Support My Blog

Wednesday, February 14, 2024

TANAM VANILLA - APA MEDIA KATA? (Part 2)

MENANAM VANILLA
(Vanilla fragrans) adalah sejenis aktiviti yang memang agak kurang popular di Malaysia. Pokok Vanilla ini adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia. Terdapat lebih 20,000 spesis didalam keluarga orkid diseluroh dunia dimana tumbuhan orkid ada yang tumbuh atau pun sebagai pokok, renek, herba, parasitk dan sebagainya. Pengeluaran vanilla dunia adalah sekitar 7,508 metrik tan setahun dengan 50% dari jumlah pengeluaran adalah di Indonesia sebagai pengeluar vanilla terbanyak didunia. Pengeluaran vanilla juga daripada Madagascar (1,587 mt) dan China (1,385 mt). Negara lain yang menanam vanila adalah Kepulauan Seychelles, Fiji, Tahiti, Mexico, Malawi, Grenada dan Sri Lanka dimana ia kebanyakannya adalah negara berpulau (Islands). Sila rujuk kepada jadual dibawah untuk melihat negara yang menanam dan menghasilkan vanilla. Vanilla perlukan iklim yang tinggi kelembaban, suhu tinggi, kurang hujan pada musim berbuah dengan keperluan hujan antara 2,000 -2,500 setahun. Apa pun dilaporkan dimana penanaman vanilla di negara kita penulis blog dapati ia pernah dipromosikan oleh beberapa syarikat swasta dan juga terdapat agensi kerajaan yang membuat kajian kesesuaian tanaman, varieti dan amalan teknologi. Dalam pada itu penanaman pokok vanilla bagaimana pun kurang berjaya disebabkan oleh kurang minat daripada petani, teknologi yang kurang pasti, kesesuaian amalan pengurusan tanaman, varieti yang kurang sesuai dan ketidaktentuan pasaran. Walau pun pernah diujudkan sistem pasaran kontrak (Contract Farming) dalam usaha untuk memajukan tanaman vanilla tetapi ianya masih gagal. Tanaman vanila memerlukan lindungan cahaya antara 30-50% seperti ditanam dibawah struktur naungan dengan jaring hitam. Jadi persekitaran di kebun kelapa dewasa sesuai untuknya. Jarak tanaman yang disyorkan untuk vanila sebagai tanaman selingan di kebun kelapa ialah 1.5 m di antara baris dan 1.0 - 1.5 m di antara pokok dalam baris. Dengan jarak ini kepadatan tanaman ialah 3,300 - 5,000 pokok /hektar. Bagi memulakan tanaman vanila, tapak perlu dibersihkan daripada pelbagai pokok-pokok besar yang tidak sesuai. Penanaman mula dimulakan dengan membina batas selebar 60 cm x tinggi 30 cm. Pada bahagian batas akan disediakan lubang untuk penanaman pokok tumpang atau pelindung. Biasanya pokok baja (glyceridia) ditanam kerana ketinggian 4-5 kaki sesuai sebagai pokok tumpang atau pelindung sebelum tanaman vanila ditanam. Lubang penanaman vanila adalah diposisi sebelah timur dengan keluasan dan kedalaman bersesuaian dengan saiz anak pokok. Jarak antara lubang untuk tanaman vanila dan pokok tumpang adalah 10-15 cm. Artikel kali ini saya berkongsi dalam "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat dan fakta mengenai penanaman vanila di Malaysia seperti dilaporkan oleh beberapa media untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Menarik dalam portal utusanborneo.com bertajuk '
Industri tanaman vanila miliki pasaran yang menguntungkan' dimana ia membanggakan Sabah. Kisah dari Papar di Sabah dimana ada pihak iaitu Kementerian Pertanian dan Perikanan mengatur strategi dalam usaha dalam menjayakan industri penanaman vanila di Kinarut, Sabah. Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan dakwa tumbuhan jenis orkid itu mampu meraih pulangan lumayan meskipun dengan keluasan tanah yang kecil (Sila lihat foto disebeah). Dilaporkan dimana sebidang ekar tanah mampu menampung 1,000 pohon vanila yang secara puratanya boleh menghasilkan sekitar 500 gram benih hijau setiap tahun. Selalunya bagi kebun vanilla yang matang pula dilaporkan iaitu hasil tuaian boleh mencapai 500 kilogram seekar berdasarkan kemantapan pengurusan.  Sekilogram produk kasar bernilai RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada gred dan minyak ekstrak boleh mencecah sehingga RM80,000 seliter yang mana ini membuatkan vanila sebagai tanaman yang sangat lumayan. Penanaman pokok vanila tidaklah memerlukan keluasan tanah yang besar. Justeru adalah sesuai jika semua ahli keluarga minat kerana kerjanya mudah untuk berkecimpung dalam industri tanaman ini. Apa pun dilaporkan dimana pasaran produk pula sentiasa dalam permintaan tinggi kerana sering diguna pakai dalam industri makanan, kosmetik dan perubatan. Kementeriannya melalui Koperasi Pembangunan Desa (KPD) giat dalam menguruskan sebuah semaian tanaman di Beaufort sejak 2007 lagi yang juga pertama kalinya program itu setelah diperkenalkan di Sabah.  Sementara itu bagi pengusaha tanaman vanila Leo Komuji yang juga antara petani yang menerima manfaat program berkenaan mampu meraih keuntungan hampir setengah juga ringgit sejak bermula sedekad lalu. Pemilik My Kebun Vanilla ini diperkenalkan kepada pokok vanila melalui program KPD. Namun atas minat sendiri, beliau melabur dan mengkaji dengan mendalam penanaman vanila secara atas talian.  Jeffrey nyatakan dimana pengalaman Leo mampu mendorong petani lain yang berminat untuk memulakan semua proses mencambah di ladang mereka sendiri. Sabah dilihat dimana industri penanaman vanila akan terus berkembang menjadi sebuah tarikan yang boleh dipasarkan ke peringkat domestik dan pasaran antarabangsa.


