Penulis blog banyak menulis bagaimanakah ciri-ciri nanas MD2 tulen yang mana terlibat semasa penyediaan dokumen teknikal di Jabatan Pertanian dan LPNM sedia ada. Apa pun sudah ada piawaian buah nanas MD2 untuk pasaran eksport dimana kini pengeluaran hasil yang berkualiti tinggi sangat penting dalam aspek kawalan kualiti. LPNM dan Jabatan Pertanian sentiasa berusaha untuk memastikan hanya sumber anak benih tulen sahaja (sulur tanah disahkan dalam Skim Pengesahan Bahan Tanaman - SPBT) sahaja yang akan dibekalkan kepada petani supaya pengeluaran nanas MD2 di Malaysia mencapai piawai atau standard yang diperlukan. Benih yang diedarkan perlu mengikuti spesifikasi Piawian SIRIM dan perlu diperiksa pegawai Jabatan Pertanian dahulu. Antara ciri-ciri berkaitan nanas MD2 tulen adalah sifat pertumbuhan pokok, kedudukan duri pada daun dan bentuk buah. Selain itu penulis blog sering memeriksa beberapa ciri-ciri lain nanas MD2 tulen termasuk pada daun yang diperhatikan adalah tidak ada kehadiran antosianin iaitu pigmen berwarna seakan gabungan merah, ungu dan biru. Walau bagaimanapun jika berlaku ada juga kehadiran antosianin pada nanas MD2 maka kemungkinan ia bukan dari nanas MD2 yang tulen. Blog saya ada memberi maklumat mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada pokok nanas MD2 yang akan dijadikan sumber rujukan (Sila klik disini). Pemeriksaan awal adalah pokok induk nanas MD@ yang dilakukan dimana hanya pokok induk disahkan sahaja yang akan menghasilkan buah nanas MD2 yang berkualiti tinggi dan anakbenih sulur diperakui. Namun begitu ada beberapa pendapat saintis dimana terdapat faktor persekitaran seperti cuaca yang panas atau kurang air juga boleh mempengaruhi pembentukan dan ciri duri nanas MD2. Antaranya seperti yang penulis blog lihat terdapat duri pada daun dimana ia menjadi tidak sekata di sepanjang daun. Ada kala dimana posisi duri pada daun boleh terbentuk secara tunggal atau gabungan beberapa posisi malahan ada yang berduri penuh. Ini selalu akan mengeirukan petani dimana penjelasan perlu diberikan kepada mereka dilapangan.
Terdapat garispanduan berkaitan dengan pakej pembajaan standard nanas MD2 dalam manual di LPNM dan Jabatan Pertanian Malaysia. Nanas MD2 pada penulis blog memang sudah dikategorikan sebagai nanas yang mempunyai tempoh matang yang sederhana iaitu 15 bulan sebelum hasil dapat dituai. Bagi kaedah pembajaan biasa selalunya kekerapan membaja adalah sebanyak tiga kali iaitu pada tempoh 3, 6 dan 9 bulan menggunakan baja sebatian NPK Hijau 15:15:15 dan baja sebatian NPK Biru 12:12:17:2. Kadar baja adalah sebanyak 20 gram sepokok bagi setiap kali pembajaan. Apa pun terdapat beberapa kaedah pembajaan yang mana ia memerlukan pembajaan secara manual bagi setiap tempoh pembajaan dan melibatkan masa dan kos yang tinggi kerana pembajaan perlu dilakukan bagi setiap pokok. Kelemahan pembajaan secara manual ini adalah penerimaan jumlah baja adalah tidak sekata bagi setiap pokok kerana bergantung kepada faktor kecekapan buruh semasa aktiviti membaja dijalankan. Bagaimana pun kini teknologi pembajaan nanas sudah banyak diubah suai mengikut pakej Tanaman Nanas Tanah Mineral dan pakej Tanaman Nanas Tanah Gambut yang memang agak berlainan. Penggunaan baja semburan atau Baja Foliar kepada tanaman nanas MD2 khususnya semakin popular dilakukan penanam nanas untuk mendapatkan buah yang berkualiti. Terdapat banyak jenis baja semburan (cecair) dipasaran yang menjadi pilihan petani dimana mereka dapati aplikasi ini amat signifikan didalam menghasilkan buah yang berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport. Pihak LPNM dan Jabatan Pertanian menggalakkan penggunaan baja foliar untuk tanaman nanas MD2 dimana pakej aplikasinya juga sudah disediakan untuk panduan.
Merujuk kepada kajian oleh penyelidik MARDI dimana mereka membangunkan pakej pembajaan GROWPINE terhadap nanas MD2 untuk dikongsikan temuan kajian. Apa pun dilaporkan dimana teknologi baja GROWPINE telah ada dan sudah dibangunkan dengan tujuan mengurangkan kekerapan pembajaan bagi semusim penanaman nanas daripada tiga kali kepada sekali pembajaan sahaja semusim penanaman. Bagi varieti nanas MD2 pakej baja GROWPINE yang digunakan adalah jenis Baja Nuget 1 dengan formulasi NPK iaitu 10.9: 13.9: 10.4 (atau dipanggil sebagai BN1) dan juga aplikasi jenis Baja Nuget 2 dengan formulasi NPK 8.8: 4.8: 25 unsur TE iaitu Zn, Cu, B (atau ringkasnya sebagai BN2). Jenis baja permulaan ialah GROWPINE padat dengan kadar NPK12:8:16. Kaedah pembajaan ini sangat menjimatkan masa dan kos upahkerja membaja memang dapat dikurangkan dengan signifikan. Pembajaan yang rutin bagi baja makro tidak lagi diperlukan sepanjang musim penanaman nanas MD2 kecuali jika petani menjalankan aktivitii semburan baja foliar. Semburan foliar masih boleh dilakukan serentak semasa semburan racun serangga dan kulat bagi kawalan penyakit. Walau bagaimana pun dilaporkan dimana untuk semburan bersama baja bio bagi tanaman nanas MD2 adalah masih tidak disyorkan. Gerak kerja pengurusan pembajaan dan penanaman sulur adalah seperti dalam dengan menimbang baja mengikut bilangan pokok nanas bagi setiap batas dan diikuti dengan menabur baja yang telah ditimbang secara sekata di atas batas penanaman. Seterusnya opetani perlu menggaul baja yang ditabur dengan menggunakan jentera atau jika keadaan baja yang telah digaul dengan tanah. Proses penting seterusnya adalah aktiviti memasang plastik sungkupan pada batas dengan teknik yang betul. Akhir sekali adalah aktiviti menanam anak sulur nanas tulen secara padat di atas plastik sungkupan. Pastikan tidak ada lubang di pcak diatas plastih tersebut kerana semasa hujan ia menjadi 'cawan' yang boleh menyebabkan anakbenih nanas MD2 terendam dan mati. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!.
MEMBAJA BETUL... HASIL BERKUALITI...
GUNA GROWPINE... TEKNOLOGI MARDI...
MENGHORMON NANAS... ADA TEKNOLOGI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Ramadan 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.