Malaysia masih mempunyai Peluang (Opportunity) yang baik dalam usaha meningkatkan tahap pengetahuan dan pemindahan teknologi dikalangan para pengeluar pertanian bagi meningkatkan pendapatan mereka. Beberapa komoditi baru seperti tanaman pokok figs, sacha inci, guarana, ketum, melon, herba terpilih dan banyak lagi masih belum ada banyak maklumat dan sokongan untuk memajukannya . Dalam tinjauan penulis blog kebeberapa kebun tanaman sacha inci di Perak mendapati tanaman ini memang mempunyai potensi besar untuk ianya dikembangkan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun dalam mencari bahan rujukan teknikal mengenai tanaman sacha inci penulis blog belum jumpa kajian dan penerbitan dari mana-mana IPT tempatan. Walau pun tanaman ini baru tetapi ia dilihat mempunyai potensi besar dimajukan sama juga dengan tanaman figs. Apa pun dilihat sektor pertanian masih penting dan ia berperanan membantu negara menangani isu sekuriti makanan. Sejak lama dimana ramai graduan pertanian kebanyakannya akan berminat bekerja dengan kerajaan atau swasta dan agak kurang dilahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri menjadi usahawan pertanian. Hanya sebahagian kecil sahaja usahawan pertanian yang berkeluusan tinggi dilaporkan dimana kaedah pembelajaran sesuai perlu diadakan dengan lebih kearah menjadi usahawan. IPT dan swasta yang ada di malaysia sebaiknya mampu untuk mengatasi isu globalisasi dan perdagangan bebas dan mampu untuk membangunkan teknologi yang dapat membantu penghasilan produk yang berasaskan pertanian. Malaysia sebaiknya mampu untuk terus menerajui bidang pengajian pertanian dikalangan negara-negara membangun tropika bagi memenuhi keperluan sumber manusia bagi industri berkaitan bidang pertanian. Apa yang perlu difikirkan adalah bagaimana cara dapat melakukan peningkatan pendapatan pengusaha pertanian dimana ini seterusnya memepengaruhi peningkatan kesedaran manusia terhadap kualiti makanan. Memang semua faham dimana sektor pertanian dapat menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara.
Halatuju pendidikan pertanian di Malaysia juga mempunyai ancaman (Threats) tersendiri untuk dibincangkan. Pertama sekali sering dilaporkan berlaku ancaman Perubahan iklim global yang banyak memberi impak kepada aktiviti pengeluaran hasil pertanian. Kejadian banjir besar pada beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan berlaku kerosakkan teruk sektor tanaman makanan dimana kawasan tanaman padi dan sayuran tenggelam. Peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Inderapura, Kuantan, Pahang semasa penulis blog membuat tinjauan dilihat terpaksa menuai hasil timun disebabkan banjir memang amat menyedihkan peserta (Sila lihat foto disebelah). Dari segi pendidikan pertanian dilaporkan dimana program pengajian pertanian kurang mendapat sambutan dari kalangan pelajar cemerlang kerana mereka memilih bidang lain yang dianggap lebih 'glamour'. Masih berlau kes persaingan daripada IPT serantau yang menawarkan pengajian pertanian di peringkat siswazah dalam bidang yang namanya hampir sama. Ramai kalangan generasi baru masih mempunyai persepsi dimana sektor pertanian terus dianggap sebagai bidang yang kurang berprestij. Didakwa dimana kos melepas sektor pertanian adalah tinggi dibandingkan sektor-sektor ekonomi lain dan ini memang menjjejaskan minat usahawan baru. DIdakma di Malaysia masih berlaku kekurangan generasi pelapis dalam bidang pertanian dimana generasi muda lebih suka membawa motorsikal dengan Grabfood, Pandafood atau rela menjadi pemandu grab daripada bekerja dalam bidang pertanian. Zaman digital ini dimana prospek IPT untuk memberi aspek perkhidmatan dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran penyelidikan dan perkhidmatan profesional adalah dilihat lebih kukuh. IPT sedia ada sebagai sebuah organisasi pengetahuan dan custodian pendidikan tinggi pertanian sebaiknya mampu untuk menawarkan program pengajian pertanian bagi dapat menangani isu dan cabaran pertanian. Pakar-pakar pertanian luarnegara yang sesuai dengan pertanian di Malaysia perlu diadakan didalam mendapatkan kepakaran mereka. Sebagai contoh kejayaan Thailand didalam membangunkan industri durian, Indonesia dalam penanaman padi dan bawang dilapor mempunyai kepakaran hebat dalam bidang tersebut.

