Support My Blog

Friday, February 4, 2022

INDUSTRI PERABOT KAYU GETAH

KAYU GETAH
(Rubber wood) merupakan salah satu produk yang penting setelah pokok getah tua ditebang selain daripada penghasilan susu getah. Di Malaysia dan beberapa negara jiran yang banyak menanam pokok getah dimana beberapa tahun kebelakangan ini produk dari perabot kayu getah telah menjadi pemimpin di pasaraya kerana kualiti, kos yang berpatutan dengan kayu lain serta warna disukai ramai orang. Seperti yang pembaca blog menjangka dimana perabot kayu getah diperbuat daripada kayu getah tua yang telah matang. Kayu getah (Hevea brazilienisis) pula adalah sejenis pokok yang sesuai tumbuh di kawasan tropika seperti negara kita dan bbeberapa negara lain. Pokok getah yang tumbuh dalam masa 9 - 10 tahun sudah matang untuk ditoreh dan sebaiknya pokok tua sekitar 25 - 30 tahun boleh diambil batang kayunya untuk dijadikan perabot. Di Malaysia sebahagian besar pokok getah adalah diusahakan oleh pekebun kecil iaitu mencapai lebih 85% dan bakinya oleh sektor perladangan. Lebih daripada 1.6 juta hektar tanaman getah diusahakan di Malaysia dan kini hanya menduduki tangga ke 6 dunia dari segi keluasan dan pengeluaran getah asli. Untuk tujuan memenuhi hasrat produktiviti kini industri ini perlu untuk mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti sekali gus ia dapat merealisasikan penggunaan sumber, mengukuhkan asas ekonomi dan daya saingnya di pasaran domestik dan antarabangsa dunia dalam 40 tahun akan datang. Maka industri ini perlu berdaya menghadapi cabaran-cabaran industri demi membawa industri ini ke satu tahap yang lebih pesat dan maju. Sektor pertanian khususnya getah asli dan produk berasaskan daripada getah merupakan salah satu sektor yang membantu menjana sumber ekonomi Malaysia sejak di peringkat awal sebelum kemerdekaan lagi. Dalam tahun 1960 misalnya, sektor pertanian menyumbangkan kira-kira 38.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pembangunan sektor komoditi utama Malaysia berupaya memberi kesan yang besar keatas pencapaian ekonomi Malaysia dalam beberapa dekad yang lalu. Terkini Malaysia berjaya menjadi salah satu pengeluar perabut berasaskan kayu getah dunia yang berjaya. Artikel pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai industri perabut kayu getah di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Sebelum bincang lebih jauh, ada persoalan yang sering ditanya kepada penulis blog mengenai adakah kayu getah beracun dan tahan jika dijadikan perabot?. Hasil kajian saintis dilaporkan dimana kayu getah pada dasarnya tidak mengandungi komposisi kimia yang merbahaya selepas melalui satu pemprosesan khas. Jadi perabot kayu getah tidak beracun dan sesuai diletakkan didalam rumah malahan banyak dijadikan meja makan yang menarik. Kayu getah selepas melalui proses 'anticorrosion' dan juga pemprosesan pengeringan akan dilihat mempunyai warna yang elegan (keputihan krim), tekstur yang indah, struktur halus dan prestasi pemprosesan yang mampu memberikan kualiti yang baik. Pada masa ini apabila produk perabut yang dihasilkan dri kayu getah ini diletakkan di ruang pameran maka ia memang disukai oleh pengunjung. Kini memang telah ramai kalangan ahli perniagaan dan orang kaya teah memilih produk daripada kayu getah yang dulu semasa mula awal pengenalannya meremehkan kayu getah sudah berukar persepsinya. Banyak jenis pembuatan perabot dan hiasan kediaman daripada kayu getah dalam kuantiti yang banyak di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Kekurangan kayu hutan berkualiti diseluruh dunia dan harga kayu hutan yang terus melonjak naik menjadikan usahawan perabot telah bertukar kepada kayu getah yang dahulunya cuma dijadikan bahan bakar (kayu api) untuk memasak sahaja. Kini memang telah banyak kayu getah telah digunakan kerana pengilang kini telah menganggap kayu getah yang dirawat diproses menjadi papan bermutu tinggi dan bernilai dipasaran. Ada kalangan pengsaha kilang perabut yang menyamakan kayu getah adalah kelihatan menyamai dengan jenis kayu oak. 

