Support My Blog

Saturday, February 17, 2024

CARA KAWAL BURUNG GAGAK (Part 3)

BURUNG GAGAK
(Corvus splendens) atau 'Crow' adalah sejenis burung yang besar daripada genus Corvus dalam order Passeriformes dimana ia dikenali sebagai burung yang orang benci. Bandar Kelang di Selangor pernah digelar 'Bandar Gagak Yang Kotor' sejak lama dulu kerana banyaknya burung gagak berterbangan bebas dibandar tersebut. Gagak hidup dibanyak kawasan diseluruh dunia terutama dikawasan pelabuh-pelabuhan yang banyak sumber makanan gagak. Populasi gagak yang banyak jenis melebihi 27 spesis ini mampu membiak dengan cepat jika tidak dikawal dan terdapat sumber makanan yang lumayan. Gagak yang mempunyai bulu berwarna hitam ini mampu terbang dan memakan bangkai haiwan dan juga kekotoran sampah sarap yang terbuang. Gagak jantan biasanya lebih besar dari gagak betina. Gagak menghasilkan bunyi yang kuat terutama apabila berkumpulan dan menemui makanan untuk direbut. Sebahagian besar gagak adalah berwarna hitam dengan gloss jernih. Kenapa gagak dengan warna hitam? Apakah Tuhan menciptakan sesuatu dengan sia-sia?. Warna hitam pada bulu burung gagak ini bertujuan untuk perlindungan sehingga ia mampu menghilangkan diri dalam kegelapan malam dari musuh-musuhnya seperti burung hantu dan burung helang. Burung hantu adalah aktif di malam hari dan predator lainnya. Gagak memakan hasil pertanian tanaman makanan, buah-buahan, cacing, serangga, siput, telur burung lain, ikan, bangkai binatang yang dibunuhnya di jalanan dan menyimpannya sebagai makanan dan kemudian menyembunyikannya dibawah daun. Ia menyimpan makananya agar tidak diketahui musuh-musuhnya. Gagak merupakan haiwan yang tidak lupa untuk menjaga keselamatan dan kecukupan makanan terhadap anggota keluarganya. Gagak juga tidak membiarkan pelanggaran wilayah kekuasaannya kepada musuh atau mereka yang mendekati sarangnya. Artikel kali ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik bagaimana cara mengawal kehadiran burung gagak yang selalu berikan ancaman kepada manusia untuk ia dijadikan bahan rujukkan semua.


Menarik bagaimana c
ara mengusir burung gagak kerana ada beberapa kajian menyatakan burung gagak memang sangat cerdas dan banyak akal dan masaalahnya dimana ramai orang yang menganggapnya sebagai haiwan menganggu. Burung Gagak termasuk burung terampil yang dapat mempelajari banyak perkara baru dengan cepat seperti membuka beg tangan untuk mengambil makanan dan membuat alat sesuai untuk menggunakan ranting dan daun. Gagak adalah haiwan aktif bersosial dan berkumpulan dimana ia sering bergerak dan mencari makan secara berkelompok dikawasan yang ada makanan seperti tempat pembuangan sampah dan tong sampah. Bagi orang ramai yang sudah melihat ada seekor gagak agar 'jangan tertipu' kerana pastinya akan ada banyak gagak lain di sekitarnya yang menunggu masa sahaja untuk berkumpul jika ada sumber makanan dan tempat tinggal selesa. Dilaporkan dimana tahap kecerdasannya inilah yang akan menyebabkan ramai pihak majlis tempatan diseluruh dunia susah dan agak kesulitan untuk mengusirnya. Kebijaksanan masyarakat dalam kaedah atau cara menggunakan beberapa kaedah kawalan terbaik dan dengan menerapkannya berulang-ulang perlu dilakukan agar ia menjadi lokasi tidak disukai oleh gagak. Bagaimana menjadikan habitat di kawasan berpebghuni tidaj di sukai oleh gagak. Pertama adalah dengan menjauhkan tempat sampah agar tidak boleh diakses oleh gagak. Ini kerana burung gagak boleh dengan mudah merobek karung atau beg plastik dan mulai mengorek-ngorek makanan dalam sampah. Pastikan tempat sampah tidak terlalu penuh diisi kerana gagak boleh sahaja mengaksesnya dimana jika ada sebahagian tong atau plastik sampah boleh terlihat dari luar atau hasilkan bau maka gagak akan cepat merobeknya. Ap pun sebaiknya gunakan tong atau tempat sampah dengan tutup yang dapat dikunci. Apabila gagak sudah jumpa sumber makanan maka dia akan kembali setiap hari untuk mencari makanan di tempat sama dan terus membanyak jumlahnya dalam beberapa hari sahaja. Ikat tong sampah dengan kuhuh agar tidak di golekkan oleh gagak.