Memang penting dilihat semula halatuju pendidikan pertanian di Malaysia dengan membuat cadangan terbaik dalam usaha mempertingkatkan peranan IPT yang menawarkan program pertanian. Antara cadangan adalah memberikan suatu pengiktirafan Ijazah pertanian sebagai program profesional dimana petugas pertanian pernah diangkat untuk diiktiraf profesional sebagai 'Agrologist' dengan singkatan 'Agr'. Penulis blog beberapa tahun terlibat didalam menyediakan draf Akta Agrologist bersama UPM dan AIM didalam merealisasikan agenda ini. Namun sehingga artikel ini ditulis pada Mac 2022 masih belum ada apa-apa 'sinar' mengenai perkara ini dapat diperkatakan. Apa pun sebagai langkah awal, Akta Profesion Pertanian perlu digubal oleh badan seperti Institut Pertanian Malaysia (AIM) dimana Ketua Pengarah Pertanian dilantik mengendalikan perkara ini dalam siri perbincangan yang tiada kepastian. Diharap isu ini diteruskan oleh genarasi sektor pertanian akan datang. Isu dimana berlaku tempoh pengajian program pertanian masih lagi tidak seragam dikalangan IPTA sebaiknya perlu untuk ia diseragamkan dengan kredit minimum 120 kredit. Pernah berlkaku ada IPTA yang menawarkan 3 tahun untuk mendapatkan ijazah dimana pihak SPA pernah berbincang dengan jabatan pengguna akan kelemahan graduan 3 tahun berbanding dengan graduan 4 tahun. Penulis blog yang telah bertahun menjadi ahli panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) semasa pengambilan pegawai pertanian Gred G41 melihat perkara ini serius kerana terdapat kualiti yang amat jauh diantara keduanya. Kalangan IPT ini sebaiknya mampu untuk menyeragamkan nama program mengikut kategori atau pengkhususan untuk digunakan oleh semua IPTA yang menawarkan program pertanian. Menarik apabila kalangan pengguna dan swasta tempatan mendakwa dimana ada banyak teknologi pertanian yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah ketinggalan jika dibandingkan dengan teknologi yang diguna pakai oleh industri terkini. Penulis blog yang sudah melulis hampir 7,000 artikel dalam blog ini mendapati ramai pensyarah, penyelidik dan pelajar universiti yang merujuk artukel saya untuk dijadikan bahan pengajaran dan thesis. Memang wajar untuk mewajibkan aktiviti latihan industri (LI) untuk selama satu semester bagi semua program pertanian. Penulis blog dua kali berjaya dalam menjalani Latihan Industri pada tahun 1980 dan 198i iaitu pertama di Pusat Penyelidikan FELDA Sg Tekam dan kedua di Estet Sawit Pamol di Kluang bagi memenuhi program ijazah di UPM. Kedua-dua latihan jangkapanjang ini memang banyak memberikan pengalaman terbaik pelajar dai UPM. Kini masih amat sedikit atau macam tiada program latihan industri sektor pertanian dibuat diluar negara daripada IPT tempatan. Sebaiknya diadalan LI Luar negara dalam aspek teknologi yang negara tersebut pakar komoditi tersebut.
Kerajaan boleh juga mempertingkat bantuan daripada pihak industri dalam pengajaran dan program latihan industri pelajar. Disamping itu dicadangkan agar dibuat kajian berkaitan keperluan tenaga profesional pertanian negara dalam usaha membuat perancangan kemasukan dan penawaran program pertanian sesuai diperingkat IPTA. Pernah dilakukan program Inkubator Usahawan tani bagi graduan pertanian yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan dengan pertanian. Bagaimana pun dilaporkan ada graduan yang berjaya tetapi lebih ramai yang meninggalkannya apabila mendapat tawran makan gaji dalam sektor awam mahu pun sektor swasta. Galakkan latihan industri dilaksanakan di luar negara. Penyelidikan dan Inovasi Mempertingkatkan geran penyelidikan dari sektor swasta untuk membolehkan kajian berbentuk komersial dan mempermudahkan perpindahan teknologi dari IPT kepada industri. Penulis blog dapati beberapa bidang pertanian yang perlu diberikan fokus dalam pendidikan termasuk bidang Biak baka dan Pembenihan, Persekitaran Terkawal, Pertanian Persis, Pengawalan Biologi Penyakit dan Serangga, Bank Agrogen, Pengeluaran Akuakultur Lestari, Mekanisasi dan Automasi, Keselamatan Makanan, Pengurusan sisa, Makanan Ternakan dan Sistem Pertanian Lestari. Keperluan lebih ramai graduan diperingkat undergraduate dan postgraduate dalam bidang diatas perlu disegerakan kerana bidang tersebut masih amat perlu untuk dipertingkatkan. Perlu juga dijalan program dalam usaha memertingkat sinergi diantara IPT dan Institusi Penyelidikan penting seperti MARDI, MPOB, LKM, Agensi Nuklear Malaysia dan juga pihak swasta. Kerjasama yang dilakukan mampu mempercepatkan penghasilan teknologi sesuai dengan iklim dan kesesuaian tanaman tropika di Malaysia. Klinik pertanian perlu diwujudkan melalui MOA yang melibatkan kepakaran dari IPTA untuk tujuan perundingan dan penasihatan. Halatuju pendididkan pertanian adalah suatu perkara yang dinamik dan perlu disesuaikan dengan situasi semasa. Sebaiknya dibuat kajian silibus dan kaedah pengajaran dalam pendidikan pertanian agar sektor ini terus maju di Malaysia dan mampu menghasilan produk untuk kegunaan domestik dan eksport. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SATU PUNCA... PENDIDIKAN DIUTAMA...
SEMUA IPT... IA BESAR PERANANNYA...
PERTANIAN MAJU... ILMU BERGANDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syaaban 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.