Support My Blog

Saturday, April 9, 2022

TEKNOLOGI MUDAH TANAM KELADI

TANAMAN KELADI
(Colocasia esculenta) merupakan satu tanaman singakt masa yang kini dikomersilkan selain dari ianya dijadikan tanaman sampingan dikalangan pekebun kecil untuk dijadikan sumber makanan. Keladi adalah sejenis makanan tradisional yang sehingga sekarang maseh sangat digemari ramai sebagai sumber karbohiderat. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keladi yang ditanam sama ada yang boleh dimakan apabila sudah dimasak atau tanaman keadi hiasan (ornamental plants). Lazimnua umbisi keladi ini boleh dimasak dengan cara direbus atau boleh dibuat penggat atau digoreng dengan dicelup tepong dahulu atau boleh digoreng berempah. Pada penulis blog kerepek keladi adalah makanan snek kegemaran yang sering dibeli dari pengusha makanan ringan di Johor atau di Selangor. Bagi mereka yang gemarkan pokok keladi hiasan pula ia menjadi 'kegilaan' baru apabila ada juga jenis-jenis keladi menarik yang hargaya mahal. Dibeberapa buah negara didunia ini keladi dijadikan sebagai makan ruji (mekanan penduduk tempatan) dan ditanam khusus untuknya. Bagi jenis keladi yang tidak boleh dimakan kecuali diproses dengan cara-cara tertentu terlebih dahulu barulah dimasak dan boleh dimakan. DIlaporkan jika tidak diproses terlebih dahulu sebagaimana cara yang tertentu apabila dimakan akibatnya ia akan menyebabkan pemakanya boleh mabuk atau keracunan. Jenis-jenis keladi yang boleh dimakan di Malaysia adalah seperti Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Sarawak, Keladi Putih, Keladi Hitam, Keladi Bentan, Keladi Minyak, Keladi Telur dan beberapa lagi. Tidak seperti dahulu dimana makanan keladi dianggap sebagai makanan 'low class' akan tetapi kini ia sudah jadi mahal kerana permintaan yang semakin tinggi ikalangan pengguna di Malaysia. Dalam beberapa tinjauan dimana harga ladang keladi segar di beberapa lokasi diantara RM3.00 sehingga RM 5.00 sekilogram bergantung keada varieti. Bagaimana pun apabila sudah dijadikan kerepek keladi berharga sampai RM mencecah sehingga lebih RM15.00 sekilogram. Pada masa ini penanaman keladi banyak ditumpukan di kawasan tanah gambut di Johor, Selangor, Saawak dan Sabah akan tetapi sudah ada pengusaha keladi yang menanam keladi secara komersil dikawasan tanah mminerak dengan membuat batas tanaman terlebih dahulu. Artikel jam 4.30 pagi subuh ini iaitu selepas bersahur sambil menghadap Pulau Gaya dari tingkat 12, Hotel Le Meridian, Kotakinabalu saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenaii teknologi mudah menanam keladi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Agak jarang juga dapat mendengar ada juga penanam keladi komersil yang dipaparkan di dalam media tempatan  kerana dimana dia 
mengusahakan tanaman keladi yang berjaya dan boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Ini kerana untuk berjaya menanam keladi maka petani memerlukan kemahiran dan ilmu pengetahuan serta kawasan tanah subur dikawasan yang tertentu. Dari beberapa tinjauan dimana kebanyakan petani yang menanam keladi ini seperti di Johor dan Selangor adalah bertumpu dikawasan tanah gambut. Keadaan tanah gambut yang banyak bahan organik, berongga dan subur membolehkan tanaman kadi memberikan hasil lumayan. Bagi orang lain yang ingin mengusahakan tanaman keladi komersil sebaiknya mempunyai beberapa kemahiran dan usaha yang diperlukan untuk dilakukan. Antaranya dimana sebelum usaha menanam keladi dilakukan sebaiknya petani atau pengusaha ini perlulah mencari tanah yang sesuai bagi digunakan untuk menenam keladi. Tanah yang sesuai ialah bagi tanah liat ia perlu tanah pamah yang rata dan keadaannya agak lembab. Bagi tanah gambut ia memerlukan tanah yang agak berair dimana sistem perparitan sempurna perlu dibuat dahulu. Perlu juga difahami dimana jenis tanah yang kering adalah tidak sesuai untuk tanaman keladi disebabkan tanaman keladi memerlukan tanah yang berair secara berterusan lembab. Penulis blog pernah membuat tinjauan penanaman keladi komersil seluas 10 hektar diatas tanah mineral yang dibuat batas di Mersing dan Rompin dimana hasilnya juga amat memberangsangkan. Bagaimana pun sistem pengairan sprinkler dipasang bagi mempastikan pertumbuhan keladi ini berkualiti.

