Support My Blog

Wednesday, February 21, 2024

SAWI POPULAR DI MALAYSIA - FAKTANYA (Part 2)

SAYUR SAWI
(Brassica spp) merupakan sejenis sayur daun yang sangat popular ditanam di Malaysia dari keluarga Cruciferae dimana merupakan sayuran yang popular bagi petani komersil. Keluasan penanaman sawi dilaporkan sehingga 11,412 hektar pada tahun 2023 dimana ianya menghasilkan sebanyak 166,790 mt dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 450 juta (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tanaman Sawi merupakan tanaman sayuran jenis daun yang paling luas ditanam di Malaysia dan paling tinggi nilai pengeluarannya diikuti dengan Sayur Bayam, Kangkong, Salad, Kailan dan Kobis Bulat. Penamanan sawi paling luas diatanam di Negeri Johor, Selangor dan Pahang dimana sebahagian besar adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi untuk pasaran ekspot terutama ke Singapura. Ramai diantara pengguna yang hanya kenal akan perkataan 'SAWI' sahaja apabila di minta membeli sayuran tersebut. Sebenarnya sawi boleh juga saya kategorikan kepada 4 jenis utama untuk di kenali dan di buat pencirian. Dari segi pertanian, sawi boleh dibahagikan kepada 5 jenis yang utama iaitu SAWI HIJAU, SAWI BUNGA, SAWI PUTIH, SAWI JEPUN dan SAWI PAHIT. Penulis blog ada banyak menulis artikel mengenai sawi yang dirujuk oleh ribuan pembaca semenjak tahun 2007 lagi. Sawi merupakan tanaman singkatmasa yang mengambil masa kurang dari 30 hari (bagi sesetengah varieti) untuk ianya siap untuk dituai. Penanaman sawi lazimnya dijalankan secara komersil dengan menggunakan sistem terbuka atau ditanam di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) serta mempunyai sistem pengairan serta saliran yang sempurna. Penanaman sawi lazimnya dibuat diatas batas sama ada di kawasan tanah mineral atau tanah gambut dengan intinsiti tinggi (sehingga 8 - 10 kali penanaman diplot sama setahun). Dari segi amalan agronomi dimana lazimnya keperluan benih sawi sebanyak 1.5 kg sehektar. Tinjauan penulis blog di banyak lokasi mendapati dimana hampir kesemua benih sawi adalah diimpot sama ada daripada negara China, Taiwan, India atau Thailand. Dalam pada itu di makmal didapati purata saiz biji benih sawi adalah sekitar setiap 1,000 biji untuk 2 gram (atau 1 gram sebanyak 500 biji). Cara penanaman ke semua jenis sawi hampir serupa kecuali beberapa kaedah amalan agronomi bergantung kepada cara penanaman dan jenis tanah dimana apa yang membezakkanya seperti saiz pokok, jangkamasa matang varieti dan sebagainya. Potensi hasil tanaman sawi lingkungan 12,000 - 16,000 kg sehektar bergantung kepada varieti, cara pengurusan amalan agronomi dan sebagainya. Mungkin ramai tidak tahu sebenarnya sayur sawi ini dimakan atau dimasak secara bagaimana sehingga sebanyak 167 ri mt habis setiap tahun. Artikel malam Sabtu ini dari Bandar Melaka saya suka menulis dalam blog "Anim Agro Technology" artikel yang ke 7,908 mengenai beberapa jenis sawi popular dan juga fakta bagaimana resepi menarik untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Penulis blog juga suka dengan Sayur Masak Lemak Sawi Putih atau 
di panggil sebagai 'Sawi Bobor' oleh orang kampong saya di Muar. Ini kerana menu ini sering di masak oleh arwah ibu semasa zaman bersekolah dahulu yang selalu dimakan bersama nasi putih dan ikan kering sahaja. Apa lagi lepas balik dari sekolah pagi dan sekolah agama jam 3.30 petang dan perut tengah lapar memang cukup nikmat dapat makan sayur 'bobor' ini. Membeli sawi putih di asar, dikedai runcit atau di pasaraya (kini ia boleh di beli secara on-line juga) memang mengikut namanya saja sudah jelas sayur sawi putih ini mempunyai warna putih yang banyak akan tetapi tidak keseluruhan kerana daun dan sedikit batangnya masih ada berwarna hijau. Daun yang melebar dan mengembang dilihat ia bewarna hijau pekat. Dilaporkan diantara khasiat yang ada pada sawi putih ini pula dapat menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 15% dan dapat melembutkan najis. Makan sayur lemak sawi putih dimaska sendiri atau membelinya di restoren memang selalu ada. Memasak sendiri juga mudah dimana bahan yang perlu disediakan adalah 500 gram sawi putih, 1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar, 800 ml santan cair, 300 ml pati santan, 1 biji bawang besar yang perlu hiris halus, 4 ulas bawang putih yang diketuk, 1 biji cili merah perlu hiris serong, garam dan gula secukup rasa. Cara menyediakannya dengan dimulakan mencuci sawi putih dan toskan. Siang berasingan batang dan daunnya kemudian perlu diketepikan. Dalam periuk atas api dimana di masukkan bawang besar, bawang putih, udang kering dan santan cair serta perlu di kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian dimasukkan batang sawi dan masak sekejap hingga lembut. Seterusnya ditambah daun sawi pula dan dikacau dan masak sekejap. Tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biarkan agar mendidih sekejap dan masukkan hirisan cili merah dan dimasak sekejap. Rasa dahulu dimana jika sudah sesuai maka boleh matikan api. Hidangkan dalam bekas bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng atauikan masin. Paling enak makan tengahari di tengah sawah masa itu di Sawah Ring.


