Support My Blog

Wednesday, February 9, 2022

TABIAT MAKAN PINANG (Part 1)

MABUK MINUM BUAH PINANG MUDA
 
(Areca catechu)  merupakan kisah yang menarik untuk dikongsikan. Begitu juga dengan tabiat makan buah pinang bersama sirih dan kapor yang memabukkan juga. Apa pun bagi penulis blog dimana buah pinang adalah buah pinang yang belum matang (masih mempunyai kulit hijau) dan bijinya masih berair adalah buah dari pokok pinang serbaguna. Lazimnya hasil penelitian penulis blog mendapati dimana penghasilan pokok pinang memang banyak bergantung kepada kesuburan pokok dan kadar kerosakan akibat penyakit dan perosak. Sebanyak 6-7 tandan buah mampu dihasilkan dalam setahun sepokok dengan setiap tandan mempunyai 50 - 400 biji buah pinang. Bilangan buah yang bersaiz kecil dan besar banyak bergantung kepada cuaca dan pembajaan. Buah yang banyak lazimbya bersaiz kecil dan buah yang sedikit bersaiz besar. Tahun ke 10-15 merupakan puncak penghasilan buah pinang sehingga ia optima ketika berumur 40 tahun. Buah pinang masak (berwarna oren kemerahan dengan bijinya yang keras) sering dihidangkan dengan dibelah menggunakan kacip dan dimakan bersama sirih dan seberapa barang lain setepak termasuk gambir dan kapur. Dilaporkan juga dimana air dari buah pinang muda dipercayai mampu mengubati darah dalam air kencing serta mengurangkan rabun bila dititik pada kornea. Abu buahnya yang dibakar boleh digunakan untuk membersihkan gigi secara kadar sederhana. Pinang muda dan benzoin disapukan pada luka berkhatan zaman dulu dikawasan masyarakat tradisional. Pokok pinang merupakan tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30 meter dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang yang telah matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya. Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan kalangan masyarakat Cina memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog pernag beberapa kali membuat tinjauan dan pemantauan dikawasan kebun pinang di beberapa lokasi termasuk terbaru di Labis, Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar. Usahawan yang menanam seluas 2 hektar pokok pinang di ZPM Bukit Mambai, Segamat ini dilihat mendapati memang hasil buah pinang yang masak banyak sepanjang tahun. Kebanyakan hasil ini dituai dan diproses sebelum dihantar kepada pemborong di Pulau Pinang dan Singapura. Potensi tanaman pokok pinang agak kurang dil\lihat di Malaysia dimana tanaman ini dilaporkan memang ada tumbuh dibeberapa kampung sebagai tanaman tradisi dahulu sahaja. Artikel subuh ini jam 3.30 pagi dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai kes kejadian makan pinang dan sireh serta keburukan perkara amalan tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Produk air Pinang Muda lazimnya akan diadun khas secara tradisional untuk penggunaan kaum lelaki skhususnya untuk meningkatkan sahwat seperti didakwa dalam banyak testimoni. Produk ini mungkin pembaca boleh jumpa dengan google sahaja didalan unternet dimana ada testiponi dan produk tersebut. Antara testimoni tersebut akan dapat membantu melambatkan pancutan mani lebih awal supaya lelaki dapat bertahan lebih lama dan pasangan mendapat kepuasan optimum. Dakwaan tersebut mungkin betul atau mungkin hanya satu promosi untuk melariskan produk tersebut (Sila lohat foto disebelah). Produk tersebut didakwa sebagai 100% bebas bahan kimia dan juga ianya adalah 100% produk tradisional asli. Ditulis juga dimana cara penggunaan yang mudah oleh lelaki si pemakainya. Dilaporkan hanya sapukan sekitar 2-3 titis di kepala kemaluan dan kemudian dibiarkan selama 30 minit sebelum dicuci dengan air bersih sebelum melakukan aksi. Dalam pautan lain [ula dinyatakan sama ada adakah pembaca tahu bahawa air pinang muda adalah salah satu formula turun temurun masyarakat melayu dan juga masyarakat nusantara?. Ia hanya diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semulajadi dan dirumus bersama herba-herba terpilih dimana lazimnya ia tidak ada bahan kimia digunakan. Walau pun dahulu ia amat jarang dijual di pasaran terbuka akan tetapi zaman ini melalui internet ianya boleh dicari. Produk ini selalunya memang agak sukar diperolehi kerana tidak ramai orang yang boleh mengadun formula ini masa ini dan kalau ada pun terhad jumlahnya.

