Support My Blog

Showing posts with label KESAN PEMBAJAAN DAN HORMON NANAS MD2. Show all posts
Showing posts with label KESAN PEMBAJAAN DAN HORMON NANAS MD2. Show all posts

Thursday, April 7, 2022

KESAN PEMBAJAAN DAN HORMON NANAS MD2 (PART 3)

VARIETI NANAS MD2
(Ananas comosus) merupakan varieti nanas yang popular dan mempunyai permintaan pasaran yang baik di dalam dan luar negara dimana industri ini diterajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Nanas MD2 yang didaftarkan dengan kod AC 9 bawah Daftar Varieti Tanaman Kebangsaan, Jabatan Pertanian merupakan nanas hibrid yang berkualiti tinggi dengan ciri sedikit aroma yang mana penulis blog terlibat proses pendaftaran ini. Selain dari pengurusan input yang baik serta penggunaan sumber anak benih yang berkualiti sangat penting untuk menjamin hasil nanas MD2 yang dihasilkan dimana saya ada menulis lebih dari 260 artikel berkaitan nanas didalam blog ini. Di Malaysia apa yang saya ingin perkatakan adalah dimana pengeluaran bahan tanaman nanas menggunakan kaedah tisu kultur sering dikaitkan dengan masalah 'variasi somaklonal'. Keadaan ini telah menyebabkan pihak MAFI dan Jabatan Pertanian mengeluarkan arahan agar penggunaan benih nanas kultur tisu MD2 tidak digalakkan. Apa yang berlaku menyebabkan morfologi bentuk buah nanas MD2 daripada bahan pembiakan benih sulur TC akan turut terkesan dengan disebabkan oleh faktor aplikasi kadar baja dan hormon yang berbeza yang diberikan. Kadar baja makro nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) yang sesuai untuk tanaman nanas MD2 yang disyorkan adalah 300 kg N, 250 kg P2O5 dan 595 kg K2O/ha. Dalam pada itu juga penggunaan 90 mL ethrel/18 L dengan cara kombinasi pemberian 50 mL isi padu bagi setiap pokok menunjukkan peratus kejayaan pembentukan buah silinder bagi nanas MD2 adalah pada tahap tinggi. Ini juge telah menyebabkan ramau pengusaha tanaman nanas MD2 masih dalam dilema untuk menggunakan bahan tanaman tersebut sehingga kajian lanjut berkaitan masalah variasi somaklonal diperoleh. Skim pengesahan bahan tanaman nanas yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian menyenaraikan beberapa ciri bagi MD2 yang diklasifikasikan sebagai bahan tanaman yang tulen. Ketulenan varieti nanas boleh dikenal pasti iaitu berdasarkan ciri morfologi sesuatu varieti yang telah sedia ada dan sudah ditetapkan. Apa pun perbezaan antara varieti boleh dilihat pada sifat pertumbuhan pokok, posisi duri pada margin daun serta morfologi buah, daun, jambul dan bentuk buah. Nanas MD2 sangat mudah dikenal pasti apabila mengalami variasi somaklonal. Ia sangat jelas dilihat pada pembentukan buah yang berbentuk lebih lonjong dan jambul berbilang. Ciri asal nanas MD2 mempunyai bentuk buah yang silinder dan jambul yang normal. Daripada penelitian penulis blog di banyak ladang, didapati penggunaan sulur yang tulen juga boleh menghasilkan bentuk buah yang lonjong atau boleh dikategorikan sebagai berlakunya keadaan variasi somaklonal. Ini kerana variasi pada tanaman boleh berlaku sama ada akibat faktor fenotipik atau genotipik. Faktor genotipik adalah perubahan yang berlaku dalam sel tanaman manakala faktor fenotipik adalah faktor luaran seperti cuaca, air dan kesan penggunaan input pertanian seperti baja atau hormon. Artikel subuh ini dalam blog pertanian "Anim Agro Technology" saya ingin berkongsi info hasil laporan kajian oleh MARDI yang ditulis semula mengenai bagaimana kesan pembajaan dan aktiviti menghormon nanas MD2 terhadap kualiti buah nanas yang dihasilkan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Aktiviti aruhan pembungaan nanas MD2 dilakukan dimana ia  akan mempengaruhi proses pembungaan supaya pokok agar pokok nanas dirawat akan berbuah serentak. Proses ini sebenarnya akan memudahkan petani untuk menyusun pengeluaran hasil supaya memenuhi keperluan pasaran sama ada pasaran domestik atau pun pasaran eksport. Penulis blog sering mendengar pengusaha nanas mengeluh kerana bermasaalah buah yang dihasilkan sangat banyak selepas dihormon serentak ribuan pokok tidak diselaraskan dengan jadual perancangan pemasaran. Pengusaha nanas yang pertama sekali menanam nanas MD2 komersil ini sering menyatakan masaalah tersebut kepada penulis blog. Apap un sebaiknya dirancang menghormon ikut jadual pemasaran dan sudah ada jaminan menjualnya.  Aruhan pembungaan boleh dilaksanakan secara semburan cecair hormon ataupun dengan menggunakan pil hormon. Hormon pembungaan yang biasa digunakan ialah ethrel atau pil Alpha Naphthyl Acetic Acid (ANAA). Secara asasnya dimana kadar yang disyorkan kepada petani adalah campuran baja urea antara 180 - 320 g yang dilarutkan dalam 18 Liter air. Campuran hormon yang telah siap dituang ke celah pucuk nanas dengan kadar sebanyak 50 mL/pokok. Semasa penyediaan hormon aruhan pembungaan ini disyorkan agar baja urea (46% N) ditambah dalam campuran untuk bertindak balas dengan membebaskan gas etilena. Petani atau pengusaha tanaman nanas sering kali mengambil mudah tentang campuran hormon ini. Mereka mungkin sudah terbiasa membuat campuran yang tidak lagi mengikut kadar yang disyorkan. Penulis blog semasa menjalankan tinjauan kepada pengusaha nanas juga mendapati dimana ada petani yang kadangkala menyembur hormon cecair secara berlebihan tanpa sukatan sehingga pokok nanas menjadi basah. Ini perlu diperbetulkan dimana sebaiknya campuran hormon akan berkumpul di tengah pucuk nanas untuk kecekapan. Perkara seperti ini perlu dielakkan oleh [enanam nanas seperti yang enulis blog selalu tegur kerana ia merugikan dan menambah kos bagi petani malah tidak meningkatkan kejayaan aruhan pembungaan berbanding dengan aruhan hormon yang standard.

