Support My Blog

Wednesday, October 2, 2024

TEKNOLOGI HERBA - AKAR CERITA

POKOK AKAR CERITA
atau HEMPEDU BUMI atau juga dipanggil sebagai SAMBILOTO (Andrographis paniculata) merupakan tumbuhan herba daripada keluarga Acanthaceae. Tumbuhan herba ini terkenal kerana khasiat perubatannya secara semulajadi dan kini ramai telah meminati tumbuhan HERBA ini untuk dikomersialkan penanamannya dan diproses menjadi produk makanaan kesihatan yang popular. Penulis blog mendapati tumbuhan ini dalam keadaan liar selalunya akan tumbuh menegak secara berkumpulan terutama habitat dikawasan tanah gambut. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Hempedu bumi, Akar Pahit (Malaysia), Sambiloto (Indonesia), King of Bitter, Green Chiyaryta, Andrographis (English), Chuan Xin Liang (China), Fa Thalai Chon (Thailand), La Sa Bee (Laos), Kirayat (Hindi), Quasabhuya (Arab) dan Nilavembu (Tamil). Merujuk kepada laporan keluasan tanaman herba ini memang tidak ada maklumat rasmi mengenai jumlah keluasan sebenar tumbuhan ini di Malaysia daripada sumber berkaitan. Penulis blog dapati dulu ia pernah di promosikan untuk ditanam secara komersial dibawah RMK10 program EPP1 iaitu NKEA Herba oleh pihak Kementerian Pertanian tetapi sehingga artikel ini ditulis iaitu tanaman herba ini juga sudah kurang ianya diberikan perhatian di negara kita. Pokok Hempedu Bumi merupakan pokok herba renek yang tumbuh menegak dengan mampu mencapai ketinggian 60-70 cm walau pun ada yang setinggi sehingga 1 meter. Daunnya berwarna hijau gelap dan berkilat serta bersisun secara bersilang. Bentuk daun hempedu bumi adalah bujur dengan agak meruncing dibahagian hijung dan nipis sedikit dibahagian pangkal. Saiz daun bergantung kepada keadaan persekitaran dan lazimnya 7-8 cm panjang dan 2.0 - 2.5 cm lebar. Bunganya agak kecil dengan kelopak unik berwarna pitih dengan warna ungu dibahagian tengahnya bergantung kepada spesis. Terdapat lebih daripada 28 spesis hempedu bumi dilaporkan dan paling banyak spesis terdapat di negara India. Biji hempedu bumi terbentuk hasil daripada pendebungaan dan disimpan dalam kapsul berukuran 2 cm dimana didalamnya mengandungi banyak biji berwarna coklat kekuningan. Artikel subuh ini saya meulis mengenai sejenis herba iaitu Akar Cerita dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda.


Dalam beberapa laporan kajian yang saya rujuk ada dinyatakan dimana herba akar cerita atau hempedu bumi ini didakwa ia merupakan 
herba paling pahit dalam perubatan tradisional Melayu. Apa pun herba ini Andrographis paniculata dari keluarga Acanthaceae merupakan tumbuhan herba semusim yang digelar 'raja herba pahit'. Pokok hempedu bumi tumbuh menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 - 90 cm dengan daunnya berbentuk bujur, runcing dihujung dan nipis di pangkal, berwarna hijau tua, licin dan tersusun secara bersilang (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog yang sering membuat tinjauan teknologi kelokasi penanaman herba dahulu dapati dimana batangnya berbentuk segi empat dan berbuku serta mempunyai banyak dahan. Setiap buku dilihat ia mempunyai dua helai daun. Bunganya kecil berwarna ungu yang menghasilkan buah/lenggai memanjang bersaiz antara 25mm panjang 3 mm lebar. Lenggai berwarna hijau muda dan akan bertukar warna perang apabila matang dan akan pecah untuk penyebaran biji benihnya yang berwarna keperangan.
Hempedu bumi dikatakan berasal dari India dan Sri Lanka. Boleh didapati dalam pelbagai habitat, seperti dataran, lereng bukit, kawasan yang baru diteroka untuk dijadikan ladang dan kawasan pedalaman. Selain di negara asalnya dimana herba ini juga banyak ditanam secara meluas di Asia Tenggara serta mudah didapati di tanah gambut. Ianya ditanam bagi tujuan untuk kegunaan perubatan secara tradisional. Keseluruhan tumbuhan seperti daun dan akar digunakan bagi tujuan perubatan untuk merawat jangkitan dan beberapa penyakit. Apa pun bahagian daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daunnya dan mengambil airnya untuk diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daunnya dan meletakkan pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat, yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang memang pahit telah merangsangnya supaya  memecahkan molekul lemak. Di Utara-Timur India dimana herba ini dikenali sebagai Maha-tikta yang bermaksud ‘raja pahit’ dimana ia ada banyak digunakan dalam perubatan herba Ayurveda yang dikenali sebagai Kalmegh atau pun cara Kalamegha yang bermaksud ‘awan gelap’. Ia juga dikenali sebagai Nila-Vembu dalam bahasa Tamil, yang bermaksud ‘neem dari tanah’, kerana tumbuhan ini walaupun kecil, tetapi mempunyai rasa pahit yang sama kuat seperti pokok neem besar (pokok semambu - Azadirachta indica).


