Support My Blog

Showing posts with label PROSES KULIT PISANG - BAJA KOMPOS. Show all posts
Showing posts with label PROSES KULIT PISANG - BAJA KOMPOS. Show all posts

Sunday, August 8, 2021

PROSES KULIT PISANG - BAJA KOMPOS (Part 3)

KULIT PISANG KAPOK (Musa paradisiaca formatypica) atau seakan Pisang Nipah atau Pisang Abu adalah tebal dan sesuai diproses untuk ianya dijadikan baja kompos. Pisang Kapok adalah salah satu jenis pisang yang paling banyak di tanam dimana buahnya paling sesuai dijadikan makanan popular iaitu 'Pisang Goreng' yang laris. Berdasarkan kepada beberapa pemerhatian terhadap penjual pisang goreng didapati jenis pisang ini mudah ditanam dan banyak dijual dipasar untuk dijadikan pisang goreng. Lazimnya pisang kapok ini juga dijadikan pelbagai kuih-mueh lain dari berbagai jenis makanan. Seiring dengan semakin penggunan pisang ini maka kulit pisang jenis ini akan semakin banyak terbuang dan dapat mencemari persekitaran terutama dari gerai jualan pisang goreng. Apa pun belum ada atau kurang usahawan melihat bagaimana pemanfaatan dan penggunaan kulit pisang dilakukan bagi mengurangkan pembaziran dan kurangkan kulit pisang ini dibuang begitu sahaja. Salah satu kaedah bagaimana unutk memanfaatkan sisa kulit pisang adalah dengan proses pengkomposan (composting process). Ada kajian dilakukan dimana kandungan bahan Nitrogen (N), Posforus (P) dan Kalium (K) adalah merupakan unsur makro yang terkandung pada kompos. Unsur nitrogen diantaranya terdapat pada tanaman Kekacang (Leguminosae). Tanaman kekacang ini sering digunakan sebagai sumber baja kompos sebab ia dapat mengikat nitrogen hasil simbiosis bakteria Rhizobium. Kekacang seperti Mucuna bracteata merupakan salah satu Leguminosae yang banyak digunakan sebagai Tanaman Penutup Bumi atau Legume Cover Crop (LCC) yang selalu ditanam dikawasan ladang baru dibuka. Tumbuhan seperti Mucuna bracteata digunakan sebagai LCC pada estet kelapa sawit dan getah serta dusun durian sebab peratus penutupan tanahnya yang tinggi dibandingkan LCC jenis lain. Berdasarkan penerangan di atas memang perlu adanya cara penyelesaian untuk mengatasi masalah sisa kulit pisang dalam sektor pertania. Terdapat beberapa kajian dan juga pemerhatian dilakukan siantis dimana ia dilakukan dengan memanfaatkan campuran sisa kulit pisang dengan daun Kekacang Mucuna bracteata menjadi kompos yang lebih bermanfaat hasilnya. Artikel pagi Khamis ini sambil menonton TV Astro Sport 831 Sukan Olimpik Tokyo 2020 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai teknologi kaedah memproses kulit pisang menjadi baja kompos untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog semua.

Analisa Kadar Nitrogen dalam kajian ini dilakukan dimana  pada hari ke-7 dimana kadar N kompos adalah sekitar 2.87%. Seterusnya kadar N semakin meningkat menjadi 2.95% pada hari ke-14 dan juga kadar N mencapai nilai tertinggi pada hari ke-21 sekitar 3.44%. Kandungan N pada kompos kulit pisang ini berada lebih tinggi dari kadar minimum piawaian kompos iaitu 0.4%. Kadar N pada kompos semakin lama semakin meningkat. Perkara ini adalah disebabkan dimana semakin banyak mikro-organisme yang tumbuh dalam timbunan dan campuran bahan kompos untuk menguraikan bahan organik yang ada. Pertumbuhan bakteria berada pada fasa seterunya dimana semakin banyak bakteria yang terhasil akan semakin meningkatkan proses ketersediaan N dalam baja kompos. Nitrogen Organik boleh digunakan oleh mikro-organisma sebagai sumber unruk membentuk protoplasma dalam proses membanyakan sel. Bakteria-bakteria dalam bahan kompos akan menguraikan protein menjadi pepton, peptide dan asid amino melalui proses aminosasi. Asid Amino akan mengalami proses amonifikasi menjadi amonia (NH3) dan amonium (NH4). Setelah itu amonia (NH3) diubah menjadi Nitrite (NO2- ) dan Nitrate (NO3) yang merupakan bentuk N yang lebih stabil. Selain itu dilaporkan apabila proses pereputan ini berhenti maka mikro-organisme yang ada dalam bahan organik ini akan mati. Kesannya kandungan N yang ada dalam tubuh mikro-organisma akan ikut terurai meningkatkan unsur N pada kompos. Penambahan EM4 juga sangat berpengaruh dengan peningkatan kadar N pada kompos dimana EM4 ini semakin meningkatkan jumlah mikro-organisme semasa proses pengkomposan.

