Support My Blog

Friday, February 16, 2024

CARA KAWAL BURUNG GAGAK (Part 2)

BURUNG GAGAK
(Corvus spp) atau 'Crow' adalah sejenis burung yang besar daripada genus Corvus dalam order Passeriformes dimana ia dikenali sebagai burung yang orang benci. Bandar Kelang di Selangor pernah digelar 'Bandar Gagak Yang Kotor' sejak lama dulu kerana banyaknya burung gagak berterbangan bebas dibandar tersebut. Gagak hidup dibanyak kawasan diseluruh dunia terutama dikawasan pelabuh-pelabuhan yang banyak sumber makanan gagak. Populasi gagak yang banyak jenis melebihi 27 spesis ini mampu membiak dengan cepat jika tidak dikawal dan terdapat sumber makanan yang lumayan. Gagak yang mempunyai bulu berwarna hitam ini mampu terbang dan memakan bangkai haiwan dan juga kekotoran sampah sarap yang terbuang. Gagak jantan biasanya lebih besar dari gagak betina. Gagak menghasilkan bunyi yang kuat terutama apabila berkumpulan dan menemui makanan untuk direbut. Sebahagian besar gagak adalah berwarna hitam dengan gloss jernih. Kenapa gagak dengan warna hitam? Apakah Tuhan menciptakan sesuatu dengan sia-sia?. Warna hitam pada bulu burung gagak ini untuk perlindungan sehingga ia mampu menghilangkan diri dalam kegelapan malam dari musuh-musuhnya seperti burung hantu dan burung helang. Burung hantu adalah aktif di malam hari dan predator lainnya. Gagak memakan hasil pertanian tanaman makanan, buah-buahan, cacing, serangga, siput, telur burung lain, ikan, bangkai binatang yang dibunuhnya di jalanan dan menyimpannya sebagai makanan dan kemudian menyembunyikannya dibawah daun. Ia menyimpan makananya agar tidak diketahui musuh-musuhnya. Gagak merupakan haiwan yang tidak lupa untuk menjaga keselamatan dan kecukupan makanan terhadap anggota keluarganya. Gagak juga tidak membiarkan pelanggaran wilayah kekuasaannya kepada musuh atau mereka yang mendekati sarangnya. Artikel kali ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik bagaimana cara mengawal kehadiran burung gagak yang selalu berikan ancaman kepada manusia untuk ia dijadikan bahan rujukkan semua.


Agak unik mendengar kisah bagaimana pihak Kerajaan Melaka telah bercadang guna muzik dan juga jarum tajam bagi hapus masalah gagak di Melaka untuk di kongsikan infonya. Kerajaan serius dalam usaha menghapuskan masalah burung gagak iaitu di lokasi tumpuan pelancong terutama semasa Tahun Melawat Melaka 2024.  Apa pun cara tersebut dilihat berkesan bagi mengurangkan populasi gagak sehingga lebih 50% seperti teknik sama yang sudah dilakukan negara maju seperti Singapura. Di Melaka memang ada gangguan burung gagak yang sudah tiba masanya pihak MBMB memikirkan cara lain yang lebih efektif, berperikemanusiaan dan mudah untuk mengatasi masalah gagak yang semakin banyak terutama dilokasi dan pusat-pusat tumpuan pelancong. Mungkin kaedah konvensional dengan menembak gagak boleh digantikan dengan kaedah pemasangan pembesar suara muzik di pokok-pokok yang menjadi habitat haiwan gagak ini berkumpul kerana ada sesetengah muzik itu tidak disukai burung gagak dan akhirnya ia lari keran bunyi muzik ini mengganggu deria haiwan ini. Kini dicadangkan cara kedua adalah kaedah memasang jarum tajam yang dipasang di dahan pokok-pokok berkenaan bagi mengelak gagak hinggap dimana kakinya akan kesakitan apabila gagak memijak jarum tersebut. Kesakitan ini akan menyebabkan tempat gagak hinggap berkumpul, membuat sarang dan berak di bawahnya untuk meningalkannya. Cara ini pernah penulis blog lihat di Singapura semasa mesyuarat Bilateral ASEAN di beberapa taman dan kawasan penduduk yang dahulunya ada banyak gagak pada tahun 2019. Pegawai SFA memaklumkan dimana kedua-dua cara ini iaitu dengan memasang muzik atau lagi dan meletakkan jarum tajam di pokok amat berkesan di Singapura dalam usaha mengawal kehadiran gagak. Sudah dilaporkan sebelum ini dimana ada aduan penduduk dan pelancong di sekitar Kota Laksamana, Bangunan Stadthuys dan Banda Hilir mengenai kebanjiran burung gagak yang mana ia sekali gus telah pun menyebabkan pencemaran najis, bau dan bunyi sehingga menjejaskan imej Melaka sebagai negeri pelancongan. Kini pada tahun 2024 dari tinjauan penulis blog mendapati dimana kawalan yang dilakukan dilaporkan ia mampu menyelesaikan sekurang-kurangnya separuh daripada masalah gagak. Apa pun dinilai dimana kaedah ini juga lebih jimat untuk jangka masa panjang kerana tidak memerlukan penglibatan anggota penguat kuasa yang ramai untuk menembak burung gagak berkenaan dan selamat. Sebanarnya orang ramai juga perlu berperanan menjaga kebersihan kerana lazimnya tempat yang terdapat banyak sisa makanan akan menjadi habitat haiwan berkenaan.  


