Arnab yang diternak membabitkan beberapa jenis antaranya baka Parsi dan Anggora yang berumur sebulan setengah ke atas. Walaupun arnab tidak begitu sukar diternak berbanding haiwan lain tetapi cabarannya tetap ada seperti kos makanan dan aspek keselamatan arnab yang terdedah kepada binatang pemangsa seperti anjing liar. Secara keseluruhan dakwanya kos perbelanjaan sekitar RM500 sebulan untuk makanan palet, tetapi dengan penggunaan daun segar dan semula jadi sebagai makanan tambahan, ia dapat mengurangkan kos yang perlu ditanggung. Arnab yang makan daun tumbuhan semula jadi mempunyai kelebihan terutama dari segi kualiti dagingnya lebih baik dan kenyal. Antibodi haiwan itu juga lebih kuat jika memakan sumber alam semula jadi dan tidak mudah diserang penyakit. Ia adalah antara faktor pelanggan lebih menyukai arnab yang saya ternak kerana ia bersifat organik walaupun belum sepenuhnya. Dia dakwa berjaya menjual lebih 1,500 arnab sepanjang tempoh PKP 2.0 dan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akhir tahun 2021. Bagi memastikan tahap pembesaran dan kesihatan arnab berada pada tahap terbaik, Mohd Fadil sentiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veteriner Negeri Sembilan (JPVNS). JPV mahu memastikan kepentingan pengguna sentiasa dijaga dengan memastikan arnab atau daging yang dijual berkualiti.
Dia turut bercadang membesarkan projek ternakan itu bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meluas, bukan saja di Negeri Sembilan malah di negeri lain. Permintaan arnab pedaging bertambah termasuk dari Johor, Selangor dan Melaka dan saya juga berhasrat menternak arnab organik selepas ini. Sambutan yang menggalakkan itu mendorong saya mengembangkan projek penternakan arnab ini.
Kejayaan bagaimana penternak arnab berjaya 'Pasarkan 100kg daging arnab sebulan' boleh dijadikan panduan pembaca blog ini. Bagi osahawan bernama Jamelludin (kanan) dan Mohd Amir menunjukkan antara sangkar yang menempatkan arnab di kandang mereka di Kampung Seberang Balok, Kuantan, Pahang. Mereka berdua bermula dengan hobi suka-suka dengan membela enam ekor arnab di kawasan rumah namun minat itu kini berkembang menjadi perniagaan sehingga membawa pada pulangan lumayan. Melihat kepada potensi dan permintaan terhadap daging dan produk makanan berasaskan daging arnab yang tinggi mendorong mereka mengembangkan projek ternakan arnab itu. Dia bersama empat rakanlain kini telah mengambil langkah berani bergabung modal untuk mereka memulakan projek ternakan itu walaupun tanpa ilmu dan pengalaman pada awalnya. Projek ternakan arnab pedaging yang diusahakan di bawah syarikat Sinar Bumitech Sdn Bhd bermula Disember 2020 terus berkembang. Kini terdapat 500 ekor arnab di kandang yang diusahakan di Kampung Seberang Balok dimana selain baka arnab pedaging tempatan kini mereka turut mempunyai induk jenis Hycole Hibrid dari Perancis yang mampu mencapai berat 7.5 kilogram. Keadaan kandang yang sentiasa dalam keadaan bersih bagi tujuan memastikan arnab yang diternak membesar dalam keadaan sihat. Selain menyediakan bekalan daging segar, syarikat ini turut menjual induk, arnab peliharaan, produk berasaskan arnab dan aksesori termasuk sangkar jika ada permintaan. Antara produk sedia dimasak yang dikeluarkan termasuk daging arnab perap, sate dan rendang yang dipasarkan melalui agen yang dilantik. Jelasnya harga bagi daging arnab segar yang siap dipotong dan dibungkus antara RM35 hingga RM38 sekilogram manakala daging perap berharga RM35 untuk setengah kilogram. Berdasarkan hasil jualan setakat ini, kami mampu memasarkan kira-kira 100 kilogram (kg) sebulan termasuk daging segar dan produk siap dimasak. Kini syarikat Sinar Bumitech kini mempunyai dua kandang termasuk satu baru siap dibina yang mampu menempatkan 3,000 ekor arnab pada satu-satu masa tahun 2022. Ketika ini permintaan diterima dari penggemar daging arnab sekitar Kuantan dan luar cukup menggalakkan namun bekalan yang sedia ada masih tidak mampu menampung permintaan sepenuhnya. Mereka kini sedang dalam proses pembiakan baka Hycole Hibrid Perancis yang mampu mencapai tempoh matang hanya dua bulan berbanding tiga bulan bagi baka tempatan. Produk daging arnab perap keluaran Sinar Bumitech Sdn Bhd. Usaha itu memerlukan modal agak besar kerana harga seekor arnab baka berkenaan hampir RM1,000.