Hasil pemerharian diladang nanas diperhatikan dimana selalunya kejayaan aruhan pembungaan boleh dilihat dengan pembentukan red heart selepas 30 - 46 hari aruhan dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Pembentukan red heart ini sangat penting direkodkan oleh pekerja dan pengusaha kerana ia akan menentukan tempoh masa untuk aktiviti penuaian hasil. Penulis blog dapati dimana pada kebiasaannya nanas MD2 boleh dituai dalam tempoh 135 -145 hari dimana ia perlu disesuaikan dengan pasaran untuk eksport atau domestik. Dalam pada itu sebaiknya penuaian dilakukan dengan indeks penuaian 0 dan sehingga indeks penuaian 1. Biasanya diperhatkan dimana kesan hormon terhadap kualiti bentuk buah Nanas MD2 ada pelbagai temuan. Dilaporkan ada terdapat dua kaedah aruhan pembungaan yang biasa dilakukan iaitu pertama dengan cara menggunakan hormon ethrel dalam bentuk cecair atau hormon dalam bentuk pil. Penggunaan hormon cecair dari tinjauan penulis blog di seluruh Malaysia kini didapati lebih digemari oleh para petani kerana lebih mudah dan cepat dilakukan. Ini juga adalah kerana ia boleh dilakukan secara mekanisasi menggunakan traktor dan tong penyembur. Ladang JTP, Ulu Tiram, Johor dan Rompine di Rompin, Pahang merupakan diantara ladang nanas yang luas dimana menghormon ini menggunakan jentera. Rawatan hormon kedia syarikat ini telah dilakukan dengan cara aruhan pembungaan nanas MD2 secara semburan dengan cecair. Rawatan tersebut menggunakan kadar hormon ethrel yang dalam bancuhan dan isi padu hormon yang dipastikan akan diterima oleh setiap pokok dengan tepat dan betul. Hasil dari laporan pemerhatian dan dakwaan oleh beberapa pengurus diladang nanas MD2 ini menyatakan dimana kesan hormon terhadap bentuk buah nanas MD2 telah dijalankan dengan baik terutama jika buah adalah untuk pasaran eksport. Ramai juga petani kecil komersil yang menggunakan pelbagai kadar hormon dalam bancuhan serta isi padu bancuhan yang akan diterima bagi setiap pokok amenyababkan berlaku kes tidak sekata. Isi padu bancuhan hormon yang diterima bergantung kepada kecekapan pekerja melaksanakan aktiviti tersebut dan kelajuan traktor yang digunakan. Didapati berlaku juga kadar sukatan hormon yang diterima oleh setiap pokok berbeza-beza menyebabkan isu lain. Laporan MARDI yang melakukan penyelidikan dengan kadar hormon yang 30, 60, 90, 120 dan 150 mL ethrel/18 Liter air dijalankan. Bagi setiap rawatan hormon juga sebanyak 180 g urea dicampurkan dalam 18 Liter air diaplikasikan. Kajian dijalankan juga dengan melihat dua isi padu rawatan bancuhan hormon yang diuji iaitu sebanyak 50 mL/pokok dan 100 mL/pokok. Campuran hormon tersebut dicurahkan di tengah pucuk pokok nanas selepas sembilan bulan bertanam di ladang. Hasil kajian dan data menunjukkan penggunaan kadar hormon ethrel yang pelbagai akan mempengaruhi peratusan buah nanas MD2 yang berbentuk silinder . Oleh yang demikian digalakan agar hormon ethrel yang sesuai ialah 90 mLiter/18 Liter dengan isi padu bancuhan diberi bagi sepokok adalah sebanyak 50 mL. sepokok. Hasil kajian dilaporkan dimana bagi hormon ethrel yang digunakan melebihi 90 mL dalam bancuhan tersebut telah menunjukkan trend penurunan bagi peratusan buah berbentuk silinder bagi kedua-dua isi padu hormon. Bagaimana pun bagi pemberian hormon pada kadar 120 mL ethrel didapati berlaku sedikit kenaikan sebelum penurunan semula. Didapati aplikasi sebanyak 50 mL bancuhan hormon mencukupi berbanding dengan 100 mL/ pokok kerana akan berlaku pertambahan isi padu hormon tidak meningkatkan peratusan bentuk buah silinder secara ketara. Dalam kajian MARDI ini didapati dimana ia boleh disimpulkan bahawa penggunaan 90 mL hormon ethrel dalam 18 L air dan 50 mL isi padu bancuhan diberi per pokok adalah yang terbaik dari segi penjimatan bahan. Peratus kejayaan buah nanas MD2 yang berbentuk silinder adalah tinggi iaitu sebanyak 81% jika ianya dibandingkan dengan penggunaan 120 mL hormon ethrel per 18 L air dan 100 mL isi padu hormon dibekalkan pada setiap pokok (80%). Isi padu hormon yang berlebihan sehingga 100 mL akan meningkatkan kos pengeluaran, melambatkan proses kerja dan seterusnya merugikan petani. Maklumat ini memang terbaik dari pihak penyelidik MARDI yang penulis blog pernah rujuk. Tahniah MARDI yang menjalankan kajian dan memberikan maklumat tersebut untuk rujukkan semua.

