HAIWAN SIPUT BABI ( Achatina fulica) merupakan sejenis haiwan dari kumpulan siput didalam keluarga Achatininae yang mudah kita jumpa dikawasan kebun dan keliling rumah yang ada tumbuh-tumbuhan. Siput ini merupakan siput diatas tanah atau atas daratan walau pun banyak kumpulan siput lain yang hidup didalam air serta mempunyai organ seperti hidupan lain didalam air. Penulis blog amat kenal akan siput ini iaitu semenjak kecil lagi kerana dikawasan rumah di kampong dulu memang mudah hendak jumpa siput babi terutama ada dikawasan lembab seperti dicelah-celah pokok keladi, pokokk pisang dan dan pokok bunga. Semasa membuat rujukan mendapati siput babi ini dinamakan Giant African Snail yang tergolong dalam kumpulan Moluska (mollusca) dimana bergerak menggunakan organ perut dan sangat perlahan. Kita tentu masih ingat certia Sang Siput berlumba dengan Sang Arnab dimana kita tahu yang siput bergerak sangat lambat tetapi akhirnya diceritakan arnab tertidur dan siput menang dalam perlumbaan ini. 'Siput Babi' tidak diketahui bagaimana ia mendapat nama. Kalau difikirkan kaitan antara siput babi dengan babi, mungkin ini berlaku kerana babi suka akan makan siput ini didalam keadaan ekosistem...atau saya agak ada orang terpijak dan sangat geli akan siput ini dan dia menyumpah 'Babi kau' lalu jadilah haiwan ini digelar 'siput babi'. Siput ini mempunyai cengkerang yang besar dibelakangnya berwarna coklat terang dengan coklat kekuningan yang terang berjalur-jalur atau selari. Warna cengkerang bergantung kepada lokaliti, jenis permakanan dan spesis. Cengkerang yang berbentuk piramid ini mempunyai bucu hujung yang tirus berbentuk spiral. Cengkerang ini mempunyai 7-9 pusingan apabila siput babi cukup dewasa. Fungsi cengkerang (conical shell) ini adalah sebagai perumah , pelindung, dan simpanan makanan yang keras dan tahan lama. Saiz cengkerang ini lazimnya sekitar 5-10 cm panjang tetapi ada yang mencecah sehingga 15 cm. Anggaran berat siput babi diantara 80 - 150 gram. Saya sudah ada menulis mengenai keterangan siput babi sebelum ini dan ianya boleh diakses dengan pautan berikut (Sila klik disini). Artikel yang ke 7,007 ini pada kedinginan malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis bagaimana cara mengawal siput babi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Kebanyakan mereka yang mempunyai kawasan rumah sama ada di kampong atau dibandar dan mempunyai tanah untuk cucuktanam berkemungkinan akan berjumpa dengan haiwan siput terutama jenis Siput Babi. Sama seperti penulis blog yang tinggal di Putrajaya dan ada beberapa pasu ditanam dengan tanaman ulam-ulaman dan bahan masakan dimana ia mungkin sama dengan pembaca semua akan marah apabila setelah penat-lelah bercucuk tanam kemudian hasilnya hilang sebab dimakan oleh siput. Peliknya dilihat pada siang hari sebelumnya keadaan tanaman sihat menghijau dan suka melihatnya akan tetapi pada esok paginya semua dirosakkan oleh haiwan yang aktif malam hari ini iaitu Sang Siput (Sila lihat foto disebelah). Memang 'sakit hati' betul dibuatnya kerana kehadiran siput ini atau dikenali sebagai siput babi tidak pernah muncul sebelum ada tanaman. Dilaporkan dikalangan penduduk kawasan perumahan dan peminat tanaman dikawasan keliling rumah mereka akan cupa menghapuskannya. Sebelum pembaca blog hilang sabar dengan semua keberadaan siput yang ada dekat taaman atau kebun adalah igalakkan membaca artikel ini sehingga selesai. Mana tahu kelak akan ada idea bagaimana untuk mengawal masaalah haiwan tersebut. Mungkin juga ramai akan rasa 'geli' melihat siput kerana ia berlendir. Ada juga sesekali dilihat saiz siput babi ini yang bersaiz besar (XXL) dimana dilaporkan ada kalangan peminat yang mengambil siput ini untuk dijadikan makanan lazat. Berikut saya kongsikan beberapa teknik mengawal siput babi yang mingkin ada dikawasan rumah atau kebun agar serangan dapat dikurangkan atau dihapuskan terus.