Kajian juga menganalisa kadar Posforan (P) dan Kalium (K) semasa pembuatan kompos kulit pisang. Dilaporkan dari hasil pengujian kadar Posforus dalam kajian ini pada hari ke-7 adalah 0.32% dan pada hari ke-14, meningkat menjadi 0.33%. Selanjutnya pada hari ke-21 dimana kadar P pada kompos kulit pisang akan menjadi 0.36%. Dari hasil kajian dapat dilihat bahwa kadar P pada kompos semakin lama semakin meningkat. Perbandingan dengan nilai piawaian dimana kadar minimum P pada kompos adalah sekitar 0.1% sahaja. Dari hasil kajian dapat dilihat bahwa kandungan P pada kompos dari sisa kulit pisang kapok dan daun Mucuna bracteata telah memenuhi piawaian ini. Pada bahan organik segar biasanya nutrien P terdapat dalam bentuk organik kompleks yang sulit digunakan terus oleh tanaman untuk proses pertumbuhan. Keadaan P tersebut diproses oleh mikroorganisme dapat mengubah bentuk nutrient menjadi bahan PO4 2- yang mudah diserap oleh tanaman. Bagi analisa unsur Kalium (K) dalam kompos ini dimana pada hari ke-7 proses pengomposan, kadar K sisa kulit pisang kapok dan daun Mucuna bracteata adalah sekitar 7.23% dimana ia  semakin meningkat menjadi 8.87% di hari ke-14 dan 9.25% pada hari ke-21. Kadar K pada kompos ini sebenarnya sudah melebihi kadar minimum K berdasarkan piawaian antarabansa iaitu hanya sekitar 0.2% sahaja. Umumnya mikro-organisme pelarut P juga mampu melarutkan K dalam tanah yang mana ia terdapat pada mineral tanah. Salah satu mikrob pelarut P yang terdapat semasa proses pengkomposan adalah terdiri dari Actinomycetes. Pengikat unsur K berasal dari hasil pereputan bahan organik oleh Actinomycetes dalam timbunan bahan kompos. Bahan kompos yang merupakan bahan organik segar mengandung K dalam bentuk organik kompleks tidak dapat dimanfaatkan langsung oleh tanaman untuk pertumbuhannya. Akan tetapi dengan adanya penguraian oleh Actinomycetes maka organik kompleks tersebut dapat diubah menjadi organik sederhana yang akhirnya menghasilkan unsur K yang dapat diserap tanaman. Kemudian apabila penguraian selesai maka mikro-organisma ini akan mati dan kandungan K dalam mikroo-rganisma akan bercampur dalam bahan kompos dan meningkatkan kandungan K dalam kompos. Penambahan EM4 yang mengandung Actinomycetes secara langsung dapat meningkatkan kandungan Kalium pada kompos. Berdasarkan hasil penelitian boleh disimpulkan bahawa kompos yang terbuat dari sisa kulit pisang kapok dan tanaman kekacang Mucuna bracteata telah memenuhi syarat kompos yang baik.  

