat nampak seperti pokok buluh yang tumbuh di Malaysia. Marfologi tumbuhan ini adalah dimana daunnya berbentuk oval dengan mempunyai urat selari berada di di hujung batang dan berwarna hijau. Ia sering tumbuh dikawasan belukar yang ada kelembapan sesuai dengan berumpun. Walau pun tumbuhan ini tidak dianggap sebagai tanaman makanan untuk dikomersilkan akan tetapi keberadaan tumbuhan ini selalu dimanafaatkan oleh penduduk kampong. Sekali pandang dimana pokok bemban ini merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh tetqapi tidak mempunyai ruas. Daunnya yang agak besar dan berbentuk oval itu mempunyai permukaan yang cantik berkilat. Ciri batangnya tinggi dengan daunnya terletak di bahagian hujung batang. Bunganya berwarna putih dan menghasilkan bau yang wangi yang tidak kuat. Buahnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Bemban mudah membiak melalui anak yang terhasil dari rumpunnya. ia boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun. Ini kerana bergantung kepada lokaliti dimana kegunaan bahagian daun seringkali ia diguna untuk membalut beras dan kemudian akan dimasak dalam buluh seakan lapisan untuk membuat lemang. Biasanya daun bemban ini akan digulung juga untuk ianya dijadikan serunai dimana apabila ditiup akan didengar menghasilkan bunyi yang  merdu. Banyak laporan dan juga testimoni dimana antara kegunaan penting dari pokok benban ini dimana air ramasan daun akan digunakan sebagai ubat mata yang berkesan. Didakwa dimana dengan melayur daun bemban dan kemudianditekap pada bisul akan merawatnya. Dalam pada itu batang pokok bemban ini boleh juga di keringlan dan kemudian ia di\gunakan sebagai joran untuk memancing ikan. Penulis blog pernah menggunakan batang pokok bemban ni semasa remaja dahulu untuk dijadikan joran memancing juga. Paling unik adalah dimana kehebatan kulit batang bemban yang dikupas dan kemudian dijadikan bahan anyaman untuk dijadikan tali, tikar, atap dan juga raga (jut) untuk memasak ubikayu talempong yang tahan lasak. K
ulit batangnya yang telah dibelah nipis digunakan untuk menjahit atap rumbia. selain daripada itu ia juga boleh dianyam untuk dijadikan bakul. Perkataan bemban itu sendiri memberi maksud 'perangkap ikan' sesuai dengan kegunaan batangnya yang boleh dianyam dan digunakan untuk menangkap ikan. Daunnya boleh digulungkan dijadikan serunai dan boleh menghasilkan bunyi yang merdu dan menjadi permainan kanak-kanak kampung serta batangnya juga boleh dijadikan senapang mainan. Artikel subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan mengenai info apakan dia pokok bemban dan kepentingannya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam beberapa testimoni yang penulis blog semak dilaporkan dimana pokok bemban juga mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri. Jus yang diperah dari tumbuhan ini sesuai untuk digunakan sebagai ubat titis mata untuk merawat sakit mata. Teknik perubatan ini digunakan terutamanya oleh masyarakat Orang Asli di Semenanjung dan juga kalangan masyarakat Kadazan Dusun di Sabah. Air bemban ini perlu dititiskan pada mata yang sakit sebanyak tiga kali sehari. Dalam pada itu kelebihan pokok bemban juga merupakan habitat utama bagi kelip-kelip (atau juga dipanggil kunang-kunang). Kelip-kelip ini mengeluarkan cahaya berkelip-kelip dari badannya diwaktu malam (atau gelap) sebagai satu serangga unik didunia. okok bemban jug dilaporkan amat sesuai untuk dijadikan tumbuhan hiasan atau tanaman landskap yang memaparkan ciri-ciri tropika. Pokok 
Bemban ini ada dua jenis di kenalpasti di Malaysia iaitu Bemban Batu (Donax grandis) dan juga Bemban Air (Donax arundastrum) dimana ada perbezaan diantara keduanya. Kalangan masyarakat tempatan pula ada yang memanggilnya sebagai Bemban Air, Bemban Kicap, Bemban Paya, Bemban Batu, Bemban Darat, Bemban Bukit dan sebagainya mengikut lokaliti. Habitat Bemban merupakan tumbuhan liar yang terdapat di hutan seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Biasanya jenis Bemban Air akan tumbuh di kawasan hutan berpaya atau air tawar sementara bagi jenis Bemban Batu akan tumbuh di tanah kering berpasir. Jenis Bemban Air mempunyai daun yang kecil serta batang yang lembut serta ia juga mudah dibengkokkan. Manakala Bemban Batu pula selalunya penulis blog dapati ia akan mempunyai daun yang lebar serta batang yang keras serta memang susah dibengkokkan. Pokok Bemban merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh (Sila lihat foto disebelah). Daunnya yang agak besar dan berbentuk oval mempunyai permukaan yang cantik dan berkilat. Batangnya tinggi dengan daunya terletak di hujung batang. Bemban air berwarna hijau tua sementara bemban batu berwarna hijau tua kehitaman.