Penulis blog amat gembira dengan hasil laporan kajian MARDI ini dalam menilai akan kesan pembajaan dan hormon terhadap morfologi tanaman nanas. Dilaporkan dimana kesan pembajaan dan hormon pembungaan terhadap morfologi bentuk buah nanas MD2 sangat penting kerana ia akan mempengaruhi bentuk buah yang dihasilkan. Ciri nanas MD2 yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk tujuan eksport keluar negara hasil promosi MAFI dan LPNM serta atache pertanian negara terlibat memrlukan buah nanas MD2 yang mempunyai bentuk buah yang silinder dengan anggaran berat 1.8 - 2.0 kg/biji. Dalam tinjauan penulis blog ke Ladang JTP di Ladang Ulu Tiram dan Ladang Felda Nitar, Mersing dimana meraka berjaya menghasilkan buah berkualiti intuk pasaran eksport. ini kerana amalan pembajaan dan hormon yang dijalankan sudah sesuai dengan pakej untuk pasaran eksport (Sila lihat foto disebelah). Nanas jenama MELITA sudah dieksport melalui pelabuhan PTP semala beberapa tahun. Dalam pada itu dinyatakan dimana jika diteliti akan keadaan daun yang hijau kekuningan selalunya akan menghasilkan buah yang silinder. Simptom  daun kekuningan di peringkat penuaian menunjukkan penggunaan nutrien yang efisien semasa peringkat awal pertumbuhan adalah cekap sehingga proses reproduktif dalam menghasilkan buah nanas MD2 yang berkualiti berjaya. Berbanding dengan nanas MD2 yang mana ia berbentuk lonjong selalunya akan terhasil jika dilihat dimana dengan keadaan warna daun hijau pekat. Keadaan ini juga boleh membuktikan pokok nanas telah menerima baja yang lebih daripada keperluan sepatutnya dan menyebabkan gangguan terhadap bentuk buah nanas MD2. Pembentukan jambul nanas MD2 pula akan berganda juga boleh berlaku jika aplikasi pembajaan dan hormon berlebihan. Keadaan jambul berganda. Semasa peringkat penuaian apabila pokok nanas MD2 mengeluarkan buah berbentuk lonjong atau mempunyai jambul berganda sebenarnya ia masih boleh dijual di pasaran tempatan akan tetapi mungkin berlainan harga dari jenis buah bentuk selinder. Bagaimana pun lazimnya buan seperti ini disyorkan untuk diproses menjadi produk hiliran seperti buah potong, jus nanas, kuih muih kerana ianya tidak sesuai untuk pasaran eksport. Sebagai kesimpulan dimana aplikasi kadar baja dan hormon yang digunakan untuk meningkatkan hasil dan kualiti nanas MD2 sangat penting kerana mempengaruhi bentuk buah dan jambul nanas MD2 yang ditanam walaupun benih sulur yang disahkan tulen digunakan. Walau betitu penulis blog dapati dimana sekiranya baja dan hormon yang digunakan optimum maka isu kejadian bentuk buah yang lonjong dan jambul berbilang boleh dikurangkan atau boleh dielakkan. Faktor pengurusan pembajaan dan aplikasi hormon yang tidak sekata juga boleh menyebabkan kecekapan pengambilan nutrien berbeza-beza bagi setiap pokok nanas MD2 yang ditanam. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!..
NANAS MD2... ADA AMALAN AGRONOMI...
MEMBAJA BETUL... HASIL BERKUALITI...
GUNA GROWPINE... TEKNOLOGI MARDI...
MENGHORMON NANAS... ADA TEKNOLOGI...