Jangkamasa proses pengkomposan yang dilakukan dalam kajian adalah selama 21 hari. Pada umumnya waktu pengomposan yang terbaik adalah selama 60 hari dimana penggunaan EM4 untuk mempercepatkan lagi proses pengkomposan sangat berkesan. Proses penguraian semakin baik dengan meningkatnya kadar N pada hari ke-21. Selain itu proses perubahan N pada pengomposan terjadi sebab adanya proses pereputan bibantu oleh mikrob yang menghasilkan amonia dan N. Amonia dan N yang berlebihan ini terperangkap di dalam timbunan kompos bila ada rongga kompos yang kecil sehinggakan amonia dan Nitrogen yang berlebihan tidak dapat terlepas ke udara. Penambahan EM4 juga berpengaruh terhadap kadar N dimana semakin banyak mikrob yang melakukan proses pereputan maka kadar N akan semakin meningkat. Berdasarkan hasil kajian dapat diketahui waktu terbaik pengomposan dimana kadar N, P, dan K yang terbaik adalah setelah dikomposkan selama 21 hari. Kajian ini boleh disimpulkan dimana baja kompos yang terbuat dari sisa kulit pisang dan daun kekacang Mucuna bracteata boleh memenuhi piawaian kualiti kompos dengan kandungan unsur Nitrogen (N - 3.44%), Posforus (P - 0.35%) dan Kalium (K - 9.85%) tmelalui proses penkomposan yang terbaik selama 21 hari disediakan. Bagaimana pun untuk kecekapan untuk digunakan sebaiknya baja kompos ini diproses selama 2 bulan atau 60 hari. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

PISANG KAPOK.... TEBAL KULITNYA...
ISI DIGORENG... KULITNYA BERSISA...
DIBUAT KOMPOS... ORGANIK BAJA...
SIAPA BERMINAT... SILA MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Zulhijjan 1442H).

Saturday, August 7, 2021

PROSES KULIT PISANG - BAJA KOMPOS (Part 2)

KULIT PISANG KAPOK (Musa paradisiaca formatypica) atau seakan Pisang Nipah atau Pisang Abu adalah tebal dan sesuai diproses untuk ianya dijadikan baja kompos. Pisang Kapok adalah salah satu jenis pisang yang paling banyak di tanam dimana buahnya paling sesuai dijadikan makanan popular iaitu 'Pisang Goreng' yang laris. Berdasarkan kepada beberapa pemerhatian terhadap penjual pisang goreng didapati jenis pisang ini mudah ditanam dan banyak dijual dipasar untuk dijadikan pisang goreng. Lazimnya pisang kapok ini juga dijadikan pelbagai kuihmueh lain dari berbagai jenis makanan. Seiring dengan semakin penggunan pisang ini maka kulit pisang jenis ini akan semakin banyak terbuang dan dapat mencemari persekitaran terutama dari gerai jualan pisang goreng. Apa pun belum ada atau kurang usahawan melihat bagaimana pemanfaatan dan penggunaan kulit pisang dilakukan bagi mengurangkan pembaziran dan kurangkan kulit pisang ini dibuang begitu sahaja. Salah satu kaedah bagaimana unutk memanfaatkan sisa kulit pisang adalah dengan proses pengkomposan (composting process). Ada kajian dilakukan dimana kandungan bahan Nitrogen (N), Posforus (P) dan Kalium (K) adalah merupakan unsur makro yang terkandung pada kompos. Unsur nitrogen diantaranya terdapat pada tanaman Kekacang (Leguminosae). Tanaman kekacang ini sering digunakan sebagai sumber baja kompos sebab ia dapat mengikat nitrogen hasil simbiosis bakteria Rhizobium. Kekacang seperti Mucuna bracteata merupakan salah satu Leguminosae yang banyak digunakan sebagai Tanaman Penutup Bumi atau Legume Cover Crop (LCC) yang selalu ditanam dikawasan ladang baru dibuka. Tumbuhan seperti Mucuna bracteata digunakan sebagai LCC pada estet kelapa sawit dan getah serta dusun durian sebab peratus penutupan tanahnya yang tinggi dibandingkan LCC jenis lain. Berdasarkan penerangan di atas memang perlu adanya cara penyelesaian untuk mengatasi masalah sisa kulit pisang dalam sektor pertania. Terdapat beberapa kajian dan pemerhatian dilakukan siantis dimana ia dilakukan dengan memanfaatkan campuran sisa kulit pisang dan daun Kekacang Mucuna bracteata menjadi kompos yang lebih bermanfaat hasilnya. Artikel pagi Khamis ini sambil menonton TV Astro Sport 831 Sukan Olimpik Tokyo 2020 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai teknologi kaedah memproses kulit pisang menjadi baja kompos untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog semua.

