Support My Blog

Sunday, February 6, 2022

TAPIR - HAIWAN DILINDUNGI DAN BANJIR

TAPIR
(Tapirus indicus) yang berada di Malaysia dilaporkan merupakan haiwan tenuk terbesar di dunia iaitu 'Tenuk Malaysia' dan hanya spesis tenuk inilah satu-satunya berasal dari Asia. Dilaporkan juga habitat 'Tenuk Malaysia' yang menetap di Asia Tenggara khususnya Malaysia, di Selatan dan bahagian tengah Sumatera (Indonesia), Myanmar dan juga Thailand adalah haiwan dari keluarga Tapiridae. Selain itu tenuk turut kelihatan di kawasan selatan Kemboja dan Vietnam. Penulis blog hanya dapat melihat tapir hidup di zoo dahulu dan belum pernah terserempak semasa berada di hutan semasa bertugas dahulu. Tenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dimanan kini dilaporkan adakawasan yang habitat asalnya sudah pupus akibat pembangunan oleh manusia dan pemburuan haiwan liar. Haiwan ini paling inik disebabkan ia memang sangat mudah dikenali disebabkan oleh corak warna badannya iaitu putih dan hitam. Warna putih akan menyaluti dari bahagian bahu hinggalah ke bahagian punggung dan selebihnya berwarna hitam kecuali hujung telinga di mana sepunya dengan spesies tenuk yang lain yang berwarna putih. Satu lagi ciri unik haiwan ini bila penulis blog melihat bahagian organ muncung mulut di kepalanya. Ia mempunyai muncung panjang bagi mencari makanan. Dilaporkan dimana musim mengawan berlaku pada bulan April hingga Jun dan tenuk betina akan melahirkan anaknya dengan purata 2 tahun sekali. Tapir Malaysia merupakan tenuk terbesar ketika lahir dan membesar lebih cepat berbanding spesies tenuk yang lain. Ketika muda, tenuk ini tinggal bersama ibunya selama 6 - 8 bulan. Biasanya tempoh kematangan anak tenuk kira-kira 2.5 - 3.5 tahun. Tenuk Malaysia mampu hidup lebih 30 tahun sama ada hidup dalam kurungan ataupun hidup liar. Bagaimana pun Tenuk Malaysia merupakan haiwan yang suka bersendirian dan selalunya akan mempertahankan kawasan daratan yang luas sebagai wilayahnya walaupun sebenarnya kawasan tersebut pernah dijajah oleh tenuk lain. Tenuk selalu menandakan kawasan wilayahnya dengan kencing atas tumbuh-tumbuhan terutama batang pokok dan biasanya meredah di kawasan semak. Ia adalah haiwan vegetarian dengan makan pucuk yang lembut serta daun. Apabila tenuk ini diancam atau takut, lazimnya ia mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga mempertahankan dirinya dengan cengkaman kuat serta gigi yang tajam. Tenuk Malaysia berkomunikasi melalui decitan dan siulan. Tapir biasanya lebih suka untuk tinggal berhampiran sungai dan sering membersihkan diri dan berenang serta mempunyai kemampuan untuk memanjat cerun yang curam. Ia hanya aktif pada waktu malam walaupun tidak tergolong dalam kumpulan haiwan nokturnal dimana ia lebih cenderung untuk makan selepas matahari terbenam atau sebelum matahari terbit. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agriculture Technology" saya kongsikan mengenai haiwan tapir yang dilindungi dibawah akta bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Haiwan Tapir yang berada didalam keluarga Tapiridae dilaporkan sejenis haiwan yang dilindungi dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Dilaporkan ada terdapat 4 jenis tapir besar didunia dimana antaranya adalah Tapir Malaya (Tapirus indicus) yang habitatnya berada di Asia Tenggara dan merupakan tapir terbesar didunia. Tapir Malaysia boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand, Myanmar dan juga Pulau Sumatera. Jenis kedua pula adalah Tapir Gunung atau Mountain Tapir (Tapirus pinchaque), Tapir Tanah Rendah atau Lowland Tapir (Tapirus teresttris) dan juga Tapir Baird's (Tapirus bairdii) yang boleh dijumpai dikawasan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.  Memang uniknya dimana Tapir Malaysa adalah yang terbesar diantara semua spesis dimana tapir dewasa mampu mencapai berat badan sehingga 250 - 320 kilogram. 
Haiwan ini paling unik disebabkan ia memang sangat mudah dikenali disebabkan oleh corak warna badannya iaitu putih dan hitam. Warna putih akan menyaluti dari bahagian bahu hinggalah ke bahagian punggung dan selebihnya berwarna hitam kecuali hujung telinga di mana sepunya dengan spesies tenuk yang lain yang berwarna putih. Satu lagi ciri unik haiwan ini bila penulis blog melihat bahagian organ muncung mulut di kepalanya. Ia mempunyai muncung panjang bagi mencari makanan. Dilaporkan dimana musim mengawan berlaku pada bulan April hingga Jun dan tenuk betina akan melahirkan anaknya dengan purata 2 tahun sekali. Tapir Malaysia merupakan tenuk terbesar ketika lahir dan membesar lebih cepat berbanding spesies tenuk yang lain. Ketika muda, tenuk ini tinggal bersama ibunya selama 6 - 8 bulan. Biasanya tempoh kematangan anak tenuk kira-kira 2.5 - 3.5 tahun. Tenuk Malaysia mampu hidup lebih 30 tahun sama ada hidup dalam kurungan ataupun hidup liar. Bagaimana pun Tenuk Malaysia merupakan haiwan yang suka bersendirian dan selalunya akan mempertahankan kawasan daratan yang luas sebagai wilayahnya walaupun sebenarnya kawasan tersebut pernah dijajah oleh tenuk lain. Tenuk selalu menandakan kawasan wilayahnya dengan kencing atas tumbuh-tumbuhan terutama batang pokok dan biasanya meredah di kawasan semak. Ia adalah haiwan vegetarian dengan makan pucuk yang lembut serta daun. Apabila tenuk ini diancam atau takut, lazimnya ia mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga mempertahankan dirinya dengan cengkaman kuat serta gigi yang tajam. Tenuk Malaysia berkomunikasi melalui decitan dan siulan. Tenuk lebih suka tinggal berhampiran sungai dan sering membersihkan diri dan berenang serta mempunyai kemampuan untuk memanjat cerun yang curam. Ia hanya aktif pada waktu malam walaupun tidak tergolong dalam kumpulan haiwan nokturnal dimana ia lebih cenderung untuk makan selepas matahari terbenam atau sebelum matahari terbit.

Menarik didalam beberapa portal berita apabila baru-baru ini dilaporkan 'Bah menganggu habitat haiwan liar' dimana ada dua ekor tapir mengharungi banjir (Sila lihat foto disebelah). 
MUSIBAH banjir melanda di beberapa negeri baru-baru ini yang menyebabkan kemusnahan harta benda, alam sekitar, kehilangan nyawa dan pelbagai lagi. Ini juga tidak terkecuali haiwan ternakan turut menjadi korban, selain binatang liar yang tinggal di dalam hutan didapati keluar daripada kediaman selesanya. Adakah hidupan liar itu terpaksa menjadi 'collateral damage' akibat kejadian fenomena alam ini?. Penulis blog tertarik dengan berita berkaitan apabila kejadian banjir di Melaka sebelum ini dilihat jelas dilihat rakaman lanser kamera buaya tembaga keluar dari Sungai Pulau Gadong, Melaka kemudian haiwan ganas ini terus merayap di atas jalan raya. Dalam pada itu video dan foto dua ekor tapir iaitu spesies haiwan terancam yang jalan mundar-mandir tanpa arah tujuan mengharungi banjir di sebuah taman perumahan di Kuantan, Pahang. Dalam pada itu orang ramai juga didakwa melihat bagaimana ada babi hutan, rusa dan memerang turut berkeliaran di kawasan perumahan. Begitu juga dengan ular, biawak air, kura-kura, labi-labi juga dilaporkan masuk ke dalam rumah atau di sekitar kawasan rumah. Terfikir pula dama ada prsoalan adakah 'rumah' haiwan liar itu sudah lenyap disebebkan banjir dan mereka mencari tempat selamat juga?. Pastinya ada sebab kenapa haiwan ini berlegar dalam kawasan perumahan ada manusia ketika kejadian banjir. Mungkin mereka dibawa arus atau sekadar sesat akan tetapi pastinya banjir yang baru terjadi ini mengurangkan lagi kawasan legar mereka yang sebelum ini sudah mengecil. Mungkin situasi banjir telah pun menyebabkan habitat haiwan liar ini terkesan dan tenggelam. Haiwan kerdil akan lemas atau terpaksa lari menyelamatkan diri ke tempat lain.

Tapir merupakan sejenis haiwan terancam di Malaysia dan negara lain yang ada habitatnya. Mengikut laporan tapir antara haiwan yang terancam dimana terkini dilaporkan ia akan mengalami kepupusan di Malaysia. Menurut laporan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dimana jumlah populasi tapir hanya tinggal antara 1,100 hingga 1,500 ekor sahaja. Haiwan terrestrial seperti tapir ini sememangnya terkesan apabila kawasan daratan tenggelam kerana mereka tidak mendapat makanan cukup dan terpaksa berpindah ke lokasi yang tidak ditenggelami air untuk ia dapat memudahkan mencari makanan. Bagi kes tapir dimana perlu ada kawasan legar untuk mereka dapat kenal pasti dan jenis makanan mereka perlu dipastikan mencukupi bagi populasi setempatnya. Hasil kajian pakar menunjukkan lebih daripada 200 spesies tumbuhan menjadi pilihan makanan mereka. Jenis, saiz dan bahagian pokok yang menjadi makanan popular haiwan itu boleh ditanam di tempat yang sesuai dari segi kawasan, keadaan tanah, jenis pokok dan mungkin kualiti nutrisi. Dalam program penanaman 100 juta pokok dan juga pemulihan habitat dimana kesesuaian pokok, kawasan dan tempat sangat penting bagi pengurusan habitat haiwan liar. Kini haiwan tapir adalah haiwan terancam dan mudah masuk ke kawasan kediaman manusia dan justeru tindakan segera dalam pengurusan habitat mereka sangat penting. Oleh itu memang perlu pelbagai pihak khususnya orang awam dan yang berkepentingan mengambil iktibar dengan kejadian banjir ini. Ia juga merupakan salah satu krisis alam sekitar yang kian meruncing di Malaysia selain daripada kerosakan hartabenda dan nyawa oleh penduduk tempatan. Perlu dibuat juga beberapa kajian kesan banjir ke atas hidupan liar dijalankan serta aktiviti pemuliharaan mereka akibar dari konflik dengan manusia perlu dilakukan dengan segera. KAedah pemetaan kawasan legar hidupan liar serta kawasan banjir dan kawasan berpotensi konflik dengan manusia perlu dirancang untuk dilaksanakan. Masyarakat juga perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana ancaman banjir ini jelas menunjukkan kita sedang berdepan krisis alam sekitar yang meruncing. Jika manusia boleh merasai kesannya maka apatah lagi haiwan yang juga amat terjejas cuma bezanya, kita boleh bangkit dan melakukan perubahan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BERLAKU BANJIR... RAMAI MENDERITA...
HARTA MUSNAH... HAIWAN LIAR JUGA...
TAPIR DAN LAINNYA... DILIHAT NASIBNYA...
PERLU DIRANCANG... KELESTARIANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang, Air Keroh,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(5 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...