M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Ramadan 1443H).

Posted from:
Room 1238, Le Meridien Hotel,
Jalan Tun Fuad Stephen,
Kota Kinabalu, Sabah.

Wednesday, April 6, 2022

KESAN PEMBAJAAN DAN HORMON NANAS MD2 (PART 2)

VARIETI NANAS MD2
(Ananas comosus) merupakan varieti nanas yang popular dan mempunyai permintaan pasaran yang baik di dalam dan luar negara dimana industri ini diterajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Nanas MD2 yang didaftarkan dengan kod AC 9 bawah Daftar Varieti Tanaman Kebangsaan, Jabatan Pertanian merupakan nanas hibrid yang berkualiti tinggi dengan ciri sedikit aroma yang mana penulis blog terlibat proses pendaftaran ini. Selain dari pengurusan input yang baik serta penggunaan sumber anak benih yang berkualiti sangat penting untuk menjamin hasil nanas MD2 yang dihasilkan dimana saya ada menulis lebih dari 260 artikel berkaitan nanas didalam blog ini. Di Malaysia apa yang saya ingin perkatakan adalah dimana pengeluaran bahan tanaman nanas menggunakan kaedah tisu kultur sering dikaitkan dengan masalah 'variasi somaklonal'. Keadaan ini telah menyebabkan pihak MAFI dan Jabatan Pertanian mengeluarkan arahan agar penggunaan benih nanas kultur tisu MD2 tidak digalakkan. Apa yang berlaku menyebabkan morfologi bentuk buah nanas MD2 daripada bahan pembiakan benih sulur TC akan turut terkesan dengan disebabkan oleh faktor aplikasi kadar baja dan hormon yang berbeza yang diberikan. Kadar baja makro nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) yang sesuai untuk tanaman nanas MD2 yang disyorkan adalah 300 kg N, 250 kg P2O5 dan 595 kg K2O/ha. Dalam pada itu juga penggunaan 90 mL ethrel/18 L dengan cara kombinasi pemberian 50 mL isi padu bagi setiap pokok menunjukkan peratus kejayaan pembentukan buah silinder bagi nanas MD2 adalah pada tahap tinggi. Ini juge telah menyebabkan ramau pengusaha tanaman nanas MD2 masih dalam dilema untuk menggunakan bahan tanaman tersebut sehingga kajian lanjut berkaitan masalah variasi somaklonal diperoleh. Skim pengesahan bahan tanaman nanas yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian menyenaraikan beberapa ciri bagi MD2 yang diklasifikasikan sebagai bahan tanaman yang tulen. Ketulenan varieti nanas boleh dikenal pasti iaitu berdasarkan ciri morfologi sesuatu varieti yang telah sedia ada dan sudah ditetapkan. Apa pun perbezaan antara varieti boleh dilihat pada sifat pertumbuhan pokok, posisi duri pada margin daun serta morfologi buah, daun, jambul dan bentuk buah. Nanas MD2 sangat mudah dikenal pasti apabila mengalami variasi somaklonal. Ia sangat jelas dilihat pada pembentukan buah yang berbentuk lebih lonjong dan jambul berbilang. Ciri asal nanas MD2 mempunyai bentuk buah yang silinder dan jambul yang normal. Daripada penelitian penulis blog di banyak ladang, didapati penggunaan sulur yang tulen juga boleh menghasilkan bentuk buah yang lonjong atau boleh dikategorikan sebagai berlakunya keadaan variasi somaklonal. Ini kerana variasi pada tanaman boleh berlaku sama ada akibat faktor fenotipik atau genotipik. Faktor genotipik adalah perubahan yang berlaku dalam sel tanaman manakala faktor fenotipik adalah faktor luaran seperti cuaca, air dan kesan penggunaan input pertanian seperti baja atau hormon. Artikel subuh ini dalam blog pertanian "Anim Agro Technology" saya ingin berkongsi info hasil laporan kajian oleh MARDI yang ditulis semula mengenai bagaimana kesan pembajaan dan menghormon nanas MD2 terhadap kualiti buah nanas yang dihasilkan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Penulis blog memang banyak menulis tentang ciri-ciri nanas MD2 tulen yang mana terlibat semasa penyediaan dokumen teknikal di Jabatan Pertanian dan LPNM sedia ada. Apa pun sudah ada piawaian buah nanas MD2 untuk pasaran eksport dimana kini pengeluaran hasil yang berkualiti tinggi sangat penting dalam aspek kawalan kualiti. LPNM dan Jabatan Pertanian sentiasa berusaha untuk memastikan hanya sumber anak benih tulen sahaja (sulur tanah disahkan dalam Skim Pengesahan Bahan Tanaman - SPBT) sahaja yang akan dibekalkan kepada petani supaya pengeluaran nanas MD2 di Malaysia mencapai piawai atau standard yang diperlukan. Benih yang diedarkan perlu mengikuti spesifikasi Piawian SIRIM dan perlu diperiksa pegawai Jabatan Pertanian dahulu. Antara ciri-ciri berkaitan nanas MD2 tulen adalah sifat pertumbuhan pokok, kedudukan duri pada daun dan bentuk buah. Selain itu penulis blog sering memeriksa beberapa ciri-ciri lain nanas MD2 tulen termasuk pada daun yang diperhatikan adalah tidak ada kehadiran antosianin iaitu pigmen berwarna seakan gabungan merah, ungu dan biru. Walau bagaimanapun jika berlaku ada juga kehadiran antosianin pada nanas MD2 maka kemungkinan ia bukan dari nanas MD2 yang tulen. Blog saya ada memberi maklumat mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada pokok nanas MD2 yang akan dijadikan sumber rujukan (Sila klik disini). Pemeriksaan awal adalah pokok induk nanas MD@ yang dilakukan dimana hanya pokok induk disahkan sahaja yang akan menghasilkan buah nanas MD2 yang berkualiti tinggi dan anakbenih sulur diperakui. Namun begitu ada beberapa pendapat saintis dimana terdapat faktor persekitaran seperti cuaca yang panas atau kurang air juga boleh mempengaruhi pembentukan dan ciri duri nanas MD2. Antaranya seperti yang penulis blog lihat terdapat duri pada  daun dimana ia menjadi tidak sekata di sepanjang daun. Ada kala dimana posisi duri pada daun boleh terbentuk secara tunggal atau gabungan beberapa posisi malahan ada yang berduri penuh. Ini selalu akan mengeirukan petani dimana penjelasan perlu diberikan kepada mereka dilapangan.

