Support My Blog

Wednesday, February 28, 2024

PERIA KATAK - INFO SANA SINI (Part 1)

TANAMAN PERIA KATAK
 (Momordica charantia) dari order Cucurbitaceae atau 'Bitter Gourd' adalah sejenis tanaman yang menjalar dimana kini ia semakin mempunyai permintaan yang baik terutama digunakan sebagai ulaman untuk pesakit diabetes oleh dikalangan masyarakat tempatan. Peria katak berbeza dengan peria biasa dengan ciri-ciri pada kulit yang mengerutu dan berwarna hajau gelap. Peria katak asli (tumbuh liar) ada penulis blog jumpa ia tumbuh dikawasan yang mendapat sinaran matahari dan mengeluarkan buah yang kecil dengan buahnya berwarna hijau gelap serta sedikit kecil saiznya. Jenis Peria Katak Komersial pada masa ini ditanam selalu  menggunakan benih hybrid seperti Jenis Taiwan No 321 atau Hup Nong yang lebih komersial. Peria Katak di tanam diatas batas yang di bubuh lapisan plastik silvershine jika ditanam secara konvensional akan tetapi kini ia sudah banyak ditanam secara fertigasi. Batas tanaman konvensional lazimnya ia disediakan perlu digaul dengan baja organik (lazimnya tahi ayam) dengan kadar 2 tan satu hektar. Bubuh 2 biji benih setiap lubang dan jarak penanaman sebaris sejauh 1.5 meter dalam barisan. Kalau terlalu rapat maka penghasilan adalah tinggi tetapi pokok cepat mati berbanding jika ditanam dengan jarak lebih jauh. Baja vegetatif NPK 15:15:15 dan baja organik tahi ayam dibubuh peringkat awal penanaman. Baja buah jenis diberikan dengan baja NPK 12:12:17:2 mengikut kadar disyorkan. Penyiraman dijalankan 2 kali sehari dan kerja-kerja kawalan rumpai dijalankan. Kawalan rumpai dengan cara manual (menajak , mencabut) atau gunakan racun kimia secara terkawal. Perbezaan antara peria katak dengan peria biasa ialah peria katak dikawasan terpencil tidak perlu dibalut. Kajian penulis jika kawasan tersebut "isolated" daripada kawasan tanaman sayuran jenis cucurbitaceae yang lain lebih baik. Bagaimanapun pastikan yang Lalat Buah (Daucus spp) sentiasa dipantau dan check kehadirannya. Bagaimana pun pada masa ini ramai petani mengubah penanaman peria katak secara sistem fertigasi dengan para yang kukuh. Amalan agronomi penanaman peria katak secara fertigasi sama dengan teknologi penanaman sayuran buah yang lain. Buah Peria Katak yang matang dituai menggunakan pisau tajam dan di kumpulkan mengikut gred. Antara perosak tanaman peria katak ialah Ulat Pengorek Buah, Lalat Buah dan boleh di kawal jika kadar serangan tidak serious dengan perangkap methyl eugenol. Terdapat serangan Penyakit Layu Bakteria (Penyebab Fusarium spp) merupakan masaalah utama peria katak. Petani mungkin tidak dapat hasil jika serangan layu fusarium berlaku pada peringkat awal. Kawalan rumpai hanya pada peringkat awal penanaman dan tidak menjadi masaalah jika pokok telah menutupi keselurohan kanopi. Harga sayur peria katak boleh dikatakan stabil akan tetapi jumlah permintaan tidak tinggi berbanding dengan jenis syur peria biasa di pasaran diman peria katak hanya dibeli oleh orang tertentu sahaja kerana ia pahit berbanding dengan peria biasa yang manis. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel yang ke 7,790 mengenai peria katak yang viral disana sini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dikalangan pembaca blog ini mungkin ada ramai yang tidak suka atau tidak pernah ujirasa ulam peria katak segar yang rasanya pahit. Pada penulis blog ada juga membeli dan makan peria katak ini sebagai ulam atau pun di goreng tumis. Apa pun penulis blog lebih suka membeli jenis peria katak liar yang bersaiz kecil dengan warna hijau gelap yang ada dijual di pasar tani atau pasar malam. 
Peria Katak ini mempunyai saiz yang lebih kecil sekurang-kurangnya sekali ganda lebih kecil berbanding peria biasa. Apa pun ia mempunyai rasanya yang lebih pahit berbanding peria yang biasa didapati dijual di beberapa premis termasuk di kedai runcit dan pasaraya. Apa pun lazimnya peria katak ini sering dibuat sebagai ubat berbanding peria biasa yang sering digunakan dalam cara masakan lauk pauk dimakan bersama nasi putih. Resepi popular sama ada masakan peria katak atau peria biasa adalah dengan mencampurkan telur ayam dan cili serta ramuan lain. Peria katak juga dikenali sebagai bitter gourd, balsam pear, balsam apple, wild cucumber dan bitter cucumber dalam bahasa Inggeris atau 'karela' jika di India. Ia merupakan sayuran buah yang unik yang boleh digunakan sebagai makanan dan juga sebagai ubat. Buahnya adalah bahagian yang boleh dimakan daripada tumbuhan yang bernama Momordica Charantia, yang merupakan sejenis pokok memanjat daripada keluarga Cucurbitaceae. Buahnya dianggap sebagai buah yang paling pahit daripada kalangan semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di Malaysia yang pernah penulis blog ujirasa. Selain di Malaysia dimana pokok peria katak tumbuh dengan baik di kawasan yng beriklim tropika dan subtropika. Apa yang viral disana-sini adalah kehebatan periaa katak yang didakwa ia berfungsi dengan baik terhadap masaalah diabetes. Selain ia berfungsi sebagai antara bahan makanan dimana peria katak ini juga telah lama digunakan sebagai ubat herba untuk pelbagai jenis penyakit dan termasuklah diabetes jenis 2 yang merupakan penyakit nombor satu di Malaysia dimana ada seprang bagi setiap 5 penduduk di negara ini memang ada diabetis.


