Support My Blog

Monday, February 7, 2022

PERUBAHAN IKLIM DAN HASIL PADI

PERUBAHAN IKLIM DUNIA
dilaporkan telah membawa banyak kesan dan perubahan kepada dunia dalam banyak sektor termasuk sektor pertanian. Isu perubahan iklim yang berpunca daripada aktiviti antropogenik telah menjadi ramai dan menerima perhatian masyarakat dunia saban hari. Penulis blog yang beberapa kali menghadiri mesyuarat dan seminar mengenai isu ini didalam negara dan luar negara mendapati ia merupakan sesuatu yag perlu diketahui. Apa pun perubahan iklim merupakan isu dunia yang kian hangat diperkatakan saban hari ekoran kenaikan suhu permukaan global yang agak luar biasa. Suhu permukaan global mengalami kenaikan sekitar 0.74 - 0.18 °Celcius pada awal dan akhir abad ke-20 dan ia terus diunjurkan akan terus meningkat sekitar 1.1 - 6.4 °Celcius pada abad ke-21. Pernah penulis blog dengar dalam seminar antarabangsa d Kuala Lumpur dimana di Malaysia hasil dari Laporan Komunikasi Nasional Ketiga (Third National Communication - NC3) melaporkan bahawa purata suhu tahunan negara dijangka akan terus meningkat 0.5 - 1.0 °Celcius dalam jangkamasa sehingga 2030 dan dijangka akan terus meningkat 0.9 - 1.6 °Celcius dalam pada tahun 2050. Malaysia yang rata-rata makanan rujinya adalah nasi hasil tanaman padi perlu melihat kesan perubahan iklim dunia ini didalam sektor industri padi. Tanaman padi (Oryza sativa) terutama dibeberapa kawasan jelapang padi serta dikawasan luar jelapang perlu dilihat bagaimana cara mengatasi isu ini. Salah satu impak terbesar perubahan iklim adalah terhadap sekuriti makanan terutamanya di negara-negara sedang membangun termasuklah Malaysia apabila tanman padi ini yang adalah kritikal kerana ia merupakan tanaman makanan kedua terpenting di seluruh dunia selepas tanaman gandum. Pengeluaran hasil padi tahunan dunia perlu diperningkatkan daripada 518 juta tan setahun pada 1990 kepada 760 juta tan setahun pada 2020 bagi tujuan keselamatan makanan. Nasi adalah makanan ruji bagi kebanyakan negara dunia dimana ia termasuklah negara-negara Asia. Dilaporkan hampir 94% daripada hasil pengeluaran padi dunia adalah daripada negara-negara Asia. Artikel tengahari Ahad ini dalam blog  "Anim Agro Technology" saya kongsikan mengenai kesan bagaimana isu perubahan iklim menjejaskan hasil tanaman termasuk tanaman padi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Tanaman Padi merupakan sejenis tanaman utama bagi penduduk di kawasan Asia di mana FAO melaporkan hampir 80% sawah padi adalah ditanam dengan menggunakan sumber pengairan (padi sawah) sementara bakinya sekitar 20% ditanam dengan kebergantungan terhadap air hujan. Keperluan air melalui bekalan daripada empangan atau sungai yang di pam kemudinan dihantar melalui taliari keseluruh kawasan sawah padi perlukan kos yang tinggi untuk pembinaan dan penyelengaraannya. Kos ini perlu dibayar didalam mampastikan air sampai kesetiap petak sawah dengan sempurna dan mencukupi mengikut jadual penanaman (Sila lihat foto disebelah). Beberapa kawasan jelapang padi utama seperti di MADA, KADA, IADA Pulau Pinang, IADA Krian, IARA KETARA, IADA Barat Laut Selangor dan beberapa lagi membelanjakan jutaan ringgit setahun untuk mempastikan bekalan air ke sawah padi terus mencukupi. Di Malaysia memang seperti penulisan saya sebelum ini dimana keluasan tanaman padi adalah yang ketiga terbesar selepas tanaman kelapa sawit dan tanaman getah. Tanaman keempat terluas adalah tanaman kelapa (Cocos nucifera). Penulis blog yang pernah menjaga industri padi di Jabatan Pertanian mendapati dimana hampir 51% keluasan kawasan pertanian di Semenanjung Malaysia adalah kawasan tanaman padi di mana sekitar 75% daripadanya adalah kawasan jelapang manakala baki 25% adalah kawasan luar jelapang. Nasi merupakan makanan ruji (makanan utama) penduduk Malaysia di mana permintaan telah mencapai sekitar 32.4 juta metrik tan setahun bagi memenuhi keperluan populasi penduduk pada tahun 2019 (Sumber: Laporan Statistik Sub-Sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Sebelum ini penulis blog juga merujuk laporan sama dimana jumlah permintaan hasil pengeluaran tanaman padi telah meningkat daripada 2.7 juta tan setahun pada 1986 hingga 4 juta tan setahun pada 2009 berpunca daripada peningkatan populasi penduduk. 

