Support My Blog

Friday, April 1, 2022

FAKTA SIPUT GONDANG EMAS DI MEDIA

SIPUT GONDANG EMAS
(Pomacea spp.) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan siput yang merosakan tanaman padi di Malaysia. Mendengar namanya sahaja memang indah iaitu Gondang Emas...seolah-olah sesuatu yang berharga dan nilainya tinggi jika di jual dipasaran. Siput ini dipercayai berasal daripada kawasan paya di Argentina dan Brazil di Benua Amerika Selatan merupakan perosak utama tanaman padi di beberapa negara seperti Jepun, Taiwan, Thailand, Filipina, Indonesia dan banyak lagi negara pengeluar padi. Penanam padi perlu kenal akan Siput Gondang Emas atau ringkasnya SGE kerana keujudannya mudah dilihat dengan mata kasar dan telurnya yang berwarna merah jingga mudah dilihat. Walau pun ada beberapa petani tempatan suka makan akan SGE ini tetapi kadar pembiakannya yang cepat tepap merosakan tanaman padi hingga tahap kritikal. Kitaran hidup SGE adalah sangat mudah dan singkat. Biasanya SGE dewasa akan bertelur pada pokok padi dengan bilangan telur yang banyak dan berwarna merah jingga yang terang (Lihat foto sebelah). Telur SGE terdapat pada pokok padi, rumput dikawasan sawah, ranting pokok, dahan dan tiang-tiang jambatan atau sebarang permukaan keras diatas permukaan air. Siput SGE lazimnya bertelur pada waktu malam dimana cuaca sejuk dan tiada sinaran matahari. Kajian mendapati setiap longgokan telur mengandungi purata 500 biji telur. Kemampuan seekor siput SGE betina bertelur sebanyak 2,000 - 3,000 biji setahun. Kalau ada 1,000 ekor SGE betina berapa banyak telur mampu dihasilkan dalam setahun jumlHNY adalah berjuta biji. Telur ini akan menetas dalam masa 7-14 hari kemudian untuk menjadi anak tetas atau senang disebut anak siput SGE (Sila lihat foto diatas). Artkel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulia beberapa fakta dan kisah menarik mengenai Siput Gondang Emas (SGE) untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.

Kisah pertama ada dipaparkan oleh utusanborneo.com yang bertajuk '
Siput gondang bawa rezeki sampingan nelayan sungai' agak sesuai dijadikan rujukkan faktanya. 
Kisah dari Temerloh, Pahang ini menyatakan dimana siput gondang biasanya dikaitkan sebagai perosak tanaman padi yang menyebabkan pesawah mengalami kerugian jika tanaman mereka diserang makhluk perosak ini. Keadaan ini, bagaimanapun berbeza sama sekali buat nelayan sungai iaitu Safri Mohamed (45 tahun) yang memperoleh sumber pendapatan sampingan dengan menjual siput gondang yang dikatakan mampu dijadikan penawar pelbagai penyakit. Beliau yang menetap di Kampung Bolok Hilir, Lanchang di sini mampu meraih hampir RM150 setiap minggu dengan menjual siput gondang di Pekan Sehari Temerloh pada setiap Ahad. Katanya siput gondang yang dijual berbeza dengan siput gondang perosak padi iaitu siput gondang emas kerana ia lebih besar dan boleh dijadikan makanan kesihatan kepada penghidap penyakit buasir, berak berdarah dan lelah. Siput gondang yang saya jual ini diperoleh dari anak-anak sungai sekitar Lanchang dan tidak beracun untuk dimakan, bahkan boleh dijadikan penawar penyakit jika dijadikan amalan yang ditemui di Pekan Sehari Temerloh (Sila lihat foto disebelah). Safri yang dibantu isteri Rosmawati juga mempunyai pelanggan tetap dilokasi tapak niaganya berhampiran jeti Taman Esplanade itu dan biasanya mampu menghabiskan satu guni siput gondang setiap kali berniaga. Biasanya setiap longgok siput gondang antara tujuh hingga sembilan ekor berharga RM5 dan beliau akan boleh membantu menunjukkan kepada pelanggan bagaimana untuk membuang cengkerang serta isi perut dengan kaedah yang betul. Ia mempunyai rasa macam pedal ayam, agak liat dan boleh dihidangkan dengan cara dibakar atau goreng tanpa kunyit untuk lebih mujarab. Dakwanya tidak ada peniaga lain yang menjual siput gondang di pekan sehari itu turut menjadi punca jualannya sentiasa laris setiap kali berniaga. Pelanggan luar yang ingin mendapatkan bekalan siput gondang ini boleh berjumpa dengannya di pekan sehari Temerloh pada setiap Ahad.

