SEPERTI TIKUS MEMBAIKI LABU merupakan salah satu peribahasa Melayu yang berasaskan tanaman dan haiwan roden yang ada digunakan untuk tujuan maksud tertentu. Apa pun asasnya peribahasa 'seperti tikus membaiki labu yang bermaksud 'Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui tetapi akhirnya semakin rosak'. Kalangan generasi sekarang mungkin ada yang belum kenal dengan labu (khususnya labu manis) dan juga jenis-jenis tikus yang ada disekeliling kita. Pernah penulis blog ditanya kenapa ada perumpamaan bagai Tikus Membaiki Labu ini dicippta oleh orang dahulu?. Ramai mungkin tertanya bila masa dan bagaimana terjadinya tikus membaiki labu?. Ini kerana apabila kiasan ini dijelaskan dimana maksud tikus membaiki labu ialah apabila seseorang ingin membaiki sesuatu yang dia tiada ilmu pengetahuan mengenainya dan akhirnya menyebabkan benda yang dibaiki itu semakin rosak dan mendatangkan kemudaratan pula. Contohnya seseorang membaiki radio rosak akan tetapi akhirnya radio tersebut berkecai jadinya. Apa yang boleh kita pelajari ialah kita kaji dan selidik dulu sebelum cuba untuk membaiki sesuatu benda atau keadaan. Jangan sampai kita mengambil keputusan yang akan merumitkan lagi keadaan. Kita kena mengakui yang ada perkara yang kita tidak tahu atau tidak berilmu dan dalam dunia ini ada orang yang lebih pandai dari kita. Janganlah kita menjadi seperti tikus yang hanya mendatangkan kerosakan. Artikel pada subuh yang sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaitan peribahasa ini dengan labu dan tikus untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Dalam pada itu haiwan Tikus (Rattus spp) merupakan sejenis mamalia Rodent dari keluarga Muridae yang terdapat diseluruh dunia dan dikaitkan dengan binatang perosak di rumah, kebun, sawah padi dan setor penyimpanan benda organik. Terdapat sebanyak 64 spesis tikus di seluroh dunia. Dari segi saintifik dimana spesis tikus dikelaskan mengikut saiz, lokaliti, warna, pemakanan, perangai dan sebagainya. Ramai manusia geli dan takut akan tikus kerana binatang ini memang selalu berdekatan dengan manusia semenjak kewujudannya. Terdapat juga tikus yang di pelihara sebagai 'pets' dalam rumah seperti 'Hemster' yang mudah didapati dikedai. Tikus paling mudah di kelaskan kepada 'Tikus Hitam' dan 'Tikus coklat'. Jenis tikus hitam (Rattus rattus) mempunyai kulit bulu warna hitam sementara kumpulan tikus coklat atau dikatakan juga sebagai Tikus Kebun (Rattus norvegicus) mempunyai kulit bulu berwarna kecoklatan. Kita di Malaysia sering mendengar berita mengenai 'kencing tikus' yang boleh menyebabkan kematian dan kes-kes sakit teruk. Kini peringatan sentiasa diberikan agar berwaspada semasa banjir dan mengunjungi kawasan rekreasi hutan yang mungkin tercemar denan kencing tikus. Umumnya petani terutama pesawah memang memusuhi tikus kerana ia mampu merosakkan tanaman padi dengan teruk jika tidak dikawal dengan sempurna. Tikus merupakan haiwan yang mudah menyesuaikan dalam banyak keadaan dan ia juga cepat membiak apabila habitat tersebut banyak makanan. Siri karton 'Tom and Jerry' memang terkenal sejak dahulu yang melibatkan karakter tikus (Jerry) dengan seekor Kucing (Tom) yang mana keduanya tidak pernah mati sehingga kini.
Dalam portal berita hmetro.com ditulis 'FMLLP wajar dihukum' yang mana ia ada menggunakan peribahasa seperti tikus membaiki labu. Kisah dari Kuala Lumpur ini dimana Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mendakwa Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) sepatutnya dihukum dan bukannya pasukan yang dihimpit masalah kewangan. Badan pengelola itu gagal menjalankan tanggung jawab dalam menyalurkan dana sepatutnya kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M). Dilaporkan masih ramai yang tak faham soal daya maju liga. FMLLP sendiri tak faham. Benar seperti kata TMJ (Tunku Mahkota Johor) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, FMLLP sepatutnya tumpu terhadap urusan cari duit untuk liga supaya lebih berdaya maju dan pasukan dapat pulangan sepadan dengan pelaburan mereka. Tambahkan nilai pulangan kepada pasukan. Kongsikan pendapatan hak penyiaran dengan pasukan. Besarkan hadiah liga mengikut kedudukan prestasi. Ini tidak, FMLLP sendiri gagal capai sasaran tajaan. MP Silva (MP & Silva) yang kononnya beli hak liga tak bayar seperti dijanjikan. Duit hadiah mengikut kedudukan liga bayar tak menentu, hadiah Piala FA dan Piala Malaysia tak menentu, sumbangan untuk program pembangunan sekali ada sekali tidak. Sumbangan untuk pengarah teknikal pun sama. Kalau nak hukum maka penganjur yang perlu dihukum tegas Annuar di laman sosial media Facebook miliknya semalam. Sebelum ini, pada 2015, pemegang hak media antarabangsa terkemuka MP & Silva memberi jaminan pulangan RM70 juta setahun kepada kerjasama selama 15 tahun yang bernilai RM1.26 bilion. Bagaimanapun Presiden FAM Tunku Ismail sebelum ini tidak bersetuju dengan agihan 30 peratus (RM21 juta) daripada jumlah tahunan itu kepada pasukan bertanding yang dianggap kecil sedangkan FAM menerima 40 peratus (RM28 juta). Akibat kekurangan pendapatan menyebabkan ada pasukan seperti Kelantan mengalami masalah kewangan sehingga kemungkinan bakal dikenakan tindakan pemotongan mata kerana mempunyai kes tunggakan gaji pemain. Model sekarang bergantung kepada ihsan dan kuasa individu. Tanpa individu tertentu dalam pasukan, kantung menjadi kering. Banyak pasukan bergantung kepada ihsan pemimpin negeri. Bila negeri tidak bantu, maka persatuan jatuh miskin. Siapa sangka Selangor boleh hadapi masalah? Maka fikir fikirkanlah. Jangan menjadi seperti tikus membaiki labu dakwa kata Annuar mengakhiri kenyataannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
ORANG TIDAK PANDAI... ROSAK JADINYA...
LABU MANIS... AGAK LUAS DIMALAYSIA...
PERIHAL TIKUS... PEROSAK YANG BAHAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(15 Rejab 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.