Penulis blog merujuk laporan daripada laporan perangkaan statistik daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) dimana pada tahun 2020 jumlah populasi ternakan ruminan (kerbau, lembu, kambing dan bebiri) dalam negara berjumlah 1.88 juta ekor dan bilangan ini menurun berbanding dengan tahun 2019 yang berjumlah 1.89 juta ekor. Walaupun populasi ternakan semakin menurun akan tetapi sumber makanan masih tidak mencukupi untuk bekalan ternakan sedia ada di negara ini. Sumber makanan ternakan ruminan ini merupakan keperluan asas yang perlu disediakan bagi menjamin bekalan secara berterusan. Sumber foraj yang ada memainkan peranan yang sangat penting dalam pemakanan ruminan bagi memenuhi keperluan nutrien ternakan. Ternakan memerlukan nutrien yang berbeza iaitu mengikut peringkat pengeluaran, jantina, berat dan umur. Secara umumnya fungsi protein kepada ternakan ruminan adalah penting untuk pertumbuhan sel dan membantu dalam reproduksi manakala karbohidrat daripada serat atau gentian pula berfungsi sebagai sumber tenaga utama bagi menjalankan segala aktiviti. Apa pun rumput napier atau juga dikenali sebagai rumput gajah (Pennisetum purpureum) adalah salah satu spesies rumput foraj yang banyak terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Penggunaan napier sebagai sumber makanan ternakan tidak asing lagi dalam industri ruminan tempatan terutamanya industri pengeluaran susu dan daging. Pelbagai variasi napier lain di Malaysia adalah seperti Napier Taiwan, Napier India, Napier Zanzibar, Napier Merah, Common Napier, Dwarf Napier dan termasuklah variasi hibrid seperti Pak Chong dan hibrid CO yang telah digunakan oleh penternak. Secara amnya dilaporkan foraj jenis rumput napier menghasilkan sehingga 20 - 30 tan metrik berat kering per hektar setahun dengan kandungan nutrien protein kasar 12 - 18%, serat kasar purata 30% dan penghasilan tenaga metabolisme 8.58 MJ/kg. Rumput napier sesuai dipotong pada umur 6 - 8 minggu. Perkara ini adalah kerana kandungan nutrien rumput napier mula menurun apabila kematangan pokok meningkat. Teknik penanaman, penjagaan dan pengurusan rumput napier yang betul juga sangat penting bagi memastikan hasil tuaian dan kualiti terbaik di samping memastikan rumput napier dapat dituai untuk jangka masa yang lama. Setiap variasi napier juga mempunyai prestasi yang berbeza dari segi hasil per hektar dan juga kandungan nutrien.
Di Malaysia dimana semenjak tahun 2015 dilaporkan rumput hibrid napier variasi Pak Chong dari Thailand menjadi pilihan popular penternak. Rumput Napier Pak Chong adalah hasil kacukan rumput napier Pennisetum purpureum dan Pennisetum glaucum (milet mutiara). Walau bagaimanapun maklumat berkaitan prestasi penanaman napier variasi Pak Chong masih kurang di laporkan di Malaysia. Oleh itu, Beberapa kajian dan penelitian oleh agensi, univerisiti dan penternak dilakukan sendiri napier variasi Pak Chong telah dijalankan untuk mengkaji kadar pertumbuhan dan kandungan nutrien rumput napier bagi menentukan umur yang optimum bagi rumput ini. Antara temuan kajian ini pernah dibuat di MARDI KLuang, Eco Yap (Keningau Sabah), Holstein Muadzam (Pahang) bagi tujuan mendapatkan makanan untuk ternakan lembu tenusu dan juga maklumat lain. Dibeberapa lokasi dimana rumput napier disiram setiap hari dan dibiarkan tumbuh selama 70 hari sebelum pemotongan pertama dilakukan dan kemudian pengambilan data dijalankan pada peringkat umur lima, enam, tujuh dan lapan minggu. Maklumat seperti ciri morfologi iaitu pengukuran ketinggian rumput, pengiraan bilangan anak pokok dan jumlah bilangan daun diambil dan direkodkan. Semasa berkunjung ke Eco Yap di Keningau didapati pertumbuhan napier pakchong ini sangat cepat kerana cara pengurusan pembajaan dan pengairannyya yang advance. Artikel tersebut lengkap ditulis dengan pautan yang berikut (Sila klik disini). Dengan kaedah pembajaan yang baik ini membolehkan rumput napier disini cepat membesar dan subur selain daripada kedudukan ladang dikawasan tanah tinggi melebihi 250 meter dari paras laut. Penuaian rumput napier disini dilakukan setiap 30 hari sahaja berbanding dengan rumput napier dikawasan lain memerlukan masa selama 46 hari satu pusingan. Pembajaan baja organik yang banyak membolehkan walau pun kawasan penanaman napier disini tidak begitu luas tetapi jumlahnya mencukupi untuk memberi makan kepada 5,000 ekor lembu tenusu diladang ini.