Pembuatan kompos kulit pisang juga di kaji dengan mencampurkannya dengan bahan tanaman kekacang penutup bumi iaitu 
Mucuna bracteata. Mucuna bracteata mempunyai daun trifoliat berwarna hijau gelap dengan ukuran 15 cm x 10 cm dan setiap helaian daun akan menutupi permukaan tanah bila terlalu tinggi dimana ia adalah sangat cekap dalam mengurangkan pengwapan permukaan tanah seperti diladang kelapa sawit (Sila lihat foto disebelah). Ketebalan rimbutan tumbuhan Mucuna bracteata apa yang penulis blog lihat dapat mencapai 40 - 100 cm dari permukaan tanah. Lazimnya dilporkan dimana dengan cara penanaman yang standard maka proses penutupan akan pmemenuhi kawasan permukaan tanah hanya dalam masa singkat sahaja kerana ia dapat mencapai 2 - 3 meter persegi sebulan. Penutupan kawasan permukaan tanah secara sempurna boleh dicapai dalam masa tahun ke-2 selepas ditanam dengan ketebalan vegetasi sekitar 40 - 100 cm dan jumlah kandungan biomas adalah diantara 9 - 12 metrik tan bahan kering sehektar. Jumlah unsur nitrogen (N) pada tumbuhan kekacang lazimnya sebanyak 66% yang berasal dari gas N2 hasil daripada proses simbiosis dengan bakteria Rhizobium. Proses pengikatan Nitrogen (Nitrogen fixation) yang telah dilakukan oleh tanaman kekacang ini juga sering mengalami halangan lain. Pengikatan nitrogen dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti pH tanah, kandungan nutrien yang minimum, suhu yang terlampau ekstrim, kelebihan atau kekurangan kandungan air dalam tanah dan sebagainya. Apa pun bahan kekacang penutup bumi ini sangat disyorkan untuk digunakan bersama kulit pisang kapok didalam penyelidikan membuat kompos yang signifikan.

Proses pengkomposan kulit pisang kapok dengan kekacang penutup bumi dilakukan dan dianalisa beberapa aspek termasuk aspek perubahan suhu yang dijalankan. 
Pada awal proses pengkomposan, suhu kompos bergerak naik dengan cepat dan mencapai suhu puncak iaitu 40 - 46 darjah Celcius (C). Walau pun suhu tertinggi dicapai pada hari pertama iaitu 46C tetapi keadaan ini tidak memungkinkan untuk mencapai tahap termofilik sebab suhu tersebut hanya bertahan satu hari. Perkaral ini terjadi sebab keadaan pada timbunan kompos yang berada pada skala sesuai sehingga timbunan ini tidak dapat menyerap haba panas dengan cukup. Semakin tinggi isipadu timbunan maka  semakin besar suhu panas dimana ini menyebabkan semakin mudah timbunan menjadi panas. Ini boleh mencecah suhu dimana bakteria termofilik dapat hidup atau tumbuh. Apap pun dilaporkan mikroorganisme yang terdapat pada EM4 akan membantu mempercepatkan proses pengkomposan dengan menggunakann karbon untuk sumber tenaga dan nitrogen untuk sintesis protein. Selain itu mikro-organisma dalam EM4 akan merangsang perkembangan mikro-organisme yang keluar dari bahan asas sehingga mikroorganisma yang melakukan proses pereputan (decomposition) lebih banyak. Kemampuan EM4 mempercepatkan proses pereputan bahan kompos mengakibatkan timbunan kompos menurun. Seluruh timbunan kompos kemudian mengalami proses penyejukkan  dan tahap pematangan yang ditanda dengan penurunan suhu dari suhu puncak untuk menuju proses kestabilan. Perkara ini disebabkan kandungan air dalam bahan yang dikomposkan meningkat pada hari berikutnya dan rendahnya tumpukan kompos. Selain itu penurunan temperatur ini disebabkan aktiviti mikrob menurun dengan semakin berkurangnya bahan organik pada proses pengomposan. Kematangan kompos terjadi pada suhu 30 - 34 C yang berlaku pada hari ke-21. Suhu ini sama dengan suhu tanah dan telah sesuai dengan pencirian kompos matang dan siapguna.

