TANAMAN BUAH TIN (Ficus carica) di Malaysia merupakan salah satu daripada jenis tanaman yang sering dibincangkan di media. Pokok tin juga merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”. Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel subuh yang dingin ini saya menulis kisah-kisah yang menarik dari media tempatan mengenai tanaman dan buah tin dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan pembacaan dan rujukkan semua pembaca.Kisah pertama mengenai bagaimana 'Buah tin cepat tuai' seperti laporan hmetro.com wajar dikongsikan. Dilaporkan dimana tiada yang menyangka di sebalik kesibukan aktiviti seharian di Kajang, Selangor terdapat kebun seluas kira-kira 1.5 hektar yang ditanam pelbagai tanaman bernilai tinggi termasuk buah tin yang diusahakan bekas pengurus teknologi maklumat sejak 13 tahun lalu. Buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica biasanya banyak ditanam di kawasan Asia Barat. Ia dipercayai kaya dengan zat antioksidan, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potasium dan serat yang dapat membantu menjaga kesihatan badan. Teksturnya yang lembut dan rasa lemak manis antara faktor mengapa ia digemari ramai. Meskipun mempunyai permintaan tinggi terutama untuk dipasarkan secara segar, tetapi masih tidak ramai yang berani untuk mencuba untuk menanamnya di negara ini. Kelebihan yang ada pada buah bernilai tinggi itu turut mendorong Marzuki Safiee, 60, untuk mengusahakannya di Taman Agro Fertigasi (TAF), Sungai Ramal, Kajang. Dilaporkan selain buah tin, Marzuki turut mengusahakan tanaman anggur dan rock melon serta, sayuran bernilai tinggi seperti asparagus, bayam brazil, cili, kuchai, kailan serta banyak lagi. Marzuki berkata, tanaman yang diusahakannya menggunakan konsep memaksimumkan ruang yang terhad untuk mendapat hasil dengan lebih cepat. Gabungan ilmu pengetahuan dan penggunaan teknologi moden menghasilkan tanaman yang lebih banyak, berkualiti dan cepat dituai. Terdapat lebih ribuan pokok daripada 450 jenis pokok tin dalam koleksinya namun hanya kurang 12 jenis yang dikomersilkan untuk pasaran di dalam negara ini. Ketika ini, hanya buah tin merah, kuning, hitam dan hijau yang dijual kepada orang ramai dan pemborong runcit. Setiap jenis mempunyai berat berbeza iaitu 80 hingga 90 gram (g) bagi buah tin merah, 70g hingga 80g buah tin hijau dan kuning manakala berat buah tin hitam adalah sekitar 60g hingga 70g sahaja. Apa lebih menarik dimana pokok itu tidak memerlukan kawasan luas atau masa lama untuk dituai kerana sudah mula mengeluarkan hasil pada bulan keempat hingga keenam penanamannya. Dia menggunakan pelbagai kaedah penanaman seperti tut dan setiap pokok mampu didalam usaha mengeluarkan sehingga 150 buah (Sila lihat foto disebelah). Biasanya ketika musim buah tin berbuah, dia memperoleh sekitar 30 hingga 40 kilogram (kg) sehari dan pernah mencapai sehingga 70kg sehari. Selain berubah warna, buah yang sudah masak ranum juga senang dikenal pasti kerana biasanya ia akan pecah sedikit di bahagian bawah. Kita di Malaysia bertuah kerana faktor cuaca panas hampir sepanjang tahun turut membantu dalam tuaian hasil tanaman dimana dia turut menjual hasil tanaman buah tin kepada orang ramai dan pemborong runcit dari seluruh negara. Kebanyakan benih pokok tin diimport khas dari negara eropah terutama Sepanyol, Itali dan Perancis. Benih berkualiti tinggi dari Amerika Syarikat turut menjadi pilihan Marzuki untuk ditanam di taman agro berkenaan. Berbanding pokok tanaman bernilai tinggi lain, pokok tin mudah dijaga dan jarang diserang penyakit atau kulat. Bagaimanapun, ia bergantung kepada cara penjagaan dan kaedah tanamannya kerana jika sambil lewa menjaganya, pasti kualiti buah yang dihasilkan juga tidak seberapa. Di TAF pokok tin ditanam di dalam rumah pelindung hujan khas selain mendapat bekalan baja fertigasi serta air yang mencukupi.