Bagaimana pun di Malaysia herba ini ianya disebut sebagai hempedu bumi atau akar cerita kerana ia adalah salah satu jenis tumbuhan paling pahit yang digunakan dalam perubatan tradisional. Hempedu bumi sering digunakan untuk mencegah dan merawat selesema. Sesetengah orang mendakwa tumbuhan ini menghentikan wabak selesema 1919 di India walaupun ini belum dibuktikan. Tanaman akar cerita atau hempedu bumi juga digunakan untuk pelbagai jenis keadaan lain seperti pencernaan termasuk cirit-birit, sembelit, gas usus, kolik, sakit perut, penyakit kuning dan kerosakan hati akibat ubat-ubatan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk jangkitan termasuk kusta, pneumonia, tuberkulosis, gonorea, sifilis, malaria, kolera, leptospirosis, rabies, sinusitis dan HIV/AIDS (hempedu bumi mungkin merangsang sistem imun. Ia boleh meningkatkan jumlah sel darah pada orang yang mempunyai HIV), dan membantu alergi pada kulit termasuk luka, ulser dan gatal-gatal. Dilaporkan ada testimoni dimana sesetengah orang menggunakan herba ini untuk sakit tekak, batuk, tonsil bengkak, bronkitis dan alergi. Ia juga digunakan untuk pengerasan arteri (aterosklerosis) dan pencegahan penyakit jantung serta diabetes. Penggunaan lain termasuk rawatan ular dan gigitan serangga, kehilangan selera makan, masalah buah pinggang (pyelonephritis) serta buasir. Herba ini juga digunakan sebagai agen astringent, pembunuh bakteria, ubat penghilang rasa sakit, meredakan demam dan rawatan untuk cacing. Pengambilan herba ini dianggap selamat jika diambil dengan kadar atau dos tertentu, tepat dan dalam jangka masa pendek. Namun bagi sesetengah orang pengambilan herba ini dalam dos yang tinggi atau jangka panjang mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan seperti hilang selera makan, cirit-birit, muntah, ruam, sakit kepala, hidung berair dan keletihan. Oleh itu adalah dinasihatkan agar pengambilan herba perlulah mendapatkan nasihat dari pakar seperti doktor atau ahli pharmasuatikal terlebih dahulu. Penting agar adalah perlu dihindarkan pengambilan bagi kanak-kanak dan ibu mengandung.


Pada Januari 2022 dilaporkan oleh hmetro.com dimana '
Thailand luluskan penggunaan hempedu bumi untuk rawatan awal Covid-19' adalah perkara yang sesuai dikongsikan kali ini. Berita dari Bangkok, Thailand dipetik menyatakan dimana pihak Kementerian Kesihatan Thailand telah meluluskan penggunaan ekstrak herba untuk rawatan peringkat awal Covid-19. Dipetik dari Bloomberg melaporkan dimana pihak kementerian itu dalam kenyataan dakwa tumbuhan herba Andrographis paniculata (green chiretta) atau hempedu bumi atau akar cerita sudah diuji sebagai rawatan alternatif bagi mengurangkan kesan akibat jangkitan virus ini. Dalam laporan ketika rawatan awal dilakukan dimana ia dapat mengurangkan kos dan memberi kelegaan kepada pesakit, malah ia sudah ditawarkan di lima hospital milik kerajaan dimana ia akan akan diperluaskan. Rawatan herba itu ditawarkan kepada mereka berusia 18 hingga 60 tahun dengan gejala ringan Covid-19, yang mahu mencubanya secara sukarela dan ia perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas jangkitan disahkan. Apa pun selanjutnya pihak kementerian itu berkata dimana ekstrak tumbuhan itu dikenali sebagai 'fah talai jone' dalam kalangan penduduk Thailand dipercayai boleh mencegah jangkitan dan mengurangkan keradangan. Laporan kajian juga mendapati dimana ujian pada manusia menunjukkan keadaan pesakit bertambah baik dalam tempoh tiga hari rawatan tanpa kesan sampingan sekiranya ia diambil segera selepas jangkitan disahkan. Berdasarkan laporan Bangkok Post produk 'fah talai jone' ini mempunyai rasa sangat pahit dan bau yang kurang menyenangkan. Ia dipercayai digunakan dalam rawatan selesema dan sakit tekak sejak beberapa kurun di negara Asia seperti Thailand, China dan India. Satu ketika dahulu didakwa daunnya digunakan untuk menghasilkan teh untuk tujuan bagi menyembuhkan beberapa penyakit namun, ia terlalalu pahit untuk ditelan. Ketika ini dilaporkan dimana herba berkenaan dihasilkan dalam bentuk tablet dan kapsul. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEJENIS HERBA... AMAT PAHIT RASANYA...
HEMPEDU BUMI...IA SAMA AKAR CERITA...
MUDAH DITANAM... CEPAT HASILNYA...
BANYAK KHASIAT... HERBA BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 110, Hotel Greenland,
Tanjung Malim, Perak,
Malaysia.
(6 Syaaban 1444H).
Updated: 2 Okt 2024.