Apa pun selalu dapat dinikmati oleh penulis blog adalah jenis Menu Sawi Pahit
Sayur sawi pahit atau nama lainnya dikenali sebagai 'Kai Choy' dimana ia adalah salah satu jenis sawi yang agak terkenal di Malaysia. Daunnya yang hijau memenuhi batang dari bawah sehingga melebar ke atas. Selalu dilihat dimana warna batangnya putih kehijauan. Pengalaman penulis blog mendapati dimana selalunya orang melayu masak sawi pahit ni sebagai penambah perasa dalam hidangan mee goreng, ditumis, dimasak sup untuk orang yang berpantang atau dibuat jeruk sawi. Apa pun perlu diingatkan dimana sayur sawi sesuai juga dibuat jeruk dimanaia juga mempunyai nilai khasiat seperti vitamin A dan C akan hilang. Di kongsikan iaitu Masakan Sawi Pahit Ala Thai yang enak di makan kalau sedang lapar. Bahan-bahan diperlukan adalah 2 pokok sawi pahit kai choi atau guna sawi pak choi, sedikit minyak zaitun, kacang tanah di sangai atau digoreng (ditumbuk kasar), 1/2 kotak kecil santan kelapa, 3/4 cawan air, 1.5 sudu teh sos ikan, 2 sudu teh gula serta 2 sudu besar perahan limau nipis. Bahan-bahan tumis pula disediakan 5 ulas bawang putih (dihiris), 3 ulas bawang merah kecil (dimayang), 1 pokok daun bawang (dipotong pendek) dan 2 biji cili padi (dibelah tanpa putus). Cara memasak dengan menyangai kacang tanah atau digoreng dengan 1 sudu besar minyak masak sehingga rangup dan kemudian dibuangkan kulit. Perlu kacang tanah ini ditumbuk kasar dan diketepikan. Kemudian dipanaskan santan kotak dicampur air bersama sos ikan dan gula sehingga naik wap sahaja. (Ingat tidak perlu mendidih). Kemudian apabila santan sudah panas maka diperahkan limau nipis dan kacau rata. Kemudian boleh dirasa mengikut selera dimana hidangan ini sesuai dituang dalam mangkuk hidangan dan ketepikan kejap. Dalam masa sama di gaul sawi dengan minyak zaitun. (ia adalah petua agar dikekalkan warna hijau sawi) dan seterusnya dicelur sekejap dalam air yang telah mendidih. Toskan dan ketepikan seketika. Seterusnya didalam kuali boleh ditumis bawang putih dan cili sampai sedikit kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah, tumis sampai bawang sedikit kekuningan, masukkan daun bawang. Tumis semuanya sehingga sedikit garing dan seterusnya dituangkan santan dalam mangkuk hidangan. Masukkan sawi ke dalam kuah santan dimana ia kemudian taburkan bahan tumis tadi atas sawi. Akhir sekali boleh ditaburkan kacang tanah ditumbuk kasar di atasnya jika suka dan sudh sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.


Menarik mengenai sawi sehingga ia dijadikan hobi menanam dengan menggunakan botol sahaja seperti dilaporkan oleh sinarplus.com. Laporan bertajuk '
Kreatifnya cara tanam sawi kingkong guna botol minyak masak terpakai je. Sayur pun segar, subur dan menjimatkan ruang!' sesuai dirujuk. Apa tidaknya kerana botol minyak terpakai jika sudah tidak mahu digunakan sesuai ia dijadikan ia sebagai tempat untuk tanam sayur sawi (Sila lihat foto disebelah). Apa pun SinarPlus tertarik melihat hasil sayuran hijau yang bukan sahaja besar, malah hasilnya begitu segar, cantik, bersih dan selamat. Sesiapa yang ingin mencuba maka boleh praktikkan tip yang diberikan lelaki berkenaan. bahan perlu disediakan untuk menanam sawi dalam botol adalah biji benih sayur sawi terpilih, media cocopeat (sabut kelapa), Baja Cecair AB (kepekatan 1.5 sehingga tuai 1.8), botol, alat menggantung dan juga ilmu. Tip tanam guna botol dimana sebaiknya gunakan jenis botol yang ada penutup dan dibiarkan sahaja tutupnya dan ditebuk satu lubang untuk lebihan air keluar. Seterunya dibasahkan cocopeat sepenuhnya dan tabur satu hingga tiga biji benih. Dalam satu botol, letakkan satu hingga dua pokok sawi berkenaan dimana disyorkaan untuk menyiram dua kali sehari. Jika cocopeat masih lembab maka tidak perlu siram lagi. Apabila benih sudah bercambah terus bagi kena panas pagi. Cara menanam sawi ini menjimatkan ruang ia juga tidak memerlukan modal yang besar dan penjagaan yang rumit. Kaedah ini boleh dilakukan dikawasan keliling rumah dan sebaiknya mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali imi. Wasallam!!!..
TANAM SAWI... MEMANG LUAS DI MALAYSIA...
DI TANAG GAMBUT... TANAH MINERAL JUGA...
DI TUAAI PUN CEPAT...CUMA 30 HARI SAHAJA...
MEMBACA ARTIKEL... BANYAK INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...