Penyelidikan juga melihat bagaimana proses pengkomposan kulit pisang ini dari segi a
nalisa Perubahan Kemasaman (pH). Kajian mendapati dimana pada awal proses pengkomposan dibaca nilai pH cenderung asidik. Nilai pH pada hari pertama adalah pH5.8 dan ini menunjukan adanya aktiviti mikro-organisme dalam mengurai bahan organik. Nilai pH yang tinggi di awal proses pengkomposan menunjukkan aktiviti mikrob akktif menukar bahan organik serta terjadi proses 'mineralisasi' sehingga banyak kation-kation yang dilepaskan seperti K+ yang akan mengikat kemasaman asidik yang terbentuk dalam proses pengkomposan misalnya bahan KNO3 yang menyebabkan pH meningkat. Hasil pengukuran pH pada akhir pengomposan dari kedua kompos adalah pH8.1 - pH8.4 dimana apabila proses pengkomposan terjadi. Proses penguraian protein yang terdapat pada bahan organik menjadi Asid Amino. Tahap ini disebut 'aminisasi' dimana kemudian Asid Amino ini akan mengalami proses amonifikasi menjadi Amonia (NH3) dan Amonium (NH4). Tahap ini disebut reaksi amonifikasi dimana penambahan larutan EM4 juga berpengaruh pada tingginya nilai pH kompos. Semakin banyak mikro-organism didalam kompos maka bahan Amonia (NH3) yang dihasilkan akan semakin banyak. Kandungan NH3 yang tinggi pada kompos ini menyebabkan kompos bersifat alkaline. Hasil pH dalam kajian dilaporkan tidak memenuhi ciri kompos matang mengikut piawaian standard kerana pH kompos matang mempunyai nilai pH 6.8 - pH 7.49 untuk digunakan kepada tanaman. Fakta dalam kajian menunjukkan dimana peranan proses pengkomposan berlaku dapat dianalisa dengan nilai pH didalam kompos. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PISANG KAPOK.... TEBAL KULITNYA...
ISI DIGORENG... KULITNYA BERSISA...
DIBUAT KOMPOS... ORGANIK BAJA...
SIAPA BERMINAT... SILA MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Zulhijjan 1442H).

Friday, August 6, 2021

PROSES KULIT PISANG - BAJA KOMPOS (Part 1)

