BUAH PINANG MUDA (Areca catechu) merupakan buah pinang yang belum matang (masih mempunyai kulit hijau) dan bijinya masih mengandungi banyak air. Lazimnya hasil penelitian penulis blog mendapati dimana penghasilan pokok pinang memang banyak bergantung kepada kesuburan pokok dan kadar kerosakan akibat penyakiy dan perosak. Sebanyak 6-7 tandan buah mampu dihasilkan dalam setahun sepokok dengan setiap tandan mempunyai 50 - 400 biji buah pinang. Bilangan buah yang bersaiz kecil dan besar banyak yang bergantung kepada cuaca dan pembajaan. Buah yang banyak lazimbya bersaiz kecil dan buah yang sedikit bersaiz besar. Tahun ke 10-15 merupakan puncak penghasilan buah pinang sehingga ia optima ketika berumur 40 tahun. Buah pinang masak (berwarna oren kemerahan dengan bijinya yang keras) sering dihidangkan dengan dibelah menggunakan kacip dan dimakan bersama sirih dan seberapa barang lain setepak termasuk gambir dan kapur. Dilaporkan juga dimana air dari buah pinang muda dipercayai mampu mengubati darah dalam air kencing serta mengurangkan rabun bila dititik pada kornea. Abu buahnya yang dibakar boleh digunakan untuk tujuan membersihkan gigi secara kadar sederhana. Pinang muda dan benzoin disapukan pada luka berkhatan zaman dulu dikawasan masyarakat tradisional. Pokok pinang merupakan tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30 meter dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang yang telah matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya. Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan di kalangan masyarakat Cina pula memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog pernag beberapa kali membuat tinjauan dan pemantauan dikawasan kebun pinang di beberapa lokasi termasuk terbaru di Labis, Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar. Usahawan yang menanam seluas 2 hektar pokok pinang di ZPM Bukit Mambai, Segamat ini dilihat mendapati memang hasil buah pinang yang masak banyak sepanjang tahun. Kebanyakan hasil ini dituai dan diproses sebelum dihantar kepada pemborong di Pulau Pinang dan Singapura. Potensi tanaman pokok pinang agak kurang dil\lihat di Malaysia dimana tanaman ini dilaporkan memang ada tumbuh dibeberapa kampung sebagai tanaman tradisi dahulu sahaja. Artikel subuh ini jam 3.30 pagi dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai kehebatan akan buah pinang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Dikawasan negara tropika yang mana ada mempunyai tumbuhan pokok pinang yang berbuah ada bermacam cara mereka menggunakannya. Dilaporkan dalam kehidupan sehari-hari kalangan masyarakat diluarbandar dimana selain buat menyirih dimana buah pinang juga dimanfaatkan oleh masyarakat sebagai ubatan tradisional. Buah pinang sejak dahulu dipercayai mempunyai beberapa sifat yang dapat menyembuhkan beberapa penyakit. Buah ini antara lain bersifat 'anthelmintica' yang berguna meluruhkan cacing dan 'adstringensia' untuk mencairkan selaput lendir. Sifat menghapusan cacing dalam perut manusia ini sudah lama digunakan nenek moyang kita untuk menyembuhkan penyakit akibat ccacing dipendalaman. Di samping itu dilaporkan memang buah pinang juga bersifat merangsang (stimulansia), menghentikan pendarahan (haermostatica) dan antisifilis. Bagaimana pun kalangan pembaca blog mungkin sudah tidak mengetahui akan rahsia bagaiman acara perawatan berkaitan dari pokok pinang. Berikut ini beberapa kehebatan tanaman pinang dan cara menggunakannya sebagai petua/ Pertama sekali ia akan meningkatkan ghairah manusia dengan mengambil satu biji buah pinang yang belum mengeras (pinang muda). Kerat-kerat buah tersebut dan kemudian dikunyah dan makan. Cara lain adalah dengan mengambil satu biji buah pinang kemudian hancurkan dan rebus dalam dua gelas air. dan tunggu sampai airnya menjadi satu gelas dan kemudian diminum. Kedua dimana ia menjadi ubat masaalah kecacingan dengan cara ambil seperempat potong buah pinang atau setengah jari ruas temulawak dan setengah jari ruas kunyit. Semua bahan tersebut direbus kemudian di tapis dan minum airnya/ Ke 3 adalah dimana amalan makan pinang akan menguatkan gigi dan gusi dengan mengambil beberapa biji buah pinang dan dihiris menjadi beberapa bahagian dimana ia kemudian dikunyah. Ke 4 adalah dimana ia atasi sakit pinggang dengan cara mengmbil beberapa lembar daun pinang kemudian ia ditumbuk daun tersebut dan hangatkan. Setelah itu daun lumat maka ia diletakkan atau ditampal dipinngang yang sakit. Bagi mengatasi masaalah kudis berparut boleh diambil satu biji buah pinang dan dicampur dengan 1/4 suudu teh kapur sirih dan air secukupnya dan sapukan pada bahagian yang sakit.
Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana manafaat buah pinang muda sudah lama digunakan dalam tradisi di berbagai negara termasuk di Malaysia dan Indonesia. Pokok Pinang merupakan sejenis tumbuhan yang termasuk dalam jenis palma (Arecaceae) dimana lazimnya hasil buah dan jijinya digunakan dalam tradisi untuk menginang atau menyirih (nyentel). Bagaimana pun selain buah pinang tua, kegunaan buah pinang muda telah lama dikenal sebagai salah satu rawatan herbal nusantara. Buah ini biasanya diambil dalam bentuk ekstrak, jus, atau air rebusan. Mungkin sebahagian pembaca pernah dengan dimana antara kegunaan buah pinang muda diyakini menawarkan sejumlah faedah untuk kesihatan dimana salah satu manfaat buah pinang muda yang paling terkenal adalah untuk rawatan kesihatan gigi dan kesuburan. Bagaimana pun masih belum ada bukti klinikal akan khasiat buah pinang dimana ia masih memerlukan kajian lebih lanjut. Dalam beberapa pendapat dilaporkan dimana ada kajian mendapati dimana makan buah pinang (menginang) telah dilaporkan ia dapat meningkatkan risiko kanser mulut. Antara kehebatan buah pinang didakwa ia akan meningkatkan nafsu makan. Buah pinang didakwa akan dapat meningkatkan nafsu makan. Gangguan nafsu makan boleh menyebabkan kekurangan nutrisi dan keperluan tenaga seseorang yang diperlukan tubuhbadan. Buah Pinang dilaporkan dapat meningkatkan tenaga serta mampu dalam merangsang nafsu makan dengan lebih baik. Kes kekurangan nafsu makan boleh berpunca dari gangguan mental dan fizikal serta kesihatan. Apa pun selain buah pinang diaporkan bahagian daun pinang juga kerap digunakan sebagai ramuan penambah nafsu makan.
Siapa sangka ada testimoni dimana makan buah pinang boleh menyihatkan rahim. Dikalangan masyarakat Biak dan Serui (Papua) menggunakan biji pinang muda sebagai ubat untuk mengecilkan rahim setelah melahirkan. Manfaat buah pinang muda ini boleh didapati dengan cara merebus buah pinang muda dan meminum airnya selama satu minggu. Buah pinang muda dipercayai dapat mencegah pendarahan selepas melahirkan. Air rebusan buah pinang juga dipercaya boleh merapatkan vagina bagi wanita. Ramai pernah mendengar dakwaan dimana buah pinang muda baik untuk rawatan kesihatan mulut dan gigi. Dalam kes masaalah mencegah gigi berlubang didakwa buah pinang muda dikenal dapat mecegah gigi berlubang. Biji dan kulit biji bagian dalam juga dapat digunakan untuk menguatkan gigi rapuh bersama-sama dengan sirih. Buah pinang mengandungi bahan tanin yang berkhasiat untuk menguatkan gusi dan juga menghentikan perdarahan. Buah pinang juga mengandungi bahan yang bersifat anti-bakteria yang dapat menyingkirkan bakteria yang berbahaya didalam mulut. Buah pinang juga mampu mencegah mulut kering. Orang yang mengunyah buah pinang cenderung menghasilkan air liur dalam jumlah besar dimana kesannya akan dapat mencegah mulut kering. Mulut kering selalunya akan dikaitikan dengan masalah bau mulut dan gigi berlubang. Mengambil buah pinang dilaporkan mampu untuk meningkatkan tenaga (energy). Ada ramai orang melakukan aktiviti mengunyah buah pinang untuk tujuan bagi meningkatkan energi dan stamina. Cara ini juga diyakini kerana kandungan alkaloid yang dapat melepaskan adrenalin dalam tubuh. Kesannya dimana ia boleh menghasilkan perasaan euforia dan ketenangan. Menurut Alcohol and Drug Foundation (ADF) dinyatakan dimana buah pinang mampu membuat seseorang lebih waspada. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.