Support My Blog

Friday, April 22, 2022

SERONOK DENGAR KISAH BIAWAK AIR

HAIWAN BIAWAK adalah sejenis haiwan dari kumpulan Reptilia dari keluarga Varanidae yang sering dijumpai dikawasan negara kita dan beberapa negara lain. Terdapat 3 jenis biawak di Malaysia yang lazim kita jumpa iaitu BIAWAK AIR (Varanus salvator), BIAWAK KUDUNG (Varanus dumenrilii) dan BIAWAK SERUNAI (Varanus rudicollis). Dalam pada itu mungkin kalangan pembaca blog ini akan terfikir apakan kepentingan haiwan ini dalam ekosistem kita dan dalam sektor pertanian?. Apa yang saya pasti semasa tinggal dikampong di Mukim Gersik, DAerah Tangkak (Dulu Daerah Muar) yang ada anak sungai disebelah rumah bapa memang ada terdapat banyak ekor biawak air yang menghuni kawasan tersebut. Apa yang sering berlaku adalah kejadian biawak makan anak ayam dan mencuri mencuri telur ayam yang di pelihara di kawasan rumah. Selalunya apabila musang atau biawak datang kekawasan rumah maka ayam-ayam akan mengeluarkan bunyi yang ganjil (seakan ketakutan) dan pastinya musuh sedang datang mendekati mereka. Dengan senapang patah yang ada milik bapa dulu lazimnya arwah bapa akan menembak musang atau biawak yang menyerang haiwan ternakan. Kadang-kadang ada sekumpulan kaum India dari kawasan estet yang datang ke kampong untuk memburu biawak air yang banyak berkeliaran dikawasan kampong untuk dijadikan makanan (agaknya). Jika mereka berjaya memburu dan menangkap biawak tersebut, kaki biawak akan dilipat keatas badannya dan diikat dengan kuat. Pada masa ini kehadiran biawak di kawasan kampong dan bandar dikaitkan dengan kelestarian ekosistem. Artikel subuh ini pada 14 Ramadan 1443 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah yang mungin seronok dengar kisah haiwan biawak yang terdapat dikawasan keliling kita dan dilaporkan oleh media untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Kisah dalam hmetro.com menarik dan seronok apabila dilaporkan 'Biawak sesat mahu masuk bank' yang berlaku di Kuala Selangor. 
Pelanggan yang berurusan di sebuah bank di Sungai Buloh, Jeram gempar dengan kehadiran biawak besar yang mahu memasuki premis bank tersebut.Dilaporkan dalam kejadian kira-kira 4.50 petang tersebut seekor reptilia sepanjang tiga meter itu hanya disedari apabila ia berada di pintu masuk bank berkenaan. Memang ia menakutkan dan ramai geli dengan haiwan yang masuk itu. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata dimana ada sepasukan lima pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan. Hasil pemeriksaan mendapati biawak seberat 20 kilogram (kg) itu masih berada di hadapan bank berkenaan. Reptilia terbabit dilihat cuba memasuki bank dengan menolak pintu cermin. Operasi penangkapan kemudian dilakukan dengan menggunakan alat penjerut untuk mengelakkan biawak itu bertindak agresif. Pihak APM mengambil masa kira-kira lima minit untuk mereka menangkap reptilia berkenaan dan ia dilepaskan ke kawasan parit berhampiran. APM percaya biawak itu tersesat dari kawasan berdekatan dan mahu memasuki bank kerana faktor sejuk atau kelaparan dan bukan datang untuk 'ambil duit'.

Dalam beritaviral.com dan beberapa portal lain pula  dilaporkan dimana ada kisah 'Padah Tangkap Biawak Air' apabila pihak 
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menahan empat warga Vietnam yang sedang menangkap biawak air, dalam satu operasi di sekitar Pusat Rekreasi Chendering. Operasi khas yang dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa kira-kira jam 2.30 petang itu adalah susulan aduan penduduk kampung di sekitar Kuala Ibai dan Chendering, di sini, berhubung tindakan nelayan warga Vietnam yang menjalankan aktiviti menangkap biawak air secara berleluasa tanpa menjaga sensitiviti penduduk kampung. Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin dakwa hasil risikan dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa sebelum itu, mendapati seramai empat lelaki warga Vietnam sedang berjalan ke arah Pelabuhan Chendering sambil memikul empat ekor biawak air yang masih hidup. Keempat-empat warga Vietnam yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ini ditahan dan soal siasat dijalankan mereka mengaku menangkap hidupan liar ini di sekitar Pusat Rekreasi Chendering untuk dibawa pulang dan dijual ke negara mereka. Hasil siasatan seterusnya mendapati biawak air merupakan antara makanan eksotik yang paling digemari di negaranya (Vietnam) selain turut tersenarai antara makanan kegemaran rakyat yang hidup mewah di sana. Selain empat nelayan tersebut, pihaknya turut menahan seorang tekong juga warga Vietnam selepas serbuan seterusnya dilakukan terhadap sebuah bot dipercayai milik mereka di Pelabuhan Chendering. Dari pemeriksaan turut menjumpai sebahagian daging hidupan liar yang disyaki babi hutan di dalam bot terbabit sebelum menahan seorang lelaki tempatan yang secara kebetulan berada di lokasi dipercayai penjual daging babi hutan itu kepada mereka. Siasatan mendapati lelaki warga tempatan itu datang ke lokasi dengan sebuah kereta untuk menjual daging babi hutan kepada nelayan warga Vietnam yang berlabuh sementara di pelabuhan. Lima warga Vietnam itu ditahan reman selama empat hari untuk disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Seksyen 60(a) dan 60 (b) iaitu menyimpan hidupan liar yang dilindungi dan juga bahagian hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen yang sah. Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dua tahun penjara. Manakala lelaki warga tempatan itu dibebaskan dengan jaminan polis, bagaimanapun kereta miliknya telah disita. Adalah diingatkan kepada orang ramai agar jangan sesekali berhasrat untuk membekalkan daging hidupan liar ini kepada warga asing kerana tindakan undang-undang boleh dikenakan. Juga dinasihatkan kepada orang awam terutamanya penduduk kampung yang berdepan gangguan biawak air atau babi hutan, selain diganggu dengan aktiviti menangkap hidupan liar terutama daripada warga asing, boleh menghubungi pihaknya.

Memang seronok membaca kisah 'Darah biawak air boleh rawat Covid-19?' yang dilaporkan dalam utusan.com untuk dirujuk. Benarkan laporan dimana darah biawak air didakwa mampu mencegah kanser dan jangkitan virus termasuk Covid-19?. 
Kumpulan pengkaji di sebuah universiti di Bangkok, Thailand mendakwa darah biawak air mengandungi bahan yang boleh mencegah kanser, bakteria dan kemungkinan virus Covid-19. Prof. Jitkamol Thanasak dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Mahidol mendakwa kumpulan pengkaji itu akan meneliti rahsia sistem imun biawak air yang kuat sehingga membolehkannya hidup dalam air tercemar serta makan bangkai. Kumpulan pengkaji itu juga sudah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk mengambil sampel darah biawak air untuk diselidik. Sampel darah itu digunakan untuk mengkaji ciri-ciri protein yang membentuk sistem imun biawak air. Saintis juga mendapati protein berkenaan boleh membunuh sel kanser, bakteria dan mungkin berupaya mencegah jangkitan virus termasuk Covid-19 dilaporkan kepada media Nation Thailand. Kumpulan pengkaji itu bercadang untuk mematenkan kajian tersebut selepas penyelidikan rapi dilakukan. Mereka dijangka menyelesaikan kajian awal itu menjelang penghujung tahun ini sebelum digunakan untuk menguji tahap keberkesanan menentang influenza dan Covid-19.

Seronok juga apabila pihak '
PERHILITAN gagalkan cubaan seludup biawak air' seperti laporan dalam portal berita harian.
Kisah dari Kuala Terengganu dimana ada tindakan nelayan warga asing menangkap biawak air secara berleluasa di sekitar Kuala Ibai dan Chendering dan berjaya dihidu pihak berkuasa apabila empat empat lelaki warga Vietnam berjaya ditangkap. Kumpulan itu ditahan dalam satu operasi yang dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu dalam satu operasi di sekitar Pusat Rekreasi Chendering. Pengarah PERHILITAN Negeri, Mohd Hasdi Husin, berkata hasil risikan dan pemantauan, pihaknya berjaya mengesan empat lelaki warga Vietnam yang sedang memikul empat biawak air yang masih hidup kira-kira jam 2.30 petang. PERHILITAN Terengganu memeriksa sebuah bot warga Vietnam yang berlabuh di Pelabuhan Chendering (Sila lihat foto disebelah). Selepas siasatan didapati empat warga Vietnam berusia antara 30 hingga 40 tahun itu, mengaku menangkap hidupan liar berkenaan di sekitar Pusat Rekreasi Chendering, di sini, untuk dibawa pulang dan dijual ke negara mereka. Siasatan mendapati biawak air adalah antara makanan eksotik yang paling digemari di Vietnam dan tersenarai antara makanan kegemaran rakyat yang mewah di negara itu. Mereka turut menahan seorang tekong warga Vietnam dalam serbuan ke sebuah bot dipercayai milik mereka di Pelabuhan Chendering. Pemeriksaan terhadap bot nelayan berkenaan turut menemui sebahagian daging hidupan liar dipercayai babi hutan. Seorang lelaki tempatan yang berada di kawasan pelabuhan berkenaan turut ditahan dan mendapati lelaki itu menjual daging babi hutan kepada nelayan Vietnam yang berlabuh di pelabuhan itu. Lima warga Vietnam itu ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 60(a) dan 60 (b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) iaitu menyimpan hidupan liar yang dilindungi dan bahagian hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen yang sah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BIAWAK AIR... LIAR HABITATNYA...
BANYAK CERITA... DALAM MEDIA...
HAIWAN DILINDUNGI... ADA AKTA...
ARTIKEL INI... SERONOK DIBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(14 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...