Merujuk kepada kisah '
Awas mabuk pinang di Kota Jayapura, Indonesia' 
dimana serbuan telah dijalankan oleh pihak polis terhadap penjual buah pinang dan mereka yang mabuk akibat minum air pinang muda di sana (Sila lihat foto disebelah). Pihak polis Samapta Polresta Jayapura Kota, Papua, Indonesia akan melakukan pemeriksaan dan protokol kesihatan kepada pedagang buah pinang dalam rangka pencegahan termasuk pencegahan virus corona. Dilaporkan dimana pengunjung luar yang baru pertama kali ke Jayapura atau kota-kota lainnya di Papua pasti sering akan menemui bercak merah (bintik merah) yang berserakan dimana-mana. Perkara adalah sama penulis blog sendiri berpengalamaan semasa berada di Yangoon, Myanmar dahulu semasa menghadiri persidangan 'ASEAN Farmers Week' selama dua hari disana. Ia berlaku dimana-mana sudut di Yangoon kerana kaum lelaki dewasa akan makan sireh, buah pinang dan kapor sebagai satu budaya mereka semenjak dahulu. Pernah sesekali masa itu semasa saya berjalan bersama rakan lain dilaluan kakilima dimana terpaksa mengelak dari 'pancutan' ludah mereka yang makan sireh tersebut ketanah!. Memang mengelikan. Perkara sama dilaporkan di Jayapura apabila di pasar umum, terminal dan kakilima jalan dan tempat umum lainnya akan dilihat bercak merah ini. Sepintas lalu mungkin ia akan dilihat seperti bintik-bintik darah akan tetapi ia sebenarnya adalah bekas cairan sirih pinang yang “dilepeh” terutama oleh warga penggunanya.

D
ilaporkan dimana bercak-bercak merah itu tidak ubahnya seperti puntung rokok yang dibuang sembarangan dimana-mana dan ia megotorkan serta menjijikan pengunjung. Mungkin ia perkara yang tidak menghairankan kepada masyarakat tempatan akan tetapi bagi orang luar ia agak pelik. Dalam pada usaha dan kempen kesedaran terus dilakukan pihak berkuasa tempatan dengan memasang banyak papabtanda 'Dilarang Makan Pinang' dan dilihat ada foto orang meludah dengan warna merah (Sila lihat foto disebelah). Tidak mengherankan bila di salah satu sarana umum ditemui peringatan dilarang membuang sirih seperti dilarang merokok yang sering dijumpai di tempat lain. Arahan daripada Bandara Sentani tersebut adalah untuk mempastikan warganya lebih berhati-hati meludah terutama dikawasan-kawasan masyarakat umum berkumpul. Dilaporkan tabiat tersebut adalah tidak terlepas dari kebiasaan masyarakat Jayapura dan Papua umumnya yang mana mereka amat gemar mengunyah buah pinang atau sirih. Uniknya apabila mereka membuka mulutnya dan dilihat giginya dan mulutnya akan kelihatan berwarna merah . Sebutan dalam tabiat untuk mengunyah sirih atau pinang sebenarnya sama saja kerana bagaimana cara kedua buah itu memang dikunyah secara bersamaan didalam mulut. Pemberita Kompas melaporkan didorong oleh rasa ingin tahu (penasaran) berkaitan dengan apakah rasa sirih dan buah pinang tersebut dia pun membeli seonggok kecil pinang yang dijual di tepi jalan di pinggir jalan di kawasan Entrop, Jayapura Selatan. Dilaporkan dimana ada dua paket bungkusan dijual penjaja iaitu bungkusan yang kecil ini harganya Rp5,000 (RM1.45) dan bungkusan besar Rp10,000 (RM2.90). Penjual tersebut dilaporkan kemudiannya menerangkan cara-cara memakan pinang setelah mengetahui bahwa yang pembeli adalah pendatang (orang luar) yang sama sekali masih 'buta' dengan kebiasaan tersebut. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH PINANG... ADA YANG GUNA...
ADA PRODUK... DARI PINANG MUDA...
DENGAN SIREH... MERAH CAIRANNYA...
BOLEH MABUK... MEMANG MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...