Support My Blog

Tuesday, April 26, 2022

BUAH KUNDUR DAN PRODUKNYA

TANAMAN KUNDUR
(Benincasa hispida) adalah sejenis tumbuhan menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara tetapi kini telah di tanam di seluruh dunia. Tumbuhan ini sama dengan timun, tembikai dan keluarga cucurbit yang lain adalah dalam keluarga sayuran cuma kundur mengeluarkan buah paling besar diantara keluarga cucurbit. Banyak nama kundur diberikan mengikut lokaliti seperti Wax Gourd, Ash Gourd, Winter Melon, Fuzzy melon, green pumpkin, white gourd, Hairy melon (English), To'gan (Jepun), donggua (China), tak, Faeng, mafaeng (Thai), Courge a la cire ; courge cireuse (Perancis), Kondol, tabiyan (Filipina), Kundo ; kundur, bligo (Indonesia) dan banyak lagi. Tanaman ini kini banyak diusahakan di Asia Selatan dan Asia Barat. Tanaman kundur di Malaysia bukan menjadi tanaman yang popular kerana ia kurang permintaan dipasaran domestik. Kalangan petani yang menanam kundur secara komersil ini merupakan orang yang sama sahaja dan amat sukar mencari petani baru untuk menanam kundur kecuali sebagai tanaman hobi sahaja. Antara sebab petani tidak suka menanam kundur adalah kerana tidak ada jaminan pasaran dimana buah kundur mahu dijual. Pasaran buah kundur segar adalah terhad dan mereka yang ada perjanjian 'Ladang Kontrak' mungkin tidak akan menghadapi masaalah. Penulis mendapati varieti kundur tidak ada dalam sistem pendaftaran Varieti Tanaman (National variety listing) kerana belum ada yang membuat pendaftaran secara rasmi. Bagaimana pun didalam pembelian on-line ada benih kundur ditawarkan. Artikel pada subuh pagi dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa kisah menarik mengenai produk dari buah kundur untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Di Malaysia ada minuman berasaskan buah kundur atau lebih dikenali dengan 'Yeos Winter Melon Tea' adalah yang minuman yang digemari ramai. Produk minuman didalam bungkusan kotak tetrapek ini keluaran Sykt Yeos ada gambar buah kundur dan diambil untuk menyejukkan badan. Dilaporkan dimana minuman ini juga boleh menghilangkan sakit tekak dan risiko serangan jantung. Dalam beberapa komen dinyatakan ia sesuai diambil oleh mereka yang ada demam panas dan rasanya yang kurang manis memang sesuuai diminum terutaa di negara yang panas dan lembap seperti di Malaysia. Itu yang komersil akan tetai sebenarnya pembaca boleh membuanya sendiri dengan resepi air buah kundur yang ditulis dalam rencana ini. Bahan-bahan untuk menyediakan jus buah kundur terdiri dari 1/4 atau 1/2 buah kundur segar (Sederhana besar), gula (ikut cita rasa tahap kemanisan dikehendakki) dan juga 500 ml air. Cara untuk membuatnya adalah dengan mengupas kulitn buah kundur dan seterusnnya dipotong isi buah kundur nipis-nipis sebelim ia kemudian dikisar bersama gula dan air. Sebaiknya selepas dikisar (gunakan mesin pengisar) ia kemudian dimasukkan dalam jug dan dikacau sehingga mesra. Bagi menambah keenakan jus ini ia boleh dimasuk ketul ais kiub atau disimpan dulu dalam peti sejuk. Enak diminum pada bila-bila masa untuk menikmatinya.