Laporan kajian MARDI mendapati dimana apabila dilakukan penilaian kadar baja NPK diberikan kepada tanaman nanas MD2 temuan kajian juga amat menarik. Tanaman nanas merupakan tanaman C4 (aktif pada malam hari) yang memerlukan nutrien yang lengkap untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik. Apa pun dengan pemberian baja yang berlebihan pada tanaman nanas MD2 penulis blog juga mendapat tahu dimana ia boleh menyebabkan buah yang dihasilkan bersaiz besar dan berbentuk lonjong. Hasil kajian MARDI juga telah berjaya mengesahkan dimana dengan beberapa kadar NPK yang diuji kepada nanas MD2 dengan menggunakan pakej pembajaan GROWPINE dapat dilihat kesannya. Formula rawatan dengan NPK adalah Rawatan T1 (N-239.51, P-183.61 K-358.62), Rawatan T2 (N-277.35, P- 204.25, K- 466.12), Rawatan T3 (N-281.65, P- 223.81, K-434.73) dan Rawatan T4 (N-338.41, P-254.77, K-595.98). Didapati dimana prestasi hasil nanas MD2 di lapangan dengan kadar baja yang berbeza Keputusan kajian menunjukkan kadar baja yang berbeza memberi kesan variasi kepada bentuk buah dan jambul nanas MD2 berbeza.  Penggunaan sulur sebagai bahan tanaman juga tidak dapat menjamin pengeluaran yang konsisten dari segi bentuk buah dan saiz jambul. Faktor pengurusan tanaman iaitu baja dan kecekapan pengambilan nutrien sangat penting bagi penanaman nanas MD2. Daripada pemerhatian hasil kajian ini dilaporkan dimana hasil buah nanas berbentuk lonjong dapat dikurangkan sekiranya baja yang optimum dibekalkan. Keadaan jambul berbilang juga dilaporkan memang mudah berlaku apabila kadar baja yang diberikan berlebihan. Pemberian gabungan urea bersama hormon aruhan pembungaan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pengambilan unsur nitrogen oleh pokok nanas MD2 dimana ia memberikan satu pendekatan baru tanaman nanas.

