Dari Kedah dilaporkan dimana 'Buah tin lumayan di komersilkan' walau pun masih ramai orang yang tidak begitu mengetahui tentang buah tin, apatah lagi khasiat yang ada kaitan dengannya. Bernama melaporkan dimana buah tin ini dipercayai boleh merawat pelbagai jenis masalah kesihatan termasuk masaalah keradangan, kelumpuhan, penyakit hati, masalah pernafasan dan penyakit kulit. Buah tin sememangnya masih asing di negara ini tetapi hasil penyelidikan Datuk Syed Elias Syed Ahmad sebagai salah seorang perintis tanaman buah tin di Malaysia mendapati buah ini boleh ditanam dalam iklim khatulistiwa dan boleh dituai sepanjang tahun. Hasil usaha gigih beliau kini membolehkan sesiapa sahaja menanam buah tin yang berasal dari Asia Barat dan selatan Eropah ini di belakang rumah mereka. Syed Elias yang begitu komited dengan kerja-kerja penyelidikan buah tin ini berkongsi pengalamannya dengan Bernama (Sila lihat foto disebelah). Berdasarkan minat mendalam Syed Elias terhadap buah tin ini bermula sewaktu beliau berkunjung ke Turki pada 2008 diman adia masih ingat pertama kali terpandang buah yang dijual di sepanjang lebuh raya di Turki. Dakwanya sewaktu lawatan ke Tunisia dan Turki dia terjumpa dengan buah ini sebagai buah tin dan rasa kagumnya dengan buah tin itu membuatkannya lakukan penyelidikan tentang buah tin sekembalinya ke tanah air. Dia dakwa pernah membeli buah tin dengan begitu banyak untuk penyelidikannya dimana hasil usaha penyelidikannya sejak kira-kira lapan tahun lalu kini dia berjaya menanam pelbagai jenis spesies buah tin. Terdapat pelbagai jenis buah tin dan mempunyai warna yang berbeza seperti merah, hitam, hijau, kuning serta perang. Dia yang turut mempunyai ramai peminat yang berkongsi kesungguhan yang sama dalam tanaman buah ini kini mempunyai dua buah ladang buah tin, satu di belakang rumah dan satu lagi di Janda Baik, Pahang. Dalam pada itu buat masa ini dia juga menjual buah tin yang dihasilkan ke pasaran luar negara dimana permintaan adalah memang tinggi tetapi bekalan tidak mencukupi. Masalah bekalan buah tin boleh diatasi sekiranya lebih ramai penduduk tempatan menanam buah ini dan juga masyarakat tempatan masih ramai yang belum biasa dengan buah tin. Diharap juga pihak MAFI berminat dalam penanaman buah tin. Menanam pokok buah tin memang banyak cabaran, satu dari-padanya ialah membina rumah hijau untuk membolehkan pokok menghasilkan buah. Memang mahal untuk membuat rumah hijau tetapi ia perlu untuk melindungi pokok dari hujan kerana ia akan boleh merencatkan perkembangan buah. MAFI dipohom agar dapat menyediakan peruntukan untuk penanam buah tin dalam membina rumah hijau dan juga membantu penanam buah tin mempromosikan buah itu di Malaysia yang memang ada nilai besar dalam pasaran. Dia yang telah pun menghabiskan banyak masa untuk mengusahakan ladang di samping menghasilkan buku yang mengandungi banyak maklumat mengenai buah tin dijual di kedai buku di seluruh negara dengan harga RM399.
