(6) MEE LAKSA
Mee Laksa asasnya adalah jenis mee yang diperbuat daripada tepung beras atau tepung gandum bergantung kepada proses yang khusus. Penulis blog paling suka makan Laksa Johor, Laksa Penang dan Laksa Sarawak. Laksa pula adalah makanan berasaskan mee yang pada suatu masa dahulu ia adalah terkenal di kalangan masyarakat Cina Peranakan di Melaka. Kini makanan dari mee laksa adalah juadah yang sudah popular di kalangan rakyat Malaysia dan diangkat sebagai makanan tradisi terutamanya Laksa Penang dan Laksa Johor. Laksa diperbuat daripada tepung beras atau tepung gandum bergantung kepada tempat asal usul laksa tersebut. Misalnya apa yang penulis blog faham ada nama Laksa Kedah (beras), Laksa Johor (spaghetti) dan Laksa Sarawak (Bihun). Laksa juga dibahagi kepada tiga jenis iaitu laksa berasaskan santan (coconut-based) dan juga laksa berasaskan asam (tamarind-based), ataupun kedua-duanya sekali. Laksa boleh ditemui di rantau Nusantara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Selatan Thailand. Disebabkan oleh budaya dan sumber yang berlainan maka kelainan resepi dan bahan mee laksa adalah sebenarnya ia menjadi semakin unik kepada sesuatu tempat. Pada penulis blog dimana. hidangan laksa melibatkan mee (biasanya mee beras) yang disajikan dalam kuah yang kaya dan berempah. Kuah laksa biasanya dibuat dengan campuran santan, rempah-rempah seperti serai, lengkuas, kunyit, dan cabai, serta bahan-bahan lain seperti ikan. Tekstur dan rasa laksa dapat bervariasi bergantung pada jenis laksa yang disajikan. Secara umum dimana kuah laksa memiliki cita rasa pedas, masam, dan sedap. Mee dalam laksa dapat memiliki tekstur yang kenyal atau lembut, tergantung pada jenis mee yang digunakan dan cara penyajiannya. Dengan variasi yang beragam, laksa menjadi salah satu hidangan yang kaya akan cita rasa dan tekstur, mencerminkan keanekaragaman kuliner di kawasan Asia Tenggara. Saya ada menulis mengenai nama sejenis Laksa Seekoq yang popular di Langkaei dimana ia boleh di akses dengan pautan berikut (Sila klik disini). Laksa ini memang enak dimakan terutama di pulau peranginann di tepi laut.
(7) SUHUN (Soon)
(8) MEE LAKSAM
LAKSAM adalah makanan yang di perbuat daripada mee laksam. Pada penulis blog yang memang suka makan laksam terutama ketika sarapan padi di pantai timur memang menyeronokkan. Lazimnya makanan laksam (dikenali sebagai Laksei di Kelantan dan Laksang di Terengganu) merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan yang diperbuat daripada tepung beras dan ia boleh dimakan bersama kuah (Sila lihat foto disebelah). Cara membuat mee laksam mudah dibuat jika seseorang itu berpengetahuan membuatnya dan sesuai di makan sebaik sahaja ia disiapkan. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak dan di kukus didalam pengukus sehingga masak (agak lembut). Kemudian apabila mengeras sedikit maka langkah selanjutnya adalah ia akan digulung menjadi panjang dimana ia sudah sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang selalinya apa yang penulis blog lihat ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam dan mudah dimakan juga. Selalunya mengikut cara membuatnya dimana makanan laksam juga boleh dimakan bersama kuah lemak kuning bersama daging. Apa pun mee laksam adalah salah satu hidangan yang sangat unik kerana ia sejenis mee yang tidak digunakan dalam hidangan makanan lain dan hanya terdapat pada laksam yang penuh dengan santan. Keunikan laksam ini perlu ditekan agar menjadikan tekstur mee yang mirip dengan tepung beras pasti akan memberikan rasa kenyang kepada sesiapa yang memakannya dan memang enak. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.