Sebenarnya di Malaysia terdapat beberapa varieti padi pulut yang dikenali seperti Padi Pulut Hitam (PH9) untuk jenis hitam dan ada 3 varieti lain iaitu Padi Pulut Putih dikenali sebagai Padi Masria, Pulut Malaysia 1 dan juga Pulut Siding (MR47). Di Malaysia beras pulut mudah dibeli dari kedai runcit, pasaraya dan terkini secara on-line sahaja dijual pulut hitam yang berharga RM16.00 sekilogram seperti di Lazada (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog juga pernah membuat tinjauan penanaman padi pulut siding di Ketara (varieti MR47) dimana varieti ini adalah telah didaftarkan dengan MARDI dan benihnya ada didalam Bank benih MARDI. Usaha IADA KETARA yang merupakan salah satu daripada agensi yang menumpukan kawasan Jelapang Padi di Besut, Terengganu telah mengusahakan penanaman padi pulut secara komersil. Projek ini dilaporkan dalam beberapa media tempatan termasuk oleh Utusan Malaysia. Media tersebut mempaparkan foto dimana seorang petani menunjukkan padi pulut yang dihasilkan di Baruh Gong Tebu, Hulu Besut sebagai projek berjaya. Media tersebut melaporkan dimana hasil padi yang mana ia semakin berkurangan akibat serangga perosak dan perubahan cuaca sejak dua tahun lalu membuatkan 32 petani di projek penanaman padi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) mencari tanaman lain untuk diusahakan. Kemudian hasil perbincangan dengan pelbagai agensi berkaitan maka mereka memilih untuk mencuba tanaman padi pulut yang belum pernah diusahakan di kawasan itu. Apa yang penuli blog tertarik dimana diputuskan agar tanaman yang dipilih adalah padi pulut siding (penulis rujuk dengan nombor daftar sebagai MR47) iaitu pulut gred panjang yang diisytiharkan di Kampung Padang Siding, Perlis 27 tahun lepas bagi penambahbaikan Pulut Malaysia 1. Benih padi pulut ini disimpan didalam Bank Benih MARDI dan ada beberapa petani tradisional yang masih ada lagi untuk menyimpannya. Pesawah kurang berminat dengan tanaman padi pulut kerana ia tidak mendapat sambutan petani kerana harga pulut import yang rendah daripada negara jiran dan beras pulut tidak mendapat subsidi padi yang sedia ada. Hasil tanaman padi pulut disini dipalorkan amat baik serta masih memberangsangkan apabila padi pulut itu mampu untuk menghasilkan kira-kira 4.10 metrik tan sehektar. Seterusnya untuk memastikan ia benar-benar mencapai potensi, pemerhatian itu diulang pada musim pertama tahun lalu dan hasilnya didapati lebih baik iaitu 4.8 metrik tan sehektar.
Pada masa ini boleh dikatakan tiada Pakej Teknologi Tanaman padi pulut yang agak komprensif sehingga dilapor tahap pengeluarannya pun amat rendah dan untuk kegunaan sendiri. Ia tidak sama dengan aplikasi RICE CHECK yang telah disediakan oleh Jabatan Pertanian walau pun didakwa ada sedikit persamaan. Disebebkan tiada pengeluaran beras pulut tempatan yang mencukupi maka kerajaan mengimport beras pulut dari luar negara ini dalam kategori Spesialiti Rice. Ada juga dilaporkan dimana beras pulut ini agak berbeza kaedah penyimpanannya dengan beras biasa kerana pentingnya kandungan Free Fatty Acis (FFA) yang sedikit didalamnya dapat dikekalkan semasa dimasak. Beberapa ciri varieti padu pulut tempatan yang disenaraikan boelh dibahagikan kepada 4 varieti sahaja. Padi Pulut Masria didakwa akan matang dalam masa 126 hari dengan ketinggian pokoknya 91 cm dan potensi hasilnya sebanyak 4.4 metrik tan sehektar dimana varieti ini mengandungi 1.7% bahan amylose. Padi Pulut Malaysia 1 pula idakwa akan matang dalam masa 145 hari dengan ketinggian pokoknya 100 cm dan potensi hasilnya sebanyak 5.0 metrik tan sehektar dimana varieti ini mengandungi 1.1% bahan amylose. Padi Pulut Siding pula didakwa akan matang dalam masa 143 hari dengan ketinggian pokoknya 1115 cm dan potensi hasilnya sebanyak 4.7 metrik tan sehektar dimana varieti ini mengandungi 1.4% bahan amylose. Padi Pulut Hitam 9 (PH9) pula didakwa akan matang dalam masa 136 hari dengan ketinggian pokoknya 102 cm dan potensi hasilnya sebanyak 4.7 metrik tan sehektar dimana varieti ini mengandungi 0.3% bahan amylose. Pemilihan varieti padi pulut untuk ditanam pesawah di Malaysia perlu disesuaikan dengan jenis tanah dan amalan agronomi.
Portal berita sinarharian.com melaporkan 'Pesawah tanam padi pulut' di Langkawi yang disiarkan beberapa tahun lalu. Portal tersebut melaporkan seramai 27 pesawah dari empat kawasan di Langkawi terpilih terlibat dalam projek perintis penanaman padi pulut yang keseluruhannya seluas 39 hektar. Projek yang diterajui oleh pihak MAFI ini melibatkan Kampung Ayer Hangat, Ulu Melaka, Kampung Teluk dan Kampung Padang Lalang. Pelaksanaan pilot projek dalam skala kecil itu memberi ruang kepada pihak pelaksana untuk mempelajari sebarang kelemahan atau kekurangan yang timbul. Walau pun ada masalah yang timbul tetapi ia akan ditambah baik pada masa tanaman sebenar yang akan dilaksanakan pada skala besar meliputi 2,038 hektar menjelang 2021 kelak. Penanaman padi pulut ini akan dilaksanakan secara berperingkat yang melalui beberapa fasa pembangunan. Dilaporkan sebanyak 116 metrik tan padi pulut akan dituai oleh semua jika semua berjalan dengan baik. Ada cerita dimana pelaksanaan tanaman padi ini adalah usaha untuk merealisasikan impian MP Langkawi (Bekas PM) yang ingin melihat petani di Langkawi memperoleh sumber pendapatan yang lebih baik dari tanaman padi biasa yang dilaksanakan sekarang. Projek ini dilaksanakan oleh PPK Langkawi dengan sasaran untuk mengurangkan kos import padi pulut yang ditanggung kerajaan. Bajet yang diberi adalah untuk membangunkan projek padi pulut dijangka akan dapat mengubah industri penanaman padi di Langkawi dengan adanya penambahbaikan pengairan di sawah-sawah padi, penyediaan sesetengah infrastruktur baru seperti jalan ladang, parit dan tali air, kemudahan kejenteraan baru dan lain-lain lag. Dijangka kejayaan pelaksanaan tanaman padi pulut di Langkawi akan turut membantu mengurangkan jumlah kos pengimportan padi pulut yang dianggarkan sebanyak RM30 juta setahun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!...
CIRI MELEKIT... ENAK SEKALI RASA...
LUAS DITANAM... KAWASAN INDOCINA...
TANAM DI LANGKAWI... PULUT LAGENDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Ramadan 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.