Menarik dikongsikan fakta bagaimana dalam portal liputan6.com dimana negara jiran Indonesia memajukan tanaman vanila dengan '
Mengembalikan Kemasyhuran Vanili Jawa, Emas Hijau Primadona Dunia' untuk ditulis semula. Tanah di  Nusantara pernah begitu terkenal di dunia dengan pengeluaran rempahnya dan salah satu yang bernilai tinggi adalah VanillaDi dunia dimana vanilla atau di sana di panggil 'vanili Indonesia' diakui paling berkualiti dan bahkan mengalahkan negara berasalnya vanili (Perneli atau Panili) iaitu Mexico. Kawasan beriklim khatulistiwa dengan garisan putaran matahari yang begitu dekat membuatkan vanili Indonesia dikagumi dunia. Dilaporkan kalangan masyarakat Eropah pun mempunyai nama julukan khusus untuk vanili Indonesia iaitu 'Java Vanilla Beans' yang bermakna 'polong vanili Jawa' walau pun sebenarnya tidak semua vanili Indonesia berasal dari Pulau Jawa. Sehingga kini masih ada petani dikampong masih ada yang menanam vanili walau pun sudah tidak seintensif pada masa kehebatannya sekitar  sebelum tahun 1980-an. Pokok Vanilla telah masuk ke Indonesia dibawa oleh penjajah Belanda pada abad 19 dimana Indonesai telah berjaya mengalahkan penghasilan dari negara asalnya Mexico. kalau dahulu ia pernah dipasarkan harga Rp 60 ribu per kilogram (RM18.00/kg) dan ia kemudian jatuh jadi Rp 4,000 (RM1.20/kg) menjadikan petani malas menanam lagi. Petani vanili yang kemudian meninggalkan tanaman vanilla dan mengubah kepada tanaman lain yang menguntungkan. Apa pun jangan salah kerana harga Rp 60 ribu yang disebut Ibnu adalah rupiah pada tahun 1970-an. Jangan hendak dibandingkan nilai nominalnya sekarang dimana harga tersebut membolehkan ramai petani kaya dan mewah hidupnya masa itu. Namun apabil aharga jatuh teruk sudah tidak masuk akal dan petani terus lupakan. Petani menjual gred A dengan menjual buah vanila muda, kononnya ada juga buah vanilla kering yang disuntik dengan besi atau pasir (agar berat timbangannya) kerana harga terlalu rendah tidak sepadan dengan kerja penjagaan, pendebungaan dan mengatasi banyak masaalah penyakit serta aktiviti lepas tuai (memilih, menjemur dan menyimpan). Kesukaran menjaga tanaman vanilla sangat susah diibaratkan sebagai .Susahnya menjaga bayi'. Ramai petani membuang dan menebas pokok vanilla mereka dan yang tersisa adalah pokok yang tahan lasak dan kurang penyakit walau tidak dijaga baik. Ada juga kemungkinan dimana pokok vanilla yang tersisa itu adalah merambat, membelit atau dalam diam-diam bersembunyi di antara rerimbunan semak atau pokok-pokok semak. Selama lebih dari 15 tahun tanaman vanilla sudah tidak diperhatikan lagi (tidak dilirik) dan ia hanya menjadi pelengkap kebun dikawasan kampong tertentu atau ia menjalar sebagai 'pagar hidup kebun' atau pada pokok lain. Roda terus berputar dan juga zaman pun berganti dimana nasib tanaman vanilla beberapa tahun belakangan ini membaik.