Portal berita hmetro.com melaporkan dimana 'Ternak itik kawal siput gondang emas' memang menarik faktanya. 
Itik telur diternak dalam kawasan sawah bagi mengawal pembiakan siput gondang emas kerana pesawah sudah tidak tahan apabila hasil tanaman padi sering dirosakkan siput gondang emas hingga mengalami kerugian RM10,000 setiap musim membuatkan pesawah nekad menternak lebih 500 itik telur bagi membasmi serangan haiwan itu. Di samping dapat mengawal serangan siput itu yang merosakkan padi pesawah bernama Ishak Abdul (51 tahun) juga mampu menjana pendapatan hasil penjualan telur itik yang dipeliharanya di kawasan sawah skim Pahang Tua, Pekan, Pahang. Itik telur yang diternak di kawasan sawah dapat mengawal pembiakan siput itu yang memusnahkan anak pokok padi di peringkat awal pertumbuhan. Kaedah yang digunapakai itu dapat menghapuskan 90 hingga 95 peratus siput tanpa perlu menggunakan racun. Itik telur dewasa menjadikan anak siput sebagai makanan tambahan setiap hari sepanjang berada dalam kawasan sawah berair dan kering. Itik memiliki kemahiran memburu anak siput dan setiap hari saya biarkan ternakan bebas dalam kawasan sawah selama beberapa jam. Selain dapat membasmi siput itu itik yang diternak juga memberi pendapatan tambahan hasil jualan telurnya setiap minggu. Dia yang mengusahakan sawah di kawasan 12.14 hektar mampu meraih pendapatan RM300 hingga RM500 seminggu hasil jualan telur itik. Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan tahun lalu menyediakan bantuan 500 anak itik telur kepadanya sebagai perintis projek membasmi sipu gondang emas di kawasan sawah skim Pahang Tua. Dia berharap program bantuan anak itik telur kepada pesawah di daerah itu dapat diteruskan oleh IADA dalam usaha mengawal serangan siput yang semakin serius hingga menyebabkan kerugian besar kepada pesawah. Apa pun di kawasan sawah skim Pahang Tua hampir semua 461 pesawah kini berdepan ancaman siput selain tikus, burung biru dan belibis hingga menyebabkan kerugian besar. Kini dengan penggunaan racun siput yang disediakan kerajaan tidak berkesan disebabkan beberapa faktor seperti sudah terlalu lama digunakan.

Sebelum itu kisah pesawah sama dalam sinarharian.com yang berkaitan bertajuk 'P
esawah rugi angkara siput godang' wajar untuk dikongsikan juga di Pekan, Pahang.  
Ancaman siput gondang emas (SGE) menyebabkan para pesawah di Kampung Pahang Tua dimana pesawah dakwa mengalami kerugian sehingga RM10,000. Kerugian itu bukan sahaja membabitkan anak pokok musnah dimakan siput, tetapi pesawah juga terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk membeli racun bagi membunuh hidupan tersebut. Pesawah Ishak Abdul dakwa akibat ancaman itu dia mengalami kerugian antara RM7,000 hingga RM10,000. Apa pun kemusnahan bukan disebabkan serangan SGE sahaja, sebaliknya tikus, burung biru dan belibih antara penyebabnya kerosakan pada tanaman mereka. Setiap kali sahaja musim menanam, racun terpaksa digunakan bagi memastikan anak pokok padi berumur 20 hari tidak mendapat ancaman itu. Tapi bila kita tengok sebulan dua ini ancaman itu terus berlaku dan pembiakan SGE seperti sukar untuk di kawal. Terdapat sejenis racun import keluaran negara jiran dapat membunuh SGE namun disebabkan tidak didaftar menyebabkan kerajaan melarang penggunaannya di negara ini. Bagi menyelesaikan ancaman SGE di sawah Kampung Pahang Tua dan beberapa sawah lain di daerah penggunaan racun itu perlu. Dia juga berharap kerajaan dapat memikirkan untuk meluluskan penggunaan racun terbabit kerana usaha lain terpaksa dilakukan olehnya dan pesawah lain dengan cara memungut SGE dewasa yang terdapat dalam sawah termasuk menggunakan itik yang akan makan anak siput dalam sawah. Dia yang mengusahakan sawah seluas 12.14 hektar di kawasan sawah Kampung Pahang Tua, setiap musim terdapat beberapa petak diserang SGE yang aktif pada waktu petang dan malam. Dakwanya hampir semua pesawah menghadapi masalah yang sama. SGE bergerak masuk ke dalam petak sawah bersama air yang dialirkan terutama pada peringkat awal penanaman, siput terbabit akan makan daun anak benih padi hingga menyebabkan pokok mati selain pertumbuhan tidak sekata. Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan nyatakan dimana pihaknya sentiasa membantu pesawah bagi mengatasi masalah serangan SGE yang kini semakin serius dan membimbangkan. Kini selain menyediakan racun dimana pihaknya turut mengadakan program gotong-royong memungut SGE. Bagaimanapun kini selepas beberapa kali aktiviti terbabit dilakukan kesannya tidak banyak berubah. IAD juga memang mengalakan pesawah menternak itik telur bagi mengawal pembiakan siput dan usaha berkenaan dianggap berkesan selain memberi pendapatan tambahan jualan telur. SIPUT GONDANG EMAS merupakan sejenis erosak tanaman padi utama di Malaysia. Perosak penting di sawah-sawah padi di Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan Indonesia. Berasal dari kawasan paya dan sungai di Argentina dan di Amerika Selatan. Terdapat 2 jenis Siput Gondang Emas iaitu Pomac naliculata dan Pomacea incerlarus. Telur siput yang baru bertelur berwarna merah jambu terang akan bertukar menjadi merah jambu muda apabila hampir Telur mulai menetas antara 7-15 hari dan selalunya penetasan mengambil masa selama 5 hari. Lesan serangan SGR ini dengan kerosakan berlaku apabila siput memakan anak padi yang baru tumbuh (2-4 minggu selepas tabur). Siput memakan anak padi sampai ke pangkal pokok menyebabkan pokok padi tidak dapat pulih. -Serangan siput membentuk tompok-tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh. Tempoh kritikal serangan siput gondang emas hanya terhad kepada 4 minggu pertama selepas serangan tabur yang teruk boleh menyebabkan kehilangan sehingga 93peratus hasil padi. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SIPUT GONDANG EMAS... IA MERBAHAYA....
MEROSAKAN PADI... RUGI TIADA HASILNYA...
PERLU DIKAWAL... SEBERAPA SEGERA...
BACA ARTIKEL... DILAPORKAN DI MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...