Dilaporkan dimana pihak 
Lembaga Taman Negara (NParks) di Singapura telah memasang perangkap burung gagak di sekitar Lorong 7 Toa Payoh dengan bersama kamera litar tertutup untuk memantau secara langsung keadaan burung liar termasuk burung gagak yang ditangkap. Aktiviti ini telah dilakukan berikutan maklum balas mengenai burung gagak di kawasan itu yang tidak di sukai oleh masyarakat. Perangkap itu terdiri daripada kompponen jaring dan belon serta ia merupakan kali pertama NParks menggunakan kaedah itu (Sila lihat juga foto paling atas). Kini akan ada orang lokal yang melihat untuk memeriksa semua perangkap tersebut yang diperbuat dari kayu dan wayar. Ia juga memang dipagar dengan jaring keselamatan plastik berwarna oren dimana dilihat ada dua ekor burung gagak didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Kemudian setelah gagak tersebut di keluarkan maka ada beberapa ekor lagi gagak masuk didalam perangkap tersebut. Ada dakwaan agar gagak yang ada didalam perangkap tersebut dikeluaarkan agar ia kosong kerana jika dibiarkan maka gagak lain tidak mahu masuk kedalam perangkap (mungkin melalui komunikasi gagak tersebut berlaku). Pihak NParks terkini sudah menggunakan "kaedah lebih berperikemanusiaan iaitu dengan memerangkap dan kemudian mematikan burung gagak tersebut untuk mengawal jumlah unggas tersebut daripada tetrus menganggu masyarakat. Apa pun bagi  memastikan langkah-langkah mengawal jumlah dijalankan dengan cara yang berperikemanusiaan dan selamat serta tidak mengakibatkan kekejaman terhadap haiwan dimana pihak NParks menggunakan piawaian berasaskan sains yang diterima di peringkat antarabangsa dan apabila memilih kaedah yang sesuai. NParks menyatakan mereka kini sedang mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah burung gagak di sekitar Bishan Street 12 selepas beberapa orang diserang burung tersebut. Apa pun kaedah menakai adalah cara paling cepat untuk menangani gagak hasil aduan dari orang awam memang ia cara lebih baik untuk mengawal jumlah burung gagak. Di Singapura ada sekitar 3,000 hingga 4,000 kes berkaitan gangguan burung gagak secara purata setiap tahun dari 2020 hingga 2022. Gangguan ini termasuk aduan tentang bunyi bising, memberi makanan dan serangan burung gagak.


Di luar negara sudah diperkenalkan kaedah kawal burung gagak dengan Menggunakan Laser
Pihak berkuasa California, USA menggunakan alat laser untuk menghalau populasi burung gagak yang semakin meningkat di bandar raya ini. Di USA ada dua jenis gagak yang dikenalpasti iaitu jenis 'Crow' dan jenis 'Raven' dimana keduanya memang menganggu kehidupan manusia. Uniknya di USA burung ini di lindungi dibawah Migratory Bird Treaty Act 1918 tetapi ada sedikit kelonggaran untuk kawalan terhadap 'crows' (crow adalah sama dengan spesis gagak di Malaysia). Ini kerana dilaporkan ravens kurang menyebabkan kerosakan atau gangguan berbanding dengan crows. Apa pun dikalangan penduduk di Sunnyvale memaklumkan dimana burung gagak tersebut sering memenuhi kawasan bandar dan mengotorkan kawasan sekitar dengan najis (Ia bukan sahaja ada di Malaysia ya). Bunyi bising burung gagak ini turut mengganggu waktu tidur mereka pada waktu malam. Mereka dakwa sudah serik dengan bunyi yang dikeluarkan dari perkhidmatan Caltrain dan bunyi burung gagak benar-benar mengganggu hidup penduduk tempatan disini. Datuk Bandar Larry Klein memaklumkan dimana pihak berkuasa Sunnyvale sudah menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalau kesemua burung gagak berkenaan, namun kebanyaknya adalah gagal. Kini pihak berkuasa mungkin menggunakan sinaran laser hijau untuk menghalau kawanan burung tersebut. Alat lazer ini sangat berkesan di gunakan di ladang pertanian dimana ada burung gagak yang menganggu benih dan biji tanaman bijirin dengan memakannya. Sinaran lazer ini akan di pancarkan secara random dari alat lazer keseluruh kawasan ladang (Sila lihat alat laer disebelah). Burung gagak ini akan mengelakan terkena sinaran lazer di matanya dan ini menyebabkan ia beralih kelokasi lain. Laporan dari USDA menyatakan dengan cara pemasangan alat lazer yang tepat dan berfungsi ia telah membolehkan peningkatan hasil tuaian bijirin sehingga 70%. Apa pun alat ini mungkin masih kurang sesuai di gunakan di Malaysia terutama untuk kegunaan di kawasan bandar. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG GAGAK... BANYAK ANCAMAN....
BERWARNA HITAM...IA BERTERBANGAN...
BANYAK CARA ADA...KAEDAH KAWALAN....
KETIADAAN GAGAK... TERASA NYAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...