Dilaporkan dimana kini 
di pasaran dunia dimana buah vanilla kering kualiti terbaik mampu mencapai harga 
RM2,101.45/kg ( Rp 7 juta sekilogram) . Di lingkungan petani pula dilaporkan harganya mencecah kisaran RM1,050 - RM1,351/kg (Rp 3.5  Rp4.5 juta/kg). Dilaporkan dimana harga vanili membaik dan terus naik dimana ia sesuai dengan julukannya sebagai 'Si emas hijau' dimana pembekalan vanilla diseluruh dunia semakin berkurangan. Pengalaman petani vanilla menyatakan dimana setiap 10 tahun pasti ada pusinagan atau kitaran harga rempah termasuk vanilla dimana ia kadang boleh tinggi dan kadang-kadang kadang juga tiba-tiba jatuh teruk. Selain menanam vanilla dimana ada petani yang mana mereka menanam lada hitam, kemukus dan beberapa jenis buah kayu keras. Ini kerana spesis kayu-kayu herba rempah  itu sekaligus sebagai pelaburan atau investasi  untuk jangka menengah dan panjang dimana ia berfungsi juga sebagai pokok naungan dan jalaran. Mungkin tanaman vanilla di Indonesia sudah memulai kembali Era Kejayaan zaman dulu. Ini kerana apabila tiba masa menuai kelak seseorang petani mampu mennuai sebanyak anggaran 30 kilogram vanili basah atau apabila siap dikeringkan mencapai hasil sekitar antara 3 - 4 kilogram. bagaimana pun dilaporkan sejak dua tahun lalu ada penanam vanilla mencantas sebahagian besar tanaman vanili yang rosak diserang penyakit atau sudah tak produktif lantaran pokok vanilla lama yang sudah tua. Apa pun dijangka dimana penuaian kali ini jumlah vanillanya akan bertambah tinggi tahun mendatang kerana umur pokok vanilla semakin matang. Walau pun sudah melalui zaman pahit kejatuhan harga vanilla akan tetapi masih ada kalangan petani yang mahu meneruskan menanam komoditi ini.  Ada petani yang pernah menikmati harga tinggi vanilla yang dijual dengan harga RM90/kg (Rp 300 ribu) bagi buah vanilla basah kualiti gred A dan RM60 (Rp 200 ribu-an/kg) untuk vanilla dengan kualiti gred berada di bawahnya. Ramai petanu mengeluh kerana mereka sudah membuan tanaman vanilla mereka ketika itu. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna mengenai potensi tanaman vanilla dan cabarannya untuk dijadikan panduan pembaca blog anim agro technology kali ini.
TANAMAN VANILLA... APA CERITA....
DULU HARGA TINGGI...JATUH JUGA...
KURANG DI TANAM... FAKTUR HARGA...
HARGA DAH MAHAL.. RM 2,000/KG DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Nalaysia.
(1 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...