6) Pelihara Haiwan Pemangsa Siput
(7) Gunakan Air Kopi
8) Gunakan Garam Epsom
Memang mudah menggunakan gara didalam mengawal siput babi ini. Garam ini boleh didapati dimana-mana kedai farmasi. Pembaca boleh bertanya kepada penjual dikaunter dimana selalunya memang ada dijual. Apa pun kena tahu bagaimana cara untuk guna garam Epsom ini kerana mudah sahaja iaiti dengan tabur di pangkal keliling tanaman yang sedang diancam siput. Kajian mendapati apabila siput terkena garam tersebut maka kulitnya yang lembab tu akan menjadi kering dan ini menyebabkan kematian. Dalam amalan agronomi dimana dilaporkan iaitu garam Epsom juga boleh membekalkan sumber mineral iaitu Magnesium (Mg) kepada tanaman. Selain dari garam Epsom juga dilaporkan dimana pembaca juga boleh juga gunakan habuk kayu, batu kerikil, bedak, pasir atau abu yang diletak pada pangkal pokok untuk mengelakkan kehadiran siput. Apa pun jangan guna berlebihan kerana ia akan menjejaskan kesuburan tanaman sedia ada.
9) Selalu Gemburkan Tanah
Amalan agronomi dikebun yang diancam siput paling mudah adalah dengan sering menggemburkan tanah. Ini kerana cara ini apa yang penulis belajar di universiti dahulu akan boleh menyebabkan telur-telur siput yang ada di dalam tanah terkeluar dan terjemur kepada sinaran panas matahari dimana ia kemudian akan mati. Di samping menyuburkan tanah dengan memberi pengudaraan yang baik kepada akar tanaman, ianya sekali gus boleh mengawal pembiakan siput yang tak disedari.
10) Tanam Tanaman Yang Siput Tidak Suka
Teknik mengawal siput dikawasan kebun atau keliling rumah yang boleh dilakukan adalah dengan menanam jenis tanaman yang mana siput tidak suka dengannya. Salah satu tanaman yang disyorkan asalah Selasih (Ocimum basilum) yang juga merupakan tumbuhan mudah ditanam dan dijaga (Sila lihat foto disebelah). Untuk mengetahui tumbuhan ini boleh membaca artikel tulisan saya dengan pautan berikut (Sila klik disini). Apa pun dilaporkan haiwan selalunya siput memang ia kurang gemar pada dedaun yang tebal dan mempunyai bau seperti pokok selasih. Tumbuhan lain yang mempunyai ciri sama termasuk juga yang mempunyai daun wangi seperti Daylily, Ferns, Hydrangea, Lavender, Bunga Raya, Daun Pudina, Rosemary, Fenel, Parsley dan Chives. Ia antara yang sesuai ditanam untuk menghindari siput.
(11) Gunakan Bawang Putih
Bawang putih atau Garlic pun didakwa boleh digunakan dengan berkesan bagi menghalang dan membunuh siput. Bawang putih memang jarang ada ditanam di Malaysia akan tetapi penggunaannya di Malaysia amat signifikan didalam masakan. Banyak kegunaan bawang putih dikaitkan dengan kesihatan. Bagaimana pun bawang putih boleh digunakan untuk mengawal siput dengan memecahkan beberapa biji bawang putih dan rendamkan di dalam air untuk beberapa jam. Rendaman ini bertujuan agara bahan terkandung didalam bawang putih iaitu dipanggil ALLICIN masuk ke dalam air tersebut. Kemudian larutan air tersebut sudah sedia untuk digunakan sebagai air untuk semburan kepada tanaman dan kesannya adalah haiwan siput pun tidak berani datang dekat untuk merosakan tanaman. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Bawang putih atau Garlic pun didakwa boleh digunakan dengan berkesan bagi menghalang dan membunuh siput. Bawang putih memang jarang ada ditanam di Malaysia akan tetapi penggunaannya di Malaysia amat signifikan didalam masakan. Banyak kegunaan bawang putih dikaitkan dengan kesihatan. Bagaimana pun bawang putih boleh digunakan untuk mengawal siput dengan memecahkan beberapa biji bawang putih dan rendamkan di dalam air untuk beberapa jam. Rendaman ini bertujuan agara bahan terkandung didalam bawang putih iaitu dipanggil ALLICIN masuk ke dalam air tersebut. Kemudian larutan air tersebut sudah sedia untuk digunakan sebagai air untuk semburan kepada tanaman dan kesannya adalah haiwan siput pun tidak berani datang dekat untuk merosakan tanaman. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DATANG MALAM HARI...JALAN PELAHAN...
PERLU DIKAWAL... PETUA DI AMALKAN...
MEMBACA ARTIKEL... MUDAH FAHAMKAN..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(13 Ramadan 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.