Kisah kejayaan pengusaha buah tin dipaparkan dalam hmetro.com dengan tajuk 'Nikmat petik buah syurga setiap hari' yang patut dijadikan tauladan. Dilaporkan setelah empat tahun mencari rezeki di negara asing, usahawan berusia 36 tahun bernama Mohamad Hafids Arifin mengambil keputusan untuk mengubah kerjayanya kepada penanaman 'buah syurga' atau buah tin (Sila lihat foto disebelah). Dia mengakui pada awalnya keluarga sukar untuk menerima keputusannya berhenti kerja demi mengusahakan ladang di Felda Sungai Tengi Selatan. Bagaimanapun, kini mereka antara insan yang paling banyak memberi sokongan kepada saya untuk terus berjaya walau pun melalui masa sukar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata dimana bidang pertanian adalah hobinya, namun disebabkan oleh kekangan masa maka baharu kini dia mampu untuknya merealisasikannya sebagai satu pekerjaan hakiki. Kerjaya sekarang ini memenatkan akan tetapi saya dapat mencapai kepuasan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Jika diberi peluang untuk kembali bekerja seperti dulu memang dia pun lebih memilih kehidupan sekarang. Dakwanya dulu dia hanya bekerja untuk orang akan tetapi sekarang kerja sendiri dapat mengambil pekerja untuk sama-sama mengusahakan ladang buah tin ini dakwanya yang pernah bekerja di Dubai dan Iraq. Dia berkongsi pengalaman dimana dia jarang mengambil masa peribadi untuk menikmati keindahan alam sebelum menceburi bidang pertanian. Kini dia sudah dapat mengambil masa melihat langit sambil memetik buah-buah di ladang. Mempunyai lebih 1,200 pokok buah tin di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu, Selangor yang mampu mengeluarkan 20 hingga 35 kilogram buah sehari (Sila lihat foto paling bawah). Memang seronok melihat hasil tanamannya itu mengeluarkan buah yang segar dan memberikan khasiat baik kepada manusia. Modal yang awal dikeluarkan bagi mengusahakan ladang buah tin ini agak tinggi dan terlalu peribadi untuk dikongsikan. Memang dia kini tidak lokek berkongsi pengetahuannya bahawa perusahaan ladang buah tin ini antara satu cabang baharu di Malaysia. Malah masih tidak ramai petani dan usahawan di negara ini mengusahakan penanaman buah berkenaan. Bagaimanapun, sekarang mereka tidak perlu risau lagi kerana ladang berada dalam rumah hijau dan dilindungi daripada cuaca dan serangga perosak. Di Malaysia memang pengusaha boleh memetik buah tin setiap hari kerana cuaca yang panas dan sesuai dengan pertumbuhannya sepanjang tahu. Dia mula mengusahakan ladang buah tin di Janda Baik, Pahang pada 2018 dimana dia kemudian membuka sebuah lagi ladang di Felda Sungai Tengi Selatan pada 2019 yang mempunyai keluasan tiga per empat ekar dan tiga rumah hijau. Pada masa akan datang ladang di Felda Sungai Tengi Selatan bakal dibuka bagi agropelancongan selepas tamat PKP kelak.
Kisah beliau di laporkan oleh beberapa media lain antaranya bertajuk 'Guna sistem teknologi fertigasi' untuk menanam pokok buah tin. Buah ti yang rasanya yang lemak manis dan berair menyebabkan buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica digemari ramai tidak kira tua atau muda. Buah tin juga antara 'superfruit' yang sesuai dinikmati setiap hari kerana kaya dengan khasiat antioksidan, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan serat. Pokok tinpula yang biasanya hidup subur di negara empat musim selain rantau Asia Barat dan selatan Mediterranean kini sudah di tanam di Malaysia.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilaporkan pokok tin mula ditanam beberapa pengusaha persendirian dan syarikat swasta secara komersial di negara ini. Antaranya adalah suarikat AFTA BENEFIGS Sdn Bhd yang mengusahakan ladang buah tin di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Baharu, Selangor. Mengikut eksekutif Jualan Pemasarannya, Siti Fatimah dakwa ladang berkenaan dibuka sejak lebih setahun lalu dan menempatkan kira-kira 1,200 pokok tin di dalam tiga rumah pelindung hujan. Antara produk dihasilkan adalah varieti Masui Dauphin yang lebih besar dan produktif berbanding jenis lain (Sila lihat foto disebelah). Ia adlah jenis pokok tin yang ditanam berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun iaitu Masui Dauphin. Varieti itu menjadi pilihan kerana ia lebih produktif dan mampu menghasilkan buah dua kali setahun dalam masa dua kali kitaran buah. Saiz buah tin varieti Masui Dauphin juga lebih besar berbanding varieti lain dan harganya juga mampu mencecah RM80 sekilogram. Apa pun varieti Masui Dauphin juga sesuai ditanam di negara ini kerana mendapat cahaya panas hampir sepanjang tahun. Biasanga sepokok pohon tin varieti itu boleh menghasilkan lebih tiga kilogram buah dalam satu kitaran. Secara purata, ladang ini menghasilkan puluhan kilogram buah tin dalam sehari dimana selain dijual secara segar kini buah tin yang dihasilkan turut diproses menjadi jus, minuman sedia diminum dan buah kering. Memang bukan saja buah tin mempunyai nilai komersial malahan daunnya juga boleh digunakan untuk membuat teh yang dipercayai dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah.
Dalam pada itu dilaporkan daun pokok tin diproses menjadi teh dengan kerjasama kumpulan peneroka wanita di sekitar Felda Sungai Tengi Selatan. Batang pokoknya pula dijual sebagai benih dengan harga RM5 sekaki sementara anak pokok dijual antara RM35 hingga RM125 sepokok. Bagi tujuan untuk memaksimumkan pengeluaran maka ladang berkenaan menggunakan teknologi tanaman moden sistem fertigasi. Teknologi fertigasi yang kini digunakan membolehkan pokok tin di ladang itu mendapat air dan baja dua kali sehari (Sila lihat foto disebelah). Pokok tin ditanam di dalam Rumah Pelindung Hujan (Rumah Hijau) dan ia perlu terpelihara daripada serangan serangga perosak atau air hujan berlebihan. Bagaimana pun jika cuma terkena tempias air hujan berlebihan selalunya akan ada pokok yang akan diserang karat daun. Sebaiknya kes tersebut dan semua masalah itu dapat dikawal dengan segera yang perlu memeriks tanaman tersebut sekerap mungkin. Berbeza juga dengan ladang buah tin varieti lain yang sedia ada di negara ini, syarikat tersebut turut mempromosikan konsep semasa iaitu agropelancongan dengan menawarkan pengalaman memetik buah dan menikmatinya secara segar di ladang berkenaan. Mengulas lanjut mengenainya dimana pihaknya mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman memetik dan menikmati buah tin segar di ladang itu. Dakwanya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ladang ini tidak putus-putus dikunjungi pengunjung dari seluruh negara yang mahu merasai sendiri pengalaman memetik dan menikmati buah berkenaan secara secara segar. Apa pun melihat semua potensi yang ada maka syarikat kini merancang menjadikan ladang ini sebagai pusat sehenti yang bukan saja berfungsi sebagai ladang tanaman malah pusat pembelajaran dan lokasi tumpuan program agro -pelancongan. Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk pembaca semua. Wasallam!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.