Support My Blog

Thursday, February 3, 2022

KISAH SIPUT TUNTUL DI SABAH

SIPUT SEDUT
(Cerithidea obtusa) merupakan sejenis hidupan dari keluarga Cerithiidae iaitu kategori siput yang telah di makan oleh orang-orang Malaysia dan Asia Tenggara semenjak dulu kala. DI Sabah ada sejenis siput ini yang dikenali sebagai Siput Tuntul. Siput sedut adalah haiwan jenis siput yang hidup dikawasan hutan bakau (Mangrove ecosystem) di kawasan Asia Pasifik secara semulajadi. Siput ini bergantung kepada air pasang surut diantara air tawar dari daratan dan air masin dari laut yang bersih dan tidak lagi tercemar. Di Malaysia kawasan hutan bakau di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak mempunyai kawasan hutan bakau yang secara semulajadi boleh didapati siput sedut. Walau pun semenjak dulu siput sedut di kutip oleh penduduk dikawasan pantai sebagai aktiviti sampingan tetapi kini terdapat usaha-usaha untuk menjadikan aktiviti menternak siput sedut dengan menentukan kawasan khas kepada pengusaha. Siput Sedut adalah sejenis siput yang bersaiz 2-5 cm panjang dengan kerang atau kulit keras berbentuk 'spiral' yang tajam dibahagian hujungnya. Lazimnya siput sedut di Malaysia adalah berwarna coklat berbelang kuning atau hitam berjalur-jalur mengikut kualiti air dan lumpur yang terdapat pada hutan bakau tersebut. Pemerhatian saya di kawasan Muar dan Batu Pahat mendapati kebanyakan siput sedut dikawasan tersebut berwarna hitam kerana air paya yang terdapat disekelilingya. Siput Sedut mengandungi 'isi' atau hidupan didalamnya yang lembut dan bergerak menggunakan 'kaki siput' pada batang pokok kayu bakau. Di bahagian bawah siput sedut terdapat satu lapisan penutup (bulat) yang mana berfungsi menutup isinya. Antara menu popular siput sedut adalah Siput Sedut Masak Lemak Cili Api yang sesuai dimakan dengan nasi putih (Sila lihat foto diatas). Banyak restoren yang menjual dan menghidangkan makanan ini terutama untuk waktu makan tengahari. Artikel malam ini sukacita dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai beberapa kisah menarik Siput Tuntul dimedia tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Kisah menarik dari BH bertajuk '
Keenakan menyedut siput tuntul' dari Membakut, Sabah memang penulis blog suka meulis semula. Siput yang panjangnya boleh mencecah sehingga 12 sentimeter dan memiliki hujung cengkerang sangat tajam, di samping permukaan licin berwarna hitam pekat. Begitulah antara ciri-ciri siput tuntul atau di Semenanjung dikenali sebagai siput sedut yang hidup di kawasan air payau dimana selain boleh ditemui di sungai, laut dan paya bakau khususnya sekitar daerah Membakut, Beaufort dan Kuala Penyu di Sabah. Uniknya walaupun memiliki bentuk berbeza dengan siput sedut atau siput belitung di Semenanjung akan tetapi rasa keenakannya serta cara menyedutnya sama saja iaitu cuma bahagian depan cengkerang tuntul perlu dipotong dengan parang hingga tinggal kurang separuh kerana jika tidak, sedut sekuat mana pun isinya tidak akan keluar. Biarpun ianya tidak dikategorikan sebagai sumber makanan mewah di Sabah memandangkan makanan laut lain seperti ketam dan udang mudah diperoleh dengan harga murah, siput tuntul tetap mempunyai peminatnya sendiri. Dilaporkan siput tuntul tidak bermusim, namun biasanya hidupan laut itu muncul banyak antara Disember hingga Mac berikutan angin kuat serta ombak besar menyebabkan ia mudah ditemui terdampar di tepi pantai. Kehadiran tuntul dengan jumlah yang banyak sekali gus memberi rezeki lumayan buat penduduk dengan lokasi yang sering menjadi tumpuan si pencari tuntul di daerah ini, ialah di pantai Kuala Binsulok, Pimping dan Palu-Palu. Bagi seorang pencari dan peniaga tuntul dikenali Musli Labei (43 tahun) dakwa siput berkenaan adalah antara sumber rezekinya sejak lebih lima tahun lalu. Dia yang sering  mengutip tuntul menggunakan alat dibuat sendiri dari jaring dan diikat pada kayu supaya tuntul mudah tersangkut dan disauk dalam air cetek. Selepas itu, saya letak di dalam besen dan membawanya ke Pasar Nelayan Kuala Binsulok untuk dibersihkan.

