Support My Blog

Sunday, February 20, 2022

BUAH PINANG MUDA - APA GUNA? (Part 2)

BUAH PINANG MUDA
(Areca catechu) merupakan buah pinang yang belum matang (masih mempunyai kulit hijau) dan bijinya masih mengandungi banyak air. Lazimnya hasil penelitian penulis blog mendapati dimana penghasilan pokok pinang memang banyak bergantung kepada kesuburan pokok dan kadar kerosakan akibat penyakiy dan perosak. Sebanyak 6-7 tandan buah mampu dihasilkan dalam setahun sepokok dengan setiap tandan mempunyai 50 - 400 biji buah pinang. Bilangan buah pinang yang bersaiz kecil dan besar banyak bergantung kepada cuaca dan pembajaan. Buah yang banyak lazimbya bersaiz kecil dan buah yang sedikit bersaiz besar. Tahun ke 10-15 merupakan puncak penghasilan buah pinang sehingga ia optima ketika berumur 40 tahun. Buah pinang masak (berwarna oren kemerahan dengan bijinya yang keras) sering dihidangkan dengan dibelah menggunakan kacip dan dimakan bersama sirih dan seberapa barang lain setepak termasuk gambir dan kapur. Dilaporkan juga dimana air dari buah pinang muda dipercayai mampu mengubati darah dalam air kencing serta mengurangkan rabun bila dititik pada kornea. Abu buahnya yang dibakar boleh digunakan untuk tujuan membersihkan gigi secara kadar sederhana. Pinang muda dan benzoin disapukan pada luka berkhatan zaman dulu dikawasan masyarakat tradisional. Pokok pinang merupakan tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30 meter dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang yang telah matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya. Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan di kalangan masyarakat Cina pula memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog pernag beberapa kali membuat tinjauan dan pemantauan dikawasan kebun pinang di beberapa lokasi termasuk terbaru di Labis, Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar. Usahawan yang menanam seluas 2 hektar pokok pinang di ZPM Bukit Mambai, Segamat ini dilihat mendapati memang hasil buah pinang yang masak banyak sepanjang tahun. Kebanyakan hasil ini dituai dan diproses sebelum dihantar kepada pemborong di Pulau Pinang dan Singapura. Potensi tanaman pokok pinang agak kurang dil\lihat di Malaysia dimana tanaman ini dilaporkan memang ada tumbuh dibeberapa kampung sebagai tanaman tradisi dahulu sahaja. Artikel subuh ini jam 3.30 pagi dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai akan kehebatan buah pinang untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Testimoni sedia ada dimana buah pinang adalah 
kerap digunakan dalam bahan untuk mengatasi masaalah kecacingan.  Kandungan bahan arekolin yang terdapat dalam buah pinang memang berguna sebagai ubat cacing. Beberapa pakar kesihatan juga ada menyatakan akan keberkesanan biji pinang yang ada dijual di farmasi untuk digunakan dalam mengawal masaalah kecacingan terutama untuk mengatasi masaalah cacing pita. Dikampong pula ada yang mengambil  ekstrak atau air buah pinang muda kerana ia dapat mengatasi masalah cacingan bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Oleh itu digalakkan agar rawatan terhadap isu kecacingan ini dikawasan luarbandar dapat diselesaikan dengan cara yang tradisional ini. Paling popular pula adalah dakwaan dan testimoni dimana buah pinang mampu meningkatkan gairah seksual. Penggunaan buah pinang muda yang cukup terkenal adalah untuk meningkatkan ghairah seksual dan ia diketahui oleh mereka yang pernah mengamalkannya mungkin. Dilaprkan dimana perkara ini telah dipercayai disebabkan oleh bahan alkaloid berupa zat arekolin dalam buah pinang. Jika seseorang mengambil air rebusan atau pun ekstrak buah pinang dilaporkan dia akan dapat meningkatkan lagi kadar ghairah seksual dan menjaga stamina tubuh.