Kisah bagaimana 'Buah Tin memberi nafas baru' dan menjadikan sumber rezeki dalam media tempatan wajar dikongsikan. Bagi usahawan Mohd Hisham dari Simpang Empat, Alor Setar, Kedah yang mana berpegang kepada peribahasa ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ maka seorang lelaki bertekad melaburkan wang simpanannya sebanyak RM70,000 untuk memulakan perusahaan tanaman pokok tin. Dia dakwa mempunyai pengalaman pernah gagal dalam pelbagai bidang telah mengajarnya untuk memperoleh ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan sesebuah perusahaan. Dia yang pernah gagal menjadi pengu-saha pakaian terpakai, kedai permainan video, tanaman cili dan gagal masuk New Zealand untuk bekerja sebagai pemetik buah epal akibat masalah visa. Kini daia sudah bangkit daripada semua kegagalan itu dan timbul ilham untuk mengusahakan tanaman pokok tin danimana didakwa semakin berhasil. Sebelum memulakan projek tanaman pokok tin dengan kaedah tut setahun lalu, beliau melengkapkan dirinya dengan ilmu dan membuat kajian mengenai varieti tumbuhan itu. Dia yang mula mengkaji dan mencari pembekal keratan batang (benih) pokok tin yang berkualiti di serata dunia sebelum membelinya secara terus atau melalui pos. Anak pokok dan keratan batang yang dibeli boleh mencecah ribuan ringgit dan ia perlu dijaga sehingga beberapa bulan sebelum membesar dan boleh dijadikan keratan batang seterusnya untuk proses semaian. Dia juga menukar varieti bersama beberapa orang rakan yang turut sama mengusahakan tanaman ini dan sehingga kini hampir 300 varieti anak pokok tin dari seluruh dunia yang bermutu dapat dihasilkan. Antara varieti yang dihasilkan ialah BTM6, SuperJumbo, Albacor, Kerem, Dalmatie, Turca, Crotia, White Syria, Panache Tiger, Green Jordan, Jin Ao Fen, Napoli-tana negra, Sitcelis dan Breva Negra. Semua pokok-pokok itu berasal dari Palestin, Arab Saudi, Iraq, Iran, Syria, Turki, Jordan, Portugal, Australia, New Zealand dan Itali. Dia juga menggalakkan orang ramai mengusahakan tanaman itu kerana penjagaannya tidak sukar dan berpotensi untuk maju. Pengusaha hanya perlu pastikan pembajaan yang cukup, tanah yang sesuai serta mendapat pencahayaan yang cukup dan apabila besar boleh dijadikan semaian dan ditanam di sekeliling rumah. Walaupun Malaysia beriklim tropika dan lembap, namun cuaca panas dan kering yang sering melanda membolehkan ia ditanam dan tumbuh subur. Dia juga pernah dicemuh kononnya pokok tin tidak boleh hidup di Malaysia dan pekerjaan sia-sia dan sekarang ini pokok-pokok induknya di sini seperti ‘emas’ apabila menjadi sasaran pencuri. Kini sebatang anak pokok tin dijual antara RM80 hingga RM500 mengikut saiz dan jenis, manakala harga bagi sekilogram buah tin mentah mencecah RM80 hingga RM180 sekilogram. Selain buahnya boleh dimakan begitu saja, ia juga boleh dijadikan produk hiliran seperti halwa, aiskrim dan produk kecantikan, manakala daunnya boleh dijadikan minuman kesi-hatan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit.
Dalam portal sinarharian.com ada artikel betajuk 'Tanaman buah tin boleh jana pendapatan mudah' yang diusahakan oleh Teo Ban Chuan di Ipoh, Perak telah menunjukkan hasil buah yang berkualiti. Penanaman buah tin dengan kaedah pertanian moden dijangka dapat memberi pulangan lumayan kepada petani kecil kerana kini permintaan terhadap buah berusia ribuan tahun itu meningkat saban tahun namun pasaran tempatan tidak dapat memenuhi ‘kelopongan’ itu. Sejajar dengan saranan kerajaan negeri yang mahukan tanah kosong dimanfaatkan untuk projek pertanian dimana bekas pekerja binaan Teo Ban Chuan (50 tahun) berjaya menjadikan kawasan pembuangan sampah di Bercham di sini, yang seluas 0.1 hektar sebagai tapak penanaman bagi 233 pokok buah tin miliknya. Penanaman buah tin secara dasarnya dapat menjana pendapatan isi rumah ataupun pekebun kecil dengan mudah. Buah ini dijual segar dengan harga RM35 sekilogram. (Penulis blog dapati rata-rata buah tin dijual sekitar RM50 - RM80 sekilogram). Bagi kawasan seluas suku ekar dimana ia boleh menjana sebanyak RM1,050 sebulan jika ditanam dengan kaedah rumah hijau. Penanaman buah tin dapat mengeluarkan hasil dengan cepat sekali gus membantu petani kecil menjana pendapatan. Projek percubaan yang diusahakan Februari 2020 ini bakal mengeluarkan hasil kerana ia tanaman yang tidak bermusim. Pokok ini tidak memerlukan kawasan yang luas dan tidak mengambil masa yang lama untuk dituai. Ia sudah mula mengeluarkan hasil pada bulan kelima penanamannya dan dianggarkan boleh memperoleh sekitar 150 buah setiap hari. Ban Chuan dakwa peluang bertani itu wajar direbut dalam usaha meningkatkan ekonomi keluarga terutama negara dalam fasa pemulihan wabak Covid-19. Pokok ini memerlukan disiplin yang tinggi dengan kaedah penjagaan sama seperti sayur-sayuran tanpa melibatkan kerja-kerja berat. Dalam tempoh jangka panjang, tanaman buah tin berpotensi menjadi salah satu pengeksport terbaik berikutan permintaan tinggi dari negara-negara Islam. Buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica antara buah sunnah disebut dalam al-Quran yang beri manfaat dari sudut kesihatan. Buah yang mempunyai teksturnya yang lembut dan rasa lemak manis, diperkaya dengan antioksidan, vitamin, potasium dan serat yang baik untuk membantu menjaga kesihatan badan. Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk pembaca semua. Wasallam!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.