Penulis blog amat gembira dengan hasil laporan kajian MARDI ini dalam menilai akan k
esan pembajaan dan hormon terhadap morfologi tanaman nanas. Dilaporkan dimana kesan pembajaan dan hormon pembungaan terhadap morfologi bentuk buah nanas MD2 sangat penting kerana ia akan mempengaruhi bentuk buah yang dihasilkan. Ciri nanas MD2 yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk tujuan eksport keluar negara hasil promosi MAFI dan LPNM serta atache pertanian negara terlibat memrlukan buah nanas MD2 yang mempunyai bentuk buah yang silinder dengan anggaran berat 1.8 - 2.0 kg/biji. Dalam tinjauan penulis blog ke Ladang JTP di Ladang Ulu Tiram dan Ladang Felda Nitar, Mersing dimana meraka berjaya menghasilkan buah berkualiti intuk pasaran eksport. ini kerana amalan pembajaan dan hormon yang dijalankan sudah sesuai dengan pakej untuk pasaran eksport (Sila lihat foto disebelah). Nanas jenama MELITA sudah dieksport melalui pelabuhan PTP semala beberapa tahun. Dalam pada itu dinyatakan dimana jika diteliti akan keadaan daun yang hijau kekuningan selalunya akan menghasilkan buah yang silinder. Simptom daun kekuningan di peringkat penuaian menunjukkan penggunaan nutrien yang efisien semasa peringkat awal pertumbuhan adalah cekap sehingga proses reproduktif dalam menghasilkan buah nanas MD2 yang berkualiti berjaya. Berbanding dengan nanas MD2 yang mana ia berbentuk lonjong selalunya akan terhasil jika dilihat dimana dengan keadaan warna daun hijau pekat. Keadaan ini juga membuktikan pokok nanas telah menerima baja yang lebih daripada keperluan sepatutnya dan menyebabkan gangguan terhadap bentuk buah nanas MD2. Pembentukan jambul nanas MD2 pula akan berganda juga boleh berlaku jika aplikasi pembajaan dan hormon berlebihan. Keadaan jambul berganda. Semasa peringkat penuaian apabila pokok nanas MD2 mengeluarkan buah berbentuk lonjong atau mempunyai jambul berganda sebenarnya ia masih boleh dijual di pasaran tempatan akan tetapi mungkin berlainan harga dari jenis buah bentuk selinder. Bagaimana pun lazimnya buan seperti ini disyorkan untuk diproses menjadi produk hiliran seperti buah potong, jus nanas, kuih muih kerana ianya tidak sesuai untuk pasaran eksport. Sebagai kesimpulan dimana aplikasi kadar baja dan hormon yang digunakan untuk meningkatkan hasil dan kualiti nanas MD2 sangat penting kerana mempengaruhi bentuk buah dan jambul nanas MD2 yang ditanam walaupun benih sulur yang disahkan tulen digunakan. Walau betitu penulis blog dapati dimana sekiranya baja dan hormon yang digunakan optimum maka isu kejadian bentuk buah yang lonjong dan jambul berbilang boleh dikurangkan atau boleh dielakkan. Faktor pengurusan pembajaan dan aplikasi hormon yang tidak sekata juga boleh menyebabkan kecekapan pengambilan nutrien berbeza-beza bagi setiap pokok nanas MD2 yang ditanam. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!.
NANAS MD2... ADA AMALAN AGRONOMI...
MEMBAJA BETUL... HASIL BERKUALITI...
GUNA GROWPINE... TEKNOLOGI MARDI...
MENGHORMON NANAS... ADA TEKNOLOGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Ramadan 1443H).
Posted from:
Room 1238, LeMerridien, Kota Kinabalu,
Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu.
Sabah.

Tuesday, April 5, 2022

KESAN PEMBAJAAN DAN HORMON NANAS MD2 (PART 1)

