Amalan agronomi yang terpenting adalah menugal atau menanam padi huma. Cara menugal dilakukan secara indicidu atau pun secara beramai-ramai dengan bergotong royong jika kawasan tersebut agak luas. Amalan agronomi ini adalah satu proses di mana tanah yang telah siap diperun tadi akan dibuat lubang dengan batang kayu yang mana pada penghujungnya runcing. Jarak tanaman ini biasanya sekitar sekali sebagai jarak diantara lubang penanaman. Seterusnya perlu meletakkan benih padi huma yang terppilih dan dirawt dahulu untuk akan dimasukkan kedalam lubang tersebut. Berlainan varieti padi huma digunakan bergantung kepada ketersediaan benih tersebut mengikut nama tempatan yang diberikan masyarakat mereka. Lazimnya jumlah biji padi atau benih padi yang dimasukkan adalah antara 4 - 7 biji dalam satu lubang. Dalam kebanyakan lokasi dimana aktiviti membuat lubang ini biasanya dilakukan oleh golongan lelaki sementara meleytakkan benih pula akan dijalankan oleh golongan wanita. Kerja-kerja menanam padi ini juga biasanya dijalankan secara gotong-royong dimana pemilik ladang padi huma akan memberikan saguhati atau menyediakan makanan kepada mereka yang membantu menugal. Aspek seperti hubungan kekeluargaan dan gotong royong didalam sosial masyarakat lebih erat terjalin semasa aktiviti berjalan. Biasanya semasa kerja gotong-royong menugal seakan menjadi 'pesta' dikawasa penanaman padi huma.
Amalan agronomi yang perlu dilakukan selepas pokok padi tumbuh adalah kerja-kerja membersihkan kawasan kebun dari rumpai. Kawasan tanaman padi huma yang lapang dan subur serta hujan akan menyebabkan rumpai tumbuh dengan cepat. Ada pelbagai jenis rumpai yang akan tumbuh seperti senduduk, lalang, selapot tunggul, paku pakis, rumput sambau dan sebagainya yang menganggu pertumbuhan padi huma. Ia akan menyebabkan anak padi huma 'kalah' berlawan dengan rumpai dalam mendapatkan cahaya matahari, nutrien makanan dan juga ruang selain daripada menjadi perumah kepada perosak dam penyakit. Ini kerana disepanjang masa menunggu padi itu tumbuh biasanya rumput-rumput liar juga akan tumbuh serentak dengan padi. Rumput ini harus dimusnahkan supaya tidak mengganggu perutmbuhan padi. Kerja ini perlu dilakukan secara manual iaitu dengan mencabut menggunakan tangan dan dikumpulkan disuatu tempat. Ada kalanya kerja ini dilakukan sendiri pengusaha pad huma ada kalanya ia dilakukan secara bergotong royong atau diupahkan sahaja. Penjagaan perosak dan penyakit bagi tanaman padi huma lazimnya dilakukan dengan cara sering memeriksa. Antara jenis perosak dikawasan tanaman padi huma termasuk kehadiran burung pipit, babi hutan, tikus, kesing, hama dan sebagainya disepanjang pertumbuhan padi huma tersebut. Kawalan perku dilakukan jika kadar serangan serius. Serangan penyakit pula lazimnya dikawal dengan membuang sahaja pokok yang diserang secara manual. Walau pun tanaman padi huma ini jarang diberikan baja kimia akan tetapi ada juga yang menggunakan baja Amophos, Urea dibeberapa lokasi yang mendapat bantuan kerajaan.
Bila padi mula bunting pasangkan 'orang-orang' iaitu kayu berpalang yang selalu dipakaikan dengan Baju Lama dan Topi serta di gantung tin susu yang diikat batu didalamnya. Tiang orang-orang ini akan dikat dengan tali bersambungan antara satu sama lain sehingga sampai di pondok di tengah kebun. Oleh kerana kawasan kebun berada ditengah-tengah kawasan kebun getah maka apabila padi nak masak banyak burung yang datang untuk makan terutama burung Pipit Uban dan Pipit Hitam. Kelompok burung ini datang berkumpulan dan makan padi perlu dihalau dengan menarik tali tadi maka bunyi tin serta gerakan orang-orang mengejutkan burung dan terbang. Perlu ada orang untuk menghalau burung tersebut.
Padi yang telah cukup masak akan dituai dengan memotong tangkai padi menggunakan sejenis pisau khas yang dibuat sendiri dipanggil sebagai 'ani-ani' atau 'linggaman' dalam bahasa Dusun. Besi lembut dipanaskan dan diketuk sehingga nipis dan dibengkokkan sebelum dipasang pada papan. Alat ini digenggam dengan tangan kanan dan tangkai padi dipotong dengan menarik tangkainya dan akan putus. Tangkai padi ini di ikat dengan tali (dulu guna tali dari pelepah pisang) dan digantung didalam pondok untuk pengeringan. Kaedah lain memotong rumpun padi huma dengan sabit dan terus dibanting dalam alat khas untuk terus meleraikan biji padi dengan tangkai. Padi huma ini perlu dijemur sebelum di tumbuk dalam lesung kayu besar dengan alu kayu atau dikisar menggunakan mesin pengisar. Kulit padi yang pecah dan terpisah perlu di tampi untuk membuang kulit dengan beras. Padi ini akan menjadi makanan sepanjang tahun sehingga tiba musim menanam padi padat tahun seterusnya. Sejumlah padi akan disimpan untuk tujuan ditanam pada musim dan menanam yang akan datang pada masa yang sama dan biasanya tempat yang berbeza-beza. Diharapkan amalan teknologi ini menjadi ilmu pengetahuan penanaman padi bukit ini tidak pernah dilupakan oleh generasi baru. Artikel ini juga dibahagikan kepada dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel mengenai amalan agronomi tanaman padi huma ini berguna untuk semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.