Support My Blog

Thursday, April 14, 2022

TEKNOLOGI GUNA BAJA SEMBURAN

TEKNOLOGI GUNA BAJA SEMBURAN
atau BAJA FOLIAR (Foliar Fertilizer) merupakan satu teknologi atau kaedah pembajaan melalui daun iaitu baja cecair yang boleh diserap dengan cekap yang semakin popular di Malaysia. Ramai petani dilaporkan masih kurang tahu dimana didalam air hujan terdapat bahan nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Dalam pada itu di atas permukaan lautan dan pantai selalunya akan terhasil begitu banyak buih-buih air yang berterbangan iaitu diudara atau ia juga di tepi pantai. Jika berlaku proses iaitu hentaman-hentaman ombak pada batu-batu di pesisir pantai menghasilkan begitu banyak buih-buih air yang berterbangan di udara dimana partikal-partikal ini dinamakan “aerosols” dan kemudian partikel ini bergabung dengan debu-debu yang berterbangan dari daratan dan menjadi partikel nutrien. Partikel ini kemudiannya naik dan berkumpul di atmosfera dan menjadi awan yang terkumpul kemudian menjadi hujan menimpa bumi dan akhirnya kemudian mencurah ke helaian daun tanaman. Boleh dikatakan setiap luas permukaan daun terkena air hujan yang mencurah ini dimana kemudian pula mengalir kesetiap ranting-ranting dan cabang dimana ia juga kemudiannya turun ke batang. Jika pokoknya sawit biasanya disimpannya nutrien bersama air hujan pada sisa-sisa iaitu dipelepah yang masih terlekat pada batang dimana menjadi simpanan makanan yang diperlukan. Struktur daun yang berwarna hijau memang cukup bersedia menerima dan memerangkap air. Selain itu ada struktur bulu-bulu berupa seperti bulu roma kita pada daunnya, menegak dan condong ke sisi yang bersedia menerima hujan dan memerangkap sedikit air pada roma-romanya. Semburan baja foliar pada sayuran berdaun dan sauran buah sesuai dilakukan iaitu mengikut aturan yang dinyatakan pada label pembungkusan. Artikel dalam blog ''Anim Agro Technology'' akan berkongsi info mengenai teknologi dan penggunaan baja semburan atau baja foliar untuk bahan rujukkan anda semua.

Penulis blog beberapa kali belajar melalui kursus teknikal anjuran Jabatan dan pihak swasta mengenai teknologi penggunaan baja semburan ini. Dinyatakan dimana b
aja foliar (atau dipanggil juga sebagai 'semburan') dikenalpasti sebagai satu teknik semburan baja yang merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk memberi nutrien kepada pokok kerana daun mampu menyerap nutrien menerusi stomata pada daun dan epidermis sel daun. Kehebatan utu apa yang penulis blog faham dimana pada bahagian kulit batang pokok juga mampu mengambil semburan nutrien yang diberi (selalunya pada kulit yang berwarna hijau). Teknologi pembajaan foliar pada tanaman terutama tanaman berdaun hijau pada umumnya diberikan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kekurangan zat nutrien tertentu dengan segera kerana pengambilan nutrien oleh sistem tanaman adalah jauh lebih cepat. Memang mudah untuk aplikasi baja semburan ini akan tetapi petani perlu mengira dahulu kos dan keberkesanannya sebelum dan selepas menggunakan baja ini. Apa pun penulis blog faham dimana ada beberapa jenis baja semburan yang ada dipasaran. Bahan foliar pada asasnya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu jenis bukan organik dan bahan organik. Sifat-sifat baja semburan tersebut diman abagi Baja Foliar Bukan Organik dimana kebanyakkan baja foliar yang terdapat dipasaran pada masa ini ialah larutan pekat yang didakwa mengandungi sumber Nitrogen (N), Potassium (K) dan Fosforus (P) bergred tinggi, larut sepenuhnya dan tersedia untuk diambil oleh pokok. Selain daripada N, P dan K sebagai bahan asas, ianya juga diadunkan dengan elemen surih (trace elements) dalam bentuk chelates serta bahan lain seperti asid humik, vitamins dan hormon pertumbuhan. Dalam pada itu bagi Jenis Foliar Organik pula ia adalah terdiri dari baja foliar jenis organik dimana ada pelbagai jenis. Campuran bahan nutrien daripada sumber laut adalah antara jenis foliar organik yang sangat berkesan untuk pertumbuhan kerana ianya mengandungi hampir kesemua elemen surih (trace elements) yang diperlukan oleh pokok dalam bentuk mudah resap. Bahan-bahan lain ialah baja yang berasaskan chitosan (oligochitosan), ikan dan baja oganik lain dibangunkan dengan menggunakan EM (effectif micro organism) yang bersesuaian untuk kebanyakkan tanaman makanan.