Tuesday, October 1, 2024

MAKANAN RINGAN DAN FAKTA MENARIK

MAKANAN RINGAN (SNACK FOOD
) atau juga di panggil sebagai 'Junk Food' merupakan jenis makanan yang tidak begitu menge­nyangkan (seperti kerepek, keropok, kacang) yang selalunya di­makan secara sambil-sambilan sahaja untuk dinikmati keenakannya seperti definasi oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi ke empat). Penulis blog dapati dimana pada k
ebiasaannya makanan ringan ini selalunya dikaitkan dengan makanan kurang sihat seperti gula-gula dan snek serta pelbagai prosuk lain yang dijual di kedai runcit, pasaraya malahan kini dijual secara on-line sahaja. Ia juga selalu berkait dengan jenis makanan segera dimana gaya hidup zaman ini yang banyak di kunjungi pelanggan yang mana ia adalah diantara pilihan kebanyakan individu khususnya kepada mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja mereka. Banyak kempen kesedaran di media dimana sebenarnya tanpa disedari banyak keburukan makanan ringan berbanding kebaikannya akan tetapi industri ini terus banyak berkembang malahan di peringkat dunia. Apa pun merujuk kepada 'Encyclopedia of Junk Food and Fast Food' dimana dinyatakan oleh Andre F. Smith dimana dia telah menyatakan dan mendefinisikan beberapa jenis makanan ringan iaitu gula-gula, roti, ais krim, makanan ringan masin, dan minuman ringan. Apa pun semua ini merupakan makanan ringan yang agak popular pada zaman kini sama ada oleh kanak-kanak, orang dewasa mahu pun orang tua juga. Orang salah sangka apabila makanan manis seperti kek, aiskrim, biskut, kueh manis dan beberapa jenis kuih juga dianggap sebagai makanan ringan. Jadinya apakah dia 'Makanan Berat' atau makanan yang mengenyangkan. Ia terkait sebagai makanan ruji (staple food) bagi setiap negara sama ada nasi, tepong gandum, roti, jenis ubi-ubian, jagung dan sebagainya. Apa pun makanan ringan ini pada kebiasannya makanan tersebut mempunyai sedikit atau tiada nilai pemakanan akan tetapi ia mempunyai banyak kalori, garam dan lemak serta bahan pengawet. Akibat kandungan garam, kalori, lemak inilah yang akan menyebabkan pelbagai jenis kesan keburukan kepada seseorang itu walaupun tidak semua makanan segera adalah makanan ringan. Makanan segera pula adalah jenis makanan 'ready-to-eat' selepas pesanan dibuat terutaa di rantaian restoren makanan segera atau \juga  termasuk 'street food'. Apa yang penulis blog lihat dimana pada zaman yang kian moden ini ditambah dengan alatan moden yang semakin hari semakin canggih maka ujud pelbagai jenis makanan ringan telah diinovasikan sebagai contoh 'Popia pisang' atau nama ringkasnya 'popis'. Popis ini merupakan makanan ringan yang popular dari Indonesia dan terkini ia telah dipopularkan di Malaysia menerusi beberapa pelajar universiti awam tempatan. Dilaporkan walaupun produknya memikat hati orang ramai namun tidak ramai yang pandang serius tentang isi kandungan makanan itu yang menjurus kepada keburukan. Apa pun berdasarkan beberapa laporan dimana makanan ringan ini agak popular di kalangan kanak-kanak kerana golongan ini memang amat suka kepada benda manis seperti aiskrim, gula-gula, kek dan bermacam lagi bahan ramuan. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai makanan ringan dan fakta menarik untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Di Malaysia semua orang memang boleh mendapatkan makanan ringan di mana-mana sahaja sama ada tinggal di bandar besar, pekan kecil mahu pun di kawasan kampong sehingga kekawasan remote pendalaman dan pulau-pulau. Harga makanan ringan juga ini bukan murah maca dahulu apa lagi kalau ia di keluarkan oleh syarikat berjenama dan antarabangsa dengan sistem pembungkusan dan iklan daam media seerti di TV dan papan iklan sepanjang lebuhraya. Kini s
emakin banyak makanan ringan yang di makan sebenarnya ia semakin kecil pengguna kemungkinan dapat menggunakan nutrien penting yang mana ia sangat diperlukan setiap orang. Diantara kempen yang selalu di dengan dimana kesan makana nringan ia boleh menyebabkan MASALAH OBESITI atau kegemukkan. Apa pun sebarang pengambilan makanan ringan secara berlebihan boleh menjadi pemicu utama masalah obesiti. Ini kerana kebanyakan jenis makanan ringan sering kali tinggi kalori, lemak, gula, dan garam, tetapi sering kali rendah dalam nutrien esensial dan akan tidak berhenti sebab tidak kenyang. Dilaporkan dimana kandungan kalori yang tinggi dan isu kurangnya kekenyangan dari makanan ringan boleh kemudian ia menyebabkan peningkatan pengambilan (asupan) kalori secara keseluruhan yang seterusnya akan ia mengakibatkan penambahan berat badan yang berlebihan. Selain itu pada penulis blog tahu dimana ada sifat ketagihan bagi beberapa makanan ringan dapat menyebabkan pola pemakanan yang tidak terkawal, menyebabkan peningkatan risiko obesiti dan masalah kesihatan yang berkaitan termasuk masaalah diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Pijak KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia sering mereka mendedahkan di Malaysia kini menduduki tempat kedua tertinggi bagi kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Asia Tenggara. Pada penulis blog memang amat penting untuk menyedari potensi bahaya makanan ringan terhadap berat badan dan kesihatan, serta mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif untuk mencegah masalah obesiti.


