Pertama sekali perlu di jelaskan apakah dia sayur yacon atau dikalangan ramai ada yang memanggilnya sebagai 'Epal Bumi' merupakan sejenis tanaman dalam keluarga Astrov yang agak berdmaan dengan 'Tanaman Artichoke Yerusalem' dan juga bunga matahari. Membaca tanaman Jerusalem Artichoke (Helianthus tuberosus) adalah merupakan sejenis tumbuhan yang juga dipanggil sebagai sunroot, sunchoke, topinambur, wild sunflower atau earth apple adalah spesies bunga matahari berasal dari tengah benua Amerika Utara dalam tulisan saya dengan pautan berikut (Sila Klik Disini). Artichoke ini ia dilaporkan ada ditanam secara meluas di seluruh zon iklim sederhana untuk tujuan bagi mendapatkan umbinya yang digunakan sebagai sayur. DIlaporkan tanaman Yacon berasal dari dataran tinggi Amerika Latin di mana ia ditanam pada zaman kuno oleh kaum suku Inca kerana ciri dan sifatnya yang luar biasa. Nama 'yakon' dalam terjemahan dari salah satu dialek India bermaksud 'air tawar. Apa pun dimana dengan tepat ubi ini digambarkan ciri utama sayur ini seperti ciri rasa enaknya dimana kandungan ubi yukon juga dilapor ia mengandungi 70% air. Komuniti ini dilaporkan memang sering digunakan oleh pengguna dan kini dikalangan pelancong asing disana sebagai sumber cecair. Sejarah menyatakan dimana di Mexico semasa kedatangan penakluk Sepanyol dimana dilaporkan berlaku aktiviti penanaman yacon secara besar-besaran tetapi kemudian keluasannya mulai menurun. Bagaimana pada masa ini dilaporkan akibat penyebaran akan khasiat tanaman ini maka ia manjadi virak semula diseluruh dunia. Penulis blog membaca laporan dimana di Banjaran Andes yang mempunyai keadaan cuaca tetap hangat selama 6 - 7 bulan setahun dimana tumbuhan yacon mampu untuk mencapai ketinggian 2.0 - 2.5 meter. Di kawasan yang beriklim dingin pula seperti di Rusia proses pertumbuhannya lebih padat dan ketinggiannya tidak melebihi 1.5 meter. Secara luaran dilihat walau pun tanaman ini lebih menonjol di antara tanaman lain dengan helaian daun hijau gelap yang besar dengan pinggir berbentuk asimetris. Dilihat pada petioles daun yacon berwarna puber. Batang tanaman dilihat ia berwarna hijau dengan ada ciri-ciri warna ungu di bahagian atasnya. Ciri pada akar yacon dimana ia terbentuk oleh rizom yang akan mengeluarkan tunas dan mampu menjadi benih tanaman sama dengan benih dari umbisinya. Menyentuh mengenai rasa yukon dimana ia menyamai juga seperti tanaman sayur-sayuran yang menggabungkan aroma segar seakan buah tembikai dengan tekstur tembikai dan kentang (potato) tetapi khasiatnya amat hebat.
Tanaman kontan ini dilaporkan sesuai ditanam dikawasan tropika dan subtropika dengan baik. Yakon walaupun berasal dari iklim tropika dimana tumbuhan ini akan berakar dengan baik di negara-negara dengan iklim sederhana juga termasik boleh ditanam di negara Rusia dan Ukraine secara komersil. Walau bagaimanapun apa yang berlaku di negara iklim sederhana iaitu cir hasil umbi tanaman kurang kuat dimana kualitinya dilaporkan umbi dari negara ini dengan iklim yang sejuk mempunyai kandungan insulin yang sangat rendah dan juga kandungan bahan polisakarida lain di dalamnya ditukar menjadi bahan fruktan yang kurang berguna. Kajian saintid mmendapati dimana jika yakon ditanam di negara dengan kawasan di utara garislintang 55 ° N. Sebenarnya tanaman yakon ini tidak bertolak ansur dengan amat sejuk kerana keseluruhan tumbuhan akan rosak sebeb membeku. Tetapi umbinya dalam tanah masih tidak rosak dar mencegah kematiannya drpada kesejukan frost akan tetapi perhatian khusus harus diberikan untuk melindungi tanah daripada ancaman pembekuan. Dilaporkan dimana tanaman yacon ini memang ia tidak memilih kualiti tanah walau pun lazimnya ia sesuai tumbuh pada jenis tanah yang yang ringan, subur dan banyak mineral serta bahan organik. Jarak tanaman yang sesuai untuk takon adalah 60x60cm dengan jarak diantara barisan tanaman komersil sekurang-kurangnya 75 cm. Guna benih yang berkualiti untuk menanamnya dimana paling kerap petani akan menggunakan umbinya. Sediakan lubang penanaman sedalam 10 - 15 cm. Benih yang sudah bertunas atau berdaun sesuai ditanam dimana kemudian perli disiram sehingga tumbuh. Sebagai petua dalam amalan agronomi untuk menanam takon secara komersial perlu elakkan menanam diplot sama atau plot berhampiran atau tanaman berulang diplot sana tanaman daripada keluarga Solanaceae. Ia perlu di selaraskan dimana selepas dua (2) tahun tanah yang sudah ditanam dengan Solanaceae seperti kentang. Tomato atau Terung atau Cili baru boleh ditanaman dengab Yakon. Tanaman Solanaceae dilaporkan akan mengeluarkan khas kedalam tanah yang menjadi 'toksik' kepada tanaman yakon kemudian.