Melihat kepada bentuk buah peria katak dimana ia mengandungi sekurang-kurangnya tiga zat aktif dengan sifat-sifat anti-diabetes, termasuklah 'charantin' yang telah disahkan mempunyai kesan dalam menurunkan glukosa darah, selain 'vicine' dan 'sebatian insulin' yang dikenali sebagai polipeptida-p. Apa pun charantin adalah sejenis bahan berpotensi yang mengandungi sifat-sifat antidiabetes. Charantin boleh digunakan untuk merawat diabetes dan ia merupakan campuran dua sebatian yang dikenali sebagai sitosteryl glucoside dan stigmasteryl glucoside. Bahan Vicine pula adalah sebatian glycol alkaloid yang diasingkan daripada biji-biji buah peria ini. Semantara itu bahan Polipeptida-p pula adalah ia juga dikenali dengan nama p-insulin iaitu bahan yang merupakan protein hipoglisemik yang menyerupai insulin. Bahan ini telah ditunjukkan dalam menurunkan tahap gula darah dalam tubuh manusia selain 'gerbil' dan 'langur' apabila disuntik dibawah permukaan kulit. P-insulin bertindak dengan cara mengajuk tindakan seperti mana yang dilakukan oleh insulin tubuh manusia. Zat-zat ini juga berfungsi dan bertindak sama ada secara individu atau bersama untuk membantu mengurangkan kadar gula darah. Apa pun apa yang penulis blog rujuk beberapa blog mengenai kesihatan dimana peria katak juga diketahui mengandungi kandungan bahan 'lektin' yang mengurangkan konsentrasi glukosa darah dengan bertindak pada tisu periferal dan menekan selera makan. Cara tindakannya adalah sama dengan kesan insulin di bahagian otak. Bahan Lektin juga ia dianggap sebagai faktor utama di sebalik kesan hipoglisemik yang berkembang selepas seseorang individu memakan peria katak. Bagaikana laporan kajian cara peria katak mampu menurunkan gula darah dimana sudah ada beberapa kajian telah mengesahkan peranannya dalam mengawal gula darah. Dalam satu kajian dilaporkan kajian yang telah dijalankan selama 3 bulan terhadap 24 individu dewasa yang mempunyai diabetes menunjukkan bahawa dengan mengambil 2,000 mg peria ini setiap hari boleh menurunkan gula darah dan juga hemoglobin A1c. Selain itu dierikan suplemen peria ini telah mengurangkan fructosamine secara ketara. Fructosamine ialah penanda lain bagi kawalan gula darah jangka panjang. Apa pun peria katak ini dianggap memperbaiki cara gula digunakan dalam tisu badan manusia dan mempromosikan rembesan hormon insulin, iaitu hormon yang sebenarnya ia bertanggungjawab untuk mengawal paras gula darah. Apa pun dilaporkan dimana penyelidikan yang dijalankan terhadap manusia adalah masih terhad. Di Malaysia sebaiknya boleh dilakukan lebih banyak kajian yang lebih besar dan berkualiti tinggi diperlukan untuk memahami bagaimana peria ini boleh memberi kesan kepada kadar gula darah dalam populasi kepada umum.