Menarik kerana dilaporkan 'Buah tin bukan tanaman 3T' dimana ia pokok memerlukan penjagaan rapi dalam memastikan ia dapat mengeluarkan buah. Buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica biasanya didapati dari ladang negara empat musim seperti Turki, Australia dan rantau Eropah. Apa pun bagi rakyat Malaysia pula dimana mereka mengenali buah tin kering sebagai salah satu cenderahati daripada mereka yang pulang dari Tanah Suci selepas menunaikan umrah atau haji. Kini dengan perkembangan teknologi terkini maka buah itu boleh didapati secara segar apabila ada inisiatif usahawan tani tempatan seperti pengasas Mutiara Figs Sdn Bhd iaitu Mohd Hilmi Yusoff mula menanamnya sejak 2017. Bagi meneruskan legasi itu kini tiga anaknya turut mengusahakan tanaman buah tin termasuk Aliyaa Suraiya berperanan sebagai pengarah yang serius mengembangkan hasil produk daripada ladang berkeluasan dua ekar untuk pasaran tempatan serta pasaran import menerusi produk siap. Ketika ini ladang buah tin yang menempatkan lebih 3,000 pokok buah tin dengan hampir 300 spesies (Sila lihat foto disebelah). Bagi menjamin kualiti dan impak positif buat masyarakat mengenai buah 'syurga' ini kini mereka turut bekerjasama dengan beberapa buah institusi akademik. Wartawan dibawa menjengah ladang pengasasnya untuk melihat kepelbagaian variasi buah tin yang terdapat di rumah hijau berkenaan. Menanam buah tin ini memang perlu ada ilmu dan tahu penjagaannya. Maklumlah pokok buah ini bukannya tanaman iklim Malaysia dan ada teknik tertentu. Penjagaannya 'manja' dan jika faham mudahlah ia hidup dan berbuah. Perlu ingat ia bukanlah buah jenis tanaman 3T - Tanam, Tunggu dan Tuai. Banyak penjagaan yang diperlukan dan penting memastikan medium untuk tumbuh-tumbuhan itu sesuai kerana ia boleh mati kalau terlalu banyak disiram. Kini buah tersebut kebanyakannya diimport maka perlu teknologi disesuaikan dengan persekitaran Malaysia. Tanah perlu sangat poros, jika tidak akarnya boleh menjadi busuk dengan mudah. Dilaporkan dimana latar belakang mereka semuanya arkitek dan sudah beralih menjadi usahawan tani kerana minat terhadap tanaman buah tin. Cara tanam mengamalkan sistem rumah hijau dengan adanya teknologi kawalan suhu selain tidak menggunakan sebarang racun perosak sebagai amalan ladang lestari. Cara ini adalah penting selain meningkatkan produk pertanian berkualiti premium selain melihat ia antara usaha mengurangkan jejak karbon dalam industri pertanian tempatan.
Kisah yang ke 3 pula agak berlainan apabila 'Buah tin tak laku dijual' dilaporkan dalam akhbar sama. Bagi mohamad Qayyum tidak isu dapat memasarkan buah tin yang jumlah pengeluarannya 250 kilogram seminggu di ladang di Kampung Sungai Soi, Kuantan, Pahang memang satu perkara yang kritikal (Sila lihat foto disebelah). Dia dakwa sebahagian buah tin yang kini sudah pun berada di kemuncak pengeluarannya terpaksa disedekahkan berikutan tidak dapat dipasarkan sejak berlaku perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Pengurus ladang Profigs ini mendakwa terdapat sebanyak 319 pokok yang lebat mengeluarkan buah dan mencapai pengeluaran hingga 250 kilogram (kg) seminggu. Dia dakwa sebelum ini dia memang tidak pernah menghadapi masalah untuk memasarkan buah tin jenis Masui Dauphine dimana permintaan begitu tinggi hingga ada ketika tidak mencukupi tetapi apabila PKP berlaku sebaliknya pula susah dijual. Katanya selain pasar raya dan peruncit yang membeli setiap minggu dan juga kehadiran pelancong tempatan serta luar negara ke ladangnya pada hujung minggu melancarkan lagi aktiviti jualannya. Sejak PKP dilaksanakan dia hanya mampu menjual beberapa kilogram sahaja buah tin seminggu sedangkan pengeluaran kini mencapai 20 kg seminggu iaitu harga semasa ialah RM80 kg. Bagi dapat mengelak buah rosak maka dia telah mengambil keputusan untuk sedekahkan sebahagian buah yang masak kepada penduduk kampung dan rakan. Dakwanya lagi dalam keadaan sekarang dia berharap ada pihak dapat tampil untuk membantunya memasarkan buah tin bagi mengelak terus menanggung kerugian kerana pokok tin memang memerlukan perbelanjaan tinggi terutama perlukan disiram air baja setiap hari. Kini dia bukan sahaja tidak dapat memasarkan buah tin tetapi juga produk hiliran lain iaitu jem buah tin dan teh daun tin termasuk benih pokok berkenaan dimana pengguna tidak dapat keluar rumah bersama keluarga untuk membeli barangan. Selepas PKP pula isu tersebut masih berlaku kerana umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Ia menjadi faktor yang menyebabkan buah tin tidak dapat dipasarkan dalam jangka masa panjang yang akan menyebabkan kerugian kepadanya termasuk enam pengusaha komersial tanaman berkenaan di seluruh negara. Bagaimana pun kini dia hanya bergantung sepenuhnya kepada jualan secara pesanan atau tunai ketika penghantaran (COD), proses menghantar akan segera dilakukan bagi menjamin kualiti buah tin yang hanya mampu bertahan selama seminggu dalam peti sejuk. Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk pembaca semua. Wasallam!..
TEKNOLOGI TANAM.. SUDAH DISEDIA...
BUAH SEGAR..RM80/KG ITU HARGA...
MENJADI PILIHAN... ORANG BERADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana Off Jalan Istana,
Bulit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Rajab 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.