Lazimnya apabila pengusaha sudah 
mendapat lkasi tanah yang sesuai untuk tanaman keladi kemudian barulah aktiviti untuk kerja menyediakan kawasan dan infrastruktur lain boleh dilakukan sebelum penanaman. Kawasan yang berair perlu dibuat sistem perparitan dimana ada keperluan juga disediakan jalan ladang (Sila lihat foto disebelah). Tapak tanaman keladi hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Bagaimana pun cara-cara dalam membersihkannya boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut jenis tanah seperti boleh dengan cara menajak atau meracun mengikut kesesuaian keadaan tempat dan semua persekitarannya. Jika kawasan tersebut berair terlalu banyak pastikan perlulah dibuat peparitan atau tali air terlebih dahulu diseluruh kebun. Bagaimana pn memang penting diingatkan bagi tanah gambut jangan sanpai menjadikan tanah terlalu kering dimusim kemarau. Selepas sahaja tapak tanaman dibersihkan maka baharulah dibuat lubang untuk penanaman. Lubang sesuai digali untuk kedalaman 10 inci hingga 12 inci atau kira kira sedalam dua mata cangkul dengan jarak tanaman disyorkan diantara satu lubang dengan lubang yang lain pada baris yang sama ialah kira-kira dua kaki disesuaiak mengikut jenis keladi ditanam dan juga jenis tanah. Lazimnya bagi jarak baris dengan baris yang lain adalah selebar 3 kaki. Dalam tinjauan penulis blog mendapati ada kalangan pengusaha yang dengan cara menugal terutama di atas tanah gambut di Johor. Jika cara ini dipilih sebaiknya kayu untuk tugal perlu digunakan adalah batang kayu yang besar lilit bulatannya kira-kira 15 inci dan menugal ini perlu sedalam antara 10 inci hingga 12 inci sahaja sesuai dengan saiz benih. Kerja menugal ini boleh libatkan beberapa orang jika jumlah benih yang hendak ditanam ini banyak jumlahnya. Beum ada mesin yang khusus untuk membuat lubang penanaman dikawasan tanah gambut yang lembut. 