Dalam masa sama ada '8,000 penternak muda pilih arnab untuk komersial' yang dialprkan oleh MAFI. Dilaporkan dimana ada lebih 80 peratus daripada kira-kira 10,000 penternak muda di seluruh negara yang kini terlibat secara langsung dengan penternakan arnab berbanding haiwan ternakan lain. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, penternakan arnab menjadi pilihan kerana kos operasi rendah, pusingan ternakan singkat dan pulangan lumayan. Kini harga jualan daging arnab ketika ini sekitar RM35 sekilogram dengan anggaran berat karkas (bahagian) haiwan itu yang sudah disembelih antara satu hingga 1.6 kilogram seekor. Populasi arnab di negara ini pada tahun lepas dianggarkan sebanyak 44,967 ekor meliputi arnab pedaging dan haiwan kesayangan sebagai hobi sahaja. Memang tidak ada syarat khusus untuk menternak arnab namun digalakkan untuk mengikuti kursus asas penternakan arnab yang dikendalikan JPV.
Menarik kisah 'Mitos pelihara arnab' dari portal hmetro.com untuk dikongsikan infonya. Bagi mereka yang membesar dengan animasi Looney Toons Bugs Bunny pastinya sering melihat karakter si arnab yang lincah itu kerap mengunyah lobak yang sebenarnya bukan baik untuk haiwan arnab (Sila lihat foto disebelah). Kebanyakan orang yang tidak pernah membela spesies haiwan herbivor dalam kategori pseudo-ruminan itu menyangkakan lobak merah adalah makanan utama sesuai dengan diet. Bagaimana pun Setiusaha Persatuan Penternak Arnab Malaysia (MARBA) Kamarulazwa ada menyifatkan lobak merah sebagai makanan utama dan sihat bagi arnab adalah mitos. Dalam kehidupan liarnya dimana arnab tidak sering menjadikan lobak merah sebagai makanan ruji. Sebaliknya arnab menjadikan tumbuhan hijau seperti rumput dan dedaun yang terdapat di sekitar sebagai makanan. Arnab peliharaan adalah arnab domestik yang sudah diadaptasi dengan diet pracampuran diformulakan dalam memenuhi keperluan haiwan itu dalam bentuk palet. Apa pun lobak merah tinggi karbohidrat dan tidak sesuai diberi secara berlebihan dalam diet harian arnab. Bagaimanapun, lobak merah boleh diberikan, tetapi dalam kadar yang sedikit dan sebagai makanan ringan saja. Tumbuhan yang selamat untuk diet harian arnab adalah 'hay' sama ada Timothy hay ataupun Alfafa hay. Hay mempunyai kandungan protein dan serat yang baik memenuhi keperluan nutrisi arnab. Mitos lain dalam penjagaan dan mungkin bagi yang baru pertama kali memelihara arnab sebagai haiwan perliharaan ialah haiwan itu perlu dimandikan. Memandikan arnab boleh mendatangkan risiko sehingga mungkin boleh menyebabkan kematian. Arnab yang terdedah kepada kelembapan tinggi berkemungkinan akan menyebabkan kembung. Sebenarnya arnab hanya perlu dirapikan bulu bagi spesies baka berbulu panjang selain memastikan persekitaran sangkar sentiasa bersih untuk mengekalkan kebersihan haiwan berkenaan. Saranan bagi penternak atau individu yang pertama kali pelihara arnab, kata Kamarulazwa, perlu ada pengetahuan mengenai penjagaan haiwan itu selengkapnya. Disarankan bagi mereka yang petama kali membela arnab supaya dapatkan maklumat selengkapnya. Tip kepada buat anda pertama kali ingin menjadikan arnab sebagai haiwan peliharaan yang paling utama adalah ilmu dimana perlu dapatkan maklumat selengkapnya mengenai penjagaan arnab sebelum memutuskan untuk mendapatkannya. Elakkan membeli arnab di kedai haiwan peliharaan yang tidak mementingkan aspek kebajikan dan kebersihan sebaiknya dapatkan arnab daripada pembiak baka yang beretika. Penjagaan arnab perlu diketahui pemiliknya ialah haiwan itu seharusnya dipindah milik selepas usia dua bulan. Penting untuk mengelakkan daripada menukar jenis makanan secara mendadak kerana arnab akan berisiko untuk mendapat cirit-birit yang boleh menyebabkan kematian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BERMULA SEDIKIT... BERATUS JADINYA...
TERNAKAN ARNAB... RAMAI YANG SUKA...
BERIKAN HASIL... MARILAH BERMULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(13 Rejab 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.