KULIT PISANG KAPOK (Musa paradisiaca formatypica) atau pun Pisang Nipah atau Pisang Abu adalah tebal dan sesuai diproses untuk ianya dijadikan baja kompos. Pisang Kapok adalah salah satu jenis pisang yang paling banyak di tanam dimana buahnya paling sesuai dijadikan makanan popular iaitu 'Pisang Goreng' yang laris. Berdasarkan kepada info beberapa pemerhatian terhadap penjual pisang goreng didapati jenis pisang ini mudah ditanam dan banyak dijual dipasar untuk dijadikan pisang goreng. Lazimnya pisang kapok ini juga dijadikan pelbagai kuihmueh lain dari berbagai jenis makanan. Seiring dengan semakin penggunan pisang ini maka kulit pisang jenis ini akan semakin banyak terbuang dan dapat mencemari persekitaran terutama dari gerai jualan pisang goreng. Apa pun belum ada atau kurang usahawan melihat bagaimana pemanfaatan dan penggunaan kulit pisang dilakukan bagi mengurangkan pembaziran dan kurangkan kulit pisang ini dari dibuang begitu sahaja. 
Salah satu kaedah bagaimana unutk memanfaatkan sisa kulit pisang adalah dengan proses pengkomposan (composting process). Ada kajian dilakukan dimana didapati kandungan bahan Nitrogen (N), Posforus (P) dan Kalium (K) adalah merupakan unsur makro yang terkandung pada kompos tersebut. Unsur seperti nitrogen diantaranya terdapat pada tanaman Kekacang (Leguminosae). Tanaman kekacang ini sering digunakan sebagai sumber baja kompos sebab ia dapat mengikat nitrogen hasil simbiosis bakteria Rhizobium. Kekacang seperti Mucuna bracteata merupakan salah satu Leguminosae yang banyak digunakan sebagai Tanaman Penutup Bumi atau Legume Cover Crop (LCC) yang selalu ditanam dikawasan ladang baru dibuka. Tumbuhan seperti Mucuna bracteata digunakan sebagai LCC pada estet kelapa sawit dan getah serta dusun durian sebab peratus penutupan tanahnya yang tinggi dibandingkan LCC jenis lain.  Berdasarkan penerangan di atas memang perlu adanya cara penyelesaian untuk mengatasi masalah sisa kulit pisang dalam sektor pertania. Terdapat beberapa kajian dan pemerhatian dilakukan siantis dimana ia dilakukan dengan memanfaatkan campuran sisa kulit pisang dan daun Kekacang Mucuna bracteata menjadi kompos yang lebih bermanfaat hasilnya. Artikel pagi Khamis ini sambil menonton TV Astro Sport 831 Sukan Olimpik Tokyo 2020 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai teknologi kaedah memproses kulit pisang menjadi baja kompos untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog semua.

Kompos merupakan salah satu jenis baja organik buatan manusia yang dibuat dari proses pereputan sisa-sisa bahan organik sama ada dari tanaman atau pun haiwan. Proses pengomposan (composting) adalah proses pereputan yang dilakukan oleh mikroorganisma terhadap bahan organik yang boleh mengurai (biodegradable) atau dikenali kemudiannya sebagai biomas. Pengkomposan dapat dipercepatkan prosesnya dengan mengatur beberapa faktor yang mempengaruhinya sehingga berada dalam keadaan yang optimum untuk proses pengkomposan. Teknologi dalam pengkomposan yang selama ini diterapkan manusia adalah dipercayai mengubahsuai proses bagaimana terbentuknya humus oleh alam semulajadi dengan bantuan hidupan laian iaitu mikroorganisma. Secara asasnya mikro-organisma ini ada dua jenis iaitu mikro-organisma yang memerlukan Oksigen tinggi (Aerob) dan mikro-organisma yang bekerja pada kadar oksigen rendah (Anaerob). Sebenarnya proses pengkomposan dapat dilakukan dengan dua cara iaitu dengan bantuan oksigen (Aerobik) dan tanpa bantuan oksigen (Anaerobik). Hasil akhir kedua cara tersebut sama saja dimana ia berupa bahan jenis organik terurai yang tersedia dan siap digunakan oleh akar tanaman. Masing-masing teknik mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam proses pembuatannya. Biasanya proses pengkomposan dengan vara aerob tanpa bantuan aktivator berlaku selama 40-60 hari. Hasil akhir dari pengkomposan aerob berupa bahan yang menyerupai seperti warna tanah iaitu berwarna kehitaman dan kecoklatan, peroi dan gembur dimana jika diukur suhunya menyerupai suhu tanah serta ia memiliki pH hampir Neuteral. Dalam pada itu pengkomposan secara Aerobik lebih banyak dilakukan disebabkan ia tidak menimbulkan bau, jangkamasa atau proses pengkomposan lebih cepat, tahap suhu proses adalah tinggi sehingga dapat membunuh bakteria dan patogen serta telur cacing. Cara ini dilaporkan akan mampu didalam menghasilkan jenis kompos yang lebih hygenik.