Hasil beberapa laporan kajian dimana antara ciri-ciri morfologi dan kandungan nutrien bagi rumput Napier Pak Chong adalah terbaik. Kerja penyediaan tanah dengan cara menggunakan pembajakan piring, pembajakan sikat adalah penting diperingkat awal sebelum menanam. Keratan batang napier dengan dua mata tunas ditanam dengan kaedah baring di batas tanaman dengan jarak 75 cm x 90 cm. Penyiraman napier ini dijalankan secara berjadual mengikut keadaan cuaca semasa dan jug akeadaan tanah. Pemasangan zink di sekeliling kawasan penanaman napier juga dilakukan disesetangah kawasan (terutama dekat hutan) bagi mengelakkan pemangsa seperti khinzir daripada memakan anak benih yang baru tumbuh. Aktiviti pengurusan ladang seperti merumpai secara manual dan penyemburan racun dijadualkan sebagai aktiviti bulanan bagi mengelakkan persaingan rumput napier dan rumpai. Rumput napier perlu dibiarkan hidup tanpa sebarang aktiviti pemotongan sehingga rumput berumur 70 hari. Didapati dimana napier Pak Chong menunjukkan hasil yang semakin meningkat dengan umur pemotongan dan hasil yang lebih ekonomikal bermula pada umur 7 - 8 minggu iaitu 4.96 t/ha dan 7.95 t/ha. Bagi jumlah bilangan anak pokok pula menunjukkan hasil kajian yang bertentangan iaitu bilangan anak pokok semakin berkurangan dengan peningkatan umur rumput napier. Bilangan anak pokok paling tinggi semasa berumur lima minggu iaitu 28 anak pokok dan menurun kepada purata 20 anak pokok apabila meningkat umur 6 - 8 minggu. Dilaporkan kelewatan umur pemotongan rumput Napier Pak Chong menyebabkan ketinggian rumput, peratus bahan kering dan hasil berat kering per hektar semakin meningkat akan tetapi nisbah daun dengan batang semakin menurun. Kandungan nutrien rumput Napier Pak Chong menunjukkan semakin meningkat umur pemotongan semakin menurun nilai kandungan protein kasar manakala nilai kandungan gentian kasar pula semakin meningkat. Potensi rumput Napier Pak Chong adalah baik bagi peternakan ruminan tempatan. Pemotongan pada umur lima minggu rumput Napier Pak Chong menghasilkan berat kering per hektar yang rendah tetapi kualiti yang diterima ternakan adalah terbaik terutamanya bagi kumpulan ternakan di peringkat pertumbuhan dan menyusu. Pemotongan rumput Napier Pak Chong pada umur lapan minggu menghasilkan kadar tuaian bahan kering per hektar yang tertinggi dan kandungan nutrien yang sedikit rendah namun mencukupi terutamanya bagi kumpulan saraan seperti kumpulan lembu jantan dan betina dewasa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
ASAL THAILAND.... BAIK PRESTASINYA...
MUDAH DITANAM... BUAT PENJAGAANNYA...
INFO DIBERIKAN... BACALAH BAGAIMANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(13 Rejab 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.