Sumber benih keladi dari varieti premium dengan jumah yang mencukupi perlu disediakan. Sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan sumber bekalan benih keladi dengan banyak dalam masa cepat. 
Aktiviti mencari benih dilakukan awal atau dalam masa kerja menyiapkan tapak tanaman. Sebaiknya anak benih keladi yang hendak ditanam berukuran agak besar sedikit. Benih keladi berkuliti sebaiknya mempunyai kira-kira empat atau lima pelepah daun. Adalah elok jika benih keladi tersebut di biar dua tiga hari agar akarnya tumbuh sedikit (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun pemerhatian penulis blog memang mendapatii jika benih tersebut setelah dicabut dan terus ditanam dibolehkan dan ia tidak juga menjadi keselahan besar. Benih keladi sebelum ditanam perlulah dipotong pada pucuknya terlebih dahulu dan tinggalkan panjang dari pangkal benih kira-kira sepanjang 10 inci hingga 12 inci. Bagi lubang yang diperbuat dengan cara mencangkul,ditengah dasar lubang tersebut perlulah didibuat lubang tambahan sedalam kira-kira 4 inci dari paras dasar lubang . Sebaiknya sebelum lubang kecil yang dinyatakan di atas dibuat maka perlulah ada lubang tersebut ditabur dengan sedikit baja seperti tanah bakar atau abu tandan kelapa sawit bakar atau boleh dibubuh sesudu besar baja organik yang diproses dengan baik agar hama dari najis binatang itu tidak merosakan tanaman keladi. Benih keladi bolehlah ditanam selepas seminggu baja ditaruh didalam lubang. Jangan bubuh benih keladi terlalu cepat dalam lubang kerana baja tersebut dikuatiti masih panas dan ia boleh merosakan benih keladi yang hendak ditanam. Apa pun sebaiknya setelah tenaman keladi tumbuh dua daun maka pembajaan dilakukan dengan baja tumbesaran iaitu baja NPK 15:15:15 agar pokok keladi itu cepat membesar dan membesar dengan subur. Pembajaan ini perlu dilakukan setiap bulan sehingga bulan yang ke 5, Setelah bulan kelima perlu diubah jenis baja NPK12:12:17:2 untuk mempercepat proses tumbesaran umbisi keladi yang ditanam.

Teknologi menanam keladi semasa iaitu tanaman keladi membesar pastikan agar rumput rampai dan anak-anak keladi juga turut tumbuh dengan baik dan membiak dan membesar.Amalan agronomi dimana kerja-kerna mencabut anak-anak keladi dan tumput yang tumhuh peru dijalankan secara manual atau semburan racun yang ssuai. Kerja ini sangat penting dimana tanaman keladi akan diganggu atau disekat pertumbuhannya jika kebun semak. Kerja-kerja membersih anak-anak keladi dan rumput rampai perlu dilakukan sebulan sekali supaya pertumbuhan besarnya menjadi baik. Selepas membersihkan anak-anak keladi yang pertama sebaiknya dilakukan aktiviti pembersihan untuk kali kedua dan ketiga lazimnya sulur ini boleh diguna untuk dijadikan benih untuk tanaman berikutnya. Tanamam keladi yang subur dapat dilihat apabila daunnya lebar, tebal dab berwarna hijau pekat. Sebaiknya s
elepas tiga minggu benih keladi ditanam maka petani perlu menyembur racun serangga. Kerja menyembur racun serangga ini juga perlu dilakukan setiap tiga minggu sekali terutama apabila dilihat ada terlalu banyak serangga atau ulat perosak. Tujuan seburan racun serangga ini adalah untuk mengawal benih keladi di diserang serangga perosak atau ulat pemusnah. 
Apabila umur keladi mencapai 8 - 9 bulan atau saiz tumbesarannya semakin berkurangan atau menurun dimana ia adalah menandakan pokok keladi yang ditanam mencapai usia matang dan sesuai untuk dituai. Cara menuai keladi dengan mencabutnya. Antara tanda-tanda keladi cukup umur adalah akarnya telah berkurangan dimana akarnya hanya tinggal dan berada separuh bahagian bawah. Pastikan mencapat tepat masa dan elakkan mencabut keladi terlalu lambat kerana ia akan menjadi rosak atau busuk disebelah bawah. Jika ini terjadi keladi tersebut tidak laku untuk dijual kerana ia telah rosak. keladi yang baik biasanya mempunyai saiz sekitar sekilogram sebiji untuk dipasarkan. Apa pun lebih besar saiz umbisi adalah lebih berharga. Keladi bersaiz kecil biasany harga pasaran rendah. Amalan agronomi yang baik boleh menjamin penghasilan tanaman keladi lebih lumayan. Semuga artikel ini memberi info berguna kpada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
MENANAM KELADI.... ILMU DISEDIA....
VARIETI POPULAR... CARI BENIHNYA...
DITANAM DIJAGA... PERLU DIBAJA...
DICABUT  DITUAI... KUALITI DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1238, Le Meridien Hotel,
Kota Kinabalu, Jalan Tun Fuad Stephen,
Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.
(6 Ramadan 1443H).  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...