Dalam beberapa laporan lain dinyatakan dimana kegunaan paling selalu berkaitan dengan batang bemban (stem) adalah ia dijadikan tupas atau bidai. Bahagian akar Bemban pula selalu akan ditumbuk untuk mendapatkan jusnya dan ia digunakan untuk mengubati kurap, dititiskan ke dalam mata sebagai ubat sakit mata. Teknik perubatan ini digunakan oleh kalangan penduduk kampong. Dalam pada itu memang air rebusan bemban akan diminum sebagai penawar racun ular dan darah beracun. Dalam pada itu dilaporkan juga dimana bagi batang bemban muda boleh ditumbuk lumat bersama halia dan kayu manis ditelan dengan air untuk diminum dimana ia dipercayai akan mengatasi masalah angin dalam perut dan usus. Uniknya lagi dimana bagaian daun dan pucuk bemban digunakan dalam merawat sakit mata dan didakwa akan mengurangkan demam panas. Memang sudah maklum dimana kulit batang Bemban Air yang dibelah nipis digunakan untuk mencucuk atap rumbia. Sementara itu bagi bemban air sangat sesuai sebagai bahan asas membuat anyaman seperti bakul yang kuat (Sila lihat foto disebelah). Melihat marfologi pokok bemban dimana b
atangnya tinggi dengan daunnya terletak di bahagian hujung batang. Bunganya berwarna putih dan menghasilkan bau wangi yang tidak kuat. Buahnya yang berbentuk bulat dan bersaiz kecil dan lazimnya pokok bemban mudah membiak melalui anak yang terhasil dari rumpunnya. Ia boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun. Perkataan 'bemban' itu sendiri memberi maksud perangkap ikan sesuai dengan kegunaan batangnya yang boleh dianyam dan digunakan untuk menangkap ikan.

Dalam satu laporan kajian oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang bertajuk '
Bemban Sumber Bio Baharu Dalam Perhutanan Tani' memang wajar dikongsikan. Pokok Bemban memang dilaporkan adalah nama yang amat dikenali oleh ramai orang kampung terutamanya generasi lama yang lahir di sekitar tahun 1960an atau sebelum itu. Secara tradisi dimana bemban digunakan oleh orang kampung untuk menjahit atap rumbia yang kemudiannya dijadikan sebagai atap atau dinding rumah atau tali pengikat (Sila lihat foto disebelah). Masa dulu pun penulis blog pernah mencari bahan kulit bemban untuk memasang atap rumah di Muar, Johor sebelum atap rumbia di tukar kepada atap zink. Dalam kenyataan lain dimana bemban ini telah lama digunakan sebagai bahan asli kraf tangan unik seperti raga, bakul, tikar, tabir, dan sebagainya. Lapisan epidermis batang bemban yang cantik, licin, kilat, dan berlilin menjadikan bemban memiliki ciri-ciri estetika bagi tujuan hiasan dan kemasan permukaan. Ia juga mempunyai ciri-ciri ketahanan dan rintangan cuaca yang agak baik. UMK telah merintis pengetahuan baru dalam pembiakan dan kaedah penggunaan spesies bemban sebagai tumbuhan tidak berkayu untuk dijadikan sebagai sumber bahan bio baharu di Malaysia terutamanya dalam sektor pembinaan dan industri kraftangan. Potensi perhutanan tani spesies bemban dimana ada dua daripada spesies utama bemban iaitu Bemban batu (Donax grandis) dan Bemban air (Donax canniformis). Kedua-duanya boleh didapati di kawasan lembangan sungai akan  tetapi bemban batu tumbuh di habitat yang lebih kering di atas garis kelompok pertumbuhan bemban air. Epidermis bemban batu lebih keras sedikit daripada epidermis bemban air dan sesuai dijadikan bahan parket manakala bemban air yang lebih lembut lebih sesuai dijadikan bahan kraf tangan. Apa pun didakwa jenis pokok bemban mempunyai potensi aktiviti huluan dalam konteks pembangunan perhutanan tani di Malaysia malahan di rantau Asia Pasifik. Konsep perhutanan tani ini dapat dikembangkan di mana proses 'domestication' boleh dilakukan ke atas spesies bemban. Bagaimanapun kin dilaporkan dimana proses ini memerlukan penyelidikan dan pembangunan selanjutnya terutamanya dalam pembiakan dan pengurusan tanaman. Pihak UMK didakwa telah menemui beberapa fakta tentang spesies bemban. Anak benih yang dirawat dengan hormon tumbuh dengan sedikit lebih baik daripada anak benih yang tidak dirawat dengan hormon. Bagaimanapun, bemban dikategorikan sebagai spesies lambat membesar dan biomass yang diperolehi daripada sebatang pokok bemban adalah kecil.

