Support My Blog

Saturday, February 19, 2022

BAGAI PINANG DI BELAH DUA - APA DIA?

BAGAI PINANG DI BELAH DUA merupakan salah satu peribahasa yang sering didengar dari dulu sehingga sekarang dan ada dipelajari didalam banyak buku semasa belajar disekolah. Bahasa Melayu memang kaya dengan peribahasa, bidalam, seloka, pantun, shair dan sebagainya menjadikan ia sebagai salah satu bahasa yang digunapakai lebih dari 350 juta penduduk dunia. Salah satu peribahasa yang ada gunakan tumbuh-tumbuhan sebagai kiasan adalah 'Bagai Pinang Dibelah Dua' yang bermaksud sebagai 'Pasangan yang sama cantik dan sepadan antara satu sama lain' atau pun mudahnya sering juga disebut sebagai 'secocok'. Ia merujuk kepada pasangan pengantin baru yang bersanding dipelamin atau dalam situasi lain yang dilihat memang berpadanan sebagai pasangan secara fizikalnya. Melihat kepada foto diatas pastinya bagi membelah buah pinang bukanlah sesuatu perkara yang sukar asalkan ada buah pinang dan alat sesuai untuk membelahnya. Bagaimana pun sebenarnya membelah buah pinang agar sama diantara dua belahan ini adalah perkara yang sukar juga. Buah pinang yang berbentuk bulat akan mudah tergoleh dan belahan pinang ini tidak akan sekata. Jika berjaya membelahnya dengan betul kepada dua bahagian ia akan dilihat seragam didalamnya. Akan dapat dilihat sabut dan bijinya berada disemua bahagian belahan seakan sama sahaja dalamnya. Ini yang dikatakan sebagai 'bagai pinang dibelah dua' iaitu ada persamaan sama ada belahan tersebut cantik atau sebaliknya. Peribahasa ini hanya sering dirujuk kepada pasangan yang cantik sahaja walau pun sebenarnya jika kedua pasangan kurang cantik (maksudnya jika hodoh) pun ia boleh digunapakai. Apa pun penulis blog sebenarnya lebih suka menulia secara teknikal mengenai pokok pinang dan buah pinang serta beberapa kisah menarik mengenai buah pinang untuk dirujuk. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan peribahasa 'Bagai pinang dibelah dua' sebagai bahaj bacaan semua.

Tanaman pokok pinang (Areca catechu) tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30m dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya (Sila lihat foto diatas sekali). Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan kalangan masyarakat Cina memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog didalam membuat pemantauan dikawasan kebun pinang di Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar. Osahawan yang menanam seluas 2 hektar pokok pinang di ZPM Bukit Mmbai, Segamat ini mendapati memang hasil buah pinang yang masak banyak sepanjang tahun. Kebanyakan hasil ini dituai dan diproses sebelum dihantar kepada pemborong di Pulau Pinang dan Singapura.

Pokok pinang yang mana ia merupakan satu spesis tumbuhan palma atau faili Arecaceae mudah tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter dengan diameter batangnya setebal 20 - 30 cm. Daunnya berukuran 1.5 - 2.0 meter panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. Pokok Pinang ditanam untuk memperolehi buah dan bijinya yang penting dari segi ekonom diambil daripada bahagian buah pinang (betel nut). Bahagaian biji ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline dimana orang kampung dakwa ia boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang inni selalu ada ditanam di India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk penghasilan buahnya. Dalam pada itu sering di viralkan menganai 'Buah Pinang Muda' da biji buah pinang uang digunakan untuk makan sireh. Buah pinang dan sireh serta kapor memang berleluasa digunakan oleh orang lelaki Myanmar. Penulis blog yang pernah berkunjung ke Myanmar mendapati orang lelaki dewasa mereka amat suka makan benda ini atau mudahnya kita panggil 'menyentel' sahaja. Tidak kurang juga dahulu dikalangan orang Melayu kita di Malaysia dimana didalam adat perkahwinan orang Melayu serta orang India di Malaysia, sireh pinang amat penting . Sireh, pinang, gambir, kapur, lada hitam, kemenyan dan lain-lain diletakkan dalam tepak sireh semasa adat perkahwinan

Dalam portal berita hmetro.com dengan kisah bertajuk 'Kreativiti aura hasil rimba' 
menarik dikongsikan kali ini keran aia melibatkan buah pinang. Apa pun dilaporkan menerusi kreativiti, bahan buangan atau terpakai mampu menjadi hiasan rumah yang unik dan bersifat eksklusif. Tanpa perlu untuk mengeluarkan kos tinggi dimana pelbagai produk baharu menarik boleh dihasilkan menggunakan elemen berkenaan. Dilaporkan masa terluang di rumah berpeluang menghasilkan sesuatu yang unik bukan sahaja untuk keperluan diri malah ia mampu menjana pendapatan. Antaranya adalah menerusi kombinasi buah pinang, lidi nipah dan buah pelaga dimana ia boleh dijadikan sebagai produk bunga kering iaitu 'Sweet Coolay Flower' sebagai penyeri ruang. Menurut Pengasas APA Atittude Planet Art (Apa Art) iaitu Fauzi Ab Majid dimana dia menggunakan idea hasil rimba menggunakan buah pinang untuk dijadikan bunga kering. Bahan seperti buah pinang yang terbuang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan sesuatu yang unik dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Apabila kita olah daripada sumber yang senang diperoleh, harganya bukan terletak kepada wang ringgit, tapi nilai berfikir untuk idea tersebut. Setiap reka bentuk dari sumber alam terutama bahan terbuang mempunyai aura yang kuat jika dicipta dengan sempurna dan tidak berlebihan. Idea bunga dari buah pinang ini sesuatu yang cukup sentimental selain dari sumber yang senang didapati dan mudah diolah. Dalam menghasilkan bunga kering dari bahan terbuang ini sangat mudah dan ia tidak membabitkan kos tinggi dan boleh disiapkan dalam masa singkat. Kos dari proses awal seperti pengawetan sehingga siap 100 batang bunga ini tidak lebih RM20. Satu batang bunga kering boleh disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga minit sahaja. Ada individu yang tidak berkemahiran boleh menghasilkan bunga kering ini mengikut kreativiti sendiri. Bahan-bahan diperlukan adalah pelekat atau 'gam gajah', buah pinang, lidi nipah, buah pelaga dan gunting. Cara membuatnya dengan mengmbil buah pinang kering dan warnakan. Kemudian pinang tadi disiat separuh dan selepas itu bulu sabut pinang dibentuk dan dikembangkan. Tebuk lubang di bahagian bawah buah pinang. Masukkan lidi dalam lubang yang ditebuk tadi dan tolak pinang sehingga ke bawah. Masukkan satu lagi pinang yang saiz lebih kecil dari atas dan tarik ke bawah di atas buah pinang pertama (satu batang lidi memerlukan dua buah pinang). Kemudian masukkan buah pelaga di hujung lidi. Lekatkan semua objek yang dimasukan ke lidi tadi. Ulang langkah sama dan buat sekurang-kurang 100 bunga kering untuk hasilkan satu hiasan menarik dalam satu pasu. Begitulah bagaimana kisah buah pinang kali ini semuga memebri info berguna kepada semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!.
POKOK PINANG... DIAMBIL BUAHNYA...
DILIHAT SAMA ... BILA DIBELAH DUA...
PASANGAN SEPADAN... MAKSUDNYA...
DIJADIKAN GUBAHAN... IA BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...