Fakta seterusnya mengenai makanan ringan adalah potensinya untuk ia 
MEROSAKKAN TUBUH BADAN SESEORANG jika mengambil tanpa dikawal. Ini kerana kajian menunjukkan dimana makanan ringan memiliki potensi untuk merosakkan tubuh seseorang dengan beberapa cara. Kebanyakan makanan ringan di pasaran mengandungi kandungan nutrisi yang rendah dan tinggi lemak trans, gula tambahan, garam, dan bahan kimia tambahan yang boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan. Pengambilan berlebihan gula dan lemak dapat menyebabkan penambahan berat badan, yang seterusnya meningkatkan risiko obesiti, diabetes, dan penyakit kardiovaskular. Selain itu dilapokan dimana makanan ringan yang kurang berkualiti seringkali kurang mengandungi nutrien penting seperti vitamin dan mineral menyebabkan kekurangan nutrisi. Adalah penting untuk menyedari bahaya potensial makanan ringan terhadap kesihatan dan memilih pemakanan yang seimbang dengan menekankan makanan berkualiti tinggi untuk memastikan kesejahteraan dan kecergasan tubuh yang optimum. Seterusnya fakta negatif mengenai makanan ringan adalah dimana ia akan menyebabkan GANGGUAN EMOSI ATAU PERASAAN para penggua. Makanan ringan juga memiliki kemampuan untuk mempengaruhi gangguan perasaan atau emosi seseorang. Perkara ini berkait dengan bahan kandungan gula dan lemak yang tinggi dalam makanan ringan dapat memberikan perasaan kenikmatan sejenak akan tetapi ia kemudian dapat menyebabkan fluktuasi kadar gula darah yang boleh mempengaruhi mood dan emosi. Selain itu didakwa memang ada beberapa jenis atau pilihan makanan ringan mengandungi bahan tambahan seperti perasa tiruan dan bahan kimia tertentu yang dapat memicu reaksi kimia dalam otak dan memengaruhi suasana hati. Kini tabiat atau pun pola makan yang tidak seimbang terutamanya dengan mengambil makanan ringan ia akan dapat memberikan kesan dampak negatif terhadap keseimbangan emosi seseorang, meningkatkan risiko stres, kecemasan dan depresi. Adalah dinasihatkan agar sentiasa memahami hubungan antara makanan ringan dan kesejahteraan emosi adalah penting dan sentiasa waspada agar mengamalkan pola makan yang seimbang dapat membantu menjaga keseimbangan emosi secara keseluruhan.