Potensi Tambah Nilai Dari Bemban dijalankan melalui penyelidikan dan pembangunan produk selanjutnya dimana bemban mampu mewujudkan lebih banyak produk tambah nilai yang boleh mencipta peluang keusahawanan. Salah satu inovasi yang telah dijalankan di Universiti Malaysia Kelantan ialah ciptaan produk parket bio-komposit yang diberi nama Donaca®. Ia adalah sejenis bahan parket yang diperbuat daripada kombinasi kulit buah salak (Salacca zalacca), bahan plastik, dan kulit pokok bemban (Donax grandis) serta isi dari buluh (Bambusa spp). Ia adalah bahan binaan dalaman ringan yang berpotensi sebagai produk kemasan permukaan seperti parket lantai atau dinding. Penggunaan produk ini mampu didalam mengurangkan pergantungan sektor pembinaan kepada bahan-bahan berasaskan kayu, terutamanya bagi kemasan dalam bangunan. Didakwa hasil penciptaan produk baru ini tepat pada masanya kerana industri pembinaan di Malaysia sentiasa mencari-cari bahan binaan bukan kayu untuk digunakan sebagai produk kemasan permukaan bagi menggantikan sumber kayu kayan yang memang semakin berkurangan. Parket bemban ini yang kebanyakannya juga diperbuat daripada kayu adalah salah satu jenis produk kemasan permukaan yang telah lama berada di pasaran dan diterima oleh pengguna. Produk kemasan permukaan yang lain diperbuat daripada bahan bukan kayu seperti buluh dan rotan. Produk kemasan permukaan yang diperbuat daripada bemban masih belum terdapat di pasaran. Proses industri ini seterusnya dapat menghasilkan ciptaan automasi didalam perindustrian dalam proses pengeluaran Donaca® secara besar-besaran. Jika dimajukan dengan betul maka ia mampu membuka pintu kepada pembangunan bio-ekonomi Malaysia melalui aktiviti-aktiviti pembuatan berasaskan sumber semula jadi daripada bemban. Produk baru ini mempunyai potensi mewujudkan pembangunan komuniti. Dari sudut alam sekitar juga dengan pembangunan bahan ini mampu membantu negara dalam menggunakan kekayaan sumber tropika yang terdapat di dalam hutan Malaysia bagi pengitaran dan penggunaan semula bahan bio. Pokok bemban belum pernah menjalani proses domestication di mana ia ditanam di kebun dengan persekitaran baru yang agak berbeza dari habitat asal. Kuantiti biomass per pokok yang kecil merupakan cabaran utama dalam memfaedah guna bemban terutamanya bagi aktiviti hiliran. Pulangan yang kecil seunit kawasan mungkin tidak menarik minat petani untuk menanam bemban di kebun mereka. Walau bagaimanapun jika dibuat penyelidikan lanjut diharapkan mampu mencari jalan bagi menghasilkan dan juga pengeluaran ladang bemban secara besar-besaran di Malaysia. Keupayaan bemban untuk tumbuh dengan lebih baik dan menghasilkan biomass yang lebih tinggi perlu menjadi agenda penyelidikan di masa hadapan. Seterusnya, potensi penggunaan bemban dalam industri pembuatan perlu dimajukan dengan lebih giat untuk menjadikannya sebagai industri baru yang berdayasaing. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
POKOK BEMBAN... UNIK GUNANYA...
BEMBAN AIR... BEMBAN BATU ADA...
DALAM PERUBATAN...PELBAGAI GUNA...
KRAFTANGAN... BERMACAM HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Rejab 1443H).
Posted from:
Suites 2-12, Meru Valley Golf Resorts,
Jalan Bukit Meru, Ipoh, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...