Pembaca blog dan petani perlu awalnya memahami kaedah atau cara aplikasi baja semburan atau baja foliar dengan betul agar dapat kesan terbaik. Antara beberapa tip pemberian baja foliar perlu difahami oleh semu petani. Bagi memastikan pengambilannya nutrien pada tahap optimum (tanpa pembaziran sumber baja) tapi kesan yang baik, beberapa panduan harus diikuti. Teknologi pertama dimana pastikan menggunakan baja sembura ini pada kadar yang disyorkan oleh produk berkaitan. Kepekatan yang tinggi boleh menyebabkan kesan toksisiti (daun menjadi lecur) pada tanaman. Sebaiknya kadar pengesyoran adalah berbeza bergantung kepada jenis tanaman. Penulis blog pernah membuat tinjauan teknologi kepada petani yang bertahun-tahun menanam jagung dan mengamalkan pengggunaan baja semburan sebagai satu praktik yang sangat signifikan di Ipoh, Perlis, Johor dan TKPM Titi Gantung, Perak. Mereka ini sudah menggunakan pelbagai jenama baja foliar yang terdapat dipasaran dimana akan membaca dahulu kadar banduhan terbaik untuk tanaman jagung mereka (Sila lihat foto disebelah). Jika masih kurang pasti maka disyorkan agar perlu bermula dengan kadar yang rendah dan pertingkatkan jika perlu. Pastikan semasa menyediakan semburan agar pH larutan sebaiknya dalam lingkungan neutral (pH = 7). Oleh itu dikawasan kebun atau ladang luas sebaiknya digunakan air tanpa klorin (sama ada jenis air hujan, air telaga atau air bekalan domestik yang mana ia telah disimpan dikawasan terbuka bertujuan bagi usaha untuk menghilang kandungan klorin). Dalam pada itu semasa menyembur diperiksa alatan penyebur pada nozle iaitu sebolehnya dengan mengmalkan buat semburan yang halus (fine spray) dan dibiarkan menitik pada target bahagian vegetatif pokok sahaja yang boleh dicapai. Gunakan tong penyembur yang berlainan dengan tong penyembur yang digunakan untuk kegunaan racun kimia diladang. Ini bagi mempastikan sisa racun didalam tong penyembur tidak akan menyebabkan toksik kepada tanaman setelah disembur dengan baja semburan.

Dalam teknologi penyemburan baja foliar mengguna alatan moden seperti drone seperti disawah padi perlu dibuat dengan persiapan awal kalibrasi dengan keadaan persekitaran. Faktur kepekatan, kelajuan angin, jenis baja sembura digunakan dan ketinggian drone perlu diambil kira (Sila lihat foto disebelah). Di Malaysia terkini beberapa kawasan jelapang padi di MADA dan KADA serta beberapa IADA PAdi telah mengamalkan penggunaan drone dan baja semburan sebagai salah satu teknologi yang semakin luas diaplikasikan. Ada beberapa artikel mengenai perkara ini saya tulis dalam blog ini untuk dibaca (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Teknologi ini juga berkait dengan masa yang terbaik untuk membuat semburan ialah diwaktu pagi (selepas embun kering) atau lewat petang. Suhu yang rendah diwaktu pagi atau petang akan didakwa menyebabkan stomata terbuka lebih luas untuk penyerapan nutrien yang diberi. Dalam pada itu untuk kesan yang optimum disyorkan agar semburan hendaklah tertumpu pada bahagian bawah daun kerana stomata banyak terdapat pada bahagian bawah daun. Semburan juga hendaklah dituju kepada batang. Dalam pada itu untuk memastikan tiada pembaziran berlaku disebabkan aliran air jatuh (run off), bahan additif pelekat (sticker) boleh digunakan. Antara bahan additif / sticker yang terdapat dipasaran ialah Evan Plus (Alkyl dan Alkylarylpolyoxy ethylene Glycol : 80%) dan AGR Tetron AS (Octylphenoxypolyethoxyy ethanol and Sodium alkylester Sulfonate - 60% + I sopropanol - 8%). Adalah baik untuk kesan yang terbaik dimana baja semburan hendak diberi pada peringkat kritikal dalam pertumbuhan sesuatu tanaman. Antaranya semasa menanam (transplanting) atau peringkat mula berbunga (flower blooming) dan peringkat pembentukan buah (fruit set). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA SEMBURAN... POPULAR DIA...
BAJA FOLIAR ... ADA BANYAK JENAMA...
MUDAH BERGUNA... KESAN OPTIMA...
TEKNOLOGI BAIK... PERLU AMALKANNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...