VARIETI NANAS MD2
(Ananas comosus) merupakan varieti nanas yang popular dan mempunyai permintaan pasaran yang baik di dalam dan luar negara dimana industri ini diterajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Nanas MD2 yang didaftarkan dengan kod AC 9 bawah Daftar Varieti Tanaman Kebangsaan, Jabatan Pertanian merupakan nanas hibrid yang berkualiti tinggi dengan ciri sedikit aroma yang mana penulis blog terlibat proses pendaftaran ini. Selain dari pengurusan input yang baik serta penggunaan sumber anak benih yang berkualiti sangat penting untuk menjamin hasil nanas MD2 yang dihasilkan dimana saya ada menulis lebih dari 260 artikel berkaitan nanas didalam blog ini. 
Di Malaysia apa yang saya ingin perkatakan adalah dimana pengeluaran bahan tanaman nanas menggunakan kaedah tisu kultur sering dikaitkan dengan masalah 'variasi somaklonal'. Keadaan ini telah menyebabkan pihak MAFI dan Jabatan Pertanian mengeluarkan arahan agar penggunaan benih nanas kultur tisu MD2 tidak digalakkan. Apa yang berlaku menyebabkan morfologi bentuk buah nanas MD2 daripada bahan pembiakan benih sulur TC akan turut terkesan dengan disebabkan oleh faktor aplikasi kadar baja dan hormon yang berbeza yang diberikan. Kadar baja makro nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) yang sesuai untuk tanaman nanas MD2 yang disyorkan adalah 300 kg N, 250 kg P2O5 dan 595 kg K2O/ha. Dalam pada itu juga penggunaan 90 mL ethrel/18 L dengan cara kombinasi pemberian 50 mL isi padu bagi setiap pokok menunjukkan peratus kejayaan pembentukan buah silinder bagi nanas MD2 adalah pada tahap tinggi. Ini juge telah menyebabkan ramau pengusaha tanaman nanas MD2 masih dalam dilema untuk menggunakan bahan tanaman tersebut sehingga kajian lanjut berkaitan masalah variasi somaklonal diperoleh. Skim pengesahan bahan tanaman nanas yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian menyenaraikan beberapa ciri bagi MD2 yang diklasifikasikan sebagai bahan tanaman yang tulen. Ketulenan varieti nanas boleh dikenal pasti iaitu berdasarkan ciri morfologi sesuatu varieti yang telah sedia ada dan sudah ditetapkan. Apa pun perbezaan antara varieti boleh dilihat pada sifat pertumbuhan pokok, posisi duri pada margin daun serta morfologi buah, daun, jambul dan bentuk buah. Nanas MD2 sangat mudah dikenal pasti apabila mengalami variasi somaklonal. Ia sangat jelas dilihat pada pembentukan buah yang berbentuk lebih lonjong dan jambul berbilang. Ciri asal nanas MD2 mempunyai bentuk buah yang silinder dan jambul yang normal. Daripada penelitian penulis blog di banyak ladang, didapati penggunaan sulur yang tulen juga boleh menghasilkan bentuk buah yang lonjong atau boleh dikategorikan sebagai berlakunya keadaan variasi somaklonal. Ini kerana variasi pada tanaman boleh berlaku sama ada akibat faktor fenotipik atau genotipik. Faktor genotipik adalah perubahan yang berlaku dalam sel tanaman manakala faktor fenotipik adalah faktor luaran seperti cuaca, air dan kesan penggunaan input pertanian seperti baja atau hormon. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya ingin berkongsi info hasil laporan kajian oleh MARDI yang ditulis semula mengenai bagaimana kesan pembajaan dan menghormon nanas MD2 terhadap kualiti buah nanas yang dihasilkan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Penulis blog banyak menulis bagaimanakah c
iri-ciri nanas MD2 tulen yang mana terlibat semasa penyediaan dokumen teknikal di Jabatan Pertanian dan LPNM sedia ada. Apa pun sudah ada piawaian buah nanas MD2 untuk pasaran eksport dimana kini pengeluaran hasil yang berkualiti tinggi sangat penting dalam aspek kawalan kualiti. LPNM dan Jabatan Pertanian sentiasa berusaha untuk memastikan hanya sumber anak benih tulen sahaja (sulur tanah disahkan dalam Skim Pengesahan Bahan Tanaman - SPBT) sahaja yang akan dibekalkan kepada petani supaya pengeluaran nanas MD2 di Malaysia mencapai piawai atau standard yang diperlukan. Benih yang diedarkan perlu mengikuti spesifikasi Piawian SIRIM dan perlu diperiksa pegawai Jabatan Pertanian dahulu. Antara ciri-ciri berkaitan nanas MD2 tulen adalah sifat pertumbuhan pokok, kedudukan duri pada daun dan bentuk buah. Selain itu penulis blog sering memeriksa beberapa ciri-ciri lain nanas MD2 tulen termasuk pada daun yang diperhatikan adalah tidak ada kehadiran antosianin iaitu pigmen berwarna seakan gabungan merah, ungu dan biru. Walau bagaimanapun jika berlaku ada juga kehadiran antosianin pada nanas MD2 maka kemungkinan ia bukan dari nanas MD2 yang tulen. Blog saya ada memberi maklumat mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada pokok nanas MD2 yang akan dijadikan sumber rujukan (Sila klik disini).  Pemeriksaan awal adalah pokok induk nanas MD@ yang dilakukan dimana hanya pokok induk disahkan sahaja yang akan menghasilkan buah nanas MD2 yang berkualiti tinggi dan anakbenih sulur diperakui. Namun begitu ada beberapa pendapat saintis dimana terdapat faktor persekitaran seperti cuaca yang panas atau kurang air juga boleh mempengaruhi pembentukan dan ciri duri nanas MD2. Antaranya seperti yang penulis blog lihat terdapat duri pada  daun dimana ia menjadi tidak sekata di sepanjang daun. Ada kala dimana posisi duri pada daun boleh terbentuk secara tunggal atau gabungan beberapa posisi malahan ada yang berduri penuh. Ini selalu akan mengeirukan petani dimana penjelasan perlu diberikan kepada mereka dilapangan.