Dalam pada itu penulis blog merujuk kepada laporan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang kini menjadi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dimana telah mensasarkan kadar sara diri (SSL) 100% pada tahun 2020 bagi tanaman padi bawah Dasar Agromakanan Negara atau DAN (2011 - 2020) berikutan krisis bekalan makanan global yang berlaku sekitar tahun 2008 dimana ia adalah selain menjamin keselamatan makanan dalam usaha untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat saban hari. Dilaporkan dimana ada Model Iklim Global (GCM) yang perlu digunakan untuk tujuan membangunkan unjuran perubahan iklim bawah senario perubahan iklim Representative Concentration Pathways 4.5 (RCP 4.5). Dalam perkara tersebut dimana keperluan penting seperti minimum input parameter cuaca dalam aplikasi model tanaman adalah suhu maksimum (Tmax), suhu minimum (Tmin), taburan hujan dan radiasi solar (Srad) adalah dikaji. Decision Support System for Agrotechnology Transfer (DSSAT) dilaporkan merupakan salah satu model simulasi tanaman yang telah dibangunkan oleh pihak International Benchmark Systems Network for Agro-technology Transfer (IBSNAT). DSSAT merupakan kaedah digunakan dalam sistem gabungan 16 model simulasi tanaman yang berbeza, di mana data tanah, cuaca dan pengurusan tanaman diakses bersama dan digunakan untuk meramal kadar pertumbuhan tanaman, unjuran hasil dan maklumat lain tanaman yang berkaitan CERES-RICE adalah pakej model simulasi dalam perisian DSSAT yang direka khas untuk tanaman padi yang boleh digunakan untuk membangunkan unjuran hasil pada masa akan datang. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk menilai kesan perubahan iklim pada masa akan datang terhadap potensi hasil padi bawah senario perubahan iklim RCP 4.5 dan RCP 8.5. Kajian sedang dilakukan oleh para saintis tempatan untuk mengetahui bagaimana kesan iklim terhadap sektor industri pada di negara kita.

Melalui laporan oleh MAFI yang telah  membentangkan hasil kajian awal dimana unjuran hasil sehingga 2050 bagi kawasan jelapang padi utama iaitu MADA, KADA dan IADA BLS telah dibangunkan menggunakan simulasi model CERES-RICE. Sistem ini yang terdapat dalam Decision Support System for Agro-technology Transfer (DSSAT) berdasarkan senario perubahan iklim daripada Model Iklim Global (GCM) yang terpilih. Berdasarkan hasil simulasi tersebut dilaporkan hasil produktiviti padi dijangka akan terjejas akibat senario berlaku perubahan iklim. Kini hasil kajian membolehkan maklumat ini digunakan sebagai panduan dalam merangka strategi dan adaptasi bagi mengurangkan impak perubahan iklim pada masa akan datang. Kajian di kawasan MADA yang mana ia meliputi 48% daripada jumlah keluasan jelapang padi sedia ada di Semenanjung Malaysia yang terbahagi kepada empat wilayah utama iaitu Wilayah 1 (Perlis), Wilayah 2 (Jitra), Wilayah 3 (Pendang) dan Wilayah 4 (Kota Sarang Semut). Jadual 3 menunjukkan hasil padi pada musim utama dan musim luar di kawasan MADA bagi tahun 2011 - 2015. Berdasarkan hasil simulasi permodelan dimana unjuran hasil menunjukkan faktor perubahan iklim akan menjejaskan hasil pengeluaran padi di kawasan MADA iaitu sehingga 19% berbanding dengan hasil yang direkodkan pada tahun 2015 bagi tempoh 30 tahun yang akan datang. Selanjutnya adalak hasil unjuran hasil bagi kawasan KADA di negeri Kelantan dan juga utara negeri Terengganu yang meliputi 13% daripada jumlah keluasan jelapang padi Malaysia. Berdasarkan hasil simulasi permodelan dimana unjuran hasil menunjukkan faktor perubahan iklim akan menjejaskan hasil pengeluaran padi di kawsan KADA sehingga 19% berbanding dengan hasil yang direkodkan pada 2015 bagi tempoh 30 tahun yang akan datang. Akhirnya adalah unjuran hasil bagi kawasan IADA Barat Laut Selangor (BLS) yang merupakan salah satu dari kawasan pembangunan pertanian bersepadu yang terletak di utara negeri Selangor. IADA BLS meliputi 9% daripada keluasan jelapang padi Malaysia namun dilaporkan ia adalah merupakan kawasan pengeluaran hasil tertinggi berbanding dengan kawasan jelapang padi yang lain. Unjuran hasil padi menunjukkan faktor perubahan iklim akan menjejaskan hasil pengeluaran padi di kawasan IADA BLS sehingga 39% berbanding dengan hasil yang direkodkan pada 2015 bagi tempoh 30 tahun yang akan datang. 
Kajian lanjut berkaitan sistem pengurusan tanaman yang lebih efektif seperti aspek pembajaan, pengairan dan penanaman boleh dijalankan bagi tujuan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. DIharap negara kita akan terus memajukan sektor tanaman padi demi kecukupan dan keselamatan makanan negara. Wasallam!!..
TANAMAN PADI... IA TANAMAN UTAMA...
PERUBAHAN IKLIM... IA ADA KESANNYA...
19 - 39% HASIL.. TERJEJAS UNJURANNYA...
CARI STRATEGI... BAGAIMANA CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka,
Malaysia.
(5 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...