Dalam bidang pertanian membuat kompos adalah digalakan dan ia menjimatkan serta menyuburkan tanaman. Sebaiknya selalu amalkan untuk menutup dan mesti amal meny
embunyikan semua baja kompos. Gagak adalah haiwan omnivor dan akan melahap semua sisa makanan yang boleh di jumpai serta sumber lain. Pastikan agar semua sisa makanan tersembunyi dengan baik dimana usaha membuat kompos adalah cara terbaik untuk memanfaatkan kembali sisa makanan akan tetapi membiarkan kompos dalam keadaan terbuka sama saja mengundang gagak untuk datang. Untuk membuat kompos dari sisa makanan tanpa menarik perhatian burung itu sebaiknya lakukan menutup kawasan pembuatan kompos atau memprosesnya di dalam bekas kuat dan tertutup. Adalah baik jika mampu membuat kompos dari sampah kebun tanpa menarik perhatian gagak mendekatinya. Gagak juga suka berada dikawasan kebun pertanian yang ada tanaman. Penulis blog sering berada di kawasan kebun sayur dimana petani mengadi akan kehadiran gagak yang menganggu tanamannya terutama memakan biji serta mencari cacing atau serangga makanannya. Sebaiknya perlu melindungi kebun daripada kedatangan gagak yang datang kekebun sebab ia ingin memakan serangga dan ulat yang disukainya. Ada ka burung gagak akan makan hasil tanaman dikebun. Cara paling mudah dilakukan adalah dengan memasang Jaring Burung yang fleksibel untuk melindungi tanaman. Jaring berukuran 10 cm akan menghalau gagak akan tetapi masih membolehkan burung-burung lain bersaiz lebih kecil melaluinya dalam ia mencari makanan serangga di kebun. Sebaiknya dimana sebelum hasil buah tanaman mulai masak ia di tutupi juga dengan lapisan jaring yang digantung menggunakan rangka yang dipasang di sekeliling kebun. Pastikan jaringnya juga terpasang dengan baik sehingga gagak tidak boleh lagi dapat menembusnya.  


Penulis blog pernah mengesyorkan beberapa orang petani yang mengalami gangguan burung gagak di kebunnya di Pahang, Johor dan juga di Melaka dulu. Gagak memang suka makan makanan seperti ular, bijibenih, buah masak dan juga cacing serta makanan lain. Kaedah yang saya syorkan termasuk teknologi menggu
nakan alat pemberi makan burung yang diisikan dengan makanan yang disukai oleh burung gagak (Sila lihat foto disebelah). Bekan umpan makanan ini perlu diletakkan di lokasi sesuai untuk gagak datang dan pastikan gunakan bekas (tray) yang tidak memungkinkan burung besar atau kecil lain atau memakannya. Boleh membeli alat pemberi makanan burung yang secara otomatik akan menutup semasa burung besar mencuba mengakses makanan tersebut yang ada dijual dipasaran atau membuatnya sendiri. Alat pemberi makan burung spesis lain sesuai dipasang jaring kawat sehingga tidak boleh ditembus gagak akan tetapi masih boleh diakses oleh burung gagak. Sebaiknya dibersihkan makanan yang tercecer setiap hari sehingga gagak tidak datang untuk mengais makanan. Ada cadangan makanan yang diberikan kepada gagak di campur dengan racun sesuai untuk tujuan membunuhnya. Apabila gagak makan maka ia akan makan sekali racun tersebut dan gagak akan mati kemudiannya. Cara lain mengawal populasi gagak adalah dengan membuang dahan dari pokok yang menjadi 'rumah selesa' kepada gagak. Sebaiknya di buang dahan atau tebang pokok tersebut dengan alat sesuai agar ia lebih terbuka untuk gagak suka bertenggek. Burung gagak cenderung berkelompok dan akan mencari tempat terbuka untuk bertenggek diman jiak dahan tersebut di potong maka gagak akan ketempat lain. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG GAGAK... BANYAK ANCAMAN....
BERWARNA HITAM...IA BERTERBANGAN...
BANYAK CARA ADA...KAEDAH KAWALAN....
KETIADAAN GAGAK... TERASA NYAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Syaaban 1445H).
Posted from
Bandar Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...