Kepada ramai takyat Malaysia yang obes atau gemuk maka mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk kurangkan berat badan termasuk mengambil makanan tertentu. Ini kerana sudah ada kajian dimana sesiapa yang mengambil peria katak memang ia boleh mengurangkan berat badan. Cara mudah adalah dengan mencuba untuk menukarkan bahan makanan yang tinggi kalori dengannya dimana sayur peria terutama peria katak didakwa ia juga dapat membantu meningkatkan pengambilan serat dan mengurangkan kalori untuk menggalakkan lagi penurunan berat badan. Laporan kajian juga menunjukkan bahawa peria katak ini boleh memberi kesan yang baik terhadap pembakaran lemak dan penurunan berat badan. Dalam kes lain dimana ada kajian mendapati bahawa dengan memakan kapsul yang mengandungi 4.8 gram ekstrak peria katak setiap hari boleh mengurangkan lemak perut secara signifikan. Dilaporkan dimana secara puratanya individu yang terlibat dengan kajian telah kehilangan sebanyak 0.5 inci (1.3 cm) dari lilitan pinggang mereka selepas tujuh minggu tempoh masa kajian. Benarkah ada kesan sampingan makan peria katak jika sudah berminat untuk menambahkan peria katak ini ke dalam hidangan harian mereka. Apa pun sebagai salah satu peringatan dimana sebaiknya dipastikan agar sentiasa menghadkan diri semua agar tidak memakannya lebih daripada 57 gram peria ini atau tidak lebih daripada dua biji dalam sehari. isu ini disebabkan penggunaan buah ini secara berlebihan boleh ia menyebabkan sakit perut ringan atau cirit-birit. Dalam kes ini sekiranya seseorang memakan peria katak dengan jumlah yang terlalu banyak iaitu sama ada sebagai makanan atau suplemen dimana dilaporkan mereka boleh mendapat simptom seperti akan ada masalah gastrousus termasuklah kes cirit-birit, muntah dan cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak. bagi wanita hamil pula memang mereka tidak boleh memakan peria ini dalam apa jua bentuk kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan, kontraksi, dan keguguran. Apa pun sekiranya seseorang itu mempertimbangkan untuk menggunakan peria ini bagi kawalan glisemik sebaiknya dia harus berjumpa dengan doktor atau profesional penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat untuk digunakan bersama ubat diabetes anda yang telah ditetapkan. Ini kerana terdapat risiko jika anda mengambil peria ini bersama-sama dengan ubat diabetes atau insulin yang boleh menyebabkan hipoglisemia (gula darah yang sangat rendah). 
Kandungan rasa pahit peria katak dipercayai secara klinikal dapat membantu mengawal penyakit kencing manis dan dipercayai dapat hindarkan HIV. Selain itu didakwa bahawa peria katak dikenali sebagai "INSULIN TUMBUHAN" yang kawal kandungan gula dan kencing manis. Selalunya sayuran peria katak kini telah dikomersilkan dengan kaedah penghasilan produk 'ready to eat' seperti dalam bentuk kapsul, pil, serbuk dan juga dalam bentuk larutan cecair. Produk tersebut dikategorikan sebagai makanan suplement kesihatan yang mudah didapati di farmasi-farmasi dan juga syarikat jualan terus. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PERIA KATAK... PAHIT RASANYA...
ADA DIJUAL... DIMANA SAHAJA...
DIJADIKAN ULAM... ENAKKAH DIA...
BERKHASIAT... BETUL MAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 1, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 JamadilAwal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...