Dari segi bekalan dimana kayu getah mudah diperolehi di Malaysia dan negara penanam getah lain kerana akan ada program penanaman semula pokok getah tua setelah lama ianya ditoreh dan sudah kurang produktif lateks yang akan dihasilkan. Lebih hebat lagi apabila LGM telah menghasilkan beberapa klon getah yang dijadikan sebagai 'pokok kayu getah balak' yang boleh ditoreh dan kemudian ditebang untuk menghasilkan balak dalam masa singkat daripada klon baka lama. Sebelum proses menanam semula getah dengan bantuan RISDA oleh pekebun kecil maka pokok getah tua sedia ada akan ditebang dahulu sebelum penanaman baru dijalankan. Lazimnya projek Tanaman Semula Berkelompok (TSB) akan melaksanakan proses penebangan dan penanaman semula dalam skala luas menggabungkan beberapa pekebun kecil untuk mudah diuruskan dengan kontraktor yang dilantik. Kontrok yang mengurusan penebangan dan pengeluaran kayu getah akan melakukan kerja menebang dan mengangkut dengan lori dalam saiz tertentu dan dibawa kekilang kayu getah (Sila lihat foto disebelah). Pekebun kecil getah terlibat akan mendapat imbuhan hasil penjualan kayu getah tersebut. Harga batang kayu getah ini berlainan mengikut umur pokok, jarak dengan kilang, kualiti batang pokok dan sebagainya. Bagi beberapa negeri di utara semennjung dilaporkan ada juga kayu getah yang selalunya retak dengan mudah apabila penebangan dilakukan di musim kering. Bagaimana pun apabila ia sudah dijadikan kayu getah ia sangat mudah dibentuk dalam proses membuat perabot sehingga sangat baik untuk membuat produk perabut yang cantik dan 'curvy'. Uniknya dimana dilihat tekstur kayu pepejal kayu getah adalah cantik dengan ada yang bersifat sebagai 'warna cahaya' yang mudah dicairkan. Kehebatannya juga kayu getah boleh menerima pelbagai jenis warna lain melalui proses pencelupan dan cat dan juga sesuai digabungkan dengan kayu jenis lain dijadikan perabut. Kayu getah mempunyai tahap kekuatan tersendiri sehinggakan ia sesuai dijadikan 
tangga, lantai, meja, kerusi dan sebagainya. Lazimnya perabot kayu getah mempunyai kualiti yang baik dan cantik sehinggakan banyak dieksport ke Jepun, Eropah dan USA dan banyak negara Timur Tengah. 

Kayu getah yang digunakan dalam perabot berasal dari pokok yang menghasilkan getah. Kalangan pembuat perabot akan memanggil pokok getah sebagai 'parawood atau kayu keras Asia' yang kini banyak menguasai pasaran perabut. Lazimnya apabil pokok getah sudah tua dan tidak ekpnomik untuk pengeluaran lateks maka batang pokok getah akan dituai untuk tujuan lain terutama membuat perabot. Negara-negara yang menuai kayu biasanya membina perabot itu kemudian mengeksportnya sama ada dalam bentuk papan kayu terawat atau pun preabut kayu getah yang sudah siap. Kayu getah sering digunakan sebagai kayu pepejal akan tetapi ia juga digunakan untuk veneer, papan partikel dan gentian papan ketumpatan sederhana. DIlapangan sebenarnya kayu dari pokok getah agak mudah untuk digunakan dan bentuk sama ada menggunakan mesin atau kaedah lain (Sila lihat foto disebelah). Ia mudah dipotong, dilentuk dan dibentukkan menjadi perabut yang menarik dan cantik warnanya apabila ia sesuai dengan semua jenis cat yang digunakan. Penggunaan kayu getah diklasifikasikan sebagai '
kos efektif' apabila kepingan papan dijadikan perabot yang siap lazimnya akan cenderung lebih murah daripada pilihan kayu keras yang lain dengan jaminan kualiti. Bagaimana pun satu kelemahan kayu getah adalah kecenderungannya untuk membengkok dan berputar ketika ia mengering. Ini boleh menyebabkan satu gangguan kepada kayu getah sebelum ia kering sepenuhnya. Bagaimana pun dengan teknologi rawatan yang baik dimana kini ia cenderung stabil dan menawarkan ketahanan yang sama dengan bahan kayu keras yang lain. Kemungkinan ada orang atau pengguna yang mempunyai 'alahan getah' akan berlaku tindak balas apabila bekerja dengan kayu getah. Ada juga dilaporkan dimana kayu getah cenderung mempunyai masalah dengan serangan kulat dan serangga tetapi terkini rawatan khusus kayu getah yang dilapiskan dengan bahan kimia serangga antikulat setelah dipotong mengatasi masaalah tersebut. Pengeringan Kiln membantu meresapkan bahan kimia tersebut walau pun ada kalangan pengguna yang lebih suka mengelakkan produk dengan bahan kimia keras yang digunakan semasa pemprosesan. 