Mengenai cara p
roses pembersihan penting untuk menghilangkan pasir yang ada pada tuntul sebelum dijual kepada pelanggan. Biasanya mereka akan menjual siput terbabit pada harga RM3 dalam bekas botol air mineral besar atau RM7 sekilogram, namun pelanggan boleh mendapatkannya dengan lebih murah jika membeli dalam kuantiti banyak. Dakwa Musli lagi dimana selain penduduk berhampiran Kuala Binsulok diman alazimnya siput tuntul ini sentiasa menjadi pilihan pelancong dari Brunei Labuan yang melalui Kuala Penyu untuk ke Kota Kinabalu. Kesegaran dan saiz tuntul yang berbeza berbanding tempat lain juga antara faktor pelanggan memilih membeli tuntul di Pasar Nelayan Kuala Binsulok. Dalam pada itu dikalangan pelanggan pula boleh mendapatkan bekalan ikan, sayur dan buah-buahan segar setiap hari dengan harga berpatutan tanpa perlu ke pekan Kuala Penyu. Bagi seornag lagi pencari tuntul dari Kampung Madang di sini, Jusli Bungso (57 tahun) memberitahu dimana dia dan keluarga kerap ke pantai Binsulok setiap hujung minggu untuk mengutip makanan laut berkenaan. Dakwanya di pantai Binsulok menjadi tempat kegemarannya dan keluarga mencari tuntul kerana siput berkenaan di pantai ini biasa tidak bermusim dan saiznya lebih besar. Dia sejak dari dulu tuntul adalah makanan kegemaran sekeluarga dimana ia membuatkan kami tidak jemu datang ke pantai ini untuk bersama mengutipnya. Bagaimanapun selalunya mereka hanya mengutipnya untuk tujuan hidangan keluarga dan bukan dijual. Biasanya mereka akan ke pantai seawal jam 6 pagi kerana tuntul lebih mudah dikutip ketika air surut sebab boleh dilihat di pesisir pantai, selain lebih selesa cuaca tidak panas. Setiap kali turun ke laut didakwa dia mampu untuk memperoleh sehingga 10 kilogram tuntul dalam tempoh dua hingga tiga jam. Jika hasil terlalu banyak selalunya dia akan memberi sebahagian kepada jiran. Siput Tuntul boleh dimasak dengan pelbagai cara termasuklah masak lemak cili api, masak kicap, kari dan sos tiram. Ia sedap dimakan bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja selepas direbus namun sebelum memasaknya kita mesti buang bahagian hujung supaya mudah mengeluarkan isinya. Siput yang dikenali  sebagai siput sedut dan belitung di Semenanjung memang ia memiliki cengkerang panjang dan permukaan licin berwarna hitam diman lazimnya ia banyak didapati dikawasan pantai di Membakut dan Kuala Penyu. Selalu dijual pada harga RM7 sekilogram dan sesuai dimasak lemak cili api, masak kicap dan kari dan sos tiram

Media hmetro.com pula laporkan dimana 'Keenakan siput tuntuk di masak lemak cili api' memang wajar dikongsikan. Kisah dari Kuala Penyu, Sabah dimana dakwa kalau di Semenanjung dipanggil siput sedut namun di Sabah ia lebih dikenali sebagai tuntul yang mudah ditemui di sungai, laut dan pantai paya bakau.  Tuntul yang menjadi sumber pendapatan sampingan bagi penduduk setempat, lazimnya boleh ditemui di sekitar daerah Kuala Penyu, Membakut dan Beaufort. Dilaporkan dimana diantara lokasi popular menjadi pilihan pencari tuntul, khususnya dalam kalangan penduduk di Membakut ialah pantai Palu-Palu, pantai Pimping dan pantai Kuala Binsulok, manakala di Kuala Penyu lokasi tumpuan ialah di pantai Purun. Di pantai itu mendapati penduduk mengutip tuntul untuk dijadikan hidangan seisi keluarga, selain dijual kepada penggemar siput berkenaan. Bagi seorang pencari tuntul, Mimonah Ismail, 58, berkata hidupan bercengkerang itu begitu popular dalam kalangan masyarakat setempat di tiga daerah terbabit kerana mudah didapati, selain rasa isinya yang manis apabila sudah dimasak. Tuntul bukan makanan laut bermusim, malah boleh diperoleh sepanjang masa, namun ia lebih banyak ditemui apabila musim tengkujuh dan cuaca berangin. Dia selalu ke sini bersama sepupu untuk mencari tuntul sebagai sumber pendapatan tambahan tetapi hanya datang dua hingga tiga kali sahaja dalam seminggu disebabkan turut bekerja sebagai pelayan restoran di pekan Kuala Penyu. Mengutip siput ini juga tidak mengambil masa lama kerana ia memang mudah didapati di kawasan pantai, malah satu atau dua jam sahaja kami boleh kumpul sehingga berbelas kilogram tuntul. Dia menjual tuntul di pasar Kuala Penyu dengan harga RM2 bagi satu plastik atau RM15 satu baldi dengan anggaran berat 10 kilogram. Selalunya dia akan turun ke pantai mencari tuntul hampir setiap hari seawal jam 6 pagi hingga tengah hari bersama isteri atau beberapa rakan. Tuntul boleh dikutip di tepi pantai tetapi sekiranya mahu dapatkan hasil lebih banyak, kita terpaksa masuk ke dalam laut ketika air surut. Cabaran utama apabila mengutip tuntul adalah faktor cuaca tidak menentu. Kita sukar mencari siput ini ketika cuaca berangin atau hujan. Dia berpengalaman mengutip dan menjual makanan laut berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu. Tuntul boleh dimasak dengan pelbagai cara, termasuk lemak cili api, masak kicap, kari dan sos tiram atau direbus begitu sahaja. Siput itu enak dimakan bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja, namun sebelum memasak perlu membuang bahagian hujung tuntul supaya mudah mengeluarkan isinya ketika hendak dimakan. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SIPUT SEDUT... MUDAH DIDAPATKAN...
MASAK LEMAK PEDAS... ENAKNYA...
PELBAGAI KISAH... MEDIA PAPARKAN...
DITULIS SEMULA... IA BAHAN BACAAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 JamadilAkhir 1443H).
ARTIKEL KE 2 DITULIS GUNA LAPTOP BARU MSI!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...