Tidak kurang hebatnya adalah dimana makan buah pinang mampu mengatasi masaalah 
bau mulut. Ini kerana lazimnya penyebab bau mulut boleh berpunca dari sebab pemakanan, produk tembakau, kebersihan gigi yang rosak, masalah kesihatan, mulut kering, infeksi mulut, masalah gigi, atau kesan dari seseorang untuk pengambilan ubat tertentu. Sifat  buah pinang yang anti-bakteria selalunya dapat membunuh kuman yang jadi penyebab kepada bau mulut. Bau mulut juga disebabkan oleh mulut kering atau kurang air. Pengambilan buah pinang muda dapat mengatasi mulut kering yang secara langsung juga mencegah bau mulut kerana ir liur yang keluar akan melembapkan mulut. Lazimnya dari pada amalan orang dulu dimana buah pinang muda telah lama dikenal dalam herba di nusantara. Buah ini biasanya dikonsumsi dalam bentuk ekstrak, jus, atau air rebusan. Beberapa penulisan yang dirujuk menyatakan antara kandungan nutrisi 100 gram buah pinang termasuktenaga sebanyak 330 kcal, Protin (5.2g), Lemak (10.2g), Karbohiderat (56.7g), Natrium (76mg), Kalium (450 mg), Kalsium (400 mg), Posforan (89mg) dan zat besi (4.9 mg). Memakan buah pinang kuga dilaporkan dapat membantu dalam penyembuhan pesakit yang mengalami stroke. Ini berkalu dengan pesakit yang mengambilnya akan dirangsang kemampuannya untuk bercakap, memperbaiki sistem perkumuhan kencing dan juga menguatkan otot-otot yang lemah pesakit. Kehebatan buah pinang juga dilaporkan mampu mengatasi seseorang daripada mengalami tekanan (depresi). Buah pinang untuk kesehatan mental adalah untuk membantu meredakan gejala depresi sebab buah pinang dipercayai dapat menurunkan kadar hormon kortisol iaitu sejenis yang merupakan hormon penyebab stres. Seterusnya adalah buah pinang akan membantu mengeluarkan racun dari tubuhbadan. Dalam amalan rawatan tradisional dimana dilaporkan buah pinang sering digunakan untuk mengeluarkan racun di tubuh. Buah pinang juga kerap digunakan untuk tujuan menyingkirkan parasit dan cacing yang diduga menjadi penyebab penyakit. Meski begitu masih belum ada kajian klinikal tentang perkara ini dikeluarkan.

Membaca artikel ini dari Part 1 sehingga Part 2 memang menyeronokkan akan khasiat dan kehebatan buah pinang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun perlu dibincangkan juga akan r
isiko dan kesan sampingan yang negatif tentang makan buah pinang. Laporan sebelum ini ada menyatakan meski pun buah pinang menawarkan sejumlah kehebatan dan khasiat untuk kesihatan akan tetapi kebanyakannya adalah dalam bentuk testimoni sahaja dan buka hasil kajian klinikal. Ia berkait juga dengan penggunaan buah pinang yang diambil sebagai satu tradisi atau budaya masyarat tertentu diseluruh dunia. Kebaikan dan kehebatan khasiatnya memang masih belum terbukti untuk dikomersilkan. Kajian berterusan perlu dijalankan untuk menjadikan buah pinang ini menjadi sejenis produk yang lebih bernilai dipasaran dimana penggunaannya meningkat seterusnya meningkatkan pendapatan petani. Kajian saintifik yang lebih moden menunjukkan terdapat banyak risiko kesihatan negatif yang terkait dengan amalan ini. Program penyelidikan buah pinang perlu dilakukan secara teratur setelah dikaitkan dengan industri yang memberikan pulangan baik. Merujuk kepada beberapa temuan dari hasil penyelidikan pakar di USA oleh American Society for Clinical Nutrition yang telah mendapati dimana ada hubungan yang kuat antara pinang dan peningkatan risiko penyakit seperti masaalah sistem kardiovaskular, sindrom metabolik dan juga masaalah obesiti. Dilaporkan dimana buah pinang juga dapat berinteraksi dengan ubat lain atau suplemen herba lain. Ini boleh menyebabkan akan berlaku tindakbalas toksik dalam tubuhbadan atau mengurangkan keberkesanan ubat lain. Paling menjadi ancaan adalah dilaporkan hasil kajian dimana buah pinang menyebabkan kanser mulut. Kajian mendapati dimana pengamalnya akan mendapat risiko kesihatan yang teruk dan serius jika makan buah pinang. Pertubuhan WHO mengklasifikasikan buah pinang sebagai karsinogen. Sebuah penelitian dalam Journal of American Dental Association melaporkan bahawa aktiviti penggunyah pinang berisiko lebih tinggi terkena 'fibrosis submukosa oral' dan kanser mulut. DIlaporkan kandungan arecoline, arecaidine, guvacine dan guvacoline memiliki sifat karsinogenik jika dikunyah langsung. Proses pengunyahan menyebabkan lepasnya empat zat karsinogenik tersebut dan memang di rongga mulut terdapat enzim yang mungkin memicu tindakbalas dalam pelepasan bahan zat ini. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
POKOK PINANG... LEBAT BUAHNYA...
BIJI DIKUNYAH.. DAUN SIREH BERSAMA...
YANG MUDA... MEMABUKKAN AIRNYA...
ELAK MELAKUANNYA.. IA MERBAHAYA..
.


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...