Dalam teknologi pengkomposan memang tidak boleh dielakkan dari menggunakan bahan Effectve Microorganism 4 atau sering disebut 'EM4'. Teknologi penggunaan bahan Effective Microorganism 4 (EM4) merupakan sejenis kultur campuran dari beberapa bahan mikroorganisme yang menguntungkan bagi pertumbuhan tanaman (Sila lihat foto disebelah). Mikroorganisme semulajadi yang terdapat dalam EM4 bersifat menapai (fermentation) yang terdiri dari empat kategori mikroorganisme iaitu jenis dari Bakteria Fotosintetik (Rhodopseudomonas sp.), Kulat  (Saccharomyces sp.), Bakteria Asid Lactate (Lactobacillus sp.) dan termasuk juga Actinomycetes. EM4 merupakan biofertilizer yang telah lama digunapakai sebagai penggalak (inoculant) untuk tujuan bagi meningkatkan kepelbagaian dan populasi mikroorganisme di dalam tanah. EM4 mampu bantu mempercepatkan proses pereputan sisa dan sampah organik, meningkatkan kadar ketersediaan nutrisi tanaman dan mengurangkan aktiviti mikroorganisme patogen. Selain itu EM4 juga didakwa dapat digunakan untuk membersihkan sisa air limbahan dan akan meningkatkan kualiti  air pada sisa udang dan ikan sapabila dibuat rawatan. Penulis blog pernah berkursus di Saraburi, Thailand selama dua minggu untuk mempeajari teknologi Pertanian Organik dan EM4 anjuran Jepun dan telah mengajar kepada beratus-ratus pegawai dan usahawantani selepas menghadiri kurusus tersebut.

Kajian mengenai kulit pisang kapok untuk dijadikan baja kompos merupakan satu kajian yang dilihat ringan akan tetapi dilaporkan boleh berjaya mengurangkan pencemaran sisa pembuangan kulit dan menghasilkan baja kompos yang berfaedah. Bahan penting yang digunakan adalah kulit buah pisang kapok. Penulis blog dapati pisang kapok ini di Filipina dikenali dengan nama Pisang Aaba dan di Malaysia dengan nama Pisang Nipah. Buahnya enak dimakan setelah diolah terlebih dahulu dimana bentuk buahnya agak pipih sehingga kadang disebut pisang leper. Berat tandannya boleh mencapai 14 - 22 kg dengan terdapat jumlah 10- 16 sisir setiap tandan. Setiap sisir mempunyai 12 - 20 buah (Sila lihat foto disebelah). Bila pisang ini masak maka warna kulit buahnya jadi kuning penuh dengan isi yang juga berwarna kuning krim serta manis jika dimakan terus. Kegunaan buah pisang yang masak yang bersaiz besar untuk berbagai jenis makanan dimana semestinya kulitnya dikupas dan ini akan tinggalkan sisa berupa kulit pisang yang banyak. Kajian telah dilakukan saintis mendapati kadar kulit pisang kapok ini mencapai 40% dari saiz buahnya. Kulit pisang merupakan bahan organik yang mengandungi unsur kimia seperti Magnesium (Mg), Sodium (Na), Phosforus (P), Sulfur (S) yang sesuai digunakan sebagai baja organik. Pembuatan baja organik atau kompos dengan bahan kulit pisang boleh disediakan dalam bentuk pepejal atau cecair. Berdasarkan hasil analisa kajian terhadap baja organik pepejal dan cecair dari kulit pisang kapok yang dilakukan Universiti Sumatera Utara. Kajian tersebut mendapati dimana kandungan nutrien yang terdapat dalam baja organik pepajal kulit pisang kepok adalah Corganik (6.19%), N (1.34%), P2O5 (0.05%), K2O (1.478%), C/N (4.62%) dan kadari keasidan adalah pada nilai pH 4.8. Laporan kajian juga mendapati dimana baja cecair kulit pisang kapok terdiri dari C-organik (0.55%), N-total (0.18%), P2O5 (0.043%), K2O (1.137%), C/N (3.06%) dengan nilai kemasaman adalah pH 4.5.  Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PISANG KAPOK.... TEBAL KULITNYA...
ISI DIGORENG... KULITNYA BERSISA...
DIBUAT KOMPOS... ORGANIK BAJA...
SIAPA BERMINAT... SILA MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Zulhijjan 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...