Support My Blog

Saturday, February 26, 2022

BUAH TIN DAN KISAH-KISAH DI MEDIA (PART 2)

TANAMAN BUAH TIN
(Ficus carica) di Malaysia merupakan salah satu daripada jenis tanaman yang sering dibincangkan di media. Pokok tin juga merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”. Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel subuh yang dingin ini saya menulis kisah-kisah yang menarik dari media tempatan mengenai tanaman dan buah tin dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan pembacaan dan rujukkan semua pembaca.

Dilaporkan dimana sudah dibuktikan '
Tanam pokok tin secara komersial' sudah menjadi kenyataan. Siapa sangka bermula sebagai hobi menanam cili di belakang rumah mendorong lelaki ini beralih arah ke tanaman pokok tin. Ini kerana kelebihan buah tin yang tercatat dalam al-Quran menarik minat Fahmie Abu Bakar (37 tahun) yang menanamnya secara komersial di ladangnya di Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Kini selepas lebih tiga tahun mengusahakan tanaman itu maka dia sudah mempunyai lebih 2,500 pokok tin membabitkan 50 jenis (Sila lihat foto disebelah)Beliau yang sebelum ini bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terpaksa melepaskan jawatan kerana minat mendalam terhadap bidang pertanian, selain tidak cukup masa bersama keluarga. Bertitik tolak dari situ, beliau membuka sebuah kedai menjual peralatan pertanian dengan menubuhkan syarikat Formeniaga pada tahun 2009 dengan berniaga secara dalam talian. Selepas beberapa tahun membuka kedai itu, dia terfikir apakah tanaman yang boleh diusahakan bagi mengembangkan perniagaannya. Buat permulaan modal untuk membuka kedai pertanian sebanyak RM10,000. Sepanjang berniaga peralatan dan produk pertanian dimana dia kumpul duit untuk menanam pokok tin yang sudah nampak potensi pokok tin sangat cerah kerana ia makanan sunah. Dulu dia banyak mendapatkan maklumat mengenai pokok tin di Internet termasuk media sosial seperti Facebook. Dia juga sanggup ‘terbang’ ke beberapa negara seperti Jepun, China, India dan Thailand untuk mengutip ilmu sebanyak mungkin bagi diadaptasikan apabila balik ke Malaysia. Kebunnya yag terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan mudah dikunjungi. Pengurus Formeniaga dakwa selepas beberapa tahun membuat kajian mengenai pokok tin, akhirnya dia nekad mengusahakan tanaman itu dengan mengimport anak benih dari Indonesia, Turki, Amerika Syarikat dan Thailand. Kini sudah ada lebih 50 jenis pokok tin sudah ditanam diantaranya Matsui Dauphine, Brown Turkey (BT), Brown Turkey Modified 6 (BTM 6), Taiwan Golden Fig (TGF), Rimada, Turka dan Ponte Teresa

Pokok tin boleh dibiak menerusi keratan batang, kaedah tut berakar dan teknik menggunakan kaedah in vitro atau tisu kultur. 
Paling mudah untuk menggandakan pokok ini atau nama saintifiknya Ficus carica ialah menerusi keratan batang. Ada beberapa usahawan buah tin yang menjadikan pengeluaran bahan tanaman atau anakbenih tin sebagai sumber utama pendapatan selain daripada penjualan buah tin. Kepelbagaian varieti ini yang membolehkan pengguna memilih apa yang hendak dibeli dan harganya pula pun bukan murah. Dalam tempoh tiga hingga enam bulan dia dakwa berdasarkan kepada pengalamannya maka ia menghasilkan buah. Pokok tin memerlukan cahaya matahari cukup dan keadaan kering untuk tumbuh subur dimana kini dia dibantu oleh 15 orang pekerja. Dilaporkan dimana tanaman pokok tin ini memang tidak sesuai diletak di bawah naungan tanaman lain. Dari pengalaman didapati dimana bahagian akar pokok tin tidak tahan jika terendam air terlalu lama sehingga boleh selalu menyebabkan pokoknya mati. Tetapi perlu dijaga dengan baik agar ia sering diairi kerana ia memang memerlukan air yang cukup. Pokok tin juga perlu sentiasa dibekalkan nutrien dengan membaja secukupnya. Walaupun pokok ini kini dilaporkan sudah ada 2,000 jenis akan tetapi sebenarnya tidak semua sesuai ditanam di negara ini yang mempunyai suhu panas dan udara lembap sepanjang tahun. Benih pokok tin dijual antara RM80 hingga RM12,000 sepokok 
mengikut saiz dan jenis varieti pokok. Benih yang mahal biasanya unik dengan ciri yang menarik untuk peminatnya sahaja. Buah tin ini dilaporkan mempunyai pelbagai khasiat termasuk untuk penyakit diabetes. Kini dia sudah berjaya memproses daunnya untuk digunakan untuk diproses menjadi teh (Sila lihat foto disebelah). Syarikatnya turut menghasilkan beberapa produk lain berasaskan buah tin diantaranya buah segar, jem, acar dan ais krim (Sila lihat foto paling bawah). Dilaporkan Syarikat Formeniaga turut menganjurkan kursus asas memanam pokok tin, kursus fertigasi dan pengurusan ladang kepada mereka yang berminat menceburi bidang pertanian. bagi tujuan mendapat maklumat lanjut boleh layari Facebook Formeniaga. Penulis blog pernh membuat tinjauan teknologi kepada pengusaha ini beberapa tahun dulu.