Terdapat garispanduan berkaitan dengan p
akej pembajaan standard nanas MD2 dalam manual di LPNM dan Jabatan Pertanian Malaysia. Nanas MD2 pada penulis blog memang sudah dikategorikan sebagai nanas yang mempunyai tempoh matang yang sederhana iaitu 15 bulan sebelum hasil dapat dituai. Bagi kaedah pembajaan biasa selalunya kekerapan membaja adalah sebanyak tiga kali iaitu pada tempoh 3, 6 dan 9 bulan menggunakan baja sebatian NPK Hijau 15:15:15 dan baja sebatian NPK Biru 12:12:17:2. Kadar baja adalah sebanyak 20 gram sepokok bagi setiap kali pembajaan. Apa pun terdapat beberapa kaedah pembajaan yang mana ia memerlukan pembajaan secara manual bagi setiap tempoh pembajaan dan melibatkan masa dan kos yang tinggi kerana pembajaan perlu dilakukan bagi setiap pokok. Kelemahan pembajaan secara manual ini adalah penerimaan jumlah baja adalah tidak sekata bagi setiap pokok kerana bergantung kepada faktor kecekapan buruh semasa aktiviti membaja dijalankan. Bagaimana pun kini teknologi pembajaan nanas sudah banyak diubah suai mengikut pakej Tanaman Nanas Tanah Mineral dan pakej Tanaman Nanas Tanah Gambut yang memang agak berlainan. Penggunaan baja semburan atau Baja Foliar kepada tanaman nanas MD2 khususnya semakin popular dilakukan penanam nanas untuk mendapatkan buah yang berkualiti. Terdapat banyak jenis baja semburan (cecair) dipasaran yang menjadi pilihan petani dimana mereka dapati aplikasi ini amat signifikan didalam menghasilkan buah yang berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport. Pihak LPNM dan Jabatan Pertanian menggalakkan penggunaan baja foliar untuk tanaman nanas MD2 dimana pakej aplikasinya juga sudah disediakan untuk panduan.

M
erujuk kepada kajian oleh penyelidik MARDI dimana mereka membangunkan pakej pembajaan GROWPINE terhadap nanas MD2 untuk dikongsikan temuan kajian. Apa pun dilaporkan dimana teknologi baja GROWPINE telah ada dan sudah dibangunkan dengan tujuan mengurangkan kekerapan pembajaan bagi semusim penanaman nanas daripada tiga kali kepada sekali pembajaan sahaja semusim penanaman. Bagi varieti nanas MD2 pakej baja GROWPINE yang digunakan adalah jenis Baja Nuget 1 dengan formulasi NPK iaitu 10.9: 13.9: 10.4 (atau dipanggil sebagai BN1) dan juga aplikasi jenis Baja Nuget 2 dengan formulasi NPK 8.8: 4.8: 25 unsur TE iaitu Zn, Cu, B (atau ringkasnya sebagai BN2). Jenis baja permulaan ialah GROWPINE padat  dengan kadar NPK12:8:16. Kaedah pembajaan ini sangat menjimatkan masa dan kos upahkerja membaja memang dapat dikurangkan dengan signifikan. Pembajaan yang rutin bagi baja makro tidak lagi diperlukan sepanjang musim penanaman nanas MD2 kecuali jika petani menjalankan aktivitii semburan baja foliar. Semburan foliar masih boleh dilakukan serentak semasa semburan racun serangga dan kulat bagi kawalan penyakit. Walau bagaimana pun dilaporkan dimana untuk semburan bersama baja bio bagi tanaman nanas MD2 adalah masih tidak disyorkan. Gerak kerja pengurusan pembajaan dan penanaman sulur adalah seperti dalam dengan menimbang baja mengikut bilangan pokok nanas bagi setiap batas  dan diikuti dengan menabur baja yang telah ditimbang secara sekata di atas batas penanaman. Seterusnya opetani perlu menggaul baja yang ditabur dengan menggunakan jentera atau jika keadaan baja yang telah digaul dengan tanah. Proses penting seterusnya adalah aktiviti memasang plastik sungkupan pada batas dengan teknik yang betul. Akhir sekali adalah aktiviti menanam anak sulur nanas tulen secara padat di atas plastik sungkupan. Pastikan tidak ada lubang di pcak diatas plastih tersebut kerana semasa hujan ia menjadi 'cawan' yang boleh menyebabkan anakbenih nanas MD2 terendam dan mati. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!.
NANAS MD2... ADA AMALAN AGRONOMI...
MEMBAJA BETUL... HASIL BERKUALITI...
GUNA GROWPINE... TEKNOLOGI MARDI...
MENGHORMON NANAS... ADA TEKNOLOGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Ramadan 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...