Penjagaan tanaman serta amalan agronomi tanaman yakon sebenarhya agak mudah dilakukan. Antara amalan agronomi termasuk aktiviti menyulam, menyiram, menggemburkan tanah, memberi sungkupan, membaja dan kawalan perosak serta penyakit. Paling penting adalah aktiviti penyiraman yang banyak kerana daunnya yang lebar dengan cepat menruapkan cecair. Walau bagaimanapun siraman hanya diberi mengikut keperluan dan elakkan pokok lemas akibat terlalu banyak air. Kelembapan tanah yang berlebihan menghalang pertumbuhan tanaman yakon dan boleh menyebabkan ancaman sejsnia bakteria seperti Bakteriosis mukosa. Didakwa jika kesuburan tanah dimana ia terlalu kering pun sebenarnya tidak mendatangkan bahaya kepada tanaman (terutama pada umbisinya dalam tanah). Oleh kerana yacon mempunyai sistem akar yang kuat dilaporkan tanaman ini mampu menahan kekeringan jangka pendek walau pun sebaiknya kesan kekurangan kelembapan amat nyata ia mempengaruhi hasil tanaman. Disyorkan sesuai di berikan sungkupan terhadap tanaman ubi yakon secara komersil. Sungkuan ini akan berikan keselesaan pokok yakon untuk tumbuh subur. Perlu awas bahan daun-daun dari tumbuh-tumbuhan lain atau yakon yang dijangkiti panyakit atau sebagainya tidak dibolehkan dijadiah baha sungkupan kerana patogen didalamnya boleh menjangkiti yacon. Baja Kalium (K) sangat baik tindakbalasnya dengan yakon dimana baja 'High K' sesuai diberknan mengikut jadual. Kelebihan yakon adalah dimana tanaman ini tidak perlukan aktiviti kawalan rumpai kerana akrnyta menghalang pertumbuhan rumpai. Walaupun didakwa tanaman yacon mempunyai ketahanan yang cukup tinggi terhadap perosak namun ia masih rentan terhadap serangan oleh beberapa perosak seperti Serangga hama, labah-labah dan whitefly serta perosak cacing. Ia perlu dikawal dengan semburan tepat pada masanya dengan racun serangga dan pembasmian kuman di rumah hijau akan membantu mengatasi serangan serangga parasit. Penuian dengan cara menggali secara sangat berhati-hati sebelum untuk tidak merosakkan struktur umbisinya yang rapuh dan mudah rosak. Setelah dikeluarkan dari tanah maka hasil umbi yacon dipisahkan dengan hati-hati dari rizom dan batangnya dipotong dengan cara meninggalkan 2 - 3 cm kehijauan atas umbi. Anggaran hasil adalah sekitar 2.5 - 3.0 kg direkodkan dikawasan kebun beriklim sederhana. Secara umumnya dimana antara perbezaan penting antara tanaman yacon dan sayur-sayuran lain adalah dimana ubi-ubinya tidak mempunyai rasa pada semasa ia dituai. Ini disebabkan dimana semasa proses pertumbuhan bahan fruktan dalam keadaan belum tersedia untuk berubah menjadi fruktosa iaitu agen yang yang memberi rasa manis.
Cara bagi jadikan umbisi yacon berikan rasa manis dan lembut dimana ia perlu dijemur di bawah sinaran matahari atau di dalam bilik yang hangat selama 5 - 12 hari. Buah yang masak apabila dilihat kulitnya berkedut sedikit. Apa pun agar ubi yacon mempunyai kualiti penyimpanan yang baik apabila ia disimpan di dalam bekas di ruangan yang hangat dengan kadar kelembapan tinggi seperti bilik bawah tanah atau dalam garaj. Jika dibuat keadaan yang baik maka jangka hayat umbi yakon iniboleh tahan antara adalah 8 - 10 bulan. Menarik dimana di Malaysia salah satu makanan atau sayuran unik yang boleh pelancong atau pengunjung jumpa di Cameron Highlands ialah Ubi Yacon. Penulis blog dapati masih tidak pasti sejak bila ia mula popular ditanam atau ada dijual di kawasan tanah tinggi Cameron Highland (Semasa pernah menjadi Pengarah Pertanian Pahang memang tanaman ini belum popular lagi). Di gerai penjaja di tepi jalan dimana anggaran harga runcit ubi yakon sekitar RM6.00 - RM10.00 sekilogram. Dalam beberapa laporan bagaimana pun Ubi Yakon ini yang dikatakan berasal dari Colombia, Ecuador, dan Peru tetapi kini dilaporkan ia sudah popular ditanam di Jepun, Korea dan China pula. Dalam tinjauan di luar negara yang penulis blog lihat dimana pokok Yacon pokoknya seakan menyerupai pokok bunga matahari dimana apabila ia mengeluarkan bunga. Terdapat beberapa jenis atau varieti ubi Yacon berdasarkan bentuk ubi dan warna dimana di negara kita ia mampu mencapai sehingga 5-8 kaki bergantung pada jenis varieti dan akan mengambil masa 6 - 7 bulan sebelum dituai. Penjaja di Cameroon Highland dakwa ubi yakon yang dijual ada ditanam lokal dan bukan diimport dari China. Apa pun apa yang menarik tentang ubi Yacon ini ialah ia tidak seperti jenis ubi-ubi yang lain seperti ubi keledek, ubi kayu atau ubi kentang yang perlu dimasak terlebih dahulu. Ubi Yacon boleh dimakan terus setelah dikupas kulit luarnya. Isinya sangat berjus dan manis seakan makan buah lai atau buah pear. Dilaporkan diantara kelebihan ubi ini ialah ia mempunyai kalori yang rendah dan sangat sesuai pada mereka yang mengamalkan diet. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. WasallaM!!!..
BERKHASIAT... DIABETIS SESUAI GUNA...
DI CAMEROON HIGHLAND... DIJUAL ADA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFO BERGUNA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Syaaban 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.