Fakta penting mengenai makanan ringan keempat dimana dilaporkan ia akan menyebabkan kes 
MASALAH INGATAN YANG BERKURANG terutama apabila usia meningkat. Beberapa laporan kajian mendapati dimana pengambilan jenis makanan ringan secara berlebihan turut menyumbang kepada masalah ingatan dan pembelajaran seseorang. Merujuk kepada satu kajian yang diterbitkan dalam 'American Journal of Clinical Nutrition pada 2011' ada menunjukkan bahawa individu dimana individu yang mengambil makanan ringan secara berterusan selama lima hari berturut-turut boleh mengalami penurunan tindak balas kognitif yang lebih rendah berbanding dengan individu yang menjalani diet makanan yang lebih seimbang. Lebih buruk jika mengambik jenis makanan toksik yang terkandung dalam makanan ringan dimana ia akan menyebabkan tindak balas kimia tertentu yang mengakibatkan keradangan serius pada kawasan 'hipokampus otak' yang berkaitan dengan fungsi ingatan dan pengiktirafan sesuatu pemikiran. Dalam pada itu dilaporkan amalan diet tinggi gula dan lemak dapat menekan aktiviti 'peptida otak' iaitu perkara yang penting untuk pembentukan memori dan pembelajaran. Makanan ringan yang kaya lemak dan gula juga meningkatkan tahap insulin, meningkatkan risiko penyakit dementia atau kes-kes iaitu kehilangan ingatan. Kesan mekanan ringan amat jelas yang sering melibatkan makanan ringan boleh merosakkan fungsi kognitif, menyebabkan masalah ingatan dan pembelajaran. Elakkan dari mengambil makanan ringan dari peringkat kanak-kanak lagi kerana kemungkinan untuk kes kelemahan pemikiran minda kanak-kanak juga boleh terjejas.


Paling selelu di dengar fakta berkait dengan makanan ringan adalan kesannya terhadap isu 
MASALAH TUMBESARAN jika diambil berlebihan terutama kanak-kanak. Pengambilan makanan ringan yang berlebihan dilihat terutamanya di kalangan kanak-kanak dan remaja akan dapat memiliki kesan serius terhadap pertumbuhan dan perkembangan tubuh mereka. Ini kerana proses pertumbuhan seseorang memerlukan ketersediaan zat nutrisi dan khasiat yang ada dalam makanan berat seperti buah, sayur, sumber protein seperti telur, ayam, daging dan ikan. Bagaimana pun makanan yang berfokus pada makanan ringan seringkali kurang dalam nutrien penting seperti kurangnya unsur vitamin, mineral dan serat yang penting untuk pertumbuhan yang optimal. Makanan ringan akan ianya mengakibatkan kurangnya pengambilan nutrien penting yang diperlukan untuk pembentukan tulang, otot dan sistem organ yang sihat. Diseluruh dunia dimana di negara-negara mundur seperti terdapat di Afrika dimana kes-kes seperti kekurangan sumber makanan berat menyebabkan rakyatnya bergantung kepada makanan ringan dan bantuan makanan segera. APa pun kes ini kemudian membawa kepada masalah kekurangan zat penting dan tumbesaran proses pertumbuhan yang terganggu terutama golongan kanak-kanak. Kanak-kanak memang suka dengan makanan ringan berbanding makanan berat sebab ia dikaitkan dengan faktor kejayaan iklan serta pemasaran, kemudahan dan selelunya mempunyai citarasa yang lebih menarik bagi kanak-kanak. Penting sebagai ibu bapa untuk memainkan peranan dan semua ahli masyarakat secara keseluruhan dalam memberikan kemahaman tentang pentingnya pemakanan seimbang dan buruknya makanan ringan. Penting bagi semua ibu bapa berperanan berterusan dalam mengawal pengambilan makanan ringan kepada anak-abaknya. Ini kerana pengambilan makanan ringan yang berlebihan dapat menyebabkan sejumlah masalah kesihatan yang serius. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN RINGAN...DIMANA SAHAJA...
ELAKKAN MAKAN... KESAN MERBAHAYA...
HARGA MURAH... ADA BANYAK PERISA...
BACA ARTIKEL... SUDAH TAHU FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Rabiulawal 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...