Beberapa media tempatan melaporkan bagaimana kisah 'Beruang matahari masuk perangkap Perhilitan' di Setiu, Terengganu menarik untuk dikongsikan. Kisah menarik bagaimana seekor beruang matahari ditemui memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) di Kampung Rahmat, Chalok, melegakan penduduk tempatan (Sila lihat foto disebelah). Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malek dakwa penduduk menyedari perkara itu kira-kira jam 6 pagi Sabtu selepas perangkap berkenaan dipasang susulan aduan awal penduduk. Pihaknya memasang perangkap selepas menerima aduan penduduk yang ternampak haiwan itu berkeliaran dan merosakkan buah-buahan dan binatang ternakan di kawasan perkampungan berkenaan. Beruang matahari jantan dengan anggaran berat 65 kilogram itu hanya memasuki perangkap selepas dialihkan dari lokasi asal dipasang iaitu kira-kira 100 meter berhampiran rumah seorang penduduk. Beruang matahari memang berbahaya dan boleh mencederakan jika rasa terancam kerana haiwan ini memiliki kuku tajam, menyebabkan ramai penduduk bimbangkan keselamatan mereka. Perhilitan akan lakukan pemeriksaan kesihatan terhadap beruang ini dan jika disahkan sihat maka ia akan dilepaskan ke kawasan pelepasan hidupan liar Sungai Deka, Hulu Terengganu. Dakwa salah seorang penduduk kampung yang ditemui iaitu Che Azharuddin Che Othman, 39, dimana dakwanya sebelum ini haiwan liar tersebut telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah dan memakan 20 ekor burung merpati peliharaannya. Melihat kecederaan kesemua burung merpati yang mati itu maka dia yakin haiwan peliharaan ini diserang binatang buas. Lebih- lebih lagi dia nampak keadaan pagar rumah yang telah dirosakkan. Ramai penduduk yakin haiwan ini tinggal di hutan dan di ladang kelapa sawit berhampiran kampung kerana sebelum ini pernah beberapa kali penduduk setempat terserempak dengan beruang matahari yang berkeliaran di kawasan kampung. Binatang buas ini disedari mula 'mengganas' sejak tiga minggu lalu selepas didapati mengganggu tanaman penduduk. Apa yang lebih menakutkan apabila beberapa penduduk kampung mengadu kediamaan mereka sudah diceroboh haiwan tersebut. Dilaporkan sebelum ini penduduk mengadu buah cempedak yang dilonggokkan di hadapan rumahnya untuk dijual kepada peraih habis dirosakkan dan dimakan dipercayai perbuatan haiwan liar ini. Memang jika diikutkan sebelum ini setiap kali musim buah penduduk kerap terserempak dengan haiwan liar ini yang merayau-rayau di kawasan kampung tetapi baharu tahun 2021 ini haiwan tersebut didapati mula bertindak ganas yang sekali gus menyebabkan hampir 10 buah keluarga di sini merasa terancam.
Kisah bagaimana ada seekor 'Beruang matahari keluar cari makanan' yang dilaporkan di Kg Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor mengejutkan orang ramai. Dilaporkan dimana kemunculan seekor beruang matahari dijangka ia berkemungkinan bagi mencari makanan terutama kawasan adanya lokasi penduduk menternak madu kelulut dan madu lebah. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mendakwa kawasan tersebut merupakan habitat bagi haiwan tersebut tambahan berhampiran dengan ladang kelapa sawit dan Hutan Simpan Kekal Sungai Karang yang mempunyai sumber makanannya. Lokasi itu adalah kawasan lintasan hidupan liar atau keliaran beruang matahari. Sudah menjadi sifat semulajadi haiwan ini untuk merayau. Dinasihatkan agar orang ramai supaya selalu memandu keenderaan berhati-hati berdasarkan had laju yang ditetapkan di kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang kemalangan tidak diingini berlaku sama ada kepada beruang dan juga pengguna jalan raya lain. Terdapat haiwan tersebut yang merupakan spesies mamalia yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Bagaimanapun tidak menyatakan spesifik jumlah populasi beruang matahari di kawasan tersebut. Beruang matahari tersebut ada ketika ia dilihat itu berdiri dan berjalan dimana berkemungkinan atas dua sebab iaitu mengaru belakang badannya dan pada masa sama berasa terancam dengan kehadiran manusia. Perhilitan menzahirkan suatu pujian dan penghargaan kepada pengguna laman sosial itu kerana tidak mendedahkan lokasi sebenar kemunculan beruang matahari itu disebabkan mungkin ada pemburu haram menyaksikannya. Sehingga artikel ini ditulis belum ada kisah tragik mengenai beruang tersebut dilaporkan dan masih bebas.
BERUANG MADU... NAMA LAINNYA...
DIPASANG PERANGKAP... MASUK DIA...
HAIWAN DILINDUNGI... DIBAWAH AKTA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(3 Rejab 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.