Kehebatan kisah buah tin menyebabkan akhbar melaporkan sudah '
Cinta buah tin' yang dibuktikan oleh seorang guru agama di Ulu Chepor, Ipoh, Perak. Guru ini percaya kepada pepatah Melayu ada menyebut berbudi pada tanah pasti akan ada hasilnya dan jika disulami dengan rasa cinta terhadap tanaman itu, pasti pulangannya tidak mengecewakan. Guru agama bernama Hawari Wanik (32 tahun) yang kini bergelar usahawan buah tin dengan mengusahakan ladang dikenali sebagai Ipoh Figs Farm di kawasan perkelahan Ulu Chepor seluas 0.40 hektar di Ipoh, Perak sejak 2017 (Sila lihat foto disebelah). Menurut guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ummah itu dimana dia telah mula untuk mengusahakan tanaman buah tin pada 2014 bermula dengan 50 pokok pelbagai variasi di dalam pasu tepi rumah selepas ‘jatuh cinta’ dengan keunikan dan khasiat buah tersebut. Dia yang mula menanam secara suka-suka dekat kuarters dan tidak ada halangan dimana bila buah tin dah masak dia hanya makan sendiri sahaja dan kemudian menjual anak pokok serta benih secara dalam talian sebelum ia semakin mendapat sambutan. Bermodalkan RM60,000 menggunakan duit simpanan dan keuntungan daripada hasil jualan secara dalam talian itu, Hawari mengambil langkah berani mengusahakan tanaman buah dengan nama saintifik Ficus carica secara besar-besaran empat tahun lalu. Pada peringkat permulaan semasa mengusahakan aktiviti ini adalah secara bersendirian iaitu dengan membina sebuah rumah pelindung hujan dan menanam sebanyak 336 anak pokok dari 20 varieti. Antara jenis pokok buah tin yang ditanam adalah Masui Dauphine, Constantine De Algerie, Super Red Hybrid, Long Neck Yellow, Moulinat dan Bardissot Negra Rimada. Kemudian apabila melihat potensi buah itu maka dua orang rakannya iaitu Khairil Amri Abdul Rahman dan Mohd Hafiz Helmi Md Hashim turut sama melabur bagi mengembangkan sayap perniagaan selain menubuhkan Persatuan Figgers Malaysia yang dianggotai pengusaha tanaman pokok buah tin komersial seluruh negara. Kini dengan usaha sama ini maka sebanyak RM30,000 dikeluarkan untuk membina rumah pelindung hujan yang kedua dan setakat ini kami menanam lebih 500 anak pokok buah tin terdiri daripada 70 varieti di kedua-dua buah rumah hijau itu.  Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk pembaca semua. Wasallam!..
POKOK BUAH TIN... ADA DI MALAYSIA... 
TEKNOLOGI TANAM.. SUDAH DISEDIA...
BUAH SEGAR..RM80/KG ITU HARGA...
MENJADI PILIHAN... ORANG BERADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana Off Jalan Istana,
Bulit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia. 
(24 Rajab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...