Produk halwa buah kundur atau buah kundur manisa atau kundur kering merupakan antara makanan snek yang dikenali dikalangan masyarakat tempatan sejak dulu. Antara perkara yang sering diperkatakan ramai dimana halwa kundur ini antara bahan sesuai digunakan untuk merawat sakit kuning kepada bayi yang baru lahir. Cara amalan terbaik untuk tujuan ini adalah dengan mengambil 
dua atau tiga ketul halwa buah kundur kemudian ia diremdam dalam air panas dan ia seterusnya diberi kepada bayi minum dalam satu atau dua sudu. Memang ada banyak produk halwa buah kundur dipasaran sama ada ia dihasilkan secara tradisional atau pun oleh syarikat terkenal dengan kualiti pembungkusan yang menarik (Sila lihat foto disebelah). Dalam pembelian on-line Shopee pun disenaraikan beberapa produk halwa kundur dengan tawaran harga diantara RM4.00 - RM5.00 dalam bungkusan 250 gram. Bagaimana pun jika kalangan pembaca ada yang hendak mebuatnya sendiri halwa kundur disertakan resepi membuatnya. Bahan-bahan yang diperlukan dadalah terdiri dari 1 biji buah kundur segar, air kapur secukupnya, 20 cm batang kayu manis, 300 gram gula pasir, limau nipis dan juga 25 kuntum bunga telang. Cara membuatnya dengan dikupas buang kulitnya buah kundur dan kemudian dicuci bersih. Isi buah kundur ini dipotong memanjang dan selalunya aian dihiris tipis dengan hirisan puding bergelombang yang bertujuan untuk menambahkan kecantikan bentuknya. Kemudian hirisan ini perlu direndam didalam air limau nipis semalaman. Kemudian ditoskan dan dibersihkan sebelum dimasukkan kedalam bekas dan dicampur dengan bahan gula pasir, kayu manis dan bunga telang. Sebaiknya menggunakan bekas membuat halwa dari bekas yang tidak terlalu cepat panas. Seterusnya ia perlu dimasak dengan api sedang dan jangan diberi air kerana secara otomatik kandungan air hirisan kundur ini akan keluar dari buah yang sudah direndam semalaman. Biarkan di atas api kecil sampai sedang dan dikacau sesekali agar merata. Semasa hirisan kundur agak kering lembut dimatikan apinya dan angkat untuk disejukkan. Langkah seterusnya adalah ia disimpan didalam peti sejuk atau terus dibungkus untuk penyimpnan sebelum dihidangkan.

Anehnya dalam beberapa media tempatan dilaporkan agar '
Tarik penjualan halwa kundur - CAP' menarik untuk dikongsikan. Dilaporkan dimana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa supaya menarik semula penjualan halwa kundur di negara ini dengan segera berikutan dikesan mengandungi 'sulfur dioksida' melebihi had. Gesaan itu dibuat susulan tindakan Singapura menarik semula halwa kundur dari Malaysia selepas ianya dikesan mengandungi sulfur dioksida melebihi had maksimum yang ditetapkan dalam Peraturan Makanan Singapura (Sila lihat foto disebelah). Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader dimana halwa kundur sering digunakan bagi membuat inti makanan tradisional Cina dan Melayu seperti kuih bulan, teh herba dan manisan pencuci mulut. Berdasarkan Jadual Keenam (Peraturan 20) Akta Makanan 1983 dimana produk halwa kundur yang dibenarkan di pasaran mengandungi 2,000 bahagian persejuta (bps) sulfur dioksida dilaporkam ada digunakan sebagai pengawet kerana ciri antimikrobnya. Sebagai bahan pengawet, ia akan mengekalkan keadaan buah dan mencegahnya daripada membusuk namun sulfur dioksida boleh mencetuskan serangan dalam kalangan penghidap asma dengan gejala seperti nafas mengeluarkan bunyi dan sukar bernafas. Paras sulfur yang berlebihan dalam makanan juga dilaporkan boleh menimbulkan tindak balas alahan dalam individu yang hipersensitif dengan gejala seperti kegatalan, sakit perut, cirit-birit dan muntah. CAP gesa selain menarik semula halwa kundur di pasaran, ujian ke atasnya perlu dijalankan bagi mengesan kandungan sulfur dioksida. Sementara itu kalangan pengguna pula dinasihati supaya tidak memakan halwa kundur sehingga pihak berkuasa dapat memastikan bahawa ia selamat dimakan. Kerajaan juga perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat mengapa isu itu tidak dikesan lebih awal oleh pihak berkuasa tempatan?. Menurut CAP lagi agak pelik isu ini sebab setiap kali apabila muncul perkara seumpamanya, pihak berkuasa dari negara lain yang akan mengetengahkannya kepada penduduk di Malaysia?. Apa ppun berdasarkan rekod, ia bukan kali pertama makanan dari Malaysia ditarik semula di negara asing. Dilaporkan pada 2019, penjualan botol air mineral ditarik semula oleh pihak berkuasa Singapura kerana didapati mengandungi patogen iaitu pseudomonas aeruginosa iaitu bakteria umum yang terdapat dalam najis, tanah, air dan sisa kumbahan. Salad 'iceberg lettuce' ditarik semula oleh pihak berkuasa Singapura pada 2018 selepas dikesan mengandungi paras racun makhluk perosak yang tinggi dalam sayuran yang diimport dari ladang Malaysia. China juga pernah menolak buah-buahan dari Cameron Highlands pada 2017 akibat kehadiran organisme ubah suai genetik (LMO). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog semua. Wasallam!!!.
BUAH KUNDUR... APA GUNANYA...
DI BUAT JUS... RAMAI MINUMNYA...
HALWA KUNDUR ...ENAK RASANYA...
DAKWA CAP... ADA KESAN BAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan ABkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(8 JamadilAkhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...