Merujuk kepada protal berita tempatan hmetro.com dengan tajuk '
Perabot berkualiti tahan lebih 20 tahun' berkaitan kayu getah amat menarik di tulis semula. Akhbar HM melaporkan dimana menurut statistik Eksport Produk Perkayuan Utama dikeluarkan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sepanjang 2017 dimana nilai eksport negara bagi industri perabot kayu menyumbang sebanyak RM8.1 bilion dengan 34.7 peratusan tertinggi. Malaysia telah menerima peringkat pengiktirafan dunia dimana tiga negara pengimport terbesar perabot kayu buatan Malaysia adalah Amerika Syarikat, Jepun dan Australia. Lebih menarik dimana perkembangan industri perabot berasaskan Hevea brasiliensis atau kayu getah Malaysia pula meraih perhatian negara berbeza seperti China dan Thailand. Pengurus Operasi Impressive Transforms Sdn Bhd, Mohd Raffi Ngah Abdul Wahab mengakui dimana kadar permintaan tempatan dan luar negara terhadap bekalan kayu getah tinggi berdasarkan trend terkini. Dia dakwa sejak dua dekad yang lalu, industri perabot tempatan sudah diiktiraf sebagai pengeluar dan pengeksport perabot berkualiti dan bertaraf dunia. Diantara faktor kejayaan itu adalah pendekatan atau nilai strategi melalui reka bentuk asal yang menarik, jenama, identiti pelbagai fungsi dilakukan secara konsisten. Katanya selain itu, tindakan memanfaatkan kemahiran teknologi, pengurusan moden dan aspek estetika dalam reka bentuk perabot menjadi rahsia kejayaan produk tempatan ke peringkat antarabangsa. Bagi memastikan pertumbuhan industri perabot tanah air berada pada tahap membanggakan, pemain lapangan ini perlu tampil dengan idea reka bentuk asal yang lebih segar dan menarik. Dia dakwa sekitar 60 tahun lalu dimana kayu getah tidak dikenal pasti nilai atau kelebihannya dalam industri perabot, justeru kebanyakan kayu getah dieksport mentah ke luar negara. Kelebihan perabot kayu getah adalah kerana kayu jenis ini lebih mesra alam, fleksibel dan tahan lasak. Kayu getah boleh menghasilkan perabot yang berkualiti tinggi dan tahan lama mencecah lebih 20 tahun. Ia memiliki warna putih kekuningan dimana ia boleh diwarnakan mengikut cita rasa peribadi, pereka bentuk ini turut menyifatkan pokok kayu getah berusia 25 tahun ke atas mempunyai kualiti terbaik bagi pembuatan perabot. Antara rekaan perabot yang popular dihasilkan daripada Hevea brasiliensis adalah meja makan, katil dan almari kerana ia tahan lasak, sederhana keras serta mudah dibentuk (Sila lihat fotoo disebelah)Bagi memastikan ketahanan dalam pembuatan perabot kayu sederhana keras yang berkualiti tinggi, dua kaedah rawatan perlu dilaksanakan termasuk rawatan tekanan dan tanur pengeringan. Kayu getah perlu diproses dalam tempoh 24 jam. Pada peringkat pertama proses pengeringan kayu, papan basah akan dimasukkan dalam mesin rawatan tekanan bertujuan merawat dan melindungi kayu daripada serangan fungus serta serangga selama 45 minit. Bahan yang digunakan bagi proses rawatan ini adalah asid borik. Selepas dirawat, papan ini akan diasingkan mengikut kualiti. Kualiti dinilai berdasarkan ketebalan kayu, jaluran biru, cabang dalam kayu, kulit dan keretakan. Menerusi proses tanur pengeringan, papan yang dirawat disusun secara berjarak bagi memudahkan haba panas memasuki setiap ruang papan. Pemberat pula diletakkan ke atasnya bagi mengelakkan papan membengkok. Dua jenis tanur pengeringan digunakan iaitu Teknologi Bio-Organik dan konvensional. Kaedah konvensional iaitu dengan menggunakan suhu pembakaran sekitar 80 darjah Celsius yang mengambil masa kira-kira lapan hingga 12 hari bergantung pada ketebalan kayu. Sementara bahan bakar digunakan adalah sayung dan habuk kayu. Semuga artikel yang panjang lebar dalam blog anim agro technology ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
POKOK GETAH... DITEBANG BILA TUA...
KAYU DIJUAL... JADI PERABOT JUA...
WARNA MENARIK... EKSPORT